Thursday, May 23, 2019

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


Man City minat jalin kerjasama

Posted: 23 May 2019 09:06 AM PDT

Foto Aizuddin

Rowley perkuat skuad Kedah

Posted: 23 May 2019 09:03 AM PDT

ALOR SETAR: Kedah sah mengikat pemain tengah kelahiran Australia yang memiliki kewarganegaraan Malaysia, David Rowley bagi mengisi kuota pemain tempatan.

Butang logo PDRM tidak dijual untuk orang awam

Posted: 23 May 2019 08:58 AM PDT

KUALA LUMPUR: Tindakan undang-undang termasuk membatalkan permit perniagaan boleh dikenakan terhadap individu yang menjual butang baju Melayu logo Polis Diraja Malaysia (PDRM) kepada orang awam.

Cheng Hoe harap tiada berita buruk

Posted: 23 May 2019 08:52 AM PDT

KUALA LUMPUR: Pengendali skuad kebangsaan Tan Cheng Hoe berharap aksi terkahir Liga Malaysia (Liga M) di bulan Ramadan minggu ini tidak memberi berita buruk buat Harimau Malaya.

Kes Akhyar, KFA serah bukti

Posted: 23 May 2019 08:46 AM PDT

KUALA LUMPUR: Wakil Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) bersama pasukan peguam mereka hadir di Wisma Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) petang tadi bagi menghadiri mesyuarat dengan Jawatankuasa Status FAM berkaitan isu perpindahan bekas pemain mereka, Muhammad Akhyar Abdul Rashid ke Johor Darul Ta'zim (JDT).

Isu tiket penerbangan mahal disuarakan kepada menteri

Posted: 23 May 2019 08:33 AM PDT

TAWAU: Isu harga tiket penerbangan ke Sabah yang mahal, khususnya dari Kuala Lumpur ke Tawau, akan disuarakan kepada menteri bertanggungjawab, kata Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Mohamaddin Ketapi.

Bekalan air di Rawang dijangka pulih 9 pagi esok

Posted: 23 May 2019 08:09 AM PDT

KUALA LUMPUR: Kerja pembaikan paip pengepaman yang pecah berdekatan Sungai Garing, Rawang dijangka siap sepenuhnya sebelum 9 pagi esok.

Presiden Majlis Pentadbiran Mukim di selatan Thailand mati ditembak

Posted: 23 May 2019 07:37 AM PDT

YALA: Presiden Majlis Pentadbiran Mukim Tha Thong di Daerah Raman, Yala, selatan Thailand mati ditembak ketika dalam perjalanan pulang ke rumah, selepas berbuka puasa bersama ahli keluarga.

2 premis perjudian dalam talian diserbu, 34 ditahan

Posted: 23 May 2019 07:32 AM PDT

KUCHING: Seramai 34 individu disyaki anggota sindiket perjudian dalam talian, termasuk 31 warga asing, ditahan dalam serbuan di dua rumah, di sini, semalam.

Benarkan syarikat e-hailing kendali lesen PSV tak ikut undang-undang

Posted: 23 May 2019 07:28 AM PDT

KUALA LUMPUR: Majlis Piawaian Dan Pemodenan Industri Memandu Malaysia (MAPIM) menganggap keputusan kerajaan membenarkan syarikat e-hailing mengendalikan kursus lesen Kenderaan Perkhidmatan Awam (PSV) secara dalam talian adalah satu pencerobohan undang-undang.

Agensi zakat disaran sumbang buku - Maszlee

Posted: 23 May 2019 06:12 AM PDT

PUTRAJAYA: Agensi zakat di negara ini disaran supaya bukan saja memberi sumbangan wang dan makanan kepada golongan asnaf, tetapi juga dalam bentuk buku dan bahan bacaan lain.

Pasukan petugas khas kaji laporan SUHAKAM

Posted: 23 May 2019 06:36 AM PDT

PUTRAJAYA: Satu pasukan petugas khas akan diwujudkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk mengkaji laporan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) sebelum ini yang mengaitkan polis Cawangan Khas dengan kehilangan aktivis sosial, Amri Che Mat dan Pastor Raymond Koh Keng Joo.

Keuntungan bersih Genting susut 6.8 Peratus

Posted: 23 May 2019 07:09 AM PDT

KUALA LUMPUR: Keuntungan bersih Genting Bhd menyusut sebanyak 6.8 peratus kepada RM561.64 juta pada suku pertama berakhir 31 Mac 2019 berbanding dengan RM602.7 juta yang direkodkan dalam suku yang sama tahun lalu.

Rakyat diajak curah idea, tambah baik PTPTN

Posted: 23 May 2019 07:06 AM PDT

KUALA LUMPUR: Orang ramai diajak menyumbang pendapat masing-masing secara dalam talian menerusi saluran khas 'Kertas Konsultasi Rakyat' bagi membantu kerajaan mencapai keputusan terbaik dalam menggubal dasar berkaitan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Mahkamah Rayuan Singapura tangguh hukuman mati Pannir Selvam

Posted: 23 May 2019 07:01 AM PDT

SINGAPURA: Mahkamah Rayuan Singapura hari ini membuat keputusan membenarkan permohonan rakyat Malaysia, P Pannir Selvam untuk menangguhkan hukuman mati yang dihadapinya dan membolehkan beliau mencabar proses pengampunan.

Dua pendatang maut akibat kepanasan

Posted: 23 May 2019 06:59 AM PDT

BELGRADE: Dua pendatang yang bersembunyi di dalam tangki minyak kosong dilaporkan maut, selepas menerima rawatan di sebuah hospital di utara Serbia.

YaPEIM salur RM2.5 juta bantu 14,000 penerima

Posted: 23 May 2019 06:58 AM PDT

JASIN: Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) memperuntukkan sebanyak RM2.5 juta untuk diagihkan kepada seramai 14,000 penerima terdiri daripada anak yatim, golongan asnaf dan golongan kurang berkemampuan di seluruh negara.

Suspek bunuh Siti Kharina mungkin didakwa esok

Posted: 23 May 2019 06:56 AM PDT

SEPANG: Polis tidak menolak kemungkinan salah seorang suspek kes pembunuhan Ketua Jururawat Hospital Serdang, Siti Kharina Kamarudin, akan didakwa esok.

My100, My50 lonjak 14 peratus pengguna rel, bas Prasarana

Posted: 23 May 2019 06:51 AM PDT

KUALA LUMPUR: Pengguna perkhidmatan pengangkutan awam kendalian Prasarana Malaysia Bhd (Prasarana) meningkat sehingga 14 peratus sejak pas Perjalanan Tanpa Had My100 dan My50 dilancarkan pada Januari lalu.

Mahfuz sedia digugurkan

Posted: 23 May 2019 06:46 AM PDT

ALOR SETAR: Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Mahfuz Omar bersedia untuk digugurkan sekiranya Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mahu melakukan rombakan Kabinet.

Jurutol trauma, pondok tol dirempuh treler

Posted: 23 May 2019 06:18 AM PDT

BUKIT MERTAJAM: Seorang jurutol dalam keadaan trauma selepas pondok tol tempatnya bertugas dirempuh sebuah treler dalam kejadian di Plaza Tol Lebuhraya Butterworth Kulim (BKE) dekat Kubang Semang di sini, tengah hari tadi.

U Mobile, Nokia bekerjasama perluas khidmat 4G dan ujian 5G

Posted: 23 May 2019 06:43 AM PDT

KUALA LUMPUR: U Mobile akan mengembangkan pelaksanaan perkhidmatan data mudah alihnya di serata Malaysia menerusi penggunaan rangkaian akses radio (RAN) tunggal Nokia serta teknologi pengangkutan mudah alih berasaskan gelombang mikro dan protokol internet.

Tubuh jawatankuasa khas tangani fenomena pencemaran di Sungai Melaka - KM

Posted: 23 May 2019 06:39 AM PDT

JASIN: Kerajaan Melaka akan menubuhkan sebuah jawatankuasa khas di peringkat negeri bagi menyelesaikan masalah fenomena pencemaran di Sungai Melaka daripada terus berulang pada masa depan.

Untung bersih suku pertama MBM Resources meningkat kepada RM49.7 juta

Posted: 23 May 2019 06:29 AM PDT

KUALA LUMPUR: MBM Resources Bhd meningkatkan keuntungan bersihnya kepada RM49.66 juta bagi suku pertama (Q1) berakhir 31 Mac 2019, daripada RM32.82 juta setahun sebelumnya, sebahagian besarnya dipacu jualan hartanah dan peningkatan jualan kenderaan Perodua.

Gandhi mengaku kalah, hilang kerusi kubu kuat keluarga

Posted: 23 May 2019 06:16 AM PDT

NEW DELHI: Pemimpin pembangkang utama parti Kongres India, Rahul Ghandi mengaku kalah, selepas ditumpaskan di wilayah kubu kuat keluarganya sendiri, hari ini.

TERKINI: MARA sahkan 12 pelajar MRSM Kuala Klawang cedera kemalangan

Posted: 23 May 2019 06:14 AM PDT

SEREMBAN: Majlis Amanah Rakyat (MARA) mengesahkan 12 pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kuala Klawang cedera dalam kemalangan bas dan kereta di Bukit Tangga, Jelebu, hari ini.

KDN teliti dakwaan warga Aceh kuasai sektor peruncitan - Muhyiddin

Posted: 23 May 2019 06:10 AM PDT

PUTRAJAYA: Kementerian Dalam Negeri akan meneliti dakwaan terdapat lebih 100,000 daripada 500,000 warga Aceh di negara ini dipercayai menguasai sektor peruncitan dan perkhidmatan.

Seorang pelajar maut, 26 cedera nahas bas dan kereta

Posted: 23 May 2019 06:07 AM PDT

JELEBU: Seorang pelajar Kolej Vokasional Kuala Klawang, di sini, maut manakala 26 yang lain cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah bas dan kereta di Jalan Kuala Klawang-Seremban, berhampiran Bukit Tangga, di sini, hari ini.

Fasa pertama Bandaraya Getah Kedah siap tahun depan

Posted: 23 May 2019 06:06 AM PDT

PUTRAJAYA: Fasa pertama projek Bandaraya Getah Kedah (KRC), meliputi kawasan seluas kira-kira 200 hektar di Ladang Bukit Ketapang, dijangka siap pada tahun depan, kata Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Dr Mahathir.

Pembangkang desak kerajaan beri 'duit raya' kepada peneroka

Posted: 23 May 2019 06:01 AM PDT

KUALA LUMPUR: Kerajaan diminta pertimbangkan pemberian 'duit raya' kepada peneroka FELDA menjelang Aidilfitri.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template