BH Online - Terkini |
- Warga Indonesia, anak tiri maut kemalangan
- Warga emas diseret peragut bermotosikal
- 15 kematian pada hari pertama Op Selamat 15
- Suami isteri maut nahas tiga kenderaan
- Skuad B-23 kebangsaan aset masa depan negara
- Syed Saddiq sahut pelawaan TMJ
- 3 maut kehausan kereta rosak di padang pasir
- Kastam rampas minuman keras diisytihar perkakasan pembinaan rumah
- Arwah sempat buat kenduri
- Segmen beli belah di rumah pacu Media Prima
- Suara ibu bapa peminjam PTPTN diperlukan
- Tiga tahun diperlukan kurang hutang ke 54 peratus - PM
- Jangan salah guna kebebasan media cetus sentimen kaum, agama - Mujahid
- Bersama rakyat besar ertinya buat saya - Agong
- Osaka bangkit singkir Azarenka di Terbuka Perancis
- Forbidden, inovasi raja buah
- TPM tiba di Arab Saudi untuk Sidang Kemuncak OIC
- Djokovic mara pusingan ketiga Terbuka Perancis
- EXCO Johor nafi terima hadiah kondominium
- Fenomena Kek Absolut Chocolat
- Keuntungan bersih DRB-HICOM susut kepada RM123 juta pada 2019
- 6 maut, serangan pusat latihan tentera Afghanistan
- IPCMC: KPN mahu bela hak, kebajikan seluruh warga PDRM
- Lagi pemandu Grab jadi mangsa
- KAFA nafi gagal lunas gaji hampir 5 bulan
- Imam tertinggal sepotong ayat ketika solat, makmum diminta qada solat Isyak
- Jumlah perpindahan pemain menurun sesi kedua
- Boustead catat kerugian bersih RM22.4 juta dalam suku pertama
- Inter Milan pecat jurulatih
- Keuntungan bersih QL Resources bagi FY19 meningkat kepada RM216.74 juta
| Warga Indonesia, anak tiri maut kemalangan Posted: 30 May 2019 09:40 AM PDT JOHOR BAHRU: Seorang lelaki warga Indonesia dan anak tiri perempuannya maut selepas kenderaan yang mereka naiki bertembung dengan sebuah lori di Jalan Mawai Batu 6, dekat Kota Tinggi, semalam. |
| Warga emas diseret peragut bermotosikal Posted: 30 May 2019 09:37 AM PDT ALOR SETAR: Seorang lelaki warga emas cedera di lengan dan kaki selepas diseret oleh peragut bermotosikal di kawasan Pasaran Bilion, di sini, semalam. |
| 15 kematian pada hari pertama Op Selamat 15 Posted: 30 May 2019 09:32 AM PDT KUALA LUMPUR: Sebanyak 13 kemalangan maut membabitkan 15 kematian dicatatkan pada hari pertama Op Selamat 15 sempena Aidilfitri, kelmarin. |
| Suami isteri maut nahas tiga kenderaan Posted: 30 May 2019 09:30 AM PDT RANTAU PANJANG: Suami isteri warga Thailand maut dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Jalan Rantau Panjang-Tanah Merah, Batu Karang, di sini, petang tadi. |
| Skuad B-23 kebangsaan aset masa depan negara Posted: 30 May 2019 09:28 AM PDT KUALA LUMPUR: Ketua jurulatih Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe menyifatkan potensi besar dimiliki pemain bawah 23 Tahun (B-23) kebangsaan sebagai aset masa depan bola sepak tanah air. |
| Syed Saddiq sahut pelawaan TMJ Posted: 30 May 2019 09:27 AM PDT KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bersetuju menerima pelawaan Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim untuk mengadakan perlawanan bola sepak persahabatan di Larkin, Johor Bahru. |
| 3 maut kehausan kereta rosak di padang pasir Posted: 30 May 2019 08:57 AM PDT NIAMEY: Tiga pendatang maut apabila kenderaan mereka rosak di gurun Nigeria, ketika dalam perjalanan ke Libya, had migrasi ke Eropah, kata pegawai tempatan. |
| Kastam rampas minuman keras diisytihar perkakasan pembinaan rumah Posted: 30 May 2019 08:49 AM PDT KUALA LUMPUR: Seorang ejen perkapalan ditahan selepas disyaki terbabit dengan sindiket penyeludupan minuman keras yang dianggarkan bernilai RM1,82 termasuk nilai cukai, hasil serbuan Pelabuhan Utara, Pelabuhan Klang, kelmarin. |
| Posted: 30 May 2019 08:27 AM PDT GUA MUSANG: "Arwah sempat buat kenduri kesyukuran malam tadi (semalam) untuk menunaikan nazar," kata Aman Shahid, 64. |
| Segmen beli belah di rumah pacu Media Prima Posted: 30 May 2019 03:04 AM PDT KUALA LUMPUR: Inisiatif perdagangan Media Prima Bhd yang diterajui oleh segmen beli belah di rumah, kekal mencatatkan pertumbuhan, meskipun industri media terus berdepan dengan cabaran dalam senario landskap ekonomi semasa. |
| Suara ibu bapa peminjam PTPTN diperlukan Posted: 30 May 2019 08:03 AM PDT KUALA LUMPUR: Proses semakan Konsultasi Rakyat dijangka selesai pada 13 Jun depan, kata Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Wan Saiful Wan Jan. |
| Tiga tahun diperlukan kurang hutang ke 54 peratus - PM Posted: 30 May 2019 07:53 AM PDT TOKYO: Kerajaan memerlukan tempoh tiga tahun bagi mengurangkan hutang negara kepada paras siling 54 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) berbanding paras semasa 80 peratus, kata Tun Dr Mahathir Mohamad. |
| Jangan salah guna kebebasan media cetus sentimen kaum, agama - Mujahid Posted: 30 May 2019 07:49 AM PDT GEORGETOWN: Semua pihak tidak seharusnya menyalahgunakan dasar kebebasan media yang diamalkan Pakatan Harapan (PH) untuk memainkan isu kaum atau agama yang boleh menimbulkan rasa kebencian, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusuf. |
| Bersama rakyat besar ertinya buat saya - Agong Posted: 30 May 2019 07:10 AM PDT KUANTAN: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini, mengakui bahawa kesempatan bersama rakyat dalam pelbagai program adalah sesuatu yang amat besar ertinya kepada baginda. |
| Osaka bangkit singkir Azarenka di Terbuka Perancis Posted: 30 May 2019 07:34 AM PDT PARIS: Buat kali kedua berturut-turut, pemain nombor satu dunia, Naomi Osaka berdepan tersingkir awal saingan tenis Terbuka Perancis, sebelum bangkit lagi sekali seperti juara bagi menebus permulaan lembap untuk menewaskan Victoria Azarenka 4-6 7-5 6-3. |
| Posted: 30 May 2019 05:45 AM PDT KUALA LUMPUR: SUNNY Food Lab Sdn Bhd (Sunny Food Lab) memperkenalkan konfeksi durian pertama di Malaysia menerusi jenama Forbidden yang memperlihatkan raja buah itu ke tahap baharu selepas melalui inovasi dan teknologi. |
| TPM tiba di Arab Saudi untuk Sidang Kemuncak OIC Posted: 30 May 2019 07:24 AM PDT MAKKAH: Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tiba di sini, hari ini, untuk menyertai Sidang Kemuncak Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) Sesi Ke-14 yang bermula esok. |
| Djokovic mara pusingan ketiga Terbuka Perancis Posted: 30 May 2019 07:28 AM PDT PARIS: Pilihan utama dan pemain nombor satu dunia, Novak Djokovic mara ke pusingan ketiga tenis Terbuka Perancis selepas menewaskan pemain kelayakan dari Switzerland, Henri Laaksonen, 6-1, 6-4, 6-3, di sini, sebentar tadi. |
| EXCO Johor nafi terima hadiah kondominium Posted: 30 May 2019 07:17 AM PDT ISKANDAR PUTERI: Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kebudayaan dan Warisan Johor, Mohd Khuzzan Abu Bakar, menafikan menerima sebuah kondominium mewah daripada seorang ahli perniagaan tempatan seperti yang dilaporkan sebuah akhbar berbahasa Inggeris, semalam. |
| Posted: 30 May 2019 06:32 AM PDT KUALA LUMPUR: Tiga hari raih jualan enam angka. Itulah fenomena Kek Absolut Chocolat ketika menyertai festival Mood Republik baru-baru ini yang berlangsung di Pusat Dagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MiTEC). |
| Keuntungan bersih DRB-HICOM susut kepada RM123 juta pada 2019 Posted: 30 May 2019 07:12 AM PDT KUALA LUMPUR: Keuntungan bersih DRB-HICOM Bhd bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2019, susut kepada RM122.87 juta daripada RM430.37 juta dicatatkan pada tahun sebelumnya. |
| 6 maut, serangan pusat latihan tentera Afghanistan Posted: 30 May 2019 06:12 AM PDT KABUL: Sekurang-kurangnya enam orang terbunuh manakala enam lagi cedera selepas seorang pengebom nekad meletupkan diri di pintu masuk sebuah pusat latihan tentera di ibu negara Afghanistan, kata polis dan pegawai keselamatan. |
| IPCMC: KPN mahu bela hak, kebajikan seluruh warga PDRM Posted: 30 May 2019 06:47 AM PDT KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador, menegaskan perjuangannya dalam penubuhan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) adalah untuk membela hak dan kebajikan seluruh warga pasukan keselamatan itu. |
| Posted: 30 May 2019 06:42 AM PDT KUCHING: Seorang pemandu Grab cedera di kepala akibat diketuk dengan penukul manakala dadanya ditembak dengan senjata menggunakan peluru guli di tepi Jalan Matang, dekat sini, hari ini. |
| KAFA nafi gagal lunas gaji hampir 5 bulan Posted: 30 May 2019 06:25 AM PDT KOTA BHARU: Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Bibi Ramjani Ilias Khan menafikan dakwaan pihaknya gagal melunaskan gaji pasukan Kelantan bagi tempoh hampir lima bulan. |
| Imam tertinggal sepotong ayat ketika solat, makmum diminta qada solat Isyak Posted: 30 May 2019 06:18 AM PDT SHAH ALAM: Ahli kariah yang solat Isyak berjemaah di Masjid Bandar Puncak Alam, di sini malam Isnin lalu, dinasihatkan mengqada solat masing-masing selepas ia didapati tidak sah. |
| Jumlah perpindahan pemain menurun sesi kedua Posted: 30 May 2019 06:18 AM PDT KUALA LUMPUR: Jendela perpindahan kedua Liga Malaysia (Liga-M) 2019 menyaksikan penurunan berbanding tahun-tahun sebelumnya selepas proses pendaftaran pemain berakhir, semalam. |
| Boustead catat kerugian bersih RM22.4 juta dalam suku pertama Posted: 30 May 2019 06:16 AM PDT KUALA LUMPUR: Boustead Holdings Bhd (Boustead) mencatatkan kerugian bersih sebanyak RM22.4 juta bagi suku pertama berakhir 31 Mac 2019 daripada keuntungan bersih berjumlah RM6.1 juta dalam tempoh yang sama tahun sebelumnya. |
| Posted: 30 May 2019 06:08 AM PDT MILAN: Inter Milan sah 'bercerai' dengan jurulatihnya, Luciano Spalletti selepas dua musim meskipun berjaya membawa kembali pasukannya beraksi ke saingan Liga Juara-Juara musim hadapan. |
| Keuntungan bersih QL Resources bagi FY19 meningkat kepada RM216.74 juta Posted: 30 May 2019 06:02 AM PDT KUALA LUMPUR: Keuntungan bersih QL Resources Bhd (QL) bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2019, (FY19) meningkat kepada RM216.74 juta daripada RM194.98 juta dicatatkan pada tahun kewangan sebelumnya. |
| You are subscribed to email updates from BH Online - Terkini. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google, 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States | |


















0 comments:
Post a Comment