Wednesday, May 29, 2019

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


Keluarga Adib sangkal Jabatan Peguam

Posted: 29 May 2019 08:36 AM PDT

SHAH ALAM: Keluarga Muhammad Adib Mohd Kassim yang terkorban akibat rusuhan insiden di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, tahun lalu, akan mengekalkan barisan peguam yang mewakili mereka sebelum ini.

Bomba tingkatkan penugasan

Posted: 29 May 2019 09:32 AM PDT

KUALA TERENGGANU: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) sedia menghadapi apa saja kemungkinan sepanjang Ops Selamat yang berlangsung sepanjang cuti Aidilfitri.

Kematian Tam seharusnya memberi peringatan

Posted: 29 May 2019 09:25 AM PDT

KUALA LUMPUR: Kematian spesies terakhir badak sumbu Sumatra di negara ini, Tam seharusnya memberi peringatan tentang perlunya masyarakat segera bertindak untuk melindungi semua spesies terancam.

Hanya negara Palestin merdeka jamin kedamaian - Raja Jordan

Posted: 29 May 2019 09:15 AM PDT

AMMAN: Raja Abdullah dari Jordan memaklumkan kepada penasihat Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, Jared Kushner bahawa perdamaian berkekalan di Asia Barat hanya boleh dicapai menerusi penubuhan negara Palestin di atas tanah yang dijajah Israel pada perang 1967 dan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negaranya.

21 pemain TCFC bakal terima 'duit raya'

Posted: 29 May 2019 08:23 AM PDT

KUALA LUMPUR: Kira-kira seminggu sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri, 21 pemain Terengganu City FC (TCFC) mampu mengukir senyuman apabila bakal menerima 'duit raya' hasil tunggakan gaji membabitkan jumlah keseluruhan RM411,900.

TFC sambar Camilo

Posted: 29 May 2019 08:20 AM PDT

KUALA TERENGGANU: Berbaki beberapa jam sebelum tempoh kedua perpindahan pemain melabuhkan tirainya jam 12 malam ini, Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT) menyambar pemain tinggi lampai kelahiran Brazil, Luis Gustavo Camilo bagi memantapkan lagi jentera pertahanan pasukan.

Guna meter ditentu ukur

Posted: 29 May 2019 08:16 AM PDT

PUTRAJAYA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mencadangkan syarikat utiliti, termasuk Tenaga Nasional Berhad (TNB) menggunakan meter elektrik yang sudah ditentu ukur oleh badan tertentu untuk mengelak bil elektrik naik mendadak.

Sultan Selangor dukacita perpecahan Melayu

Posted: 29 May 2019 08:01 AM PDT

SHAH ALAM: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah melahirkan rasa dukacita atas perpecahan orang Melayu yang dilihat berada pada tahap merisaukan baginda.

Hanya plastik terpakai bersih sahaja boleh diimport

Posted: 29 May 2019 07:52 AM PDT

SHAH ALAM: Malaysia hanya membenarkan pengimportan plastik terpakai bagi tujuan kitar semula dan bukan untuk dilonggokkan di sini.

Mane teruja minat ditunjukkan Real Madrid

Posted: 29 May 2019 07:21 AM PDT

LIVERPOOL: Sadio Mane mengakui dia teruja dengan dakwaan minat ditunjukkan Real Madrid tetapi menegaskan dia gembira di Liverpool dan fokus membantu kelab itu cuba memenangi Liga Juara-Juara.

KFA perlu tunggu kes 'pancing' Akhyar

Posted: 29 May 2019 07:21 AM PDT

KUALA LUMPUR: Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan keputusan membabitkan dakwaan berlakunya 'tapping up' oleh Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) ketika mendapatkan Akhyar Rashid.

Seacera yakin pulih daripada status PN17

Posted: 29 May 2019 07:16 AM PDT

KUALA LUMPUR: Pengeluar jubin, Seacera Group Bhd yakin untuk pulih daripada status Nota Amalan (PN17) selepas Lembaga Pengarah yang baru dilantik melaksanakan pelan penyusunan semula dalam masa terdekat.

Pendapatan Parkson meningkat kepada RM1.1 bilion

Posted: 29 May 2019 07:11 AM PDT

KUALA LUMPUR: Parkson Holdings Bhd (Parkson) mencatatkan kerugian bersih sebanyak RM6.48 juta pada suku ketiga yang berakhir pada 31 Mac 2019 berbanding keuntungan bersih sebanyak RM25.3 juta dalam tempoh yang sama tahun lepas.

Lulusan cemerlang SPM digalak lanjut pelajaran ke IPG

Posted: 29 May 2019 07:11 AM PDT

PUTRAJAYA: Lulusan cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) digalak memasuki Institut Pendidikan Guru (IPG) bagi melanjutkan pelajaran dalam Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP).

TNB nafi terima arahan naikkan tarif

Posted: 29 May 2019 12:37 AM PDT

KUALA LUMPUR: Tenaga Nasional Bhd (TNB) menafikan satu mesej tular di media sosial kononnya Ahli Lembaga Pengarahnya telah menerima arahan kerajaan untuk menaikkan tarif elektrik sebanyak 30 peratus.

2 parah, van kilang bertembung kereta

Posted: 29 May 2019 06:57 AM PDT

KULAI: Enam cedera termasuk dua parah dalam kemalangan membabitkan van kilang dan Perodua Kenari di Jalan Seelong, FELDA Ulu Tebrau, dekat sini, petang tadi.

Aduan disiasat, lebihan bayaran dipulangkan - TNB

Posted: 29 May 2019 03:43 AM PDT

KUALA LUMPUR: Tenaga Nasional Berhad (TNB) akan memulangkan semula lebihan bayaran jika aduan disiasat membuktikan berlaku lebihan caj.

Kompaun sehingga RM4,000 menanti pemandu e-hailing gagal carum PERKESO

Posted: 29 May 2019 06:46 AM PDT

KUALA LUMPUR: Pemandu e-hailing yang gagal mencarum dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) boleh dikenakan tindakan undang-undang, termasuk kompaun maksimum sehingga RM4,000.

Keuntungan bersih IJM Corp melonjak kepada RM418.92 juta

Posted: 29 May 2019 06:33 AM PDT

KUALA LUMPUR: Keuntungan bersih IJM Corporation Bhd (IJM Corp) bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2019, meningkat kepada RM418.92 juta daripada RM346.65 juta pada tahun sebelumnya.

PM tiba di Jepun bagi lawatan kerja

Posted: 29 May 2019 05:56 AM PDT

TOKYO: Tun Dr Mahathir Mohamad tiba di sini, malam ini bagi memulakan lawatan kerja tiga hari ke Jepun.

Perak pinjamkan 2 pemain kepada PKNP FC

Posted: 29 May 2019 06:43 AM PDT

IPOH: Dua pemain Perak, Muhamad Syazwan Zaipol Bahari dan Nazirul Afif Ibrahim dipinjamkan ke pasukan adik, PKNP FC bagi membantu kelab itu kekal dalam Liga Super musim ini. 

Tiga wanita korban pertama Ops Selamat 15 di Sarawak

Posted: 29 May 2019 04:03 AM PDT

BINTULU: Tiga wanita maut apabila kereta yang mereka naiki terbabit dalam kemalangan dengan sebuah treler di Jalan Pesisir Bintulu-Miri, hari ini.

50 penunjuk perasaan cedera ditembak di Kashmir

Posted: 29 May 2019 06:30 AM PDT

SRINAGAR: Sekurang-kurangnya 50 orang cedera susulan pertempuran di Kashmir, India apabila penunjuk perasaan dipercayai membantu pemberontak meloloskan diri dari kepungan pasukan kerajaan, hari ini.

Untung bersih Sime Darby Property melonjak

Posted: 29 May 2019 06:28 AM PDT

KUALA LUMPUR: Keuntungan bersih Sime Darby Property Bhd pada suku pertama berakhir 31 Mac 2019, naik kepada RM265.08 juta berbanding RM33.67 juta dicatatkan dalam suku tahun sama tahun lalu.

Perlombongan pasir haram di Selangor

Posted: 29 May 2019 06:26 AM PDT

SHAH ALAM: Sahabat Alam Malaysia (SAM) melahirkan kebimbangan berhubung aktiviti perlombongan pasir secara haram yang didakwa berlaku secara berleluasa di Selangor.

Pakistan lanjut penutupan ruang udara di sempadan India

Posted: 29 May 2019 06:04 AM PDT

ISLAMABAD: Ruang udara Pakistan di sempadan timurnya dengan India akan kekal ditutup sehingga 14 Jun ini, kata seorang pegawai penerbangan awam hari ini, lanjutan penutupan beberapa bulan selepas pertelingkahan antara dua negara seteru itu.

Gurdwara Sahib JB tidak tahu penganjuran majlis berbuka puasa

Posted: 29 May 2019 06:07 AM PDT

JOHOR BAHRU: Gurdwara Sahib Johor Bahru menegaskan pihak mereka langsung tidak dimaklumkan mengenai penganjuran majlis berbuka puasa bersama Ahli Parlimen Johor Bahru, Akmal Nasrullah Mohd Nasir, yang berlangsung semalam.

Pendakwaan bantah soalan peguam Najib

Posted: 29 May 2019 06:00 AM PDT

KUALA LUMPUR: Prosiding perbicaraan kes SRC International yang memasuki hari ke-20 hari ini menyaksikan pendakwaan kerap mengemukakan bantahan terhadap soalan dikemukakan peguam Datuk Seri Najib Razak kepada saksi.

2 parah kemalangan babitkan 12 kenderaan

Posted: 29 May 2019 05:52 AM PDT

NILAI: Dua individu parah dalam kemalangan membabitkan 12 kenderaan yang turut terbakar di Kilometer 6.6, Jalan Batang Benar, di sini, hari ini.

DPIM lancar 'Street Dakwah'

Posted: 29 May 2019 05:48 AM PDT

KUALA LUMPUR: Selain memberi sumbangan makanan, minuman dan keperluan penjagaan diri, program 'Street Dakwah' yang julung kali diadakan Dewan Perniagaan Islam Malaysia (DPIM) cawangan Putrajaya dan Kuala Lumpur turut mengagihkan 200 buku panduan solat kepada lebih 200 gelandangan dan masyarakat sekitar ibu kota.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template