Sunday, May 5, 2019

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


Chelsea hilang kreativiti Kante

Posted: 05 May 2019 10:18 AM PDT

LONDON: Maurizio Sarri berkata N'Golo Kante mungkin terlepas dua aksi penting Chelsea menentang Eintracht Frankfurt dan Leicester City selepas pemain tengah Perancis itu dipalit kecederaan hamstring ketika menang 3-0 ke atas Watford, malam tadi.

Mayat lelaki warga emas ditemukan di Sungai Kuyuh

Posted: 05 May 2019 09:53 AM PDT

KUALA LUMPUR: Mayat seorang lelaki warga emas ditemukan di Sungai Kuyuh berhampiran Jalan Raya 1, Taman Serdang Jaya, di sini, malam ini.

Solskjaer akui United 'tak cukup baik'

Posted: 05 May 2019 09:40 AM PDT

LONDON: Ole Gunnar Solskjaer menyifatkan Manchester United tidak beraksi cukup baik sepanjang musim ini selepas mengharungi kekecewaan diikat Huddersfield 1-1, malam tadi yang turut meranapkan impian Red Devils ke saingan Liga Juara-Juara musim depan.

Penduduk mahu projek RTS diteruskan

Posted: 05 May 2019 09:03 AM PDT

JOHOR BAHRU: Penduduk di sekitar jajaran pembangunan projek Sistem Transit Rapid (RTS) Johor–Singapura, mahu kerajaan meneruskan pembinaannya bagi mengurangkan kesesakan trafik di sekitar pusat bandar.

Chelsea kukuh peluang

Posted: 05 May 2019 08:59 AM PDT

LONDON: Dua gol menerusi tandukan oleh Ruben Loftus-Cheek dan David Luiz, yang berpunca daripada umpanan Eden Hazard pada awal babak kedua membantu Chelsea merakam kemenangan 3-0 terhadap Watford di Stamford Bridge, sebentar tadi.

Brunei batal laksana hukuman mati kes homoseks

Posted: 05 May 2019 08:31 AM PDT

BANDAR SERI BEGAWAN: Sultan Brunei melanjutkan moratorium ke atas hukuman mati untuk undang-undang melarang seks sejenis ekoran kritikan global termasuk dari kalangan selebriti seperti George Clooney dan Elton John.

Zionis terus sembelih penduduk Palestin di awal Ramadan

Posted: 05 May 2019 08:45 AM PDT

GAZA: Seramai tujuh penduduk Palestin terkorban akibat serangan Israel, hari ini, ketika sambutan awal bulan puasa Ramadan, sementara serangan roket dari Gaza turut mengorbankan tiga orang di Israel.

Man United kempunan lagi

Posted: 05 May 2019 08:39 AM PDT

HUDDERSFIELD: Impian Manchester United untuk menamatkan saingan Liga Perdana Inggeris di kedudukan empat terbaik berakhir selepas diikat 1-1 oleh kelab tercorot Huddersfield Town, sebentar tadi.

Kursi kepemimpinan Islam Sultan Brunei di UiTM

Posted: 05 May 2019 08:28 AM PDT

KUALA LUMPUR: Kursi Kepemimpinan Islam Sultan Hassanal Bolkiah dicadang ditubuhkan di Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Anwar sebak lihat karya Zunar

Posted: 05 May 2019 08:03 AM PDT

GEORGETOWN: Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat sebak ketika menyampaikan ucapan perasmian pada pameran Art of Freedom oleh kartunis Zunar di sini, hari ini.

Quartararo takkan mengalah

Posted: 05 May 2019 08:02 AM PDT

KUALA LUMPUR: Pelumba PETRONAS Yamaha Sepang Racing (PETRONAS Yamaha SRT), Fabio Quartararo tetap positif meskipun mengalami masalah teknikal pada perlumbaan Grand Prix (GP) Sepanyol, hari ini.

Trofi Liga Kejuaraan sah milik Norwich City

Posted: 05 May 2019 08:00 AM PDT

LONDON: Norwich City menewaskan Aston Villa 2-1, hari ini bagi mengesahkan gelaran Liga Kejuaraan ketika Derby County layak beraksi di saingan play-off susulan kemenangan 3-1 ke atas West Bromwich Albion.

'Syukur, kami masih diberi peluang sambut Ramadan'

Posted: 05 May 2019 07:57 AM PDT

BACHOK: "Syukur saya dan anak masih diberi peluang menyambut Ramadan tahun ini walaupun kami dilanda ribut ketika di laut malam tadi," kata tukang rumah yang ditemui selamat selepas hanyut di laut hampir 20 jam akibat enjin bot rosak.

Marquez takluk GP Sepanyol

Posted: 05 May 2019 07:43 AM PDT

JEREZ: Penyandang juara dunia MotoGP, Marc Marquez dari Honda memenangi perlumbaan Grand Prix (GP) Sepanyol mengatasi pelumba Suzuki, Alex Rins dan Maverick Vinales dari Yamaha.

Ramadan 6 beradik suram tanpa ibu bapa

Posted: 05 May 2019 07:23 AM PDT

SEREMBAN: Ketibaan Ramadan tahun ini nyata tidak seceria seperti tahun sebelumnya bagi enam beradik selepas ibu mereka meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya di Lubuk China pada 25 April lalu, manakala bapa pula masih dipenjara atas kesalahan kes dadah.

Bantu golongan kurang bernasib

Posted: 05 May 2019 07:04 AM PDT

KUALA TERENGGANU: Sempena Ramadan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin bertitah menyeru seluruh umat Islam menyumbang dan membantu golongan yang kurang bernasib baik, tanpa mengira dari dalam mahupun luar negara.

Umat Islam Thailand mula berpuasa esok

Posted: 05 May 2019 07:20 AM PDT

SONGKHLA: Umat Islam di Thailand akan mula berpuasa esok, demikian diumumkan Pejabat Sheikhul Islam Thailand hari ini.

Satu mata sudah memadai - Abu Bakar

Posted: 05 May 2019 07:13 AM PDT

SERI MANJUNG: PKNP FC jelas tidak dibantu nasib apabila sekadar seri 2-2 walaupun dua kali mendahului perlawanan ketika melayan kunjungan Terengganu FC (TFC) dalam saingan Liga Super di Stadium Majlis Perbandaran Manjung, semalam. 

Umat Islam di Malaysia mula berpuasa esok

Posted: 05 May 2019 05:25 AM PDT

KUALA LUMPUR: Umat Islam di Malaysia akan mula berpuasa esok (Isnin), 6 Mei 2019, demikian diumumkan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad.

Ramadan bulan untuk kawal nafsu - Tun Dr Mahathir

Posted: 05 May 2019 05:49 AM PDT

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyeru umat Islam agar menjadikan bulan Ramadan sebagai bulan untuk mengawal nafsu dan bukan semata-mata bulan untuk beribadah.

TPM minta rakyat tolak pembangkang, undi Shir Yee

Posted: 05 May 2019 05:39 AM PDT

SANDAKAN: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail meminta rakyat supaya menyokong calon DAP, Vivian Wong Shir Yee dan menolak parti pembangkang.

Irfan Bakti puas kutip satu mata

Posted: 05 May 2019 06:32 AM PDT

SERI MANJUNG: Ketua jurulatih Terengganu FC (TFC) Irfan Bakti Abu Salim tetap berpuas hati skuad kendaliannya tidak pulang dengan tangan kosong ketika ketika bertandang ke Stadium Majlis Perbandaran Manjung menentang PKNP FC, semalam. 

Dr Mahathir tokoh berpengaruh dunia - Fortune

Posted: 05 May 2019 06:27 AM PDT

KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad disenaraikan sebagai 50 Tokoh Dunia Paling Berpengaruh 2019 oleh portal antarabangsa, Fortune.com.

Ribery sah tinggalkan Bayern

Posted: 05 May 2019 06:03 AM PDT

BERLIN: Bayern Munich mengesahkan pemain veteran Franck Ribery akan mengakhiri kariernya selama 12 tahun bersama gergasi Jerman itu pada penghujung musim ini.

Budak perempuan 12 tahun dirogol rakan bapa

Posted: 05 May 2019 05:58 AM PDT

KANGAR: Seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun menjadi mangsa rogol rakan serumah bapanya sebanyak dua kali di rumah bapa kanak-kanak itu di Kampung Tengah Sungai Baru Utan Aji, April lalu.

Raja Maha Vajiralongkorn diarak dengan tandu emas

Posted: 05 May 2019 05:20 AM PDT

BANGKOK : Raja Thailand yang baru ditabal, Raja Maha Vajiralongkorn diarak oleh tentera menggunakan tandu emas menerusi jalan-jalan utama Bangkok hari ini, di hadapan orang ramai yang berhimpun menyaksikan acara bersejarah itu.

Kedah perlu kekal momentum

Posted: 05 May 2019 05:47 AM PDT

SINTOK: Kejayaan menumpaskan Kuala Lumpur dalam saingan Liga Super Jumaat lalu, diharap menjadi inspirasi kepada pemain Helang Merah untuk kembali bangkit dan mengekalkan momentum kemenangan pada aksi seterusnya.

Cerapan anak bulan Ramadan

Posted: 05 May 2019 05:37 AM PDT

AS destinasi terbaik buat Azeem

Posted: 05 May 2019 05:41 AM PDT

KUALA LUMPUR: Sekiranya ada pihak berhasrat menghantar Muhammad Azeem Mohd Fahmi berlatih di luar negara dan atlet pecut muda itu berpeluang membuat pilihan, Amerika Syarikat (AS) adalah destinasi paling tepat.

Tumpahan minyak sepanjang 1.9km ditemui hari ketiga operasi

Posted: 05 May 2019 05:36 AM PDT

KOTA TINGGI: Satu lagi tompokan tumpahan minyak sepanjang 1.9 kilometer ditemui pada jarak 4.5 batu nautika dari Tanjung Punggai dalam operasi pembersihan Jabatan Laut di perairan Tanjung Balau, di sini, hari ini.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template