BH Online - Terkini |
- Presiden Mesir ampun 560 tahanan
- Safee cetus kemenangan PJ City
- JDT makin sukar dikejar
- Sijil kelahiran dedah Meghan bersalin di Hospital swasta London
- KTMB sedia tambah kekerapan perjalanan sempena Aidilfitri
- Pochettino antara calon ganti Allegri
- Palestin kecam kemunculan Madonna di pentas Eurovision
- 250,000 pelarian Rohingya terima kad pengenalan diri - PBB
- Muslim Sri Lanka bersolat di masjid dikawal ketat
- Polis Indonesia gagalkan cubaan letup bom guna WiFi
- Duet Alif, Raihan tarik perhatian peminat bukan Islam
- AIM sedia pembiayaan RM2.5 bilion untuk usahawan B40
- Dua lagi pendaki India maut di Himalaya
- Mengembalikan manuskrip, kitab lama dibakar Daesh
- Lebih 300,000 tiket sudah dijual sempena Aidilfitri - KTMB
- Agong anjur majlis perbincangan perkukuh pentadbiran institusi agama Islam negeri
- 14 dipenjara seumur hidup terbabit insiden bom Besiktas
- Yayasan MSU sumbang wang zakat, duit raya lebih RM170,000
- Ringgit ditutup rendah
- Ezam mahu tubuh parti anti rasuah
- Tunda pukat di luar zon, 2 bot nelayan ditahan
- Kanak-kanak 8 tahun maut kemalangan motosikal
- Zakat kini boleh dibayar melalui Mercy Malaysia
- Bursa Malaysia ditutup lebih tinggi
- Tiada tangkapan, tunjuk perasaan di Kampung Cunex
- Lelaki maut digilis ETS
- Maybank turunkan lagi BR, BFR
- Presiden SAM, CAP meninggal dunia
- Jepun larang dron ketika Sukan Olimpik, lokasi milik tentera
- Pasangan kekasih edar dadah ditahan
| Presiden Mesir ampun 560 tahanan Posted: 17 May 2019 09:32 AM PDT KAHERAH: Presiden Mesir, Abdel Fattah al-Sisi mengampunkan 560 tahanan yang kebanyakannya didakwa menyokong kumpulan haram Ikhwanul Muslimin, kata dua sumber undang-undang semalam. |
| Safee cetus kemenangan PJ City Posted: 17 May 2019 09:10 AM PDT KUALA LUMPUR: Bekas penyerang kebangsaan Safee Sali muncul wira Petaling Jaya (PJ) City selepas jaringannya pada lewat permainan membolehkan pasukan itu menundukkan Kuala Lumpur 1-0 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, sebentar tadi. |
| Posted: 17 May 2019 09:06 AM PDT SHAH ALAM: Johor Darul Ta'zim (JDT) nyata berada di kelas tersendiri apabila mengekalkan rekod kemenangan bersih sepanjang Mei selepas menewaskan PKNS FC 2-1 di Stadium Shah Alam, sebentar tadi. |
| Sijil kelahiran dedah Meghan bersalin di Hospital swasta London Posted: 17 May 2019 08:23 AM PDT LONDON: Misteri lokasi Meghan, Duchess of Sussex melahirkan putera sulungnya awal bulan ini terbongkar apabila sijil kelahiran anaknya itu menyatakan beliau bersalin di sebuah hospital swasta di London, kata Press Association. |
| KTMB sedia tambah kekerapan perjalanan sempena Aidilfitri Posted: 17 May 2019 08:17 AM PDT KUALA LUMPUR: Lebih 65 peratus atau 337,869 daripada 555,820 tiket kereta api bagi perkhidmatan KTM Antarabandar dan Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) untuk perjalanan mulai 1 Mei hingga 16 Jun ini ke seluruh negara sempena musim perayaan Aidilfitri sudah terjual sehingga semalam. |
| Pochettino antara calon ganti Allegri Posted: 17 May 2019 08:07 AM PDT ROME: Pengendali Massimiliano Allegri akan meninggalkan Juventus akhir musim ini selepas dilaporkan gagal mencapai persetujuan dengan lembaga pengarah kelab yang baru dinobatkan sebagai juara Serie A itu. |
| Palestin kecam kemunculan Madonna di pentas Eurovision Posted: 17 May 2019 07:59 AM PDT TEL AVIV: Bintang Pop Madonna, masih sempat bersiar-siar menjelang persembahannya sebagai artis jemputan di Pertandingan Nyanyian Eurovision malam esok di Israel, walau dikecam Palestin. |
| 250,000 pelarian Rohingya terima kad pengenalan diri - PBB Posted: 17 May 2019 07:00 AM PDT GENEVA: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata, pihaknya sudah mendaftarkan lebih daripada 250,000 pelarian di Bangladesh, mempersiapkan kebanyakan mereka dengan kad pengenalan diri pertama sekali gus bukti hak mereka untuk kembali ke Myanmar di masa hadapan. |
| Muslim Sri Lanka bersolat di masjid dikawal ketat Posted: 17 May 2019 07:44 AM PDT COLOMBO: Minoriti Islam Sri Lanka bersolat Jumaat ketika kawalan ketat tentera dan polis di semua masjid, termasuk yang musnah teruk dalam rusuhan susulan serangan keganasan Hari Easter bulan lalu. |
| Polis Indonesia gagalkan cubaan letup bom guna WiFi Posted: 17 May 2019 07:27 AM PDT LOMBOK: Polis Indonesia berkata, mereka menggagalkan komplot pengganas disyaki yang berupaya meletupkan peranti letupan menggunakan WiFi, mengetengahkan kecanggihan dalam pembuatan bom di sebuah negara dengan sejarah aktiviti militan dikaitkan Daesh. |
| Duet Alif, Raihan tarik perhatian peminat bukan Islam Posted: 17 May 2019 02:00 AM PDT KUALA LUMPUR: Penyanyi, Alif Satar, 28, tidak menyangka lagu Sesungguhnya 2019 yang dirakam bersama penyanyi asalnya, Raihan, mendapat sokongan hebat daripada penggemar seni muzik. |
| AIM sedia pembiayaan RM2.5 bilion untuk usahawan B40 Posted: 17 May 2019 07:03 AM PDT KUALA LUMPUR: Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) memperuntukkan RM2.5 bilion sebagai pembiayaan mikro dengan menyasarkan 400,000 penerima memanfaatkannya untuk menjadi usahawan menjelang akhir tahun ini. |
| Dua lagi pendaki India maut di Himalaya Posted: 17 May 2019 06:19 AM PDT KATHMANDU: Dua pendaki warga India maut, manakala seorang pendaki dari Ireland dilaporkan hilang ketika berada di puncak Himalaya, Nepal. |
| Mengembalikan manuskrip, kitab lama dibakar Daesh Posted: 17 May 2019 06:06 AM PDT MOSUL, Iraq: Watheq Mahmud, 33, menyambung pengajian ijazah lanjutan dalam kejuruteraan tetapi buku teks yang diperlukan, selalu tidak dapat diperoleh di bandar ini selepas gerakan Daesh membakar naskhah dan memusnahkan perpustakaannya. |
| Lebih 300,000 tiket sudah dijual sempena Aidilfitri - KTMB Posted: 17 May 2019 02:49 AM PDT KUALA LUMPUR: Lebih 65 peratus atau 337,869 daripada 555,820 tiket kereta api bagi perkhidmatan KTM Intercity dan Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) untuk perjalanan ke seluruh negara sempena Aidilfitri mulai akhir Mei hingga awal Jun depan, sudah terjual. |
| Agong anjur majlis perbincangan perkukuh pentadbiran institusi agama Islam negeri Posted: 16 May 2019 09:54 PM PDT MELAKA: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berhasrat menganjurkan majlis perbincangan antara mufti, pengarah Jabatan Agama Islam dan Ketua Hakim negeri-negeri bagi mengukuhkan pentadbiran institusi agama Islam. |
| 14 dipenjara seumur hidup terbabit insiden bom Besiktas Posted: 17 May 2019 05:33 AM PDT ISTANBUL: 14 orang dijatuhi hukuman penjara seumur hidup tanpa parol oleh sebuah mahkamah Turki hari ini kerana terbabit dengan dua pengeboman, mengakibatkan berpuluh maut pada Disember 2016, kata agensi berita rasmi Anadolu. |
| Yayasan MSU sumbang wang zakat, duit raya lebih RM170,000 Posted: 17 May 2019 05:27 AM PDT SHAH ALAM: Yayasan Management and Science University (MSU) menyumbangkan wang zakat dan duit raya berjumlah lebih RM170,000 kepada 23 rumah kebajikan membabitkan 233 penerima. |
| Posted: 17 May 2019 05:08 AM PDT KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup lebih rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini seiring dengan prestasi mata wang serantau yang lemah akibat ketidaktentuan membabitkan pertikaian perdagangan AS dan China, kata peniaga. |
| Ezam mahu tubuh parti anti rasuah Posted: 17 May 2019 04:10 AM PDT PUTRAJAYA: Bekas Ketua Angkatan Muda (AMK) PKR, Datuk Mohamad Ezam Mohd Nor, hari ini menghantar permohonan kepada Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) untuk mendaftar sebuah parti politik baharu yang bermatlamat menjadikan Malaysia sebuah negara anti rasuah. |
| Tunda pukat di luar zon, 2 bot nelayan ditahan Posted: 16 May 2019 08:51 PM PDT PELABUHAN KLANG: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Selangor menahan dua bot nelayan tempatan pada jarak kira-kira 2.8 batu nautika dari Sabak Bernam pada jam 2.30 pagi semalam selepas dipercayai terbabit aktiviti menunda pukat di perairan berkenaan. |
| Kanak-kanak 8 tahun maut kemalangan motosikal Posted: 17 May 2019 04:01 AM PDT MARAN: Seorang kanak-kanak maut apabila motosikal ditunggang bapanya dirempuh sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) di Kilometer 33, Jalan Temerloh-Bandar Tun Abdul Razak, Jengka, dekat sini, awal pagi tadi. |
| Zakat kini boleh dibayar melalui Mercy Malaysia Posted: 17 May 2019 03:51 AM PDT KUALA LUMPUR: Lembaga Zakat Majlis Agama Islam Negeri Perlis dan Lembaga Zakat Negeri Kedah melantik Persatuan Bantuan Perubatan Malaysia (Mercy Malaysia) sebagai ejen korporat untuk mengutip zakat bagi kedua-dua lembaga itu mulai tahun ini. |
| Bursa Malaysia ditutup lebih tinggi Posted: 17 May 2019 03:48 AM PDT KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia ditutup tinggi hari ini dengan indeks utama ditutup pada paras tertinggi harian susulan aktiviti belian dan jualan secara menyeluruh walaupun wujud kebimbangan terhadap perang perdagangan Amerika Syarikat (AS)-China yang semakin tegang, apabila AS melarang kemasukan barangan syarikat telekomunikasi utama China, Huawei. |
| Tiada tangkapan, tunjuk perasaan di Kampung Cunex Posted: 17 May 2019 03:44 AM PDT IPOH: Polis mengesahkan tiada kejadian tidak diingini berlaku malah tiada tangkapan dibuat ketika sekatan jalan haram menuju ke Hutan Simpan Air Cepam, di Gerik, dirobohkan semalam. |
| Posted: 17 May 2019 03:41 AM PDT IPOH: Seorang lelaki maut dalam keadaan mengerikan apabila dilanggar dan digilis tren elektrik (ETS) sehingga keseluruhan anggotanya hancur di Kilometer 167.5 landasan kereta api dekat Tasek di sini, kelmarin. |
| Posted: 17 May 2019 03:32 AM PDT KUALA LUMPUR: Malayan Banking Bhd (Maybank) menurunkan lagi kadar asas (BR) dan kadar pinjaman asas (BLR) iaitu tambahan sebanyak lima mata asas (bps) masing-masing kepada 3.00 peratus setahun (pa) dan 6.65 peratus, berkuat kuasa hari ini. |
| Presiden SAM, CAP meninggal dunia Posted: 17 May 2019 03:29 AM PDT GEORGETOWN: Presiden Sahabat Alam Malaysia (SAM) SM Mohamed Idris, 93, meninggal dunia dipercayai akibat sakit tua di sebuah hospital swasta di sini, sebentar tadi. |
| Jepun larang dron ketika Sukan Olimpik, lokasi milik tentera Posted: 17 May 2019 03:18 AM PDT TOKYO: Jepun hari ini, meluluskan undang-undang melarang penggunaan dron di ruang udara semua lokasi Sukan Olimpik 2020 di bandar raya ini, dan kemudahan tentera Amerika Syarikat, bagi menyekat serangan pengganas. |
| Pasangan kekasih edar dadah ditahan Posted: 17 May 2019 03:15 AM PDT LANGKAWI: Polis menahan pasangan kekasih yang disyaki terbabit dalam kegiatan pengedaran dadah di sekatan Jalan Kelibang di sini, hari ini. |
| You are subscribed to email updates from BH Online - Terkini. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google, 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States | |


















0 comments:
Post a Comment