BH Online - Terkini |
- Setiausaha pertahanan Britain dipecat bocor rahsia kerajaan
- Polis buru 'Yamcik' disyaki jual telefon bimbit curi
- Piala FA: Terengganu atasi juara bertahan
- Tingkat peluang pekerjaan, jadikan Malaysia negara usahawan
- Sri Lanka dedah nama suspek serangan bom
- Perlu ada pangkalan data permintaan rumah
- Putin perluas kelonggaran beri pasport Russia
- Bung Moktar, Zizie bakal didakwa
- Raja Maha Vajiralongkorn, Ratu Suthida umum perkahwinan
- PFA lantik presiden baharu
- Mahkamah tolak tuntutan batal naik taraf Heathrow
- Malaysia bangkit atasi Wales
- TRWNS desak Bibi undur
- Hasrat wanita hamil mengidam air lori milo tercapai
- Usaha tangani rasuah pencapaian terbaik kerajaan PH
- Keselamatan nelayan, pekerja pelantar di perairan Terengganu terancam
- Berita Malaysia disenarai dalam VWP Amerika Syarikat tidak benar
- Remaja mengaku tidak bersalah serang rumah ibadat kaum Yahudi
- Jenazah Abu Hassan Din Al-Hafiz selamat dikebumi
- Julian disambar JDTIII
- Ribut siklon, ratusan ribu penduduk India dipindahkan
- Zii Jia kejutkan Nishimoto
- 16 komando elit India kecundang
- Perodua kekal momentum jualan kukuh
- Ceramah terakhir Abu Hassan
- Cerezo Osaka mahu uji Luqman Hakim
- Pemandu lori sawit maut tersepit
- Merchantrade jalin kerjasama kali kedua dengan BonusLink
- Mohd Shukrie dilantik COO baharu MAHB
- JDT sudah hantar laporan kepada FAM
| Setiausaha pertahanan Britain dipecat bocor rahsia kerajaan Posted: 01 May 2019 10:39 AM PDT LONDON: Perdana Menteri Britain, Theresa May memecat setiausaha pertahanannya, Gavin Williamson, semalam, selepas siasatan mencadangkan beliau bertanggungjawab membocorkan perbincangan mengenai syarikat telekomunikasi China Huawei daripada Majlis Keselamatan Nasional (NSC). |
| Polis buru 'Yamcik' disyaki jual telefon bimbit curi Posted: 01 May 2019 09:20 AM PDT KUALA LUMPUR: Seorang lelaki yang dikenali dengan nama panggilan 'Yamcik' diburu polis kerana dipercayai terbabit dengan aktiviti menjual telefon bimbit curi. |
| Piala FA: Terengganu atasi juara bertahan Posted: 01 May 2019 08:21 AM PDT KUALA TERENGGANU: Terengganu FC (TFC) membawa bekalan tipis menjelang aksi kedua 10 Mei ini apabila mencatat kemenangan 2-1 ke atas juara bertahan, Pahang dalam aksi pertama suku akhir Piala FA di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah sebentar tadi. |
| Tingkat peluang pekerjaan, jadikan Malaysia negara usahawan Posted: 01 May 2019 04:46 AM PDT PUTRAJAYA: Kerajaan komited meningkatkan peluang pekerjaan rakyat di negara ini dan menjadikan Malaysia sebagai negara usahawan, kata Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof. |
| Sri Lanka dedah nama suspek serangan bom Posted: 01 May 2019 08:01 AM PDT COLOMBO: Polis Sri Lanka hari ini, mendedahkan nama sembilan individu yang melakukan serangan bom pada sambutan hari Easter, yang mengorbankan 253 mangsa. |
| Perlu ada pangkalan data permintaan rumah Posted: 01 May 2019 05:27 AM PDT KUALA LUMPUR: Kerajaan dan pihak swasta dicadang mewujudkan 'pangkalan data permintaan rumah' yang boleh memberikan input permintaan rumah di sesebuah kawasan bagi mengelak kediaman siap dibina tidak terjual. |
| Putin perluas kelonggaran beri pasport Russia Posted: 01 May 2019 07:42 AM PDT MOSCOW: Presiden Russia, Vladimir Putin sudah menandatangani satu dekri, yang memperluaskan lagi senarai penduduk Ukraine, dan warga beberapa lagi negara yang layak memiliki pasport Russia dengan mudah. |
| Bung Moktar, Zizie bakal didakwa Posted: 01 May 2019 07:16 AM PDT KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin dan isteri, Datin Seri Zizie Izette A Samad, akan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini Jumaat ini atas tuduhan rasuah yang membabitkan FELCRA Bhd. |
| Raja Maha Vajiralongkorn, Ratu Suthida umum perkahwinan Posted: 01 May 2019 05:59 AM PDT BANGKOK: Raja Maha Vajiralongkorn, hari ini, mengumumkan bahawa beliau sudah berkahwin dengan pasangannya, Jeneral Suthida Vajiralongkorn. |
| Posted: 01 May 2019 06:54 AM PDT KANGAR: Setiausaha sulit Ahli Parlimen Arau (Datuk Seri Shahidan Kassim), Zainuddin Osman dipilih sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA) yang baharu. |
| Mahkamah tolak tuntutan batal naik taraf Heathrow Posted: 01 May 2019 06:52 AM PDT LONDON: Datuk Bandar London, Sadiq Khan berserta beberapa majlis tempatan dan pertubuhan kebajikan alam sekitar semalam, gagal dalam tuntutan mahkamah bagi menghalang pelaksanaan projek naik taraf Lapangan Terbang Antarabangsa Heathrow (Heathrow). |
| Posted: 01 May 2019 06:47 AM PDT KUALA LUMPUR: Skuad hoki negara bangkit daripada kekalahan di tangan Itali dengan menewaskan Wales 2-1 dalam aksi play-off Pusingan Final Siri FIH di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil, malam ini. |
| Posted: 01 May 2019 06:36 AM PDT SEREMBAN: Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) Bibi Ramjani Ilias Khan bukan saja didesak meletakkan jawatan oleh penyokong di negeri itu, malah penyokong Kelantan di Negeri Sembilan turut menuntut perkara sama. |
| Hasrat wanita hamil mengidam air lori milo tercapai Posted: 01 May 2019 06:12 AM PDT KUANTAN: Hasrat seorang wanita hamil yang mengidam minuman coklat dari lori milo terlaksana apabila dikejutkan dengan kedatangan lori terbabit ke rumahnya di Bukit Istana, Bandar Indera Mahkota, di sini. |
| Usaha tangani rasuah pencapaian terbaik kerajaan PH Posted: 01 May 2019 06:09 AM PDT SANDAKAN: Usaha menangani rasuah adalah pencapaian terbaik kerajaan Pakatan Harapan (PH) sejak mengambil alih pentadbiran kerajaan selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14). |
| Keselamatan nelayan, pekerja pelantar di perairan Terengganu terancam Posted: 01 May 2019 05:48 AM PDT KUALA TERENGGANU: Keselamatan nelayan laut dalam serta lebih 10,000 pekerja di 53 pelantar minyak utama di perairan negeri ini, didakwa terancam berikutan pencerobohan secara berleluasa nelayan Vietnam sejak tahun lalu. |
| Berita Malaysia disenarai dalam VWP Amerika Syarikat tidak benar Posted: 01 May 2019 04:37 AM PDT KUALA LUMPUR: Laporan media bahawa Malaysia disenaraikan dalam Program Pengecualian Visa (VWP) Amerika Syarikat (AS) adalah tidak benar. |
| Remaja mengaku tidak bersalah serang rumah ibadat kaum Yahudi Posted: 30 Apr 2019 08:32 PM PDT LOS ANGELES : Seorang remaja yang dituduh menembak mati pengikut Yahudi dan mencederakan tiga mangsa lain di rumah ibadat kaum itu di California mengaku tidak bersalah semalam atas tuduhan membunuh dan melakukan jenayah kebencian. |
| Jenazah Abu Hassan Din Al-Hafiz selamat dikebumi Posted: 01 May 2019 05:12 AM PDT KUALA LUMPUR: Jenazah bekas Penasihat Agama Istana Negara, Datuk Seri Abu Hassan Din Al-Hafiz, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah, Taman Selasih, di sini, petang tadi. |
| Posted: 01 May 2019 04:41 AM PDT KUALA LUMPUR: Malaysia bakal memiliki seorang lagi pemain berbakat besar yang lahir daripada sistem bola sepak antarabangsa apabila Julian Johan Bechler mencapai persetujuan untuk mengikat kontrak dengan pasukan Johor Darul Ta'azim III (JDT III). |
| Ribut siklon, ratusan ribu penduduk India dipindahkan Posted: 01 May 2019 04:48 AM PDT BHUBANESHWAR: India memulakan pemindahan ratusan ribu penduduk kampung di sepanjang pesisir pantai timur laut negara itu, sebelum ribut siklon kuat dijangka tiba ke darat, Jumaat ini. |
| Posted: 01 May 2019 04:45 AM PDT KUALA LUMPUR: Pemain perseorangan lelaki negara Lee Zii Jia menyifatkan kemenangan pusingan pertama di Terbuka New Zealand hari ini sebagai permulaan yang baik dalam misi layak ke Sukan Olimpik Tokyo 2020. |
| 16 komando elit India kecundang Posted: 01 May 2019 04:43 AM PDT MUMBAI: Serangan pemberontak (Maoist) mengorbankan 16 komando elit India, hari ini, kata polis dalam insiden keganasan pilihan raya terbaharu dalam pemberontakan Komunis sejak berdekad-dekad di negara itu. |
| Perodua kekal momentum jualan kukuh Posted: 01 May 2019 04:40 AM PDT KUALA LUMPUR: Momentum jualan Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) kekal kukuh dengan peningkatan 9.5 peratus kepada 82,700 unit antara Januari-April 2019 berbanding 75,500 unit dalam tempoh yang sama tahun lalu. |
| Posted: 01 May 2019 03:49 AM PDT SEREMBAN: Kira-kira 10 jam sebelum menghembuskan nafas terakhir, bekas Penasihat Agama Istana Negara, Datuk Seri Abu Hassan Din Al-Hafiz, 73, sempat menyampaikan Kuliah Maghrib Khas di Surau An-Nur Fasa 3, Bandar Seremban Selatan di sini, malam tadi. |
| Cerezo Osaka mahu uji Luqman Hakim Posted: 01 May 2019 03:28 AM PDT KUALA LUMPUR: Reputasi penyerang muda negara, Luqman Hakim Shamsuddin selepas dipilih dalam Kesebelasan Utama Terbaik Piala Sanix 2019 akhirnya berjaya menarik minat pasukan divisyen 1 Liga Jepun (J1), Cerezo Osaka. |
| Pemandu lori sawit maut tersepit Posted: 01 May 2019 03:23 AM PDT GUA MUSANG: Seorang pemandu lori maut manakala kelindannya parah apabila kenderaan mereka bertembung dengan sebuah treler di Felda Aring 6 Jalan Gua Musang-Kuala Berang, dekat sini, semalam. |
| Merchantrade jalin kerjasama kali kedua dengan BonusLink Posted: 01 May 2019 03:22 AM PDT KUALA LUMPUR: Jenama syarikat pertukaran mata wang terbesar Malaysia, Merchantrade Asia Sdn Bhd (Merchantrade) menjalin kerjasama dengan syarikat ganjaran kesetiaan, BonusLink dalam kempen yang menawarkan lebih daripada 200,000 mata BonusLink kepada pelanggannya apabila mereka melakukan pertukaran mata wang. |
| Mohd Shukrie dilantik COO baharu MAHB Posted: 01 May 2019 03:20 AM PDT SEPANG: Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) melantik Datuk Mohd Shukrie Mohd Salleh sebagai Ketua Pegawai Operasi (COO) baharu, berkuat kuasa hari ini. |
| JDT sudah hantar laporan kepada FAM Posted: 01 May 2019 03:17 AM PDT KUALA LUMPUR: Pendahulu Liga Super, Johor Darul Ta'zim (JDT) mengesahkan pihaknya sudahpun mengemukakan laporan berkenaan ulasan pengadil, Mohd Zohri Tajuddin terhadap pemain import mereka kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), semalam. |
| You are subscribed to email updates from BH Online - Terkini. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google, 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States | |


















0 comments:
Post a Comment