BH Online - Terkini |
- 26 orang dibunuh kumpulan bersenjata di Republik Afrika Tengah
- Kekecohan baharu tercetus di Jakarta
- Reman wanita Nigeria, lelaki Pakistan dilanjutkan 7 hari
- Jokowi marah gelagat ganas perusuh
- 800 mahasiswa terima sumbangan TP1B sejak 8 tahun lalu
- TNG nafi keluar kad edisi terhad gambar Anwar Ibrahim
- Suasana sayu selubungi Balairung Seri Istana Abu Bakar
- Polis, PERHILITAN cari lelaki kejam tembak monyet
- Chelsea 'lebur' RM492.98 juta pecat jurulatih
- 'Pogba, Hazard dialu-alukan di Real'
- Choong Hann cabar skuad negara di Piala Sudirman
- `Tolong jangan potong mata Kelantan'
- 4 terbunuh, tentera Afghanistan bedil Humvee sarat letupan
- Jangan buat saya macam penipu! - isteri Ammar Alfian
- Bumi Pahang 'menangis' pilu
- JBPM akan wujudkan balai bomba Kategori E di Sabah, Sarawak
- MFL tiada agenda tersembunyi - Tunku Ismail
- Indonesia sekat media sosial elak sebar berita palsu
- Kemangkatan Sultan Ahmad Shah kehilangan besar buat warga seni
- Tiada duit raya peneroka FELDA setakat ini - Azmin
- Hormati keputusan Kabinet - Syed Saddiq
- 'Man City takkan jual Sane'
- Malaysia bebas kes cacar monyet
- Melaka United tak cemas
- Kibar bendera separuh tiang - KSN
- Duterte bengang, Kanada lambat kutip sampah
- Kerjaya gemilang Nicol menemui nokhtah di Terbuka British
- Hamilton emosi hadapi Monaco
- JDT tersingkir saingan Liga Juara-Juara Asia
- Bekas Pengerusi Hamas temui Dr Mahathir
| 26 orang dibunuh kumpulan bersenjata di Republik Afrika Tengah Posted: 22 May 2019 09:29 AM PDT BANGUI: Lebih 26 orang dibunuh manakala ramai yang lain cedera semalam apabila sekumpulan lelaki bersenjata menyerang dua kampung yang terletak di barat laut Republik Afrika Tengah. |
| Kekecohan baharu tercetus di Jakarta Posted: 22 May 2019 09:23 AM PDT JAKARTA: Polis anti rusuhan melepaskan gas pemedih mata terhadap perusuh di ibu kota Jakarta hari ini sebagai kekecohan baharu tercetus di jalan raya sejurus pengumuman rasmi keputusan pilihan raya Indonesia semalam. |
| Reman wanita Nigeria, lelaki Pakistan dilanjutkan 7 hari Posted: 22 May 2019 09:16 AM PDT KUALA LUMPUR: Tempoh reman ke atas seorang wanita warga Nigeria dan seorang lelaki warga Pakistan yang ditahan berhubung pembunuhan ketua jururawat Hospital Serdang, Siti Kharina Mohd Kamarudin, dilanjutkan tujuh hari lagi bermula hari ini. |
| Jokowi marah gelagat ganas perusuh Posted: 22 May 2019 09:13 AM PDT JAKARTA: Ibu kota Jakarta bertukar seperti medan pertempuran selepas kumpulan penunjuk perasaan membuat kecoh, semalam - sekali gus mengundang kecaman Presiden Indonesia, Joko 'Jokowi' Widodo. |
| 800 mahasiswa terima sumbangan TP1B sejak 8 tahun lalu Posted: 22 May 2019 09:07 AM PDT SHAH ALAM: Kira-kira 800 mahasiswa Universiti Teknologi MARA (UiTM) dalam kalangan golongan asnaf fakir dan miskin menerima sumbangan dan manfaat menerusi Tabung Pendidikan 1 Bilion (TP1B) sejak lapan tahun lalu. |
| TNG nafi keluar kad edisi terhad gambar Anwar Ibrahim Posted: 22 May 2019 09:05 AM PDT KUALA LUMPUR: Touch and Go (TNG) Malaysia hari ini menafikan pihaknya mengeluarkan kad edisi terhad gambar Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang kini tular di media sosial. |
| Suasana sayu selubungi Balairung Seri Istana Abu Bakar Posted: 22 May 2019 08:54 AM PDT PEKAN: Suasana sayu dan suram menyelubungi Istana Abu Bakar di sini, malam ini apabila jenazah Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah dibawa masuk ke persada yang terletak di tengah Balairung Seri. |
| Polis, PERHILITAN cari lelaki kejam tembak monyet Posted: 22 May 2019 08:44 AM PDT KUALA LUMPUR: Polis sudah menerima laporan berhubung satu video viral memaparkan tindakan kejam seorang lelaki menembak seekor monyet yang terkurung dalam sangkar menggunakan pistol, awal pagi tadi. |
| Chelsea 'lebur' RM492.98 juta pecat jurulatih Posted: 22 May 2019 08:17 AM PDT LONDON: Chelsea pada minggu ini diarahkan oleh mahkamah supaya membayar Antonio Conte pampasan berjumlah £9 juta (RM47.67 juta) yang menyaksikan perbelanjaan terhadap pengurus yang dipecat meningkat kepada £92.9 juta (RM492.98 juta) sejak 2004. |
| 'Pogba, Hazard dialu-alukan di Real' Posted: 22 May 2019 07:55 AM PDT LONDON: Pertahanan Real Madrid, Raphael Varane meluahkan kelegaan jika dua bintang Paul Pogba dan Eden Hazard menyertai gergasi Galaticos pada musim panas ini. |
| Choong Hann cabar skuad negara di Piala Sudirman Posted: 22 May 2019 07:50 AM PDT KUALA LUMPUR: Skuad badminton negara perlu memanfaatkan peluang yang ada bagi melakar pencapaian terbaik selepas sah mara ke suku akhir Piala Sudirman 2019 di Nanning, China. |
| `Tolong jangan potong mata Kelantan' Posted: 22 May 2019 07:45 AM PDT KUALA LUMPUR: Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) mengakui gagal mengemukakan sebahagian daripada dokumen yang diminta Liga Bolasepak Malaysia (MFL) selepas tempoh untuk berbuat demikian berakhir, semalam. |
| 4 terbunuh, tentera Afghanistan bedil Humvee sarat letupan Posted: 22 May 2019 07:28 AM PDT GHAZNI: Sekurang-kurangnya empat terbunuh dan berpuluh lagi cedera apabila tentera Afghanistan membedil roket ke arah sebuah kereta berperisai jenis Humvee yang dicuri Taliban dan sarat dengan bahan letupan, kata pegawai hari ini. |
| Jangan buat saya macam penipu! - isteri Ammar Alfian Posted: 22 May 2019 07:14 AM PDT KUALA LUMPUR: Isteri Ammar Alfian, Nelissa Nezam, menyangkal dakwaan dia memfitnah pelakon itu dengan berkongsi paparan perbualan mereka menerusi Insta Story di Instagramnya, sebentar tadi. |
| Bumi Pahang 'menangis' pilu Posted: 22 May 2019 06:05 AM PDT KUANTAN: Bumi Pahang seakan 'menangis' menyambut kepulangan Almarhum Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar yang mangkat di ibu negara hari ini. |
| JBPM akan wujudkan balai bomba Kategori E di Sabah, Sarawak Posted: 22 May 2019 07:09 AM PDT KOTA KINABALU: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) akan mewujudkan balai bomba kategori E, khusus untuk kawasan pedalaman terutama di Sabah dan Sarawak. |
| MFL tiada agenda tersembunyi - Tunku Ismail Posted: 22 May 2019 03:12 AM PDT JOHOR BAHRU: Persatuan bola sepak negeri dan kelab yang bersaing dalam kancah Liga Malaysia (Liga M) diminta tidak cepat melatah berhubung kelewatan pembayaran geran tahunan yang menjadi isu ketika ini. |
| Indonesia sekat media sosial elak sebar berita palsu Posted: 22 May 2019 07:03 AM PDT JAKARTA: Indonesia memperkenalkan sekatan ke atas media sosial dalam usaha mencegah penyebaran berita palsu, seruan melakukan serangan keganasan pasca pilihan raya dan menghentikan dua hari tunjuk perasaan di ibu negara itu. |
| Kemangkatan Sultan Ahmad Shah kehilangan besar buat warga seni Posted: 22 May 2019 06:58 AM PDT KUALA LUMPUR: Kemangkatan Paduka Ayahanda Sultan Ahmad Shah Al-Musta'in Billah di Institut Jantung Negara (IJN) di sini, pagi tadi turut dirasai golongan artis dan penggiat seni yang menzahirkan rasa dukacita dan sedih atas pemergian baginda. |
| Tiada duit raya peneroka FELDA setakat ini - Azmin Posted: 22 May 2019 06:16 AM PDT GOMBAK: Kerajaan setakat ini tiada keputusan berhubung pemberian 'duit raya' kepada 112,635 peneroka FELDA di seluruh negara, susulan keadaan kewangan negara yang dibebani pelbagai hutang. |
| Hormati keputusan Kabinet - Syed Saddiq Posted: 22 May 2019 05:19 AM PDT ALOR SETAR: Semua rakan komponen dalam Pakatan Harapan (PH) diminta menghormati keputusan kabinet berhubung isu kuota kemasukan Bumiputera ke program matrikulasi. |
| 'Man City takkan jual Sane' Posted: 22 May 2019 06:25 AM PDT LONDON: Pemain tengah Manchester City, Ilkay Gundogan menafikan laporan yang mendakwa juara Liga Perdana itu akan menjual Leroy Sane musim panas ini. |
| Malaysia bebas kes cacar monyet Posted: 22 May 2019 02:23 AM PDT PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan menegaskan tiada kes cacar monyet dikesan atau dilaporkan berlaku di Malaysia. |
| Posted: 22 May 2019 06:15 AM PDT MELAKA: Skuad Piala Tun Sharifah Rodziah, Melaka United (MU) tidak cemas walaupun kini hanya menduduki tangga ketiga carta saingan liga. |
| Kibar bendera separuh tiang - KSN Posted: 22 May 2019 06:08 AM PDT PUTRAJAYA: Bendera Malaysia perlu dikibarkan separuh tiang bermula hari ini hingga esok bagi menghormati kemangkatan Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah Almarhum Sultan Abu Bakar. |
| Duterte bengang, Kanada lambat kutip sampah Posted: 22 May 2019 06:05 AM PDT MANILA: Presiden Filipina, Rodrigo Duterte mengarahkan kerajaannya mengupah sebuah syarikat perkapalan swasta untuk menghantar 69 kontena sampah kembali ke Kanada dan meninggalkannya di perairan negara itu jika mereka enggan menerima bahan buangan berkenaan, kata jurucakapnya hari ini. |
| Kerjaya gemilang Nicol menemui nokhtah di Terbuka British Posted: 22 May 2019 05:57 AM PDT KUALA LUMPUR: Lagenda skuasy negara, Datuk Nicol David mengakhiri karier beliau dalam sukan berkenaan dengan kekalahan di tangan pemain nombor tiga dunia, Nour El Tayeb di Terbuka British di University of Hull, England, semalam. |
| Posted: 22 May 2019 05:53 AM PDT MONACO: Kurang 48 jam selepas kematian legenda, Niki Lauda, pelumba Mercedes Lewis Hamilton mengharungi sesi ujian bebas Grand Prix Formula Satu Monaco, esok dengan suasana suram bagi memburu kemenangan ketiganya di perlumbaan klasik litar jalanan Mediterranean itu. |
| JDT tersingkir saingan Liga Juara-Juara Asia Posted: 22 May 2019 05:50 AM PDT KUALA LUMPUR: Johor Darul Ta'zim (JDT) terpaksa akur tersingkir daripada saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) selepas tewas 0-2 kepada Gyeongnam FC dalam perlawanan terakhir Kumpulan E di Korea Selatan, sebentar tadi. |
| Bekas Pengerusi Hamas temui Dr Mahathir Posted: 22 May 2019 05:25 AM PDT PUTRAJAYA: Bekas Pengerusi pergerakan Hamas, Khalid Meshaal hari ini menemui Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, bagi berbincang mengenai perjuangan dan keadaan semasa di Palestin. |
| You are subscribed to email updates from BH Online - Terkini. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google, 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States | |


















0 comments:
Post a Comment