Monday, May 27, 2019

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


Mayat lelaki ditemui dalam semak

Posted: 27 May 2019 09:13 AM PDT

GOMBAK: Mayat lelaki dipercayai warga tempatan berusia lingkungan 50-an ditemui dalam kawasan semak di belakang perhentian bas Jalan Ipoh-Rawang, berhampiran Kolam Air Panas, Selayang, di sini, pagi semalam.

Kedah ikat pemain Kyrgyzstan

Posted: 27 May 2019 09:12 AM PDT

ALOR SETAR: Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) hari ini mengumumkan pemain Kyrgyzstan, Edgar Bernhadt sebagai pemain import baharu skuad Lang Merah menjelang berakhirnya fasa perpindahan pemain 29 Mei ini.

Dua maut, 14 cedera letupan bom pasar Ramadan di Pattani

Posted: 27 May 2019 08:26 AM PDT

PATTANI: Dua termasuk seorang remaja maut dan 14 lagi cedera dalam satu kejadian letupan bom di pasar Ramadan di Pattani, selatan Thailand, hari ini.

Menteri Muslim pro Israel tawar jadi calon PM Britain

Posted: 27 May 2019 08:58 AM PDT

LONDON: Menteri Dalam Negeri Britain, Sajid Javid memaklumkan beliau akan bertanding merebut jawatan kepimpinan bagi menggantikan Perdana Menteri, Theresa May. Beliau berjanji untuk melaksanakan Brexit.

Akhbar dakwa Conte akan ganti Spalletti

Posted: 27 May 2019 08:57 AM PDT

MILAN: Bekas jurulatih Itali, Antonio Conte tidak sabar menggantikan Luciano Spalletti sebagai jurulatih Inter Milan, menurut laporan di Itali, hari ini.

Piza Ssamjeang Domino's kembali lagi dengan rasa manis, pedas

Posted: 27 May 2019 08:42 AM PDT

KUALA LUMPUR: Domino's Pizza kembali dengan sentuhan Korea apabila mempertaruhkan Piza Ssamjeang dengan gabungan rasa manis dan pedas.

Agensi pekerjaan tawar khidmat program pemutihan warga asing palsu diserbu

Posted: 27 May 2019 08:32 AM PDT

KUALA LUMPUR: Dua pengarah serta seorang pegawai pemasaran sebuah syarikat agensi pekerjaan beralamat di Seri Kembangan, Selangor, ditahan Jabatan Imigresen kerana disyaki menawarkan khidmat pendaftaran program pemutihan warga asing palsu, pagi tadi.

Tiga suspek letupan Lyon diberkas

Posted: 27 May 2019 08:23 AM PDT

LYON: Polis Perancis menahan tiga suspek, menurut pihak berkuasa, hari ini, susulan letupan di tengah bandar Lyon, tenggara negara itu, minggu lalu, yang mencederakan 13 orang.

ATM perketat kawalan di perairan negara sepanjang Aidilfitri

Posted: 27 May 2019 06:57 AM PDT

KUANTAN: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan memperketatkan kawalan di perairan negara sepanjang sambutan Aidilfitri bagi mengelak pencerobohan, kata Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu.

Agong, Permaisuri rai golongan asnaf berbuka puasa

Posted: 27 May 2019 07:31 AM PDT

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menghadiri majlis berbuka puasa bersama agensi agama dan asnaf Baitulmal Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) di sini, hari ini.

Tan See Leng akan bersara sebagai MD/CEO IHH Healthcare

Posted: 27 May 2019 07:46 AM PDT

KUALA LUMPUR: Pengarah Urusan (MD) yang juga Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) IHH Healthcare Bhd, Dr Tan See Leng, telah memilih untuk bersara selepas menamatkan kontraknya pada 31 Disember 2019.

Semangat niaga Aceh dibawa ke Malaysia

Posted: 26 May 2019 07:00 PM PDT

MINGGU lalu, BH menyiarkan laporan eksklusif mengenai warga Aceh di negara ini dipercayai menguasai sektor peruncitan dan perkhidmatan, dengan sebahagian besarnya bertumpu di sekitar Lembah Klang.

Sarimah bakal timang anak perempuan

Posted: 27 May 2019 05:33 AM PDT

PETALING JAYA: Pelakon dan pengacara, Sarimah Ibrahim, 41, yang bakal melahirkan cahaya mata sulung pada Julai ini mengakui, teruja bakal menimang anak perempuan.

Permit daki Everest patut lebih ketat

Posted: 27 May 2019 05:50 AM PDT

KATHMANDU: Ameesha Chaulan adalah pendaki terselamat dalam kesesakan di puncak Everest, beliau kini berada di hospital untuk rawatan gigitan fros.

ASUM akui jurulatih terjun kebangsaan perlu lebih masa

Posted: 27 May 2019 07:21 AM PDT

KUALA LUMPUR: Kesatuan Renang Amatur Malaysia (ASUM) mengakui barisan jurulatih terjun baharu memerlukan lebih banyak masa untuk menampilkan keputusan lebih memberangsangkan, selepas ini.

Skuad badminton negara perlu terus kerja keras

Posted: 27 May 2019 07:16 AM PDT

KUALA LUMPUR: Ketua jurulatih beregu lelaki negara, Paulus Firman mengingatkan anak buahnya supaya tidak mudah berpuas hati dengan pencapaian ketika ini termasuk ketika saingan Piala Sudirman 2019 yang berakhir semalam.

MSN akur kehendak Syakilla Salni

Posted: 27 May 2019 07:15 AM PDT

KUALA LUMPUR: Majlis Sukan Negara (MSN) tunduk dengan permintaan Syakilla Salni Jefry Krisnan apabila membenarkan atlet karate negara itu menjalani latihan bersama bekas jurulatihnya, Andris Vasiljevs.

Pochettino positif Kane kembali cergas untuk final

Posted: 27 May 2019 07:12 AM PDT

LONDON: Pengurus Tottenham Hotspur, Mauricio Pochettino berkata Harry Kane berada dalam "situasi sangat positif" dan boleh cergas untuk berdepan Liverpool pada final Liga Juara-Juara awal pagi Ahad ini di Madrid.

Cedera tak halang Amer rangkul Piala IAME Asia

Posted: 27 May 2019 07:11 AM PDT

Amer, 16, yang pernah merangkul gelaran juara Asia di Cabaran Rotax Max Asia 2018 itu mengalami detik ngeri pada sesi Heat 1 pada Sabtu lalu, terbabas ketika sedang berada dalam kelajuan tinggi di sebuah selekoh hingga menyebabkan dirinya dikejarkan ke hospital.

Tudung RM50,000 bertatah kristal Swarovski

Posted: 27 May 2019 06:38 AM PDT

KUALA LUMPUR: Tudung termahal di dunia yang ditempah Februari lalu bakal menjadi penyeri gaya Aidilfitri seorang ahli perniagaan wanita yang membelinya pada harga RM50,000.

1 juta kenderaan masuk Kelantan Aidilfitri ini

Posted: 26 May 2019 11:11 PM PDT

TANAH MERAH: Sebanyak sejuta kenderaan dijangka masuk ke Kelantan sempena cuti persekolahan dan sambutan Aidilfitri kali ini, kata Ketua Polis Kelantan, Datuk Hasanuddin Hassan.

Buat perjanjian 'ikat' pekerja yang dilatih

Posted: 27 May 2019 05:41 AM PDT

PUTRAJAYA: Majikan dicadang mengadakan perjanjian dengan pekerja bagi memastikan mereka tidak 'lari' selepas diberikan latihan peningkatan kemahiran.

MSN setuju calonkan Miller jurulatih pecut

Posted: 27 May 2019 07:03 AM PDT

KUALA LUMPUR: Majlis Sukan Negara (MSN) bersetuju menerima cadangan Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) untuk menyenaraikan Dwayne I Miller dari Amerika Syarikat sebagai calon ketua jurulatih pecut.

Doktor pakar akan menilai Ainul Mardhiah minggu ini

Posted: 27 May 2019 07:03 AM PDT

KUALA LUMPUR: Beberapa doktor pakar dijangka melawat dan membuat penilaian ke atas Ainul Mardhiah, bayi perempuan penghidap kanser mulut 'Germ Cell Tumor' yang kini dirawat di sebuah hospital kanak-kanak di London.

Morata mahu kekal di Atletico

Posted: 27 May 2019 07:00 AM PDT

MADRID: Penyerang Sepanyol, Alvaro Morata berkata dia mahu kekal di Atletico Madrid hingga penamat kariernya dan tiada perancangan untuk kembali ke Chelsea, kelab yang ditinggalkannya pada Januari bagi dipinjamkan selama 18 bulan.

SMK Za'ba dipilih laksana pembangunan bola sepak NS

Posted: 27 May 2019 06:58 AM PDT

SEREMBAN: Persatuan Bolasepak Negeri Sembilan (PBNS) mengambil langkah untuk menganakangkatkan Sekolah Sukan Negeri (SSN) iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Za'ba, Kuala Pilah selaras dengan peraturan pelesenan Kelab Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan juga Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).

Skuad bola keranjang sedia pertahan emas Sukan SEA

Posted: 27 May 2019 06:52 AM PDT

KUALA LUMPUR: Persaraan lima tonggak tidak menjejaskan persiapan pasukan bola keranjang wanita kebangsaan untuk mempertahankan pingat emas pada temasya Sukan SEA Filipina, hujung tahun ini.

Sistem terbuka perlu diwujudkan bagi elak pertikaian

Posted: 27 May 2019 06:48 AM PDT

KUALA NERUS: Kerajaan Pakatan Harapan (PH) mahu mewujudkan satu sistem terbuka segi penilaian dan penganugerahan tender sama ada projek besar atau kecil supaya tidak wujud pertikaian oleh mana-mana pihak.

Muhyiddin harap Pengerusi BERSATU Johor, MB bekerjasama

Posted: 27 May 2019 06:14 AM PDT

JOHOR BAHRU: Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Johor yang baharu berbincang dengan Menteri Besar, Datuk Dr Sahruddin Jamal untuk mencari persefahaman demi kelancaran pentadbiran parti dan negeri.

Spesies terakhir badak sumbu Sumatra jantan, mati

Posted: 27 May 2019 06:37 AM PDT

KOTA KINABALU: Spesies terakhir badak sumbu Sumatra jantan di negara ini yang dinamakan Tam, mati di Hutan Simpan Hidupan Liar Tabin, Lahad Datu, tengah hari tadi.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template