Saturday, May 18, 2019

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


Man City catat sejarah raih treble

Posted: 18 May 2019 10:57 AM PDT

LONDON: Manchester City melengkapkan treble domestik Liga Inggeris selepas menewaskan Watford 6-0 pada final Piala FA sebentar tadi.

Iran tolak perang, Bahrain halang rakyat ke Baghdad, Tehran

Posted: 18 May 2019 06:54 AM PDT

DUBAI: Diplomat atasan Iran hari ini menolak kemungkinan perang meletus di rantau itu, mengatakan Tehran tidak mahukan konflik dan tiada negara 'boleh berilusi ia boleh mencabar Iran,' lapor agensi berita IRNA.

Bayern Munich juara Bundesliga

Posted: 18 May 2019 10:36 AM PDT

MUNICH: Bayern Munich menjuarai Bundesliga untuk musim ketujuh berturut-turut selepas menewaskan Eintracht Frankfurt 5-1 dengan Borussia Dortmund di tempat kedua.

PM ucap selamat menyambut Hari Wesak

Posted: 18 May 2019 10:17 AM PDT

KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengucapkan selamat menyambut Hari Wesak kepada penganut Buddha di negara ini.

'Sifat dermawan Faziani bagai Siti Khadijah'

Posted: 18 May 2019 10:01 AM PDT

TUMPAT: Tazkirah ringkas oleh seorang mudir madrasah selepas pengebumian pengasas produk kecantikan Dnars Skincare, Faziani Rohban Ahmad, mengundang sebak di hati semua yang hadir.

Pengasas Dnars maut nahas di Thailand

Posted: 17 May 2019 09:36 PM PDT

KOTA BHARU: Pengasas produk kecantikan Dnars Skincare, Faziani Rohban Ahmad meninggal dunia, manakala suaminya cedera selepas terbabit dalam kemalangan di Pattani, Thailand pagi tadi.

Pengerusi UMNO Selangor baharu diumum lepas raya

Posted: 18 May 2019 10:07 AM PDT

SHAH ALAM: Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor yang baharu dijangka diumum selepas sambutan Aidilfitri.

TV3 GBRR tawar pengalaman beli-belah baharu

Posted: 18 May 2019 05:13 AM PDT

KUALA LUMPUR: Orang ramai berpeluang merasai suasana bazar Ramadan yang berbeza menerusi penganjuran TV3 Grand Bazar Ramadan Raya (TV3 GBRR) 2019 di perkarangan Parkir B Stadium Nasional Bukit Jalil di sini.

Umat Islam disaran ambil iktibar peristiwa turunnya al-Quran

Posted: 18 May 2019 06:15 AM PDT

PERMATANG PAUH: Umat Islam di seluruh negara diingatkan supaya menghayati dan mengambil iktibar daripada peristiwa turunnya al-Quran ketika Ramadan dalam usaha merapatkan jurang perkauman.

Penghadang disangka plaza tol

Posted: 18 May 2019 10:03 AM PDT

BUTTERWORTH: Seorang lelaki berdepan detik cemas apabila kereta dipandunya terbabas dan memasuki ke rel kereta api pelabuhan di Pangkalan Kontena Bworth Utara (PKBU) di sini, awal pagi tadi.

Sindiket guna warga tempatan lekat dadah di badan dan seludup

Posted: 18 May 2019 04:01 AM PDT

SEPANG: Siapa yang tidak 'gelap mata' apabila ditawarkan kerja sebagai penghantar barang dengan tempoh kerja yang singkat serta upah yang lumayan sehingga antara RM5,000 hingga RM6,000.

Kedah bangkit kutip tiga mata

Posted: 18 May 2019 09:54 AM PDT

ALOR SETAR : Kedah bangkit mengutip tiga mata apabila menyudahkan aksi  perlawanan ke-14 Liga Super dengan kemenangan selepas menewaskan Melaka United 2-1 di Stadium Darul Aman sebentar tadi.

Selangor, PKNP kongsi mata

Posted: 18 May 2019 09:52 AM PDT

MANJUNG: Selangor dan PKNP FC berkongsi mata selepas seri 1-1 dalam saingan Liga Super di Stadium Majlis Perbandaran Manjung di sini sebentar tadi.

Sultan Perak rai sektor swasta, NGO berbuka puasa

Posted: 18 May 2019 07:57 AM PDT

KUALA KANGSAR: Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, berkenan berbuka puasa bersama wakil media, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), sektor korporat, swasta, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan belia, di Istana Iskandariah di sini, hari ini.

Warga Jepun tidak kekok makan nasi talam

Posted: 18 May 2019 07:26 AM PDT

JOHOR BAHRU: Program Semarak Ramadan BH dan Jalinan Ukhuwah Johor Corporation (JCorp) malam ini diakhiri dengan program makan berjemaah dalam satu talam, tradisi yang sering diamalkan masyarakat Melayu.

Patuh kepada undang-undang, Perlembagaan - Muhyiddin

Posted: 18 May 2019 07:36 AM PDT

TANGKAK: Setiap rakyat di negara ini perlu terus patuh kepada undang-undang dan perlembagaan negara bagi memastikan Malaysia terus kekal sebagai negara contoh, kata Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Pemimpin Buruh Australia mengaku kalah

Posted: 18 May 2019 07:16 AM PDT

MELBOURNE: Calon pilihan Australia, Bill Shorten mengaku kalah selepas parti pembangkang Buruh pimpinannya mengalami kekalahan mengejutkan dalam pilihan raya umum negara itu hari ini, mengatakan beliau akan meletak jawatan sebagai pemimpin parti.

Ahli Lembaga Pengarah YAPEIM putus kedudukan Abibullah

Posted: 18 May 2019 07:06 AM PDT

KUANTAN: Sebarang tindakan terhadap Ketua Pengarah Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM), Datuk Abibullah Samsudin, akan diputuskan oleh anggota lembaga pengarah yayasan berkenaan.

Kerajaan komited tangani isu tangga gaji tidak seimbang

Posted: 18 May 2019 06:48 AM PDT

KUALA LUMPUR: Kerajaan komited menangani isu tangga gaji tidak seimbang dalam kalangan graduan baharu.

Konservatif dijangka kembali berkuasa di Australia - ABC

Posted: 18 May 2019 05:15 AM PDT

SYDNEY: Pakatan pemerintah konservatif Australia jelas memperoleh kemenangan mengejutkan dalam pilihan raya hari ini dengan penyiar kebangsaan meramalkan parti itu menentang jangkaan untuk mengekalkan kuasa.

Chong Wei bakar semangat rakan

Posted: 18 May 2019 06:40 AM PDT

KUALA LUMPUR: Menjelang tugas sukar Malaysia bertemu China bagi aksi Piala Sudirman esok, Lee Chong Wei menggesa rakan sepasukannya supaya berjuang habis-habisan.

Kenalan bukan Islam masih sayangkan saya - Dr Zakir

Posted: 18 May 2019 06:37 AM PDT

SHAH ALAM: Biarpun namanya dikaitkan sebagai seorang pengganas di negara kelahirannya, penceramah bebas, Dr Zakir Naik, masih mempunyai ramai rakan dalam kalangan bukan Islam.

Komuniti bukan Islam teruja jejak kaki ke masjid

Posted: 18 May 2019 03:56 AM PDT

JOHOR BAHRU: Komuniti bukan Islam sekitar bandar raya ini teruja apabila mendapat pengalaman berharga iaitu pertama kali menjejakkan kaki ke dalam Masjid Sultan Iskandar, Bandar Dato' Onn di sini.

Perang dagangan AS-China, kerajaan terdahulu punca ketidaktentuan ekonomi

Posted: 18 May 2019 06:31 AM PDT

GEORGETOWN: Ketidaktentuan ekonomi negara berpunca daripada dua faktor iaitu mewarisi kewangan yang teruk daripada kerajaan terdahulu dan perang perdagangan Amerika Syarikat (AS)-China.

El Dor perkuat benteng Perak

Posted: 18 May 2019 02:25 AM PDT

TAPAH: Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu mengesahkan penyertaan seorang lagi pemain import baharu ke dalam skuad The Bos Gaurus bagi menggantikan Zachary Michael 'Zac' Anderson yang cedera.

Semarak Ramadan BH dan Jalinan Ukhuwah JCorp 2019

Posted: 18 May 2019 03:31 AM PDT

Johor Corporation (JCorp) menyantuni saudara baharu, komuniti bukan Islam serta kariah sekitar Bandar Dato' Onn sempena Program Semarak Ramadan BH dan Jalinan Ukhuwah JCorp 2019 di Johor Bahru.

'Kerusi panas' Irfan jadi rebutan

Posted: 18 May 2019 06:19 AM PDT

KUALA TERENGGANU: Walaupun baru empat hari bekas ketua jurulatih Terengganu FC (TFC) Irfan Bakti Abu Salim meletak jawatan, 'kerusi panas' itu menjadi rebutan apabila Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT) menerima banyak permohonan untuk mengisi kekosongan jawatan berkenaan.

Bincang kebanjiran warga asing di Cyberjaya

Posted: 18 May 2019 06:14 AM PDT

KAJANG: Ahli Parlimen Sepang, Mohamed Hanipa Maidin akan mengadakan perbincangan bersama Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Jabatan Imigresen berhubung isu kebanjiran warga asing di Cyberjaya dalam waktu terdekat.

Sektor swasta dirayu terus hulur bantuan kepada YAKEB

Posted: 18 May 2019 06:07 AM PDT

KUALA LUMPUR: Sektor korporat digesa terus menghulurkan bantuan kepada Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB) bagi membolehkan mereka meneruskan kerja kebajikan membantu bekas wira negara pada masa depan.

McPhee sambar petak utama

Posted: 18 May 2019 05:59 AM PDT

LE MANS: Grand Prix (GP) Perancis menyaksikan John McPhee menyambar petak utama perlumbaan untuk kali kelima dalam kariernya selepas kali terakhir di Grand Prix (GP) Valencia pada tahun 2015. 

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template