BH Online - Terkini |
- City pertahan gelaran Liga Perdana
- Jaringan tunggal Luiz benam TFC II
- Mercedes tawan GP Sepanyol
- Keputusan Liga Perdana Inggeris
- Kanak-kanak maut dirempuh motosikal ketika hendak ke surau
- CUEPACS mohon kerajaan pertimbang bonus Aidilfitri bagi penjawat awam
- Trump, Xi dijangka bertemu runding perjanjian perdagangan
- Pendedahan 'kartel dedak' dapat restu Hadi
- SOP pengambilan anggota bomba wanita diperbaharui
- Penubuhan IPCMC serlah integriti PDRM
- 4 geng kongsi gelap kena cekup
- Pelajar madrasah, asnaf Rohingya diraikan UNIRAZAK dan Yayasan Noah
- Lelaki tikam imam kerana tidur terganggu
- Hanya pegawai berkaitan ikut menteri
- <img src="https://assets.bharian.com.my/sites/all/themes/custom/bh_v2/images/bhplus.png" srcset="https://assets.bharian.com.my/sites/all/themes/custom/bh_v2/images/bhplus.png 1x, https://assets.bharian.com.my/sites/all/themes/custom/bh_v2/images/bhplus%402x.png 2x" alt="BHPLUS"> Eksklusif: 'Tanah mati' ancam Cameron Highlands
- Siasat meter pintar sebabkan bil tinggi - Yeo Bee Yin
- Siapa bakal dilantik Timbalan KPN?
- Wanita dedah kegiatan pemerdagangan manusia
- Penjawat awam perlu sokong aspirasi, dasar kerajaan PH
- Menantu Hadi dedah lima pemimpin PAS terbabit 'kartel dedak'
- PM ucap tahniah kepada Vivian
- 20 atlet olahraga layak ke Sukan SEA Filipina
- Baru 10 jam samun, dah kena tangkap
- 300 seladang Himalaya mati kebuluran
- Denggi ragut 71 korban
- Anak zirafah betina dilahirkan di Zoo Negara
- Berat dugaan mu sayang
- Terima bantahan sebagai proses reformasi LPP - Mazlan
| City pertahan gelaran Liga Perdana Posted: 12 May 2019 09:22 AM PDT BRIGHTON: Manchester City meraih kemenangan diperlukan untuk menamatkan cubaan Liverpool menumbangkan mereka sebagai juara bertahan Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas bangkit mengatasi Brighton 4-1, sebentar tadi. |
| Jaringan tunggal Luiz benam TFC II Posted: 12 May 2019 09:15 AM PDT SEREMBAN: Penyerang import baharu Negeri Sembilan, Igor Luiz muncul wira apabila jaringan tunggalnya membantu pasukan itu menewaskan Terengganu FC II (TFC II) 1-0 dalam saingan Liga Perdana, di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, sebentar tadi. |
| Posted: 12 May 2019 08:56 AM PDT BARCELONA: Lewis Hamilton menewaskan Valtteri Bottas dalam pertarungan di Grand Prix Sepanyol sebentar tadi untuk memintas rakan sepasukannya sebagai peneraju kejuaraan Formula Satu (F1) musim ini. |
| Keputusan Liga Perdana Inggeris Posted: 12 May 2019 09:04 AM PDT LONDON: Berikut keputusan hari terakhir musim 2018/19 Liga Perdana Inggeris sebentar tadi: |
| Kanak-kanak maut dirempuh motosikal ketika hendak ke surau Posted: 12 May 2019 09:00 AM PDT PARIT: Seorang kanak-kanak lelaki maut selepas dirempuh sebuah motosikal ketika melintas jalan untuk ke surau di hadapan rumahnya di Kampung Ekor Lambat, di sini hari ini. |
| CUEPACS mohon kerajaan pertimbang bonus Aidilfitri bagi penjawat awam Posted: 12 May 2019 08:59 AM PDT RANTAU PANJANG: Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) berharap kerajaan memberi bonus Aidilfitri kepada penjawat awam dan pesara. |
| Trump, Xi dijangka bertemu runding perjanjian perdagangan Posted: 12 May 2019 08:50 AM PDT WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dan Presiden China, Xi Jinping mungkin mengadakan perjumpaan, bulan depan, ketika Persidangan G20 untuk menyelesaikan pertikaian perdagangan, kata penasihat ekonomi Rumah Putih. |
| Pendedahan 'kartel dedak' dapat restu Hadi Posted: 12 May 2019 08:48 AM PDT KUALA LUMPUR: Zaharudin Muhammad mendakwa pendedahannya sebelum ini berkenaan 'kartel dedak' membabitkan pemimpin PAS mendapat restu Presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. |
| SOP pengambilan anggota bomba wanita diperbaharui Posted: 12 May 2019 08:13 AM PDT IPOH: Prosedur operasi standard (SOP) pengambilan anggota bomba wanita akan diperbaharui bagi memberi peluang lebih ramai golongan 'hawa' menyertai pasukan penyelamat itu. |
| Penubuhan IPCMC serlah integriti PDRM Posted: 12 May 2019 02:53 AM PDT Akhirnya, selepas 15 tahun terbantut, penubuhan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) bakal menjadi kenyataan, sejurus mendapat persetujuan Polis Diraja Malaysia (PDRM). |
| 4 geng kongsi gelap kena cekup Posted: 12 May 2019 07:07 AM PDT GEORGETOWN: Empat lelaki disyaki anggota kongsi gelap ditahan dalam operasi bersepadu membanteras jenayah di sebuah premis hiburan di Jalan Dr Lim Chwee Leong, di sini hari ini. |
| Pelajar madrasah, asnaf Rohingya diraikan UNIRAZAK dan Yayasan Noah Posted: 12 May 2019 07:52 AM PDT KUALA LUMPUR: Universiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK) dan Yayasan Noah dengan kerjasama bersama Mydin Mall, USJ Subang Jaya, hari ini meraikan 190 pelajar Madrasah Hashimiah Selayang serta 81 pelajar Sekolah Komuniti Rohingya Cheras, Malaysia Relief Agency (MRA). |
| Lelaki tikam imam kerana tidur terganggu Posted: 11 May 2019 11:59 PM PDT JERTEH: Seorang imam cedera ditikam seorang lelaki ketika membaca al-Quran di Masjid Kampung Apal, di sini, awal pagi tadi. |
| Hanya pegawai berkaitan ikut menteri Posted: 12 May 2019 07:04 AM PDT MUAR: Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC) akan menetapkan budaya kerja baharu dengan hanya pegawai berkaitan sahaja yang akan mengikuti program dihadiri menteri. |
| Posted: 12 May 2019 01:07 AM PDT CAMERON HIGHLANDS: Tanah di sekitar Cameron Highlands berisiko menjadi tanah mati apabila pengusaha ladang dikesan berterusan menggunakan baja secara berlebihan tanpa kawalan. |
| Siasat meter pintar sebabkan bil tinggi - Yeo Bee Yin Posted: 12 May 2019 06:56 AM PDT MUAR: Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC) akan menyiasat aduan pengguna mengenai isu bil semasa yang didakwa tinggi selepas pemasangan meter elektrik pintar yang disediakan oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB). |
| Siapa bakal dilantik Timbalan KPN? Posted: 12 May 2019 06:54 AM PDT KUALA LUMPUR: Nama Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Mazlan Mansor disebut-sebut bakal dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Negara yang baharu. |
| Wanita dedah kegiatan pemerdagangan manusia Posted: 12 May 2019 02:19 AM PDT BUKIT KAYU HITAM: Keengganan seorang wanita warga Myanmar diperiksa anggota Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) di jeti Kuah, Langkawi membongkar kegiatan sindiket pemerdagangan manusia. |
| Penjawat awam perlu sokong aspirasi, dasar kerajaan PH Posted: 12 May 2019 06:06 AM PDT KOTA BHARU: Kerajaan Pakatan Harapan (PH) tidak akan mengambil apa-apa tindakan terhadap penjawat awam yang menjadi ahli parti politik lain, termasuk Barisan Nasional (BN) atau PAS. |
| Menantu Hadi dedah lima pemimpin PAS terbabit 'kartel dedak' Posted: 12 May 2019 02:56 AM PDT KUALA LUMPUR: Bekas ahli Majlis Syura Ulama PAS, Zaharudin Muhammad, mendedahkan lima pemimpin dalam PAS yang terbabit dengan 'kartel dedak' berhubung penerimaan wang jutaan ringgit daripada UMNO. |
| Posted: 12 May 2019 05:53 AM PDT KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad mengucapkan tahniah kepada Vivian Wong Shir Yee atas kemenangan besarnya pada pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Sandakan, semalam. |
| 20 atlet olahraga layak ke Sukan SEA Filipina Posted: 12 May 2019 05:45 AM PDT KUALA LUMPUR: Seramai 20 atlet olahraga negara dalam 13 acara melepasi syarat kelayakan ke Sukan SEA Filipina 2019 yang akan berlangsung pada 30 November hingga 11 Disember ini. |
| Baru 10 jam samun, dah kena tangkap Posted: 12 May 2019 05:39 AM PDT KUALA LUMPUR: Tidak sampai 10 jam selepas sebuah banglo di Taman Tun Dr Ismail di sini, disamun, polis berjaya menyelesaikan kes itu dengan penahanan dua suspek yang mendalangi kes itu, tengah hari tadi. |
| 300 seladang Himalaya mati kebuluran Posted: 12 May 2019 05:35 AM PDT NEW DELHI: Sekurang-kurangnya 300 seladang Himalaya maut akibat kebuluran ekoran cuaca sejuk luar biasa di sebuah lembah terpencil di banjaran Himalaya. |
| Posted: 12 May 2019 05:35 AM PDT PUTRAJAYA: Sebanyak 46,607 kes denggi direkodkan di seluruh negara antara 1 Januari lalu hingga semalam dengan Selangor terus mencatatkan jumlah kes tertinggi. |
| Anak zirafah betina dilahirkan di Zoo Negara Posted: 12 May 2019 05:33 AM PDT KUALA LUMPUR: Zoo Negara di sini menerima berita gembira susulan kelahiran seekor anak zirafah betina pada 18 April lalu. |
| Posted: 11 May 2019 10:27 PM PDT MARANG: Siapa sangka di sebalik senyuman manis yang dilemparkan, murid tahun tiga Sekolah Kebangsaan Simpang Rawai Bukit Payung ini menderita sakit kulit sejak dilahirkan. |
| Terima bantahan sebagai proses reformasi LPP - Mazlan Posted: 12 May 2019 05:13 AM PDT BENTONG: Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) terus menumpukan kepada agenda reformasi pertubuhan itu biarpun wujud beberapa bantahan dan protes berhubung Warta Kerajaan Persekutuan, Peraturan-Peraturan Pertubuhan Peladang (Pindaan) 2019. |
| You are subscribed to email updates from BH Online - Terkini. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google, 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States | |


















0 comments:
Post a Comment