BH Online - Terkini |
- 4 lelaki larikan 8 dulang emas
- Puluhan pelarian Rohingya nyaris jadi mangsa pemerdagangan manusia
- Pasini ganti SuperKIP
- Casillas akui masa depannya samar
- Perlu lebih masa untuk baiki 3 paip utama - SYABAS
- Jokowi lebarkan lagi jarak pendahulu
- Meghan lahir bayi lelaki
- Anuar Abu Bakar sudah tiada
- Peraturan baharu cermin gelap kenderaan diumum esok - Loke
- Pengorbanan Malaysian Tigress
- TMJ jangan cakap kalau tak tahu - Tun M
- Reds antara paling sukar - Guardiola
- 41 maut pesawat Russia terbakar
- Stigefelt mahu segera cari punca
- ASFC puji tindakan FAS
- Kilat punca pendaratan cemas - Juruterbang
- Sofia tingkat motivasi Lee Tuck
- Isu Lynas: Australia tolak cadangan Putrajaya
- BHB taja Semarak Ramadan BH tahun kesembilan
- 55 maut trak minyak meletup di Niger
- Liverpool layan Barca tanpa Salah, Firmino
- ADUN Larkin tangguh keluar parti - Mazlan
- Bumi Armada raih projek FPSO ketiga di India bernilai RM8.8 bilion
- Skandal 1MDB: Roger Ng diekstradisi sementara ke AS
- TFP Solutions giat teroka fintech tingkat hasil kumpulan
- MyPrepaid sasar 200,000 pengguna
- PETRONAS Yamaha SRT kian bersemangat
- Barakah, Minsheng usaha sama teroka peluang dalam bidang O&G
- Ajal hari pertama Ramadan
- Masjid Bosnia yang musnah ketika perang 1990-an dibuka semula
| 4 lelaki larikan 8 dulang emas Posted: 06 May 2019 10:49 AM PDT KUALA LUMPUR: Sebanyak lapan dulang barangan kemas dilarikan empat lelaki dalam kejadian rompakan di sebuah pasar raya di Kajang, malam tadi. |
| Puluhan pelarian Rohingya nyaris jadi mangsa pemerdagangan manusia Posted: 06 May 2019 10:47 AM PDT NEW DELHI: Puluhan pelarian Rohingya termasuk remaja berjaya diselamatkan daripada menjadi mangsa disyaki pemerdagangan manusia, kata polis India hari ini selepas kumpulan itu memasuki India dari Bangladesh tanpa dokumen perjalanan yang sah. |
| Posted: 06 May 2019 09:58 AM PDT KUALA LUMPUR: Penunggang Itali, Mattia Pasini diumumkan sebagai pengganti bagi pelumba negara, Khairul Idam Pawi yang mengalami kecederaan retak jari kelingking kanan di Grand Prix (GP) Sepanyol minggu lalu. |
| Casillas akui masa depannya samar Posted: 06 May 2019 09:53 AM PDT PORTO: Penjaga gol legenda Sepanyol, Iker Casillas meninggalkan hospital di Portugal, hari ini sebelum mendedahkan karier bola sepaknya kini samar, lima hari selepas dia mengalami serangan jantung ketika berlatih bersama pasukannya. |
| Perlu lebih masa untuk baiki 3 paip utama - SYABAS Posted: 06 May 2019 09:49 AM PDT SHAH ALAM: ahli Kumpulan Air Selangor, Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS), mengesahkan tempoh siap kerja pembaikan tiga paip utama berhampiran projek pembinaan lebuhraya West Coast Expressway (WCE) Banting-Taiping yang pecah hujung minggu lalu, terpaksa dilanjutkan. |
| Jokowi lebarkan lagi jarak pendahulu Posted: 06 May 2019 09:31 AM PDT JAKARTA: Jarak dalam perlumbaan merebut jawatan presiden Indonesia makin membesar selepas 68 peratus daripada perkiraan undi sudah dibereskan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Umum (KPU). |
| Posted: 06 May 2019 09:29 AM PDT LONDON: Putera Harry mengumumkan isterinya Duchess of Sussex, Meghan Markle selamat melahirkan bayi lelaki hari ini dan mereka berdua berada dalam keadaan sihat. |
| Posted: 06 May 2019 08:50 AM PDT KUALA LUMPUR: Satu Ramadan memberikan khabar duka buat bola sepak negara apabila bekas pemain kebangsaan di era 1990-an, Anuar Abu Bakar menghembuskan nafas terakhir, malam tadi. |
| Peraturan baharu cermin gelap kenderaan diumum esok - Loke Posted: 06 May 2019 08:45 AM PDT KUALA LUMPUR: Peraturan baharu mengenai penggunaan cermin gelap kenderaan akan diumum esok dalam satu sidang media selepas mesyuarat bersama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke. |
| Posted: 06 May 2019 08:37 AM PDT KUALA LUMPUR: Skuad hoki wanita negara sekali lagi berkorban apabila perlu menjalani latihan pada jam 3 pagi sepanjang Ramadan dalam misi mara ke final pada Pusingan Akhir Siri FIH di Ireland, Jun depan. |
| TMJ jangan cakap kalau tak tahu - Tun M Posted: 06 May 2019 01:18 AM PDT PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan berhubung perkara yang di luar pengetahuan beliau. |
| Reds antara paling sukar - Guardiola Posted: 06 May 2019 07:38 AM PDT LONDON: Bos Manchester City, Pep Guardiola menyifatkan Liverpool sebagai antara kelab paling sukar ditentang olehnya sepanjang arena pengurusan ketika kedua-dua kelab bertarung sengit memburu gelaran Liga Perdana Inggeris. |
| 41 maut pesawat Russia terbakar Posted: 05 May 2019 04:11 PM PDT MOSCOW: Seramai 41 penumpang, termasuk sekurang-kurangnya dua kanak-kanak dipercayai maut, apabila pesawat penumpang milik Russia membuat pendaratan cemas di lapangan terbang paling sibuk di sini, sebelum terbakar. |
| Stigefelt mahu segera cari punca Posted: 06 May 2019 07:07 AM PDT KUALA LUMPUR: Pengarah Pasukan PETRONAS Sprinta Racing, Johan Stigefelt mahu mencari 'titik masalah' dalam garaj Moto3 negara selepas menyaksikan prestasi kedua-dua pelumbanya tidak begitu konsisten di Grand Prix (GP) Sepanyol, semalam. |
| Posted: 06 May 2019 06:47 AM PDT KUALA LUMPUR: Penyokong Red Giants memuji tindakan pantas Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) mengikat pemain import baharu walaupun jendela perpindahan kedua Liga Malaysia (Liga M) baru dibuka, Khamis lalu. |
| Kilat punca pendaratan cemas - Juruterbang Posted: 06 May 2019 05:26 AM PDT MOSCOW: Juruterbang pesawat penumpang Russia yang terbakar di landasan lapangan terbang dan membunuh 41 penumpang dikatakan berpunca daripada kilat yang memaksa beliau melakukan pendaratan cemas. |
| Sofia tingkat motivasi Lee Tuck Posted: 06 May 2019 06:18 AM PDT KUALA TERENGGANU: Pemain import Terengganu FC (TFC), Lee Tuck menyatakan kehadiran cahaya mata pertamanya, semalam meningkatkan motivasinya untuk berdepan Pahang pada aksi suku akhir kedua Piala FA di Stadium Darul Makmur Kuantan, Jumaat ini. |
| Isu Lynas: Australia tolak cadangan Putrajaya Posted: 06 May 2019 06:12 AM PDT KUALA LUMPUR: Australia menolak tawaran kerajaan Malaysia untuk menghantar balik sisa pembuangan radioaktif daripada kilang nadir bumi Lynas di Gebeng, Kuantan. |
| BHB taja Semarak Ramadan BH tahun kesembilan Posted: 06 May 2019 01:32 AM PDT KUALA LUMPUR: BIMB Holdings Berhad (BHB) meneruskan tajaan program Semarak Ramadan BH untuk tahun kesembilan di dua lokasi terpilih. |
| 55 maut trak minyak meletup di Niger Posted: 06 May 2019 06:09 AM PDT NIAMEY: Seramai 55 orang terbunuh di Niamey, Nigeria semalam apabila sebuah trak minyak dilaporkan meletup semasa orang ramai sedang mengutip bahan bakar terbabit yang tertumpah di atas jalan raya. |
| Liverpool layan Barca tanpa Salah, Firmino Posted: 06 May 2019 06:02 AM PDT LONDON: Liverpool sah terpaksa menyisihkan dua penyerang Mohamed Salah dan Roberto Firmino ketika bertemu Barcelona bagi aksi separuh akhir kedua Liga Juara-Juara, kata pengendalinya Jurgen Klopp. |
| ADUN Larkin tangguh keluar parti - Mazlan Posted: 06 May 2019 06:00 AM PDT JOHOR BAHRU: Kemelut Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) di Johor semakin memuncak apabila dikatakan beberapa individu sudah hilang kepercayaan dan keluar dari parti. |
| Bumi Armada raih projek FPSO ketiga di India bernilai RM8.8 bilion Posted: 06 May 2019 05:55 AM PDT KUALA LUMPUR: Shapoorji Pallonji Bumi Armada Godavari Pvt Ltd (SPBAG), syarikat usaha sama yang Bumi Armada Bhd miliki 30 peratus kepentingan, telah memperoleh kontrak bernilai AS$2.1 bilion (RM8.8 bllion) daripada syarikat milik kerajaan India, Oil and Natural Gas Corporation Ltd (ONGC). |
| Skandal 1MDB: Roger Ng diekstradisi sementara ke AS Posted: 06 May 2019 05:51 AM PDT KUALA LUMPUR: Jabatan Peguam Negara mengesahkan bekas pegawai bank Goldman Sachs, Roger Ng diekstradisikan sementara kepada Amerika Syarikat (AS) pada 3 Mei lalu, dan akan dipulangkan kepada Malaysia untuk menghadapi pertuduhan selepas sesi prosiding di sana selesai. |
| TFP Solutions giat teroka fintech tingkat hasil kumpulan Posted: 06 May 2019 05:35 AM PDT KUALA LUMPUR: TFP Solutions Bhd, penyedia perkhidmatan perisian penyelesaian dan produktiviti perniagaan, giat meneroka peluang dalam teknologi kewangan (fintech) bagi meningkatkan pendapatan kumpulan pada masa hadapan. |
| MyPrepaid sasar 200,000 pengguna Posted: 06 May 2019 05:45 AM PDT PETALING JAYA: My International Mobile Sdn Bhd (MyPrepaid) menyasarkan pengguna kad prabayarnya berkembang kepada 200,000 dalam tempoh dua tahun akan datang. |
| PETRONAS Yamaha SRT kian bersemangat Posted: 06 May 2019 05:37 AM PDT KUALA LUMPUR: PETRONAS Yamaha Sepang Racing (PETRONAS Yamaha SRT) mahukan prestasi lebih baik daripada pelumbanya Franco Morbidelli dan Fabio Quartararo selepas kedua-duanya membuktikan mereka mampu memberi cabaran meskipun persaingan MotoGP baharu memasuki pusingan keempat. |
| Barakah, Minsheng usaha sama teroka peluang dalam bidang O&G Posted: 06 May 2019 05:32 AM PDT KUALA LUMPUR: Barakah Offshore Petroleum Bhd (Barakah) menandatangani perjanjian dengan Minsheng Financial Leasing Co Ltd untuk membentuk perkongsian strategik bagi meneroka bidang kerjasama berkaitan minyak dan gas (O&G) menerusi portfolio Minsheng. |
| Posted: 06 May 2019 05:30 AM PDT MUKAH: Hasrat seorang lelaki orang kelainan upaya (OKU) memetik sayuran hutan di tepi jalan di Kampung Tengah Daro di sini tidak kesampaian apabila maut dirempuh kereta, hari ini. |
| Masjid Bosnia yang musnah ketika perang 1990-an dibuka semula Posted: 04 May 2019 07:15 AM PDT FOCA: Ribuan umat Islam berpusu-pusu ke bandar ini hari ini untuk pembukaan sebuah masjid bersejarah, dirobohkan ketika awal perang Bosnia dalam upacara menyasar toleransi agama antara komuniti yang berpecah-belah secara mendalam itu. |
| You are subscribed to email updates from BH Online - Terkini. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google, 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States | |


















0 comments:
Post a Comment