BH Online - Terkini |
- KPDNHEP keluar 61 notis amaran kepada peniaga gagal pamer tanda harga
- 23 Ketua Bahagian BERSATU Johor hantar memorandum kepada PM
- Budak 'botol kicap' meninggal dunia
- Tak menang tangan, siapkan tempahan
- Dr Mahathir luangkan masa kunjungi Bazar Ramadan
- Kerajaan PH berpegang pendirian tolak rasuah
- Isu meter pintar: TNB beri jaminan teliti setiap aduan
- Polis dakwa tiada perbincangan mengenai cermin gelap
- Tiada had cermin gelap kenderaan persendirian
- Fi RM5,000 jika lulus guna cermin gelap - Anthony Loke
- Anggota Jabatan Amal PAS ditahan kes fitnah
- Anuar lagenda bola sepak negara
- Jakel penuhi impian insan istimewa
- Semarak Ramadan BH di Shah Alam
- Waris lapan wira bomba terima sumbangan Semarak Ramadan BH
- Penilaian Dr Mahathir cukup adil
- Kesilapan juruterbang mungkin punca nahas pesawat Russia
- Denmark umum pilihan raya 5 Jun
- Ramai ingkar arahan penutupan sementara operasi kedai makan
- Bomba perlu masa baikpulih jentera 'tersadai'
- FAM jumpa KDN bincang program naturalisasi
- Percanggahan pendapat MBI, PNSB punca Taman Air Manis tergendala 10 tahun
- 'Pemilihan ke skuad pelapis satu bonus'
- Harga barang meningkat mendadak di Afghanistan sebaik Ramadan
- Bahagian awam IPO Leong Hup terlebih langgan 3.64 kali
- Kurangkan penggunaan straw plastik
- Temui ajal ketika bertugas
- Penduduk awam terbunuh serangan udara di Afghanistan
- SKMM nafi pantau, intip kandungan WhatsApp individu tertentu
- Godin tinggalkan Atletico
| KPDNHEP keluar 61 notis amaran kepada peniaga gagal pamer tanda harga Posted: 07 May 2019 10:29 AM PDT KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengeluarkan 61 notis amaran kepada peniaga premis makanan di seluruh negara kerana gagal mempamerkan tanda harga pada hari pertama Ramadan. |
| 23 Ketua Bahagian BERSATU Johor hantar memorandum kepada PM Posted: 07 May 2019 09:42 AM PDT MUAR: Menteri Besar Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal, memberitahu bahawa beliau dimaklumkan 23 Ketua Bahagian BERSATU Johor menghantar memorandum kepada Perdana Menteri yang juga Pengerusi parti itu, Tun Dr Mahathir Mohamad. |
| Budak 'botol kicap' meninggal dunia Posted: 07 May 2019 05:28 AM PDT JOHOR BAHRU: Muhamad Iezad Mohamed Rosli atau Ijad, remaja yang hanya sebesar botol kicap ketika dilahirkan kira-kira 16 tahun lalu, menghembuskan nafas terakhir, petang semalam. |
| Tak menang tangan, siapkan tempahan Posted: 02 May 2019 08:00 PM PDT RAWANG: Ramadan menjadi bulan dinanti-nanti pereka fesyen dan tukang jahit untuk melipatkan ganda pendapatan berikutan tempahan yang banyak daripada pelanggan sebagai persiapan untuk tampil bergaya pada pagi raya. |
| Dr Mahathir luangkan masa kunjungi Bazar Ramadan Posted: 07 May 2019 04:14 AM PDT PUTRAJAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad meluangkan masa kira-kira setengah jam membeli juadah di Bazar Ramadan, Presint 3 di sini, hari ini. |
| Kerajaan PH berpegang pendirian tolak rasuah Posted: 07 May 2019 09:01 AM PDT SANDAKAN: Kejayaan terbesar kerajaan Pakatan Harapan (PH) adalah menumbangkan Barisan Nasional (BN) yang mengamalkan dasar rasuah. |
| Isu meter pintar: TNB beri jaminan teliti setiap aduan Posted: 07 May 2019 09:00 AM PDT MELAKA: Tenaga Nasional Berhad (TNB) memberi tiga jaminan kepada pengguna berhubung isu bil semasa yang didakwa tinggi selepas pemasangan meter pintar. |
| Polis dakwa tiada perbincangan mengenai cermin gelap Posted: 07 May 2019 08:22 AM PDT KUALA LUMPUR: Polis mendakwa peraturan baharu penggunaan cermin gelap kenderaan persendirian boleh menyukarkan tugas penguatkuasaan pasukan keselamatan itu. |
| Tiada had cermin gelap kenderaan persendirian Posted: 07 May 2019 01:04 AM PDT PUTRAJAYA: Berkuat kuasa esok, penggunaan lapisan filem atau cermin gelap tanpa had dibenarkan pada cermin sisi kiri dan kanan penumpang serta cermin belakang kenderaan. |
| Fi RM5,000 jika lulus guna cermin gelap - Anthony Loke Posted: 07 May 2019 12:57 AM PDT PUTRAJAYA: Kerajaan akan mengenakan fi RM50 ke atas setiap permohonan untuk menggunakan cermin gelap sepenuhnya bagi kenderaan persendirian dan RM5,000 jika diluluskan. |
| Anggota Jabatan Amal PAS ditahan kes fitnah Posted: 07 May 2019 08:17 AM PDT KOTA BHARU: Seorang anggota Jabatan Amal PAS negeri ini ditahan polis hari ini bagi membantu siasatan dakwaan menyebarkan berita palsu di media sosial. |
| Anuar lagenda bola sepak negara Posted: 07 May 2019 08:00 AM PDT SHAH ALAM: Bekas pemain bola sepak kebangsaan dan juga ketua jurulatih pasukan Pahang, Dollah Salleh menyifatkan Anuar Abu Bakar adalah lagenda bola sepak dan kehilangannya amat dirasai. |
| Jakel penuhi impian insan istimewa Posted: 06 May 2019 08:27 PM PDT KUALA LUMPUR: Golongan Orang Kurang Upaya (OKU) penglihatan pasti sukar untuk berjumpa artis kesayangan mereka secara bersendirian tanpa bantuan pihak lain berikutan kekurangan yang ada pada diri mereka. |
| Semarak Ramadan BH di Shah Alam Posted: 07 May 2019 03:25 AM PDT Untuk tahun ini, BIMB Holdings Berhad (BHB) meneruskan tajaan program Semarak Ramadan BH untuk tahun kesembilan di dua lokasi terpilih. |
| Waris lapan wira bomba terima sumbangan Semarak Ramadan BH Posted: 07 May 2019 05:56 AM PDT SHAH ALAM: Waris lapan anggota bomba yang terkorban ketika menjalankan tugas menyelamat tahun lalu menerima sumbangan sempena program Semarak Ramadan BH 2019. |
| Penilaian Dr Mahathir cukup adil Posted: 07 May 2019 03:12 AM PDT PUTRAJAYA: Penilaian Tun Dr Mahathir Mohamad cukup adil, lebih-lebih lagi dengan pengalamannya yang cukup panjang dan luas dalam selok-belok kepemimpinan kerajaan serta negara. |
| Kesilapan juruterbang mungkin punca nahas pesawat Russia Posted: 07 May 2019 07:57 AM PDT MOSCOW: Penyiasat Russia hari ini menyatakan kemungkinan kesilapan juruterbang sebagai punca pendaratan cemas yang menyaksikan pesawat terbakar di lapangan terbang paling sibuk di ibu kota negara itu sehingga meragut 41 nyawa, lapor media. |
| Denmark umum pilihan raya 5 Jun Posted: 07 May 2019 07:55 AM PDT COPENHAGEN: Perdana Menteri Denmark, Lars Lokke Rasmussen hari ini menetapkan tarikh pilihan raya negara itu pada 5 Jun ini, dengan tinjauan pendapat menunjukkan blok pembangkang sayap kiri bakal menyingkirkan pimpinan pakatan tengah-kanan miliknya. |
| Ramai ingkar arahan penutupan sementara operasi kedai makan Posted: 07 May 2019 07:50 AM PDT KOTA BHARU: Sebahagian besar kedai makan dan restoran di negeri ini beroperasi seperti biasa biarpun arahan menghentikan perniagaan oleh kerajaan negeri bermula jam 8.30 malam hingga 10 malam sepanjang Ramadan berkuat kuasa serta merta. |
| Bomba perlu masa baikpulih jentera 'tersadai' Posted: 07 May 2019 07:52 AM PDT SHAH ALAM: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) memerlukan masa bagi melakukan kerja-kerja membaikpulih 97 jentera miliknya yang dilaporkan `tersadai' selepas mengalami pelbagai kerosakan. |
| FAM jumpa KDN bincang program naturalisasi Posted: 07 May 2019 07:50 AM PDT KUALA LUMPUR: Program naturalisasi pemain kelolaan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dilihat berada pada landasan tepat selepas badan induk itu sudah bertemu Kementerian Dalam Negeri (KDN), hari ini. |
| Percanggahan pendapat MBI, PNSB punca Taman Air Manis tergendala 10 tahun Posted: 07 May 2019 07:49 AM PDT SHAH ALAM: Percanggahan pendapat membabitkan ahli lembaga pengarah dua syarikat milik Kerajaan Selangor menyebabkan projek pembangunan Taman Air Manis, Sabak Bernam tergendala selama 10 tahun. |
| 'Pemilihan ke skuad pelapis satu bonus' Posted: 07 May 2019 03:24 AM PDT IPOH: Atlet pecut muda negara, Muhammad Azeem Mohd Fahmi menganggap pemilihan ke dalam skuad pelapis kebangsaan sebagai satu rezeki dan bonus bagi dirinya yang masih remaja. |
| Harga barang meningkat mendadak di Afghanistan sebaik Ramadan Posted: 07 May 2019 07:35 AM PDT KABUL: Mohammed Gul berjalan melepasi deretan peniaga di jalanan sibuk ibu kota ini, mengangguk-anggukkan kepala namun air mukanya jelas kecewa apabila berbincang kos buahan dan sayuran yang naik mendadak selaras ketibaan Ramadan. |
| Bahagian awam IPO Leong Hup terlebih langgan 3.64 kali Posted: 07 May 2019 06:50 AM PDT KUALA LUMPUR: Tawaran awam permulaan (IPO) pengeluar ayam bersepadu terbesar di Malaysia, Leong Hup International Bhd, terlebih langganan sebanyak 3.64 kali bagi bahagian awam. |
| Kurangkan penggunaan straw plastik Posted: 07 May 2019 06:48 AM PDT MIRI: Majlis Bandaraya Miri (MBM) mensasarkan pengurangan penggunaan straw plastik dengan menggunakan Bazar Ramadan Miri di Stadium Tertutup Miri, di sini sebagai platform promosi kempen berkenaan. |
| Posted: 07 May 2019 06:44 AM PDT MELAKA: Seorang penghantar makanan maut selepas motosikal dinaikinya bertembung sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di Sungai Putat, di sini petang tadi. |
| Penduduk awam terbunuh serangan udara di Afghanistan Posted: 07 May 2019 06:42 AM PDT HERAT: Puluhan orang awam dilaporkan maut manakala makmal dadah milik pemberontak Taliban musnah dalam serangan udara di barat Afghanistan dalam minggu ini, menurut laporan pegawai tempatan. |
| SKMM nafi pantau, intip kandungan WhatsApp individu tertentu Posted: 07 May 2019 06:38 AM PDT KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menafikan dakwaan kononnya telefon pintar milik individu tertentu di negara ini dipantau atau diintip pihak berkuasa. |
| Posted: 07 May 2019 06:34 AM PDT MADRID: Kapten Atletico Madrid, Diego Godin mengumumkan hari ini bahawa dia akan meninggalkan kelab itu pada penghujung musim. |
| You are subscribed to email updates from BH Online - Terkini. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google, 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States | |


















0 comments:
Post a Comment