BH Online - Terkini |
- MAKAF tetap pantau latihan Syakilla di Phuket
- MH17: Russia bidas tuduhan tidak berasas penyiasat
- Ashraf berkelana di Eropah hadapi Sukan SEA Filipina
- Anwar serah kepada pihak polis siasat penulis buku
- Singapura sambut baik laluan pejalan kaki berbumbung di tambak
- Keluarga mangsa MH17 harap dapat keadilan
- MH17 - Biar dunia lihat mereka diadili
- Sabah bangkit atasi PDRM
- MU naik 2 anak tangga selepas jinak KL
- Naib Canselor UMS sahkan tempoh khidmat dipendekkan
- Harimau Selatan baham Red Giants
- Tukang paip ditembak polis
- Nuraini diintai kelab hoki Itali, England
- Lelaki warga China melecur dalam kebakaran
- Prof Dr Normah Omar dinobat wanita kedua paling berpengaruh dalam bidang kewangan Islam
- Polis marin rampas rokok RM15,467
- Luis Enrique letak jawatan
- June Wei, Jun Hao buat perhitungan di Ipoh esok
- Warga emas mati digigit beruk peliharaan
- MH17: Britain tuntut Russia beri kerjasama penuh
- Malaysia pertahan siasatan JIT
- BNM kukuh kawal selia elak skandal 1MDB berulang
- Isu serantau, antarabangsa antara fokus Sidang Kemuncak ASEAN ke-34 di Thailand
- Polis cari wanita disyaki bunuh kucing
- Megat Zulkarnain jamin makanan halal di Sukan SEA Filipina
- MH17: Suspek nafi pemberontak Ukraine dalang tembak jatuh pesawat
- 'Sesekali' angkat puisi dalam telefilem
- Lima universiti awam catat peningkatan
- MUKTAMAR PEMUDA: 'Mengapa Sabah, Sarawak dipinggir?'
- MH17: JIT sudah keluar waran tangkap 4 suspek
| MAKAF tetap pantau latihan Syakilla di Phuket Posted: 19 Jun 2019 09:37 AM PDT KUALA LUMPUR: Persekutuan Karate Malaysia (MAKAF) tetap memantau program atlet kontroversi, Syakilla Salni Jefry Krisnan yang mengambil keputusan untuk berlatih di bawah bekas jurulatih kebangsaan, Andris Vasiljeves dari Latvia di Phuket, Thailand. |
| MH17: Russia bidas tuduhan tidak berasas penyiasat Posted: 19 Jun 2019 09:20 AM PDT MOSCOW: Russia membidas 'tuduhan tidak berasas' oleh penyiasat antarabangsa selepas menamakan empat suspek, termasuk warga dari negara itu yang didakwa menembak jatuh pesawat pesawat MH17 milik Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) di timur Ukraine pada 2014. |
| Ashraf berkelana di Eropah hadapi Sukan SEA Filipina Posted: 19 Jun 2019 09:12 AM PDT KUALA LUMPUR: Pemain ping pong negara, Muhamamad Ashraf Haiqal Muhamad Rizal mahu berkelana ke Eropah bermula September hingga November ini untuk meningkatkan kemahiran selain memperbaiki teknik sebelum menghadapi Sukan SEA Filipina 2019. |
| Anwar serah kepada pihak polis siasat penulis buku Posted: 19 Jun 2019 09:06 AM PDT PETALING JAYA: Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyerahkan kepada polis untuk menyiasat ugutan yang diterima beliau dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap penulis manuskrip buku bertajuk 'Mengapa Anwar Tak Boleh Jadi PM'. |
| Singapura sambut baik laluan pejalan kaki berbumbung di tambak Posted: 19 Jun 2019 08:37 AM PDT SINGAPURA: Singapura menyambut baik rancangan Malaysia untuk membina laluan pejalan kaki berbumbung merentasi Tambak Selat Terbrau, walaupun ia belum menerima sebarang cadangan atau komunikasi rasmi mengenainya. |
| Keluarga mangsa MH17 harap dapat keadilan Posted: 19 Jun 2019 08:30 AM PDT MUAR: Keluarga mangsa tragedi pesawat Malaysia Airlines MH17, Allahyarham Mohd Ali Md Salim berharap suspek yang bertanggungjawab akan menerima hukuman setimpal dengan perbuatan kejam yang dilakukan mereka. |
| MH17 - Biar dunia lihat mereka diadili Posted: 19 Jun 2019 08:30 AM PDT IPOH: "Semoga semua yang disyaki dalang dalam tragedi itu diadili dan semoga dunia mengetahui mengapa mereka bertindak sedemikian," kata Noorlin Mohd Noor, 52. |
| Posted: 19 Jun 2019 08:27 AM PDT MELAKA: Kebangkitan pada babak kedua membantu Sabah mengatasi pasukan PDRM 2-1 dalam saingan Liga Perdana di Stadium Hang Jebat, di sini, sebentar tadi. |
| MU naik 2 anak tangga selepas jinak KL Posted: 19 Jun 2019 08:18 AM PDT KUALA LUMPUR: Melaka United (MU) naik dua anak tangga untuk berada di kedudukan keempat Liga Super selepas menundukkan Kuala Lumpur 1-0 di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, di sini, sebentar tadi. |
| Naib Canselor UMS sahkan tempoh khidmat dipendekkan Posted: 19 Jun 2019 05:46 AM PDT KOTA KINABALU: Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS), Prof Datuk Dr D Kamarudin D Mudin, mengesahkan kebenaran khabar angin mengenai pemendekan tempoh perkhidmatannya seperti yang tersebar sebelum ini. |
| Harimau Selatan baham Red Giants Posted: 19 Jun 2019 08:08 AM PDT JOHOR BHARU: Pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) semakin hampir untuk menjulang kejuaraan liga buat kali keenam berturut-turut selepas menewaskan Selangor 3-2 pada aksi Liga Super di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, di sini, sebentar tadi. |
| Posted: 19 Jun 2019 07:52 AM PDT ALOR SETAR: Seorang pemuda cedera di lengan kiri akibat ditembak anggota polis trafik, ketika cuba menghentikan motosikal dinaiki bersama rakannya di Jalan Langgar, di sini, hari ini. |
| Nuraini diintai kelab hoki Itali, England Posted: 19 Jun 2019 07:26 AM PDT KUALA LUMPUR: Nama pakar pukulan sudut penalti negara, Nuraini Rashid kini dikatakan sudah menjadi rebutan kelab hoki dari Itali dan England selepas beraksi cemerlang pada kempen Pusingan Akhir Siri FIH di Ireland Utara yang berakhir, Ahad lalu. |
| Lelaki warga China melecur dalam kebakaran Posted: 19 Jun 2019 07:21 AM PDT SEREMBAN: Tindakan pantas pihak bomba menyelamatkan nyawa seorang lelaki warga China daripada rentung dalam kebakaran kedai dua tingkat di Jalan Temiang, di sini, jam 7 malam tadi. |
| Prof Dr Normah Omar dinobat wanita kedua paling berpengaruh dalam bidang kewangan Islam Posted: 19 Jun 2019 07:19 AM PDT SHAH ALAM: Pengarah Institut Penyelidikan Perakaunan (ARI), Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof Dr Normah Omar, dinobatkan sebagai wanita paling berpengaruh dalam bidang Kewangan Islam oleh Cambridge International Finance Advisory. |
| Polis marin rampas rokok RM15,467 Posted: 19 Jun 2019 07:14 AM PDT JOHOR BAHRU: Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua merampas sejumlah 1,590 peket rokok seludup pelbagai jenis berjumlah RM15,467 di sebuah premis di Kampung Melayu Majidee. |
| Posted: 19 Jun 2019 07:03 AM PDT MADRID: Luis Enrique bakal meletak jawatan sebagai jurulatih pasukan bola sepak kebangsaan Sepanyol. |
| June Wei, Jun Hao buat perhitungan di Ipoh esok Posted: 19 Jun 2019 06:53 AM PDT KUALA LUMPUR: Siapa lebih hebat...Cheam June Wei atau Leong Jun Hao? Persoalan itu bakal terjawab apabila kedua-dua pemain perseorangan lelaki negara itu membuat perhitungan pada aksi pusingan ketiga Siri Antarabangsa Malaysia di Ipoh, Perak, esok. |
| Warga emas mati digigit beruk peliharaan Posted: 19 Jun 2019 03:08 AM PDT KUALA NERUS: Seorang warga emas maut selepas digigit beruk peliharaannya, dalam kejadian di Kampung Lebang Besar, Tepoh, di sini, hari ini. |
| MH17: Britain tuntut Russia beri kerjasama penuh Posted: 19 Jun 2019 06:36 AM PDT LONDON: Menteri Luar Britain, Jeremy Hunt berkata Russia harus memberi kerjasama penuh bagi perbicaraan isu pesawat MH17 ditembak jatuh selepas Pasukan Siasatan Bersama Antarabangsa (JIT) menamakan empat suspek sebagai dalang serangan itu, semalam. |
| Malaysia pertahan siasatan JIT Posted: 19 Jun 2019 06:32 AM PDT KUALA LUMPUR: Malaysia mempertahankan hasil siasatan Pasukan Siasatan Bersama (JIT) yang mendedahkan empat individu bertanggungjawab sebagai dalang utama tragedi pesawat MH17 milik Penerbangan Malaysia (MAS). |
| BNM kukuh kawal selia elak skandal 1MDB berulang Posted: 19 Jun 2019 06:31 AM PDT KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) sedang mengukuhkan kawal selia untuk mengelakkan skandal 1Malaysia Development Bhd (1MDB) daripada berulang, kata Gabenornya, Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus. |
| Isu serantau, antarabangsa antara fokus Sidang Kemuncak ASEAN ke-34 di Thailand Posted: 19 Jun 2019 06:27 AM PDT BANGKOK: Isu serantau dan antarabangsa yang memberi kesan kepada negara anggota ASEAN akan dibincangkan pemimpin pada Sidang Kemuncak ASEAN ke-34 dan Mesyuarat-Mesyuarat Berkaitan di sini, dalam usaha mewujudkan kestabilan ekonomi dan politik serantau. |
| Polis cari wanita disyaki bunuh kucing Posted: 19 Jun 2019 06:23 AM PDT MELAKA: Polis Melaka sedang mengesan seorang wanita, bagi membantu siasatan berhubung kes seekor kucing ditemui mati dipercayai dibunuh, yang tular di media sosial Facebook dalam kejadian di Bukit Beruang di sini, Isnin lalu. |
| Megat Zulkarnain jamin makanan halal di Sukan SEA Filipina Posted: 19 Jun 2019 06:22 AM PDT KUALA LUMPUR: Atlet negara yang bakal bertanding di Sukan SEA Filipina 2019 bermula 30 November hingga 11 Disember, tidak perlu risau mengenai soal status makanan halal dan penempatan mereka. |
| MH17: Suspek nafi pemberontak Ukraine dalang tembak jatuh pesawat Posted: 19 Jun 2019 06:10 AM PDT MOSCOW: Salah seorang suspek utama yang dinamakan dalam insiden menembak jatuh pesawat MH17 milik Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) di ruang udara Ukraine, hari ini menafikan pemisah pro Russia adalah dalang serangan peluru berpandu itu. |
| 'Sesekali' angkat puisi dalam telefilem Posted: 19 Jun 2019 06:04 AM PDT KUALA LUMPUR: Buat pertama kali dalam sejarah sastera negara, karya puisi diangkat dalam bentuk telefilem, bertajuk Sesekali yang ditayangkan sempena Hari Bapa pada 14 Jun. |
| Lima universiti awam catat peningkatan Posted: 19 Jun 2019 06:01 AM PDT PUTRAJAYA: Lima universiti awam (UA) menunjukkan peningkatan membanggakan berbanding tahun lalu, dalam senarai terkini Laporan Quacquarelli Symonds (QS) World University Rankings 2020 (WUR2020). |
| MUKTAMAR PEMUDA: 'Mengapa Sabah, Sarawak dipinggir?' Posted: 19 Jun 2019 06:01 AM PDT KUANTAN: Kepemimpinan Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) dibidas segelintir perwakilan kerana dikatakan meminggir kawasan Sabah dan Sarawak susunan penutupan lajnah. |
| MH17: JIT sudah keluar waran tangkap 4 suspek Posted: 19 Jun 2019 05:50 AM PDT NIEUWEGEIN: Pasukan Penyiasatan Bersama Antarabangsa (JIT), hari ini berkata mereka mengeluarkan waran tangkap ke atas tiga suspek warga negara Russia dan seorang warga negara Ukraine yang didakwa menembak jatuh pesawat MH17 milik Penerbangan Malaysia (MAS) di timur Ukraine pada 2014. |
| You are subscribed to email updates from BH Online - Terkini. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google, 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States | |


















0 comments:
Post a Comment