BH Online - Terkini |
- Bekas Presiden Mesir meninggal dunia
- Erdogan anggap Morsi syahid
- Dr Mahathir lawat Ainul Mardhiah
- Pelabur UK optimis terhadap potensi ekonomi Malaysia - PM
- Ahli silap mata India hilang, cuba aksi Harry Houdini
- Netanyahu rasmi penempatan Trump Heights
- 17 rumah rosak akibat ribut
- Skuad hoki wanita masih ada peluang
- Karim terkejut dicabar kawan baik
- Dakwaan dalang isu video tak masuk akal - Anwar
- AirAsia X optimis dapat berkembang ke Eropah
- 100 kanak-kanak maut virus Ensefalitis di India
- Guru kaunseling cedera ditikam pelajar
- Kedah bawa skuad penuh ke Shah Alam
- Al-Rajhi lancar platform perbankan digital baharu
- ARB sasar RM84 juta bagi projek ERP di Kemboja
- FAS turut 'hukum' Farizal
- Malaysia mahu tarik pelaburan teknologi tinggi
- Tindakan kepada penyebar berita palsu - TKPN
- Pembangkang manipulasi kenyataan saya - Mujahid
- Harga simen: KPDNHEP keluar notis kepada kilang
- DBhd, MBNSI bangunkan projek pembangunan bercampur bernilai RM771 juta
- Terengganu berdepan misi sukar di Ipoh
- Semangat Khairul Anuar membara
- KJ lewat hantar borang
- Lelaki mabuk langgar peniaga hingga mati direman empat hari
- Isu 'land swap' Kementerian Pertahanan: Hishammuddin akan jumpa SPRM
- Bursa Malaysia ditutup rendah
- Penggabungan Axiata-Telenor masih di peringkat cadangan
- Kem Wang Kelian 'tempat persembunyian' kem utama di Thailand
| Bekas Presiden Mesir meninggal dunia Posted: 17 Jun 2019 09:33 AM PDT KAHERAH: Bekas Presiden Mesir, Mohamed Morsi dilaporkan meninggal dunia dalam mahkamah, kata stesen televisyen awam, hari ini. |
| Posted: 17 Jun 2019 11:08 AM PDT ISTANBUL: Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan, menyifatkan bekas Presiden Mesir, Mohammed Morsi, yang meninggal dunia di sebuah hospital di Kaherah sebagai syahid. |
| Dr Mahathir lawat Ainul Mardhiah Posted: 17 Jun 2019 11:01 AM PDT KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, meluangkan masa ketika lawatannya ke London untuk menziarahi bayi 10 bulan yang menghidap Germ Cell Tumour, Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin, hari ini. |
| Pelabur UK optimis terhadap potensi ekonomi Malaysia - PM Posted: 17 Jun 2019 09:52 AM PDT LONDON: Kalangan pelabur di United Kingdom (UK) terbukti optimis terhadap potensi ekonomi Malaysia, malah turut memaparkan minat mendalam untuk melabur di negara ini, kata Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. |
| Ahli silap mata India hilang, cuba aksi Harry Houdini Posted: 17 Jun 2019 08:57 AM PDT NEW DELHI: Seorang ahli silap mata India dikhuatiri mati selepas mencuba aksi terkenal dan berbahaya mendiang Harry Houdini dengan mengikat kaki dan tangan sebelum terjun ke sungai. |
| Netanyahu rasmi penempatan Trump Heights Posted: 17 Jun 2019 08:34 AM PDT BUKIT GOLAN: Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu merasmikan penempatan baharu di Bukit Golan dengan menamakannya sempena nama 'rakan karibnya' Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump. |
| Posted: 17 Jun 2019 08:25 AM PDT TEMERLOH: Sebanyak 17 rumah mengalami kerosakan selepas ribut dan hujan lebat melanda Kampung Haji Ali, dekat sini, petang tadi. |
| Skuad hoki wanita masih ada peluang Posted: 17 Jun 2019 08:01 AM PDT KUALA LUMPUR: Pengendali Malaysian Tigress, Dhaarma Raj Abdullah mempunyai dua sebab gembira meskipun pasukannya gagal meraih dua slot automatik ke kelayakan akhir Sukan Olimpik menerusi Pusingan Akhir Siri FIH yang melabuhkan tirainya, semalam. |
| Karim terkejut dicabar kawan baik Posted: 17 Jun 2019 07:59 AM PDT KUALA LUMPUR: Kedudukan Datuk Karim Ibrahim sebagai Presiden Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) untuk penggal seterusnya kini tampak 'goyang' apabila bakal dicabar Timbalan Presiden KOM, Datuk S M Muthu menjelang Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) KOM yang dijadual berlangsung pada 30 Jun ini. |
| Dakwaan dalang isu video tak masuk akal - Anwar Posted: 17 Jun 2019 07:55 AM PDT PETALING JAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata dakwaan kononnya beliau mendalangi isu video lucah yang dikaitkan dengan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, bukan sahaja tidak berasas malah tidak masuk akal. |
| AirAsia X optimis dapat berkembang ke Eropah Posted: 17 Jun 2019 07:07 AM PDT PARIS: AirAsia, syarikat penerbangan tambang rendah Malaysia, hari ini memperkenalkan pesawat Airbus A330neo miliknya yang juga pesawat pertama dalam generasi baharu penerbangan jarak jauh, pada acara edisi ke-53 International Paris Air Show, di sini. |
| 100 kanak-kanak maut virus Ensefalitis di India Posted: 17 Jun 2019 06:51 AM PDT NEW DELHI: Hampir 100 kanak dilaporkan meninggal dunia, bulan ini akibat radang pada otak atau dikenali Ensefalitis di negeri Bihar, bahagian timur India. |
| Guru kaunseling cedera ditikam pelajar Posted: 17 Jun 2019 06:41 AM PDT BANTING: Seorang pelajar lelaki yang sedang menunggu akibat masalah disiplin menikam guru kaunseling di sebuah sekolah di sini, semalam. |
| Kedah bawa skuad penuh ke Shah Alam Posted: 17 Jun 2019 05:25 AM PDT ALOR SETAR: Pengendali Kedah Aidil Sharin Sahak berharap skuad penuh yang dibawanya ke stadium Shah Alam bagi menentang PKNS FC malam esok berjaya membawa pulang tiga mata Liga Super. |
| Al-Rajhi lancar platform perbankan digital baharu Posted: 17 Jun 2019 06:30 AM PDT KUALA LUMPUR: Bank Al Rajhi Malaysia melancarkan pelayar web perbankan mudah alih dan internet baharu, alrajhi@24seven. |
| ARB sasar RM84 juta bagi projek ERP di Kemboja Posted: 17 Jun 2019 06:26 AM PDT KUALA LUMPUR: ARB Bhd (sebelum ini dikenali sebagai Aturmaju Resources Bhd) bercadang mewujudkan penyelesaian dan sistem perancangan sumber perusahaan (ERP) bagi East Insurance PLC di Kemboja dengan nilai projek sekurang-kurangnya AS$20 juta (RM83.5 juta). |
| FAS turut 'hukum' Farizal Posted: 17 Jun 2019 06:06 AM PDT KUALA LUMPUR: Penjaga gol Selangor Mohd Farizal Harun yang terbabit dengan beberapa kontroversi sebelum ini turut tidak terlepas daripada 'hukuman' oleh Persatuan Bolasepak Selangor (FAS). |
| Malaysia mahu tarik pelaburan teknologi tinggi Posted: 17 Jun 2019 06:04 AM PDT LONDON: Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Malaysia mengalu-alukan pelaburan asing dalam sektor teknologi tinggi. |
| Tindakan kepada penyebar berita palsu - TKPN Posted: 17 Jun 2019 05:59 AM PDT KUALALUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang sering menyebarkan pelbagai berita palsu termasuk dakwaan wujud sindiket menculik kanak-kanak untuk penjualan organ yang tersebar baru-baru ini. |
| Pembangkang manipulasi kenyataan saya - Mujahid Posted: 17 Jun 2019 05:54 AM PDT KANGAR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusuf berkata pembangkang memanipulasi kenyataannya bagi menampakkan seolah-olah kerajaan mengiktiraf perlakuan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT). |
| Harga simen: KPDNHEP keluar notis kepada kilang Posted: 17 Jun 2019 05:48 AM PDT PUTRAJAYA: Sebarang keputusan untuk menaikkan harga simen perlu dirujuk dan mendapat kelulusan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna. |
| DBhd, MBNSI bangunkan projek pembangunan bercampur bernilai RM771 juta Posted: 17 Jun 2019 05:04 AM PDT KUALA LUMPUR: Damansara Realty Bhd (DBhd) bekerjasama dengan Menteri Besar Negeri Sembilan (Incorporation) (MBNSI) untuk membangunkan projek pembangunan bercampur di atas tanah komersil seluas 20.23 hektar bernilai lebih RM771 juta di Seri Sendayan, Negeri Sembilan. |
| Terengganu berdepan misi sukar di Ipoh Posted: 17 Jun 2019 05:01 AM PDT KUALA TERENGGANU: Pertahanan muda Terengganu FC (TFC), Wan Ahmad Amirzafran Wan Nadris tidak mahu mencari alasan walaupun sedar berdepan tugas berat merantai pergerakan penyerang Perak pada aksi Liga Super di Stadium Perak malam esok. |
| Semangat Khairul Anuar membara Posted: 17 Jun 2019 04:49 AM PDT KUALA LUMPUR: Walaupun gagal memenangi pingat emas pada Kejohanan Memanah Dunia, Khairul Anuar Mohamad tetap bangga dengan pencapaiannya mara ke final acara recurve lelaki di Hertogenbosch, Belanda. |
| Posted: 17 Jun 2019 04:47 AM PDT KUALA LUMPUR: Presiden Persatuan Kanu Malaysia (MASCA) Datuk Megat D Shahriman Zaharudin berkemungkinan menang tanpa bertanding jawatan Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) gara-gara pencabarnya, Khairy Jamaluddin Abu Bakar (KJ) terlewat menghantar borang pencalonan. |
| Lelaki mabuk langgar peniaga hingga mati direman empat hari Posted: 17 Jun 2019 04:20 AM PDT KEPALA BATAS: Lelaki yang ditahan selepas kereta dipandunya merempuh gerai nasi lemak dan kuih muih sehingga menyebabkan seorang peniaga maut manakala suaminya parah di Jalan Bertam Indah, di sini semalam, direman selama empat hari. |
| Isu 'land swap' Kementerian Pertahanan: Hishammuddin akan jumpa SPRM Posted: 17 Jun 2019 04:11 AM PDT KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein akan memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung siasatan terhadap kementerian itu, sebaik beliau kembali ke tanah air. |
| Posted: 17 Jun 2019 04:01 AM PDT KUALA LUMPUR; Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini susulan penurunan dalam saham mewah dan sejajar dengan prestasi kebanyakan bursa utama serantau lain menjelang beberapa mesyuarat dasar bank-bank pusat utama pada minggu ini, kata peniaga. |
| Penggabungan Axiata-Telenor masih di peringkat cadangan Posted: 17 Jun 2019 03:59 AM PDT CYBERJAYA: Rancangan penggabungan antara Axiata Group Bhd dan Telenor Group dari Norway masih di peringkat cadangan, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo. |
| Kem Wang Kelian 'tempat persembunyian' kem utama di Thailand Posted: 17 Jun 2019 03:52 AM PDT PUTRAJAYA: Kem penempatan sementara dan kubur di Wang Kelian, Perlis adalah 'tempat persembunyian' kepada kem utama di Thailand, kata bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar. |
| You are subscribed to email updates from BH Online - Terkini. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google, 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States | |


















0 comments:
Post a Comment