Monday, May 20, 2019

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


Pelajar Tingkatan Satu putus lima jari

Posted: 20 May 2019 08:36 AM PDT

JERTIH: Seorang pelajar Tingkatan Satu sebuah sekolah menengah di sini putus lima jari tangan kanan akibat terkena mercun, petang tadi.

BH, JCorp agih lebih 3,000 bubur lambuk

Posted: 20 May 2019 05:25 AM PDT

JOHOR BAHRU: Sebanyak 3,500 bungkusan bubur lambuk diagihkan sempena Program Semarak Ramadan BH dan Jalinan Ukhuwah Johor Corporation (JCorp) 2019, di Larkin Sentral hari ini.

Kanak-kanak perempuan, wanita Korea Utara jadi hamba seks di China - Penganalisis

Posted: 20 May 2019 08:46 AM PDT

LONDON: Ribuan wanita dan kanak-kanak perempuan Korea Utara yang sebilangannya berusia sembilan tahun diperdagangkan sebagai hamba seks di China akibat desakan hidup dan kemiskinan di tanah air mereka.

MoU LYNAS-Blue Line Corp tidak jejas operasi di Gebeng

Posted: 20 May 2019 08:35 AM PDT

KUANTAN: Memorandum persefahaman (MoU) dimeterai antara Lynas Corporation Limited (LYNAS) dengan syarikat berpangkalan di Texas, Blue Line Corp, tidak membabitkan pemindahan operasi kilang memproses nadir bumi berkenaan di kawasan perindustrian Gebeng ke Amerika Syarikat (AS).

Tujuh kenderaan kemalangan, seorang maut

Posted: 20 May 2019 08:14 AM PDT

KUALA LUMPUR: Seorang penunggang motosikal maut dalam kemalangan membabitkan tujuh kenderaan di Jalan Istana menghala ke Sungai Besi berhampiran Nirvana Memorial Park di sini, hari ini.

Harap MFL tiada agenda tertentu - Mukhriz

Posted: 20 May 2019 08:11 AM PDT

ALOR SETAR: Persatuan Bola Sepak Negeri Kedah (KFA) berharap tiada agenda tertentu daripada Liga Bolasepak Malaysia (MFL) hingga proses pemberian geran tahunan bagi musim ini masih lagi ditangguh.

Beregu sandaran atasi India

Posted: 20 May 2019 08:06 AM PDT

KUALA LUMPUR: Skuad badminton negara mempunyai peluang terbaik bagi membalas dendam ke atas India apabila kedua-dua pasukan membuat perhitungan dalam aksi Kumpulan D saingan Piala Sudirman 2019 di Nanning, China, esok.

Pasukan keselamatan Mesir bunuh 12 suspek pengebom

Posted: 20 May 2019 08:01 AM PDT

Kaherah: Pasukan keselamatan Mesir membunuh 12 suspek militan, kata Kementerian Dalam Negeri hari ini, sehari selepas satu letupan bom yang mensasarkan sebuah bas pelancong, mencederakan 12 orang.

Petronas lancar filem web 'Baju Burong Apai' sempena Gawai Dayak

Posted: 20 May 2019 07:32 AM PDT

KUCHING: Petroliam Nasional Berhad (Petronas) hari ini melancarkan filem web eksklusif bertajuk 'Baju Burong Apai' sempena perayaan Gawai Dayak yang akan disambut pada 1 Jun ini.

Aaron-Wooi Yik buka mata juara dunia

Posted: 20 May 2019 07:15 AM PDT

KUALA LUMPUR: Juara dunia Li Junhui-Liu Yuchen percaya beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik bakal menjadi musuh baru yang perlu mereka beri perhatian.

Jangan buat spekulasi isu sedang disiasat - Mohamad

Posted: 20 May 2019 07:07 AM PDT

KUALA LUMPUR: Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu, mengingatkan supaya pihak tidak berkaitan jangan membuat spekulasi terhadap sebarang isu sedang disiasat Jawatankuasa Siasatan Khas Isu-Isu Tadbir Urus, Perolehan dan Kewangan Negara, termasuk berhubung pembelian helikopter.

Sembilan kenderaan rosak ditimpa pokok tumbang

Posted: 20 May 2019 07:04 AM PDT

KUALA LUMPUR: Lapan kereta dan sebuah lori yang diparkir di kawasan lapang berhampiran Pangsapuri Waja, Taman Tun Perak, Cheras, rosak dihempap pokok tumbang susulan hujan lebat dan angin kencang petang tadi.

2 pekerja parah terjatuh dari pencawang

Posted: 20 May 2019 06:49 AM PDT

KOTA BELUD: Dua pekerja kontraktor pembinaan parah apabila terjatuh dari ketinggian 30 meter (m) sebuah pencawang telekomunikasi ketika melakukan kerja penambaikan di Kampung Kuala Abai, di sini, hari ini.

10 maut serangan udara di Syria

Posted: 20 May 2019 06:44 AM PDT

KAFRANBEL: Seramai 10 orang awam dilaporkan maut dalam serangan udara Russia yang bersekutu dengan tentera rejim Syria apabila mensasarkan kubu pemberontak di barat laut negara itu.

PM hos majlis berbuka puasa

Posted: 20 May 2019 06:33 AM PDT

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, mengadakan majlis berbuka puasa bersama menteri Kabinet, menteri besar dan ketua menteri serta duta asing ke Malaysia di kediaman rasminya di Seri Perdana, di sini, malam ini.

Kereta Timbalan Pendakwa Raya disimbah cat

Posted: 20 May 2019 06:32 AM PDT

KULIM: Kereta Timbalan Pendakwa Raya Mahkamah Majistret Baling disimbah cat kapur di pekarangan rumahnya di Taman Mutiara, Sungai Kob, di sini, hari ini.

Nelissa dakwa Ammar curang

Posted: 20 May 2019 06:28 AM PDT

KUALA LUMPUR: Dakwaan dilemparkan isteri Ammar Alfian melalui entri pada Instagram, petang tadi, mengejutkan netizen dan peminat aktor bertubuh sasa itu.

2 ditahan bantu siasatan kemalangan SUV

Posted: 20 May 2019 04:25 AM PDT

BAGAN SERAI: Dua lelaki ditahan berhubung kes nahas kenderaan utiliti sukan (SUV) membawa 14 warga Myanmar yang meragut tiga nyawa di Kilometer 190.6 Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan dekat susur keluar Plaza Tol Bukit Merah, di sini, semalam.

Enam syarikat korporat tunai zakat berjumlah RM10.8j

Posted: 20 May 2019 05:59 AM PDT

SHAH ALAM: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, berkenan menerima bayaran zakat perniagaan daripada enam syarikat korporat berjumlah kira-kira RM10.8 juta bagi pihak Lembaga Zakat Selangor (LZS) di Majlis Berbuka Puasa Bersama Rakyat di Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong di sini, hari ini.

Nelayan diugut diminta lapor polis

Posted: 20 May 2019 05:48 AM PDT

ISKANDAR PUTERI: Nelayan yang mendakwa menerima ugutan dan sengaja ditahan pihak berkuasa setelah mengemukakan bukti pencerobohan bot pukat tunda haram, diminta membuat laporan polis bagi memastikan tindakan lanjut dapat diambil.

32,951 rumah mampu milik siap

Posted: 20 May 2019 05:39 AM PDT

CHUKAI: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan berjaya menyiapkan 32,951 unit kediaman Rumah Mampu Milik di seluruh negara dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini.

'Saya, Nabila dalam proses pulihkan hubungan'

Posted: 20 May 2019 05:33 AM PDT

PUTRAJAYA: "Saya dan Nabila sedang dalam proses pulih."

Ahmad Zahid masih Presiden UMNO

Posted: 20 May 2019 05:18 AM PDT

KEPALA BATAS: Tidak timbul persoalan sama ada akan mengembalikan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam kepemimpinan UMNO atau sebaliknya kerana beliau masih memegang jawatan presiden parti itu.

Semarak Ramadan BH dan Jalinan Ukhuwah JCorp 2019 di Larkin Sentral

Posted: 20 May 2019 04:22 AM PDT

Bersempena Program Semarak Ramadan BH dan Jalinan Ukhuwah Johor Corporation JCorp 2019 yang diteruskan di lokasi kedua di Johor iaitu Larkin Sentral. Lebih menarik dan unik, bubur lambuk disediakan gabungan tujuh syarikat kumpulan JCorp itu menampilkan tujuh resipi berbeza.

Kementerian mahu tanam nanas di ladang FELDA

Posted: 20 May 2019 04:15 AM PDT

JOHOR BAHRU: Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani akan melaksanakan projek perintis tanaman selingan nanas di beberapa tanah rancangan FELDA dalam usaha membantu meningkatkan pendapatan peneroka, sebelum hujung tahun ini.

KWAN jayakan Semarak Ramadan BH, Jalinan Ukhuwah JCorp

Posted: 20 May 2019 04:09 AM PDT

JOHOR BAHRU: Program Semarak Ramadan BH dan Jalinan Ukhuwah Johor Corporation (JCorp) 2019, hari ini, dimeriahkan lagi dengan khidmat saringan kesihatan secara percuma kepada orang ramai di Larkin Sentral.

Sektor tani sokong usaha jadikan Malaysia negara keusahawanan - Mohd Redzuan

Posted: 20 May 2019 04:04 AM PDT

KUALA TERENGGANU: Kerajaan berusaha menjadikan Malaysia sebagai negara keusahawanan untuk mencapai matlamat melahirkan rakyat berpendapatan tinggi dan tidak bergantung kepada bantuan kerajaan semata-mata.

Pengeluar cip putus bekalan ke atas Huawei

Posted: 20 May 2019 03:43 AM PDT

SAN FRANCISCO: Pengeluar cip termasuk Intel Corp, Qualcomm Inc, Xilinx Inc dan Broadcom Inc memberitahu kakitangan masing-masing supaya tidak menyediakan bekalan kepada Huawei sehingga diberitahu, demikian menurut individu yang rapat dengan perkembangan berkenaan.

Wanita nyaris jadi mangsa 'penarik kereta'

Posted: 20 May 2019 03:43 AM PDT

KUALA LUMPUR: Seorang wanita hampir menjadi mangsa tiga lelaki yang mendakwa dia tidak membayar ansuran kenderaan miliknya selama 19 bulan.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template