Wednesday, June 12, 2019

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


A Rahman Hassan meninggal dunia

Posted: 12 Jun 2019 11:04 AM PDT

KUALA LUMPUR: Penyanyi era 1960-an, Datuk A Rahman Hassan, 73, meninggal dunia di Hospital Ampang (HA), dekat sini, jam 12.40 tengah malam tadi, akibat jangkitan kuman pada paru-paru dan lemah jantung.

Agong mahu rakyat Malaysia di UAE terus lakar kejayaan, harumkan nama negara

Posted: 12 Jun 2019 09:44 AM PDT

ABU DHABI: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah rakyat Malaysia di luar negara perlu menjaga dan mengharumkan nama negara, termasuk dengan melakar kejayaan di bidang masing-masing.

Dr Mahathir yakin Azmin bukan individu dalam video

Posted: 12 Jun 2019 09:29 AM PDT

SETIA ALAM: Tun Dr Mahathir Mohamad yakin Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, bukan individu yang dikaitkan dalam video lucah yang tersebar sejak kelmarin.

MCMC akan ambil tindakan pihak sebar kandungan lucah di internet

Posted: 12 Jun 2019 09:09 AM PDT

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memberi amaran kepada semua pihak supaya tidak memuat naik, menyebar atau berkongsi kandungan berunsur lucah di internet.

Tulang mangsa maut dijangkiti kuman ditemui

Posted: 12 Jun 2019 05:52 AM PDT

GUA MUSANG: Polis menemui tulang mayat dipercayai Orang Asli suku Batek yang meninggal dunia kerana jangkitan kuman pada saluran pernafasan, di kawasan hutan berhampiran Kuala Koh, di sini, petang ini.

'Sistem kehakiman, perundangan negara diyakini rakyat' - Ahmad Hamzah

Posted: 12 Jun 2019 09:01 AM PDT

JASIN: Keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam mengekalkan kemenangan Datuk Seri Ahmad Hamzah bagi kerusi Parlimen Jasin pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), diterima wakil Barisan Nasional (BN) itu dengan penuh kesyukuran.

Daniel James sertai Man Utd

Posted: 12 Jun 2019 08:35 AM PDT

LONDON: Manchester United menandatangani Daniel James dari Swansea, umum kedua-dua kelab berkenaan hari ini dengan pemain sayap Wales berusia 21 tahun itu menjadi pemain pertama ditandatangani pengurus Ole Gunnar Solskjaer di Old Trafford.

Wisma Putra bantu rakyat Malaysia ditahan di Indonesia

Posted: 12 Jun 2019 08:31 AM PDT

KUANTAN: Kementerian Luar sudah mendapat maklumat mengenai penahanan enam rakyat Malaysia kerana disyaki terbabit dalam penyeludupan dadah jenis syabu menggunakan kapal mewah.

UEM nafi memindahkan wang kepada menteri kanan

Posted: 12 Jun 2019 08:29 AM PDT

KUALA LUMPUR: UEM Group Bhd (UEM Group) menafikan memiliki akaun bank di cawangan utama Maybank Kuala Lumpur, yang dikaitkan dengan dakwaan pemindahan dana berjumlah AS$741,440 (RM4 juta) ke akaun bank seorang menteri kanan di luar negara seperti tersebar dalam media sosial.

Polis siasat kesahihan video dikaitkan dengan menteri

Posted: 12 Jun 2019 08:21 AM PDT

KUALA LUMPUR: Polis akan menjalankan siasatan berhubung laporan kes video yang dikaitkan dengan seorang menteri.

2 pemain Malaysia perkuat Asian Eleven di Jepun

Posted: 12 Jun 2019 07:40 AM PDT

SEPANG: Pemain skuad bawah 18 (B-18) tahun kebangsaan, Ali Imran Sukari dan Harith Haiqal Adam Afkar berlepas ke Jepun hari ini menerusi Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bagi menyertai program Asian Eleven di Fukushima mulai esok hingga 23 Jun ini.

Perancis perkenal insentif kerja melebihi umur bersara

Posted: 12 Jun 2019 07:55 AM PDT

PARIS: Perdana Menteri Perancis, Edouard Philippe hari ini berkata, kerajaan akan mewujudkan insentif kepada rakyatnya yang bekerja lebih lama selepas umur minimum persaraan 62 tahun.

Pembunuhan beramai-ramai di Mali meningkat

Posted: 12 Jun 2019 07:52 AM PDT

MALI: Sekurang-kurangnya 95 orang dibunuh dalam insiden pembunuhan beramai-ramai di sebuah perkampungan di tengah Mali, kata pihak berkuasa hari ini.

Hanya menang 13 kerusi: Ahli BERSATU perlu jadikan pengajaran - Dr Mahathir

Posted: 12 Jun 2019 07:48 AM PDT

SETIA ALAM: Kegagalan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) memenangi banyak kerusi pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) perlu dijadikan pengajaran kepada ahli parti itu.

Fitnah berterusan jika tidak henti sebar video

Posted: 12 Jun 2019 07:44 AM PDT

KUANTAN: Gejala fitnah akan berterusan sekiranya penyebaran klip video seks songsang sejak semalam tidak dihentikan segera.

Palestin gesa Mesir, Jordan timbang sertai bengkel AS di Bahrain

Posted: 12 Jun 2019 07:33 AM PDT

RAMALLAH: Palestin hari ini menggesa Mesir dan Jordan supaya menimbang semula hasrat menyertai persidangan diketuai Amerika Syarikat (AS) pada 25 hingga 26 Jun ini di Bahrain, menyuarakan kebimbangan ia akan melemahkan tentangan Arab terhadap pelan damai AS itu.

McPhee, Sasaki harap menyerlah GP Catalunya

Posted: 12 Jun 2019 07:07 AM PDT

KUALA LUMPUR: Pelumba Moto 3 pasukan PETRONAS Sprinta Racing, John McPhee dan Ayumu Sasaki akan kembali beraksi hujung minggu ini di Litar Barcelona-Catalunya, yang telah mereka lakukan ujian bulan lalu.

Jovic mulakan 'projek baharu' kebangkitan Real

Posted: 12 Jun 2019 07:01 AM PDT

MADRID: Pembelian penyerang Serbia, Luka Jovic menandakan bermulanya 'projek baharu' buat Real Madrid ketika mereka cuba kembali berada di landasan kemenangan musim depan, kata presiden kelab, Florentino Perez hari ini.

PJ City sedia bangkit kecewakan Perak

Posted: 12 Jun 2019 06:59 AM PDT

KUALA LUMPUR: Pasukan PJ City FC sedia mencari kembali rentak kemenangan apabila menyambut kunjungan Perak dalam pertembungan penting Liga Super, di Stadium MBPJ, Kelana Jaya pada Jumaat ini

Keputusan mahkamah tidak jejas khidmat di Parlimen Jasin

Posted: 12 Jun 2019 06:52 AM PDT

MELAKA: Pakatan Harapan (PH) menghormati keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang mengekalkan kemenangan calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Jasin pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

LKIM jadi orang tengah demi kebajikan nelayan

Posted: 12 Jun 2019 06:44 AM PDT

MANJUNG: Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) akan menjadi orang tengah antara kerajaan Perak dan Pulau Pinang bagi menyelesaikan keresahan komuniti maritim berhubung pelaksanaan projek tambakan laut dan aktiviti mengorek pasir di dua negeri berkenaan.

Mahkamah Tinggi kekalkan kemenangan Ahmad Hamzah di Parlimen Jasin

Posted: 12 Jun 2019 05:31 AM PDT

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini, hari ini mengekalkan kemenangan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Hamzah bagi kerusi Parlimen Jasin dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Hafizh Syahrin belum buat keputusan

Posted: 12 Jun 2019 04:38 AM PDT

KUALA LUMPUR: Masih belum ada keputusan muktamad diambil oleh Hafizh Syahrin Abdullah berhubung masa depannya dalam kelas MotoGP tahun depan ketika pelumba Red Bull KTM Tech3 itu mengakui tidak keberatan untuk 'turun semula' ke kancah Moto2.

Pertimbang wujudkan Borneo Street di KL

Posted: 12 Jun 2019 06:21 AM PDT

KUALA LUMPUR: Kementerian Wilayah Persekutuan sedang mempertimbang cadangan mewujudkan 'Borneo Street' di ibu negara sebagai pusat perniagaan dan pengkomersialan produk Sabah dan Sarawak.

Bayi menangis dalam beg di tepi jalan

Posted: 12 Jun 2019 06:19 AM PDT

JOHOR BAHRU: Seorang bayi perempuan dipercayai berusia tiga hari ditemui di dalam beg yang ditinggalkan di tepi laluan pejalan kaki berhampiran Flet Sri Anugerah, Larkin, di sini, hari ini.

Shamsidar, anak minta Azmin sabar hadapi fitnah

Posted: 12 Jun 2019 03:20 AM PDT

KUALA LUMPUR: Ahli keluarga Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, tampil memberi sokongan kepadanya yang kini menghadapi fitnah berkaitan aksi dalam satu rakaman video.

Tuduhan dalam video komplot jahat, fitnah - Azmin

Posted: 12 Jun 2019 02:45 AM PDT

PUTRAJAYA: Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menafikan sekeras-kerasnya pembabitan beliau dalam sebuah video lucah yang tersebar sejak semalam dan menyifatkannya sebagai satu tuduhan jahat dan kejam.

Kemelut kepimpinan MAKAF terus panas

Posted: 12 Jun 2019 06:00 AM PDT

KUALA LUMPUR: Drama dalam Persekutuan Karate Do Malaysia (MAKAF) belum berakhir. Kini dengan episod terbaru muncul apabila, wakil 12 ahli gabungan iaitu P Thiagu, menggesa majlis eksekutif badan induk berkenaan menyerahkan semua dokumen berkaitan pentadbiran.

Perasaan campur baur iringi Morbidelli di GP Catalunya

Posted: 12 Jun 2019 05:58 AM PDT

KUALA LUMPUR: Pelumba PETRONAS Yamaha Sepang Racing (PETRONAS Yamaha SRT), Franco Morbidelli menyertai pusingan ketujuh Kejuaraan Motosikal Dunia musim 2019 di Grand Prix (GP) Catalunya dengan perasaan bercampur-baur.

Dr Nur Amalina popular di media sosial

Posted: 12 Jun 2019 02:23 AM PDT

KUALA LUMPUR: Pelatih pakar bedah warganegara Malaysia Dr Nur Amalina Che Bakri kini popular di media sosial kerana budi baik beliau kepada bayi Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template