BH Online - Terkini |
- Hamilton kuasai GP Monaco
- KL tambah derita PKNP
- JDT atasi Kedah di Larkin
- Netanyahu sukar bentuk kerajaan, mungkin adakan pilihan raya semula
- Seorang polis maut, 4 cedera letupan bom di Songkhla
- Suspek utama kes bunuh ketua jururawat didakwa hari ini
- Wanita Myanmar ditemui mati tergantung
- Adam idam podium Buriram
- Shahidan kekal Presiden ASUM
- Wanita, anak tiri cedera disamun
- Jangan ambil mudah soal perpaduan masyarakat majmuk
- Bas terbakar: 29 penumpang China cemas
- Panda albino ditemui di Sichuan, China
- Lelaki dikhuatiri lemas terjatuh ketika memancing
- Selangor sedia terima kritikan media - MB
- Sarawak tawarkan 600,000 hektar tanah untuk tanaman selain sawit
- Paip pecah: Selangor akan tuntut ganti rugi daripada WCE
- Minat baju tradisi dorong buka kedai jahitan sendiri
- Dua remaja dipenjara 30 tahun culik, bunuh budak perempuan
- PKR persiap jentera hadapi PRN Sarawak
- Seniman Kassim Rahmat meninggal dunia di Singapura
- Lebih 600 penduduk dijangkiti HIV di selatan Pakistan
- PM Pakistan hubungi Modi ucap tahniah
- Teksi udara dijangka diperkenalkan kurang daripada dua tahun
- Boleh rakam gambar kenderaan masuk lorong kecemasan
- Peluk Islam selepas rakam Menjelang Hari Raya
- 'Ainul, hari ini Ainul duduk semula dalam inkubator...'
- Polis mahu siasat semula kes bekas CEO cabul anak
- MUSA harap Faizal segera pulih
- Kanak-kanak 2 tahun maut didera
| Posted: 26 May 2019 09:32 AM PDT MONACO: Lewis Hamilton mengukuhkan penguasaan sebagai pendahulu kejuaraan Formula Satu selepas memenangi Grand Prix Monaco sebentar tadi. |
| Posted: 26 May 2019 09:30 AM PDT KUALA LUMPUR: PKNP FC terus kemarau kemenangan dalam lapan perlawanan berturut-turut selepas tewas 4-1 kepada Kuala Lumpur (KL) di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras, sebentar tadi. |
| Posted: 26 May 2019 09:26 AM PDT JOHOR BAHRU: Johor Darul Ta'zim (JDT) tidak berdepan masalah untuk menyentap ego Kedah apabila menewaskan pasukan itu 2-0 pada aksi Liga Super di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, sebentar tadi. |
| Netanyahu sukar bentuk kerajaan, mungkin adakan pilihan raya semula Posted: 26 May 2019 09:16 AM PDT BAILTULMAQDIS: Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu melakukan percubaan terakhir memecah kebuntuan membentuk pakatan kerajaan, sebelum tarikh tamat mencapai persetujuan, Rabu depan. |
| Seorang polis maut, 4 cedera letupan bom di Songkhla Posted: 26 May 2019 09:10 AM PDT SONGKHLA: Seorang anggota polis maut, manakala empat lagi cedera, termasuk seorang wanita awam dalam satu kejadian letupan bom di Chana, Songkhla. |
| Suspek utama kes bunuh ketua jururawat didakwa hari ini Posted: 26 May 2019 09:02 AM PDT KUALA LUMPUR: Lelaki Nigeria yang juga suspek utama kes pembunuhan Ketua Jururawat Hospital Serdang, Siti Kharina Mohd Kamarudin akan didakwa di Mahkamah Sepang, hari ini. |
| Wanita Myanmar ditemui mati tergantung Posted: 26 May 2019 08:36 AM PDT IPOH: Seorang wanita warga Myanmar ditemui mati dalam keadaan tergantung lengkap berpakaian di tangga sebuah premis perniagaan di Jalan Medan Ipoh 3, Bandar Baru Medan di sini hari ini. |
| Posted: 26 May 2019 08:48 AM PDT KUALA LUMPUR: Adam Norrodin bertekad untuk kembali berada di pentas podium di Sirkit Antarabangsa Chang di Buriram Thailand pada hujung minggu depan selepas terlepas aksi pusingan kedua Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) di Australia, hujung April lalu. |
| Posted: 26 May 2019 08:23 AM PDT KUALA LUMPUR: Datuk Seri Shahidan Kassim mengekalkan kedudukan selaku Presiden Kesatuan Renang Malaysia (ASUM) pada Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) yang berlangsung di CASA 1, Majlis Sukan Negara (MSN), dekat sini hari ini. |
| Wanita, anak tiri cedera disamun Posted: 26 May 2019 07:51 AM PDT BUKIT MERTAJAM: Seorang wanita dan anak tirinya cedera akibat terjatuh ke dalam longkang selepas disamun seorang lelaki menaiki motosikal di Tingkat Binjai 6, Taman Sri Rambai di Bukit Tengah, di sini hari ini. |
| Jangan ambil mudah soal perpaduan masyarakat majmuk Posted: 26 May 2019 07:49 AM PDT KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia digesa supaya tidak leka dalam meneruskan usaha menjaga kepelbagaian budaya, agama dan bangsa, serta menyemai nilai murni dalam kalangan masyarakat majmuk di negara ini. |
| Bas terbakar: 29 penumpang China cemas Posted: 26 May 2019 07:47 AM PDT BATU PAHAT: Seramai 29 pelancong warga China berhadapan detik cemas, apabila bas persiaran yang mereka naiki terbakar di KM97.2, Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah Utara, berhampiran Ayer Hitam, di sini, hari ini. |
| Panda albino ditemui di Sichuan, China Posted: 26 May 2019 07:24 AM PDT BEIJING: Seekor panda serba putih berjaya dirakamkan di sebuah rizab alam semula jadi di barat daya China, sekali gus membuktikan kejadian albinisme berlaku dalam kalangan panda liar di wilayah berkenaan. |
| Lelaki dikhuatiri lemas terjatuh ketika memancing Posted: 26 May 2019 07:15 AM PDT ALOR SETAR: Seorang lelaki dikhuatiri lemas dipercayai terjatuh ketika memancing ikan berhampiran Kampung Berjaya, Taman Mahawangsa, Jalan Putra, di sini, petang tadi. |
| Selangor sedia terima kritikan media - MB Posted: 26 May 2019 06:26 AM PDT SHAH ALAM: Kerajaan Selangor akan sentiasa mengamalkan konsep terbuka terhadap laporan media. |
| Sarawak tawarkan 600,000 hektar tanah untuk tanaman selain sawit Posted: 26 May 2019 05:10 AM PDT JOHOR BAHRU: Kerajaan Sarawak berhasrat menawarkan kira-kira 600,000 hektar tanah yang tidak akan ditanam semula dengan kelapa sawit kepada mana-mana pihak yang berminat termasuk Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. |
| Paip pecah: Selangor akan tuntut ganti rugi daripada WCE Posted: 26 May 2019 06:32 AM PDT SHAH ALAM: Siasatan awal terhadap insiden tiga paip utama pecah berhampiran tapak pembinaan Lebuhraya West Coast Expressway (WCE) di Klang baru-baru ini mendapati ia berpunca daripada pergerakan tanah sehingga menyebabkan paip berkenaan teralih. |
| Minat baju tradisi dorong buka kedai jahitan sendiri Posted: 26 May 2019 06:23 AM PDT KOTA KINABALU: Bermula hanya sebagai tukang gunting kain di kedai jahitan bekas majikannya, Norhayati Ajirul, 46, menimba kemahiran menghasilkan busana tradisi masyarakat Kadazandusun. |
| Dua remaja dipenjara 30 tahun culik, bunuh budak perempuan Posted: 26 May 2019 06:13 AM PDT KABUL : Dua remaja lelaki dijatuhkan hukuman penjara selama 30 tahun oleh mahkamah Afghanistan hari ini atas tuduhan menculik dan membunuh seorang budak perempuan, dalam satu kes yang mencetuskan kemarahan di seluruh negara. |
| PKR persiap jentera hadapi PRN Sarawak Posted: 26 May 2019 06:04 AM PDT PUTRAJAYA: PKR sedang mempersiapkan jentera bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak Ke-12, yang dijangka berlangsung pada akhir tahun depan atau awal 2021. |
| Seniman Kassim Rahmat meninggal dunia di Singapura Posted: 26 May 2019 05:59 AM PDT SINGAPURA: Penyanyi era 60-an yang popular dengan lagu La Obe dan Nga Lompak AGo Go, Allahyarham Kassim Rahmat meninggal dunia akibat sakit tua hari ini. |
| Lebih 600 penduduk dijangkiti HIV di selatan Pakistan Posted: 26 May 2019 05:44 AM PDT ISLAMABAD : Lebih 600 penduduk, kebanyakannya kanak-kanak disahkan positif HIV di wilayah Sindh, selatan negara itu. |
| PM Pakistan hubungi Modi ucap tahniah Posted: 26 May 2019 05:40 AM PDT ISLAMABAD: Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan bercakap dengan Narendra Modi, hari ini untuk mengucapkan tahniah kepada pemimpin India itu atas kemenangan parti nasionalisnya parti Bharatiya Janata (BJP). |
| Teksi udara dijangka diperkenalkan kurang daripada dua tahun Posted: 26 May 2019 05:38 AM PDT KUALA LUMPUR: Peneraju industri dalam penyelesaian memori dan penyimpanan inovatif, Micron Technology Inc, yakin pasaran automatif bakal menyaksikan pengenalan teksi udara di kebanyakan bandar besar seluruh dunia dalam tempoh kurang dua tahun dari sekarang. |
| Boleh rakam gambar kenderaan masuk lorong kecemasan Posted: 26 May 2019 05:19 AM PDT NILAI: Pengguna jalan raya boleh merakam gambar kenderaan yang dipandu di lorong kecemasan sepanjang Ops Bersepadu sempena perayaan Aidilfitri ini dan menyalurkannya kepada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). |
| Peluk Islam selepas rakam Menjelang Hari Raya Posted: 26 May 2019 03:00 AM PDT KUALA LUMPUR: Penyanyi Datuk DJ Dave mengakui, lagu Menjelang Hari Raya yang mendapat sentuhan komposer S Atan menyimpan nostalgia yang tersendiri. |
| 'Ainul, hari ini Ainul duduk semula dalam inkubator...' Posted: 26 May 2019 05:04 AM PDT MELAKA : Selepas dua hari berada di London, bayi perempuan menghidap kanser mulut Germ Cell Tumor, Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin, kini ditempatkan di dalam inkubator dengan wayar yang berselirat di sebuah hospital kanak-kanak. |
| Polis mahu siasat semula kes bekas CEO cabul anak Posted: 26 May 2019 04:59 AM PDT KUALA LUMPUR: Polis akan menyiasat semula kes bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) sebuah syarikat telekomunikasi kerana didakwa mencabul anaknya yang sebelum ini diklasifikasikan sebagai `NFA' atau `Tiada Tindakan Lanjut'. |
| MUSA harap Faizal segera pulih Posted: 26 May 2019 03:20 AM PDT MELAKA: Persatuan Bolasepak Melaka United (MUSA) mendoakan pemain pertahanan skuad Melaka United (MU) Mohd Faizal Muhamad yang kemalangan jalanraya awal pagi tadi tidak mengalami kecederaan serius. |
| Kanak-kanak 2 tahun maut didera Posted: 26 May 2019 03:47 AM PDT YAN: Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun meninggal dunia dipercayai akibat didera bapa tirinya di Batu 19 3/4 Jalan Yan, Guar Chempedak, di sini, semalam. |
| You are subscribed to email updates from BH Online - Terkini. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google, 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States | |


















0 comments:
Post a Comment