Thursday, June 27, 2019

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


Kebakaran hutan Sepanyol gagal dikawal akibat gelombang haba

Posted: 27 Jun 2019 10:37 AM PDT

TORRE DEL ESPANOL: Satu kebakaran hutan di Sepanyol gagal dibendung walaupun ratusan anggota bomba cuba mengawalnya, semalam, ketika fenomena gelombang haba melanda Eropah.

Yayasan MRCB sumbang RM231,000 program bantuan makanan pelajar

Posted: 27 Jun 2019 08:51 AM PDT

KUALA LUMPUR: Yayasan MRCB menyampaikan sumbangan RM231,000 untuk program bantuan makanan selama setahun yang akan memanfaatkan 384 pelajar daripada 12 sekolah di seluruh negara.

2 cedera tembakan di masjid Perancis

Posted: 27 Jun 2019 10:18 AM PDT

PARIS: Sekurang-kurangnya dua mangsa cedera, selepas ditembak di luar sebuah masjid di Brest, barat Perancis, semalam, menurut polis.

Kerana mulut badan binasa

Posted: 27 Jun 2019 09:49 AM PDT

JOHOR BAHRU: Pertengkaran mulut dipercayai menjadi motif seorang remaja lelaki dipukul dua lagi remaja lain dalam satu kejadian di kawasan riadah Taman Setia Indah, di sini, semalam.

Bumiputera jangan terlalu bergantung

Posted: 27 Jun 2019 08:45 AM PDT

SHAH ALAM: Golongan Bumiputera perlu mengikis kebergantungan kepada bantuan dan dana kerajaan, selain sikap mengkhianati dana serta kepercayaan yang diamanahkan kepada mereka.

Tuduhan penipuan undi Prabowo tidak berasas - Mahkamah Indonesia

Posted: 27 Jun 2019 08:28 AM PDT

JAKARTA: Mahkamah perlembagaan Indonesia menolak cubaan membatalkan kemenangan pilihan raya Presiden Joko (Jokowi) Widodo, hari ini, dan menyifatkan dakwaan penipuan undi meluas oleh pencabarnya, Prabowo Subianto sebagai tidak berasas.

Naraajie raih gelaran Kejuaraan Amatur Saujana

Posted: 27 Jun 2019 07:58 AM PDT

KUALA LUMPUR: Pemain golf Indonesia, Naraajie Ramadhan Putra menamatkan penantian 28 tahun negaranya apabila merangkul Kejuaraan Amatur Saujana di Saujana Golf & Country Club (SGCC), hari ini.

36 maut lombong runtuh di Congo

Posted: 27 Jun 2019 08:15 AM PDT

DAKAR: Sekurang-kurangnya 36 pelombong haram maut, hari ini, apabila lombong tembaga milik Glencore runtuh di tenggara Congo, menurut gabenor wilayah.

Tapak pelupusan haram Kampung Rantau Panjang terbakar

Posted: 27 Jun 2019 08:04 AM PDT

KLANG: Kawasan dipercayai tapak pelupusan sampah haram di Kampung Rantau Panjang, di sini, terbakar dalam kejadian kira-kira jam 8 pagi tadi.

MBI sita lima gerai peniaga durian tanpa lesen

Posted: 27 Jun 2019 08:01 AM PDT

IPOH: Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) menyita lima gerai peniaga durian tanpa lesen dalam operasi pemeriksaan dan penguatkuasaan berkaitan aktiviti menjual buah itu yang menyebabkan kesesakan lalu lintas di bandar raya ini, semalam.

'KJ hanya menjadi kambing hitam'

Posted: 27 Jun 2019 07:37 AM PDT

KUALA LUMPUR: Tahap kesabaran Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin sudah tidak dapat dibendung apabila tampil mendedahkan isu 'penipuan' sebenar dalam pencalonan untuk perebutan kerusi panas presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM).

Ali, Harith tekad rebut tempat dalam skuad B-18 negara

Posted: 27 Jun 2019 07:10 AM PDT

KUALA LUMPUR: Dua bekas pemain bawah 16 tahun (B-16), Ali Imran Sukari dan Harith Haiqal Adam Afkar nekad merebut tempat dalam pasukan B-18 negara yang akan bersaing di Kejuaraan AFF B-18 di Vietnam 5 hingga 18 Ogos ini.

Gardner azam bangkit selepas kecewa di Catalunya

Posted: 27 Jun 2019 07:07 AM PDT

KUALA LUMPUR: Selepas nasib tidak begitu menyebelahinya di Grand Prix (GP) Catalunya dua minggu lalu, pelumba ONEXOX TKKR SAG TEAM, Remy Gardner mahu membalas kekecewaan di GP Belanda yang akan membuka tirainya di Sirkit Assen, esok. 

Bayi 'ajaib' dilahirkan ketika ibu koma

Posted: 27 Jun 2019 07:05 AM PDT

KOTA BHARU: Seorang bayi perempuan berjaya dilahirkan melalui pembedahan selepas ibunya koma ketika hamil sejak Disember tahun lalu kerana menghidap ketumbuhan di kepala.

GCABC yakin ekonomi Malaysia lebih baik

Posted: 27 Jun 2019 06:26 AM PDT

KUALA LUMPUR: Kajian German Chambers ASEAN Business Council (GCABC) mendedahkan keyakinan yang tinggi dalam kalangan pemimpin perniagaan dari Jerman bagi ekonomi yang lebih baik di bawah kerajaan "Malaysia Baharu".

Fatin nafi bercium di tempat awam

Posted: 27 Jun 2019 06:22 AM PDT

KUALA LUMPUR: Sekali lagi terpalit kontroversi menjalinkan hubungan dengan lelaki berstatus suami orang, Fatin Afeefa, 24, menafikan pernah berkucupan dan berpelukan di tempat awam seperti dipersoalkan netizen.

Piala Sultan Selangor 2019 terima sumbangan RM1.2 juta

Posted: 27 Jun 2019 06:22 AM PDT

KLANG: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini berkenan menerima sumbangan penajaan kira-kira RM1.2 juta bagi perlawanan Piala Sultan Selangor 2019 pada 24 Ogos depan di Stadium Shah Alam.

Gamuda terima cadangan MoF Inc

Posted: 27 Jun 2019 06:19 AM PDT

KUALA LUMPUR: Gamuda Bhd menerima cadangan yang dikemukakan oleh Kementerian Kewangan Diperbadankan (MoF Inc) membabitkan pengambilalihan kesemua kepentingan ekuiti kumpulan dalam empat syarikat.

Pasangan kekasih disimbah cat

Posted: 27 Jun 2019 06:18 AM PDT

KAJANG: Sepasang kekasih disimbah cat berwarna merah yang bercampur dengan pasir oleh individu tidak dikenali ketika sedang berjalan kaki di kawasan belakang sebuah hospital dekat Bandar Sungai Long, di sini, petang tadi.

Untung bersih, perolehan Glomac menyusut

Posted: 27 Jun 2019 06:18 AM PDT

KUALA LUMPUR: Keuntungan bersih Glomac Bhd menyusut 56 peratus kepada RM13.60 juta bagi tahun kewangan yang berakhir 30 April 2019 daripada RM31.13 juta pada tahun sebelumnya.

Sapura Energy raih 10 kontrak bernilai RM1b

Posted: 27 Jun 2019 06:16 AM PDT

KUALA LUMPUR: Sapura Energy Bhd memperoleh 10 kontrak baharu bagi segmen kejuruteraan dan pembinaan serta penggerudiannya bernilai RM1 bilion di Malaysia, Thailand, Taiwan dan Australia, termasuk kontrak ladang angin luar pesisir pertama bagi syarikat itu.

Masjid Razaleigh ambil inspirasi 'Masjidil Haram'

Posted: 27 Jun 2019 05:07 AM PDT

GUA MUSANG: Masjid Razaleigh bernilai lebih RM28 juta yang menyerupai model Masjidil Haram di Makkah dijangka siap hujung tahun ini, sekali gus menjadi mercu tanda baharu di Kelantan, khususnya di sini.

Tunis digegarkan dua serangan nekad

Posted: 27 Jun 2019 06:10 AM PDT

TUNIS: Dua pengebom nekad menyerang polis dan tentera di ibu negara Tunisia, hari ini, sehingga mencederakan sekurang-kurangnya sembilan mangsa termasuk penduduk awam.

Majlis Penasihat bincang NAP, FDI & DDI

Posted: 27 Jun 2019 01:04 AM PDT

KUALA LUMPUR: Majlis Penasihat Perdagangan dan Industri (TIAC) yang baru ditubuhkan akan membincangkan Dasar Automotif Negara (NAP) serta mengimbangi semula nisbah antara pelaburan langsung asing (FDI) dan pelaburan langsung domestik (DDI) dalam mesyuarat yang akan datang.

Korban swafoto lima kali ganda lebih tinggi berbanding serangan jerung

Posted: 26 Jun 2019 09:45 PM PDT

RIO DE JANEIRO: Berswafoto, yang menjadi sensasi global sejak dekad lalu, membunuh lima kali ganda lebih ramai orang berbanding serangan jerung.

Israel, Yahudi sebahagian daripada Asia Barat - Bahrain

Posted: 27 Jun 2019 04:27 AM PDT

BAITULMAQDIS: Israel adalah sebahagian daripada warisan rantau Asia Barat dan kaum Yahudi mempunyai tempat dalam kalangan penduduk kawasan itu, kata Menteri Luar Bahrain.

Norsyafiq tagih pengalaman McCann

Posted: 27 Jun 2019 05:48 AM PDT

KUALA LUMPUR: Penyerang skuad hoki negara, Norsyafiq Sumantri yakin kehadiran legenda Australia, Michael McCann dapat meningkatkan prestasinya dalam usaha merebut tempat ke Siri Jelajah Eropah bermula 21 Julai depan.

Hamidin menghadap Yang di-Pertuan Agong

Posted: 27 Jun 2019 05:41 AM PDT

KUALA LUMPUR: Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara, hari ini.

Kemelut POC tidak jejas persiapan ke Sukan SEA

Posted: 27 Jun 2019 05:37 AM PDT

KUALA LUMPUR: Persediaan kontinjen negara ke Sukan SEA Filipina hujung tahun ini tidak terjejas biarpun Majlis Olimpik Filipina (POC) kini mengalami pergelutan dalaman. 

Neymar mahu kembali ke Barcelona

Posted: 27 Jun 2019 05:35 AM PDT

BARCELONA: Bintang Brazil, Neymar mahu kembali ke Barcelona selepas dua tahun meninggalkannya untuk bersama Paris Saint-Germain, kata Naib Presiden Barcelona, hari ini.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template