Sunday, May 19, 2019

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


Kibar bendera Palestin, kumpulan Iceland bakal dihukum

Posted: 19 May 2019 08:53 AM PDT

BAITULMAQDIS: Stesen televisyen Israel yang menyiarkan Eurovision Song Contest, hari ini, memaklumkan sebuah kumpulan Iceland mungkin dihukum penganjur acara itu kerana mengibarkan bendera Palestin tanpa kebenaran.

Jet pejuang Perancis lakukan pendaratan cemas di Aceh

Posted: 19 May 2019 08:33 AM PDT

BANDA ACEH: Tujuh jet pejuang tentera laut Perancis melakukan pendaratan cemas di wilayah paling utara Indonesia ekoran cuaca buruk, menurut pegawai tentera udara, hari ini.

Piala Sudirman: Wajib kalahkan India

Posted: 19 May 2019 08:24 AM PDT

KUALA LUMPUR: Susulan tewas kepada China, Malaysia tiada pilihan selain menewaskan India untuk layak ke suku akhir Piala Sudirman.

Quartararo pamer aksi menarik di Le Mans

Posted: 19 May 2019 08:14 AM PDT

LE MANS: Fabio Quartararo mempamerkan tunggangan menarik di grand prix laman sendiri di sini apabila menamatkan perlumbaan di tempat kelapan selepas bermula dari petak ke-10, hari ini.

Betis tambah derita Madrid

Posted: 19 May 2019 08:12 AM PDT

MADRID: Musim hambar Real Madrid berakhir dengan kekalahan ke-12 dalam kempen liga musim ini selepas ditundukkan di laman sendiri 2-0 oleh Real Betis dengan penyokong-penyokong pulang awal dan yang tinggal hanya untuk mengejek pemain-pemain ketika keluar padang.

17 cedera, bas pelancong Mesir terkena bom

Posted: 19 May 2019 08:00 AM PDT

KAHERAH: 17 pelancong cedera selepas bas yang mereka naiki terkena letupan bom berhampiran sebuah lokasi tumpuan pelancong di Mesir, kata pihak berkuasa hari ini.

5 pelajar SMKPA harumkan nama negara di Romania

Posted: 19 May 2019 04:00 AM PDT

KUALA TERENGGANU: Sekolah Menengah Kebangsaan Panji Alam (SMKPA), di sini mengharumkan nama negara apabila menang empat anugerah utama dalam 'European Exhibition of Creativity and Innovation' (EUROINVENT 2019) di Romania.

Buka pintu masjid untuk kembangkan dakwah Islam - KM Melaka

Posted: 19 May 2019 06:52 AM PDT

AYER KEROH: Semua masjid di negeri ini harus 'membuka pintu' kepada masyarakat bukan Islam termasuk pelancong asing bagi mengenali lebih dekat dan menghayati nilai murni keindahan Islam.

Rakyat dipelawa beri pandangan isu PTPTN

Posted: 19 May 2019 02:06 AM PDT

SEPULUH cadangan Kertas Konsultasi Rakyat (KKR) bagi mengatasi masalah peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), menimbulkan rasa tidak puas hati orang ramai sehingga perbadanan itu dikritik hebat.

Pengundian pilihan raya India berakhir

Posted: 19 May 2019 06:27 AM PDT

NEW DELHI: Pengundian pilihan raya India berakhir pada hari ke-tujuh, hari ini, bagi menentukan sama ada Perdana Menteri nasionalis, Narendra Modi dapat melanjutkan penggal pemerintahan.

PTPTN timbang semua cadangan, cari jalan penyelesaian terbaik

Posted: 19 May 2019 06:21 AM PDT

JERLUN: Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bersedia mempertimbangkan kaedah pemberian insentif kepada peminjam bagi memastikan proses kutipan lebih berkesan.

PTPTN: Tak wajar sekat perjalanan ke luar negara - TPM

Posted: 19 May 2019 06:08 AM PDT

AMPANG: Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, cadangan memperkenalkan semula sekatan perjalanan ke luar negara terhadap peminjam yang gagal membayar balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) tidak wajar dilaksanakan.

Pengerusi DAP Jerantut ditahan bantu siasatan kes ugut polis

Posted: 19 May 2019 05:48 AM PDT

KUANTAN: Polis menahan Pengerusi DAP Jerantut, Loo Why Leong, hari ini bagi membantu siasatan kes ugutan jenayah terhadap Ketua Polis Daerah Jerantut, Superintendan Mazlan Hassan, Khamis lalu.

200 anak yatim reka kad raya khas kepada Kasih Malaysia

Posted: 19 May 2019 05:21 AM PDT

PUTRAJAYA: Seramai 200 anak yatim menyiapkan dua kad Aidilfitri ditujukan khas buat Pertubuhan Kebajikan Amal Silaturahim Isteri-Isteri Harapan Malaysia (Kasih Malaysia).

Pasukan khas buru pemandu, penumpang SUV nahas

Posted: 19 May 2019 03:14 AM PDT

BAGAN SERAI: Polis menubuhkan pasukan petugas bagi mengesan pemandu dan penumpang warga Myanmar yang melarikan diri selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) mereka terbabit nahas di Kilometer 190.6 Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan dekat susur keluar Plaza Tol Bukit Merah hari ini.

Program Food Bank diteruskan selepas Syawal

Posted: 19 May 2019 05:53 AM PDT

KUANTAN: Program bantuan makanan, Food Bank yang diwujudkan sepanjang Ramadan di daerah ini akan diteruskan selepas Syawal bagi membantu insan yang memerlukan.

McPhee lakar sejarah di GP Perancis

Posted: 19 May 2019 05:44 AM PDT

LE MANS: Sejarah tercipta buat PETRONAS Sprinta Racing di bumi Perancis apabila pelumba Moto3, John McPhee membuahkan kemenangan pertama pasukan di Grand Prix (GP) Perancis, hari ini. 

'Arwah tergesa-gesa selesaikan urusan zakat'

Posted: 19 May 2019 04:15 AM PDT

TUMPAT: "Arwah tergesa-gesa mahu menyelesaikan semua urusan zakat kepada golongan memerlukan sebelum 15 Ramadan, seolah-olah sudah tahu dia akan pergi buat selama-lamanya," kata Natasha Maria Akhamat.

Mata kail tercucuk di tapak tangan budak 4 tahun

Posted: 19 May 2019 04:14 AM PDT

TUMPAT: Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun menahan sakit selepas tercucuk mata kail di tapak tangan kirinya, hari ini.

PAMJ rai ibu tunggal, asnaf dan anak yatim

Posted: 19 May 2019 04:08 AM PDT

KUALA LUMPUR: Seramai 185 ibu tunggal, golongan asnaf dan anak yatim diraikan dalam satu majlis berbuka puasa dan sumbangan Aidilfitri di Masjid Wilayah Persekutuan di sini, hari ini.

Spesies terakhir badak sumbu Sumatera jantan tenat

Posted: 19 May 2019 03:12 AM PDT

KOTA KINABALU: Spesies terakhir badak sumbu Sumatra jantan di Sabah yang dinamakan Tam kini berdepan masalah kesihatan serius.

Perbincangan dengan Australia belum dimuktamadkan - KPM

Posted: 19 May 2019 03:34 AM PDT

PUTRAJAYA: Perbincangan antara Kementerian Pendidikan dan Suruhanjaya Tinggi Australia di Malaysia berhubung modul pengajaran bahasa Inggeris di peringkat prasekolah masih berlangsung pada masa ini.

Perlu ada perbincangan dengan semua pihak

Posted: 19 May 2019 03:23 AM PDT

SIMPANG RENGGAM: Perbincangan membabitkan institut pengajian tinggi swasta (IPTS), Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kementerian Pendidikan perlu diadakan bagi memperhalusi penguatkuasaan kemasukan pelajar warga asing yang menuntut di negara ini.

Penjaga kebun cedera parah mercun meletup di tangan

Posted: 19 May 2019 03:00 AM PDT

SUNGAI PETANI: Seorang lelaki cedera parah apabila sebutir mercun meletup dalam genggamannya ketika mahu menghalau kumpulan kera di kebunnya di Kampung Changlai, Sik, semalam.

Pinda GSA 1960 untuk perjelas hak generasi FELDA - ANAK

Posted: 19 May 2019 02:48 AM PDT

KUALA LUMPUR: Akta Penempatan Berkelompok (GSA) 1960 perlu dipinda dengan memasukkan klausa yang menjelaskan tanah peneroka FELDA, boleh diwarisi oleh generasi kedua dan seterusnya.

Salah faham selesai, pembinaan hotel diteruskan

Posted: 19 May 2019 02:58 AM PDT

PORT DICKSON: Rancangan untuk membangunkan Hotel Hard Rock di Port Dickson akan diteruskan dan proses pembinaannya dijangka bermula tahun ini.

Pesakit HPB semakin ramai, perlu mesin ultrasound

Posted: 19 May 2019 02:41 AM PDT

PARIT BUNTAR: Ketiadaan mesin ultrasound dan mesin pengimbas untuk pesakit yang semakin bertambah di Hospital Parit Buntar (HPB) akan dipanjangkan kepada Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad bagi memastikan rakyat mendapat perkhidmatan yang terbaik.

Mangsa nahas disyaki diseludup masuk ke negara ini

Posted: 18 May 2019 11:17 PM PDT

BAGAN SERAI: Semua 14 warga asing yang terbabit kemalangan di Kilometer 190.6 Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan dekat susur keluar Plaza Tol Bukit Merah, di sini, hari ini, dipercayai diseludup masuk oleh sindiket penyeludupan ke negara ini.

Tiga maut, 11 cedera kenderaan terbabas

Posted: 18 May 2019 07:43 PM PDT

BAGAN SERAI: Tiga dipercayai warga asing maut manakala 11 yang lain cedera termasuk tujuh parah selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) Nissan X -Trail dinaiki terbabas di Kilometer 190.6 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan dekat susur keluar Plaza Tol Bukit Merah, di sini, hari ini.

Khairul Idham rehat hingga Ogos

Posted: 19 May 2019 02:35 AM PDT

LE MANS: Mattia Pasini kemungkinan akan menggantikan slot Khairul Idham Pawi sehingga Grand Prix (GP) Jerman, Julai ini. 

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template