Friday, June 14, 2019

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


5 jam Shamsul Iskandar beri keterangan isu video lucah

Posted: 14 Jun 2019 10:52 AM PDT

AYER KEROH: Timbalan Menteri Industri Utama, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin, memberi keterangan hampir lima jam di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka, Bukit Beruang, di sini, selepas dipanggil untuk berbuat demikian sejak jam 7.15 malam tadi.

Haziq disiasat mengikut 4 kesalahan, ditahan sebelum berlepas ke Manila

Posted: 14 Jun 2019 09:53 AM PDT

KUALA LUMPUR: Siasatan ke atas Haziq Abdullah Abdul Aziz, yang ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, petang tadi dibuat mengikut empat kesalahan.

Boyzone gamit kenangan bersama 5,000 peminat di Shah Alam

Posted: 14 Jun 2019 09:49 AM PDT

SHAH ALAM: Kira-kira 5,000 penonton menjadi saksi persembahan selamat tinggal kumpulan popular, Boyzone, di Stadium Malawati di sini, malam tadi, sebelum ia dibubarkan pada Oktober depan.

Polis tahan 2 suspek kes tular di media sosial

Posted: 14 Jun 2019 09:36 AM PDT

BINTULU: Polis menahan dua lelaki tempatan yang disyaki terbabit dalam kes mencuri beg tangan seorang wanita di sebuah pasar raya di Medan Raya, yang tular di media sosial, semalam.

FELDA atasi PKNS di Jengka

Posted: 14 Jun 2019 09:21 AM PDT

MARAN: Pasukan tangga tercorot Liga Super, FELDA United mencatat kemenangan kedua musim ini selepas menang tipis 5-4 ke atas PKNS FC pada aksi di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka, sebentar tadi.

Semua 48 rakyat Malaysia di Sudan selamat - Wisma Putra

Posted: 14 Jun 2019 09:04 AM PDT

KUALA LUMPUR: Semua 48 rakyat Malaysia di Sudan dilaporkan selamat susulan perkembangan politik dan keselamatan terkini di negara itu.

Polis tumpas kumpulan samun bersenjata di Miri

Posted: 14 Jun 2019 08:53 AM PDT

MIRI: Polis percaya dapat menyelesaikan 11 kes jenayah kebanyakan membabitkan samun kedai runcit dan serbaneka 24 jam di sini berikutan penahanan tiga lelaki tempatan di tiga lokasi berasingan petang tadi.

PKNP FC ikat JDT

Posted: 14 Jun 2019 08:41 AM PDT

MANJUNG: PKNP FC mengikat pendahulu Liga Super, Johor Darul Ta'zim (JDT) 1-1 dalam perlawanan Liga Super di Stadium Majlis Perbandaran Manjung, sebentar tadi.

Kelantan, UiTM kongsi mata

Posted: 14 Jun 2019 08:22 AM PDT

KOTA BHARU: Kelantan gagal memanfaatkan kelebihan beraksi di laman sendiri apabila sekadar seri tanpa jaringan berdepan UiTM FC pada aksi Liga Perdana di  Stadium Sultan Muhammad IV, sebentar tadi.

JDT II belasah TFC II

Posted: 14 Jun 2019 08:19 AM PDT

PASIR GUDANG: Johor Darul Ta'zim II (JDT II) kembali merampas tangga teratas liga selepas membelasah Terengganu FC II (TFC II) 5-0 pada aksi Liga Perdana di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG), sebentar tadi.

Isu video intim: Polis panggil Shamsul Iskandar

Posted: 14 Jun 2019 05:23 AM PDT

MELAKA: Timbalan Menteri Industri Utama, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin, masih memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka, Bukit Beruang, di sini, sejak jam 7 malam tadi.

Kedah, Pahang buntu di Darul Aman

Posted: 14 Jun 2019 08:11 AM PDT

ALOR SETAR: Kedah sekadar berkongsi mata apabila seri 0-0 berdepan Pahang pada aksi Liga Super sebentar tadi.

Perak menang tipis

Posted: 14 Jun 2019 08:06 AM PDT

PETALING JAYA: Perak berjaya mengelak daripada merakam keputusan seri buat kali ke-10 musim ini apabila menang tipis 1-0 ke atas PJ City FC pada aksi Liga Super di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), sebentar tadi.

Tiga sekeluarga maut, 4 lagi cedera 2 kenderaan bertembung

Posted: 14 Jun 2019 07:43 AM PDT

KUANTAN: Perjalanan pulang lima sekeluarga daripada melawat saudara di hospital di sini berakhir tragedi apabila tiga daripada mereka maut dalam kemalangan berhampiran Kampung Cherok Paloh di sini, hari ini.

Agong solat Jumaat di Masjid Sheikh Zayed, Abu Dhabi

Posted: 14 Jun 2019 07:39 AM PDT

ABU DHABI: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengakhiri lawatan khas tiga hari baginda ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) dengan menunaikan solat Jumaat di Masjid Sheikh Zayed dan melawat Muzium Louvre Abu Dhabi.

Abam timang anak lelaki

Posted: 14 Jun 2019 07:02 AM PDT

KUALA LUMPUR: Pelawak, Abam, 31, menimang cahaya mata sulung apabila isterinya, Siti Norhidayah Mohd Ali, 28, selamat melahirkan anak lelaki di Hospital Selayang, hari ini.

Patriot puji Abdul Hamid sebagai pemimpin teladan

Posted: 14 Jun 2019 07:18 AM PDT

KUALA LUMPUR: Persatuan Patriot Kebangsaan (Patriot) mengalu-alukan kenyataan Ketua Polis Negara (KPN), Datuk Seri Abdul Hamid Bador untuk tidak membenarkan Cawangan Khas (SB) digunakan sebagai alat menangani pengkritik kerajaan seperti yang berlaku ketika pentadbiran lalu.

Haziq Abdullah ditahan di klia2

Posted: 14 Jun 2019 05:22 AM PDT

KUALA LUMPUR: Haziq Abdullah Abdul Aziz, individu yang mengaku sebagai lelaki dalam video lucah yang dikaitkan dengan seorang menteri, ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2), Sepang, petang tadi.

Lampard calon pilihan ketuai Chelsea

Posted: 14 Jun 2019 07:08 AM PDT

LONDON: Pemilik Chelsea, Roman Abramovich sudah mengupah sebahagian daripada pengurus berprofil paling tinggi ketika 16 tahun mengetuai kelab berkenaan, namun muka baharu Frank Lampard muncul sebagai antara pilihan duduk di kerusi panas Stamford Bridge.

50 kanak-kanak autisme ceria sertai sukaneka

Posted: 14 Jun 2019 06:54 AM PDT

PETALING JAYA: Seramai 50 kanak-kanak autisme ceria ketika menyertai acara sukaneka anjuran bersama Nestlé Malaysia dan Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia (NASOM) sempena Bulan Kesedaran Autisme di Kompleks 3K, Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), baru-baru ini.

14 penduduk dipindahkan ke PPS

Posted: 14 Jun 2019 06:52 AM PDT

BEAUFORT: Banjir menyebabkan 14 penduduk daripada lima keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Serbaguna Membakut, dekat sini, petang tadi.

Hari Memperingati Perwira Perang dalam kalendar pelancongan Perak

Posted: 14 Jun 2019 12:06 AM PDT

IPOH: Hari Memperingati Perwira Perang Dunia yang dianjurkan Persatuan Wira Malaysia bakal dimasukkan dalam kalendar pelancongan sebagai acara tahunan di negeri ini, tahun hadapan.

TNB sedia RM1 bilion taja pelajar cemerlang sejak 1993

Posted: 14 Jun 2019 04:11 AM PDT

KUALA LUMPUR: Seramai 130 pelajar cemerlang dalam akademik menerima Biasiswa Yayasan Tenaga Nasional (YTN) 2019 untuk melanjutkan pengajian ke institusi pendidikan tinggi, di sini, hari ini.

Sabar dalam menerima sesuatu berita tidak benar - Mufti Wilayah Persekutuan

Posted: 14 Jun 2019 06:40 AM PDT

PUTRAJAYA: "Gejala fitnah ini sifatnya adalah tidur, tetapi apabila dikejutkan, Allah SWT melaknat orang yang melakukannya," kata Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Penemuan terbaharu insiden tembakan MH17

Posted: 14 Jun 2019 06:32 AM PDT

AMSTERDAM: Penyiasat antarabangsa yang mengendalikan kes pesawat Malaysia Airlines MH17 yang ditembak jatuh, semalam, memaklumkan mereka akan membentangkan penemuan terbaharu, minggu depan.

Eco Business Park V bakal wujud 15,000 pekerjaan baharu

Posted: 14 Jun 2019 03:19 AM PDT

KUALA LUMPUR: Pembangunan projek fasa dua Eco Business Park V (EBP V) di Puncak Alam, Selangor berpotensi mewujudkan sehingga 15,000 pekerjaan baharu bagi masyarakat sekitar barat laut Lembah Klang dalam tempoh lima tahun akan datang.

Agong zahir ucapan takziah kepada keluarga A Rahman Hassan

Posted: 14 Jun 2019 06:25 AM PDT

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Datuk A Rahman Hassan, 73, yang meninggal dunia semalam.

Lelaki berhadapan penjara seumur hidup culik, rogol anak tiri

Posted: 14 Jun 2019 06:12 AM PDT

OKLAHOMA: Seorang lelaki yang menculik anak tirinya selama 19 tahun dan merogol mangsa sehingga melahirkan sembilan anak, berhadapan hukuman penjara seumur hidup selepas mengaku bersalah awal bulan ini.

Cadangan keluarkan cubaan bunuh diri dari Kanun Keseksaan tepat - Lam Thye

Posted: 14 Jun 2019 06:11 AM PDT

KUALA LUMPUR: Keputusan kerajaan mengarahkan Jabatan Peguam Negara mengkaji cadangan untuk mengeluarkan jenayah cubaan bunuh diri dari Kanun Keseksaan adalah tepat pada masanya, kata Naib Pengerusi Kanan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Tan Sri Lee Lam Thye.

Christopher dipilih berkhidmat saingan Piala Emas CONCACAF

Posted: 14 Jun 2019 05:55 AM PDT

KUALA LUMPUR: Pengerusi Jawatankuasa Media dan Perhubungan Awam Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Christopher Raj terus mengharumkan nama negara apabila muncul wakil tunggal negara yang dipilih untuk bertugas di Kejohanan Piala Emas Konfederasi Bola Sepak Amerika Utara, Amerika Tengah, dan Carribean (CONCACAF), bermula esok hingga 7 Julai ini.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template