Friday, May 3, 2019

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


Dua penduduk Palestin maut dalam serangan udara Israel

Posted: 03 May 2019 10:39 AM PDT

GAZA CITY: Dua rakyat Palestin maut dalam satu serangan udara Israel di Semenanjung Gaza hari ini, kata kementerian kesihatan di wilayah itu.

Kerajaan Persekutuan perlu bantu Pulau Pinang

Posted: 03 May 2019 03:53 AM PDT

GEORGETOWN: Kerajaan Persekutuan dinasihat berhenti menggunakan frasa 'Pulau Pinang negeri maju dan kaya' sebagai alasan untuk tidak membantu membangunkan negeri itu, kata Ketua Menteri, Chow Kon Yeow.

Jangan ketepikan Liverpool - Guardiola

Posted: 03 May 2019 10:11 AM PDT

MANCHESTER, United Kingdom: Pengurus Manchester City, Pep Guardiola sudah bersedia dalam pemburuan gelaran Liga Perdana hingga penghujung dan memberi amaran hari ini bahawa Liverpool masih belum boleh diketepikan selepas kekalahan dalam Liga Juara-Juara di Barcelona.

Adakah City bakal dinobat juara minggu ini?

Posted: 03 May 2019 09:45 AM PDT

KOLUM APA KATA EPL

Suspek ugut mufti direman empat hari

Posted: 02 May 2019 07:45 PM PDT

KANGAR: Suspek yang mengugut untuk memukul Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin di Facebook kelmarin, direman empat hari bermula hari ini, bagi membantu siasatan kes terbabit.

TFC II menang tipis atasi UiTM FC

Posted: 03 May 2019 08:43 AM PDT

KUALA TERENGGANU: Terengganu FC II (TFC II) merakam kemenangan tipis 1-0 menundukkan UiTM FC pada aksi Liga Perdana di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, sebentar tadi.

Malaysia ke final selepas tundukkan Austria

Posted: 03 May 2019 06:54 AM PDT

KUALA LUMPUR: Skuad hoki negara bangkit daripada prestasi hambar dan menunjukkan karektor sebenar ketika menjinakkan Austria 3-1 dalam aksi separuh akhir Pusingan Final Siri FIH di Stadium Nasional Bukit Jalil, sebentar tadi.

Rekod tanpa kalah JDT II lebur

Posted: 03 May 2019 08:40 AM PDT

PASIR GUDANG: Rekod tanpa kalah Johor Darul Ta'zim II (JDT II) akhirnya lebur selepas tewas 0-1 kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam aksi Liga Perdana di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG), sebentar tadi.

Dendam Kedah berbalas

Posted: 03 May 2019 08:38 AM PDT

ALOR SETAR: Kedah membuktikan keupayaan sebenar apabila menewaskan Kuala Lumpur 5-2 pada aksi ke-12 Liga Super di Stadium Darul Aman sebentar tadi.

Forza 300 atasi jangkaan

Posted: 03 May 2019 08:30 AM PDT

MOTOSIKAL skuter bersaiz sederhana semakin mendapat perhatian pengguna di negara ini. Ini kerana ia mudah ditunggang dan menjadi satu penyelesaian praktikal untuk bergerak dari lokasi ke lokasi dengan mudah.

Perak, PKNS kongsi mata

Posted: 03 May 2019 08:31 AM PDT

SHAH ALAM: Perak bangkit tiga kali daripada ketinggalan sebelum mengikat PKNS FC 3-3 pada aksi ke-12 Liga Super di Stadium Shah Alam, sebentar tadi.

Kawasaki tampil dua model Supernaked baharu

Posted: 03 May 2019 08:18 AM PDT

SEMPENA sambutan ulang tahun ke-30 Kawasaki Motors (Malaysia) Sdn Bhd (KMSB) baru-baru ini, pengedar utama motosikal jenama Kawasaki di Malaysia itu melancarkan dua model motor berkuasa tinggi Supernaked baharu iaitu Kawasaki Z250 ABS dan Z400 SE ABS.

9 pendatang maut di luar pantai Turki

Posted: 03 May 2019 08:17 AM PDT

ISTANBUL: Empat wanita dan lima kanak-kanak maut hari ini selepas bot pendatang dinaiki mereka karam di luar pantai Turki, kata pengawal pantai.

Naza Euro Motors lancar Citroen C3 Aircross SUV serba baharu

Posted: 03 May 2019 08:05 AM PDT

NAZA Euro Motors Sdn Bhd, pengedar rasmi kenderaan Citroën di Malaysia melancarkan kenderaan utiliti sukan (SUV) generasi baharu Citroën C3 Aircross SUV serba baharu untuk pasaran tempatan.

Toyota Yaris kembali ke pasaran

Posted: 03 May 2019 08:08 AM PDT

SELEPAS kali terakhir dijual antara tahun 2006 dan 2012, Toyota Yaris akhirnya membuat penampilan semula di negara ini bagi mengubati kerinduan peminat kenderaan hatchback itu.

Cukup bergaya, lebih praktikal

Posted: 03 May 2019 08:03 AM PDT

JIKA disebut mengenai Porsche, pastinya ramai akan mengetahui reputasi mengagumkan yang dibawa oleh jenama dari Jerman itu.

Sidang kemuncak 'loya jirga' di Kabul tuntut gencatan senjata api serta merta

Posted: 03 May 2019 07:53 AM PDT

KABUL: Sidang kemuncak keamanan 'loya jirga' yang berlangsung di Kabul dan berakhir hari ini menyaksikan perwakilan di seluruh Afghanistan menuntut gencatan senjata serta-merta.

Polis Sepanyol gagalkan rangkaian pemerdagangan dikendali warga Bangladesh

Posted: 03 May 2019 07:27 AM PDT

MADRID: Polis Sepanyol menggagalkan sebuah rangkaian pemerdagangan manusia dikendalikan warga Bangladesh yang menyeludup lebih 350 pendatang dari benua kecil India ke dalam negara itu dan memberi mereka pasport palsu, kata kenyataan hari ini.

'Faizal Mamak' kecundang juga di tangan polis

Posted: 03 May 2019 07:23 AM PDT

GOMBAK: Polis menahan seorang lelaki berusia 28 tahun dikenali sebagai 'Faizal Mamak' selepas disyaki menjadi dalang beberapa kejadian pecah pejabat di kawasan sekitar Rawang dan daerah lain di Selangor.

MFLS mampu lahirkan pemimpin bertaraf dunia

Posted: 03 May 2019 07:17 AM PDT

KUALA LUMPUR: Malaysia mampu melahirkan ramai pemimpin bertaraf dunia yang mengekalkan nilai-nilai Timur menerusi program Sekolah Kepemimpinan Masa Depan Malaysia (MFLS).

Baju kurung import kualiti tidak setanding jahitan tempatan

Posted: 29 Apr 2019 08:33 PM PDT

KUALA LUMPUR: Lambakan baju kurung didakwa bukan daripada sentuhan pereka tempatan dibawa masuk dari Vietnam, Indonesia dan China kini memonopoli pasaran berikutan tawaran harga lebih murah.

Baju kurung import bukan pesaing pereka tempatan

Posted: 30 Apr 2019 07:00 PM PDT

KUALA LUMPUR: Fenomena lambakan baju kurung diimport kini memonopoli pasaran tempatan tidak menjejaskan industri fesyen tempatan sebaliknya mampu merancakkan perniagaan busana tradisional.

Tak sedar isteri layak terima faedah PERKESO

Posted: 03 May 2019 07:06 AM PDT

AYER KEROH: Selepas tujuh tahun menderita akibat ketumbuhan dalam otak termasuk tiga tahun terlantar sakit, keluarga guru agama sekolah di bawah pengurusan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) baru menyedari pesakit terbabit layak mendapat faedah daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), tahun lalu.

Songket Sarawak, Pua Karap seni unik bumi Kenyalang

Posted: 02 May 2019 08:35 PM PDT

MUKAH: Rahsia keunikan kain tenun songket Sarawak tersembunyi di sebalik formula berasaskan sifir khas yang hanya difahami lapan tukang tenun di Kampung Kuala Rajang, Belawai, Sarawak.

McPhee keempat terpantas sesi latihan GP Sepanyol

Posted: 03 May 2019 07:01 AM PDT

KUALA LUMPUR: Pelumba PETRONAS Sprinta Racing, John McPhee menutup saingan hari pertama sesi latihan bebas Grand Prix (GP) Sepanyol dengan muncul keempat terpantas tatkala dua pelumba pasukan IC58 Squadra Corse mengungguli senarai terpantas keseluruhan Moto3, sebentar tadi. 

Kematian virus Ebola di Congo hampiri 1,000 orang - WHO

Posted: 03 May 2019 06:44 AM PDT

GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata hari ini, ia bimbang dengan 'pemindahan intensif' virus Ebola di Republik Demokratik Congo, di mana kematian daripada epidemik sembilan bulan berjumlah 994 kes dan dijangka melebihi 1,000 dalam beberapa jam.

Isu tanah Bukit Chagar: Tun M tegaskan kerajaan akan tuntut atau beli balik

Posted: 03 May 2019 06:11 AM PDT

KUALA LUMPUR: Kerajaan Persekutuan akan menuntut kembali tanahnya di Bukit Chagar, Johor Bahru jika benar ia telah ditukar hak milik kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar tanpa melalui proses yang betul.

Thi Huong hargai pihak terbabit prosiding kes

Posted: 03 May 2019 06:51 AM PDT

SEPANG: "Terima kasih semua yang banyak membantu, saya sangat gembira dan sayang anda semua." itu antara mesej warga Vietnam, Doan Thi Huong, tertuduh kes bunuh abang pemimpin Korea Utara, Kim Chol.

Letshanaa jumpa Arena di final

Posted: 03 May 2019 06:50 AM PDT

JOHOR BAHRU: Juara bertahan, K Letshanaa dari Selangor akan membuat perhitungan dengan pemain Sabah, Arena Satu pada aksi final bawah 16 perseorangan wanita Sirkit Dua Kejohanan Badminton Remaja Kebangsaan di Dewan Persatuan Badminton Johor, di sini, esok.

City atasi United kelab paling bernilai EPL

Posted: 03 May 2019 06:39 AM PDT

LONDON: Manchester City mengatasi Manchester United sebagai kelab paling berharga dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan gaji yang tinggi serta keuntungan rendah memberi kesan terhadap gergasi dari Old Trafford itu menurut kajian kewangan bola sepak diterbitkan hari ini.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template