Friday, June 28, 2019

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


Dera ratusan kanak-kanak lelaki secara seksual, lelaki Norway dipenjara 16 tahun

Posted: 28 Jun 2019 10:38 AM PDT

OSLO: Seorang lelaki Norway dijatuhkan hukuman penjara selama 16 tahun, Jumaat atas tuduhan melakukan penderaan seksual ke atas ratusan kanak-kanak lelaki dalam kes yang disifatkan sebagai terbesar di negara itu.

Dua lagi kes chikungunya dikesan di Kota Setar

Posted: 28 Jun 2019 09:50 AM PDT

ALOR SETAR: Dua lagi kes chikungunya dicatatkan kelmarin menjadikan jumlah keseluruhan setakat ini adalah sebanyak 37 individu yang disyaki mengidap penyakit berkenaan di daerah Kota Setar.

Pesilat muda negara sedia 'berpencak' di Filipina

Posted: 28 Jun 2019 09:46 AM PDT

KUALA LUMPUR: Barisan pesilat baharu ke Sukan SEA Filipina sudah memiliki sifat berani dan karakter itu amat diperlukan bagi membantu kontinjen negara membuahkan kilauan pingat pada temasya yang dijadual berlangsung November ini. 

Guru perlu latihan khusus kendali kes disiplin mirip jenayah - NUTP

Posted: 28 Jun 2019 09:06 AM PDT

KUALA LUMPUR: Golongan guru perlu diberi latihan khusus untuk mengendalikan kes disiplin di sekolah yang mirip kepada perlakuan jenayah.

Kementerian Pendidikan henti edaran kotak susu pelekat khas

Posted: 28 Jun 2019 09:02 AM PDT

KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan sudah mengeluarkan arahan pemberhentian edaran dan pembelian kotak susu keluaran syarikat di Sabah menerusi Program Susu Sekolah (PSS), susulan penggunaan label serta pelekat khas tanpa kebenaran.

6 pegawai kanan PDRM bertukar

Posted: 28 Jun 2019 07:42 AM PDT

KUALA LUMPUR: Bukit Aman mengumumkan pertukaran jawatan membabitkan enam pegawai kanannya berkuatkuasa pada 29 Julai ini.

Perkembangan kesihatan Ainul Mardhiah positif

Posted: 28 Jun 2019 07:37 AM PDT

KUALA LUMPUR: Kesihatan Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin, bayi berusia 10 bulan yang menjalani pembedahan di United Kingdom (UK) sebelum ini terus menunjukkan perkembangan positif apabila berat badannya semakin bertambah.

Pinda perlembagaan sebelum pemilihan BERSATU - Marzuki

Posted: 28 Jun 2019 07:23 AM PDT

AYER KEROH: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) harus meminda beberapa klausa dalam perlembagaannya, sebelum mengadakan pemilihan parti yang dijangka pada tahun ini.

Perak optimis ke final Piala FA

Posted: 28 Jun 2019 07:06 AM PDT

IPOH: Jurulatih Perak, Mehmet Durakovic tetap optimis Perak mampu memberi persembahan terbaik dalam saingan timbal balik separuh akhir Piala FA menentang Pahang malam esok meskipun beberapa pemainnya cedera dan digantung perlawanan. 

AGM MPM mungkin ditunda

Posted: 28 Jun 2019 07:01 AM PDT

KUALA LUMPUR: Pemilihan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) bagi penggal 2019-2023 yang dijadualkan esok mencetuskan persoalan sama ada ia akan berlangsung atau sebaliknya.

Hadiah buat penyokong Pahang Rangers

Posted: 28 Jun 2019 06:49 AM PDT

KUALA LUMPUR: Pemain Pahang Rangers, Saifulnizam Mohd Ali menyifatkan jaringan hatrik diledak ketika membantu pasukannya  menewaskan KL City 4-3 dalam aksi Liga Premier Futsal Malaysia (MPFL) 2019, kelmarin sebagai hadiah bermakna buat penyokong.

Sotheby's lelong pita rakaman pendaratan pertama di bulan

Posted: 28 Jun 2019 06:43 AM PDT

NEW YORK: Seorang pelatih Pentadbiran Angkasa Lepas dan Aeronautik Amerika Syarikat (NASA) mungkin bergelar jutawan apabila broker lelongan, Sotheby's bersetuju melelong rakaman asal pendaratan pertama manusia di bulan, 50 tahun lalu.

Tiada laluan LRT di Masjid Jamek Sungai Nibong Besar, tanah kubur

Posted: 28 Jun 2019 03:21 AM PDT

GEORGETOWN: Laluan transit aliran ringan (LRT) Bayan Lepas tidak akan membabitkan kawasan Masjid Jamek Sungai Nibong Besar dan tanah wakaf kubur.

TNB peroleh kelulusan kerajaan teruskan ICPT

Posted: 28 Jun 2019 06:40 AM PDT

KUALA LUMPUR: Kerajaan, menerusi surat daripada Suruhanjaya Tenaga (ST), memberi kelulusan kepada Tenaga Nasional Bhd (TNB) untuk meneruskan pelaksanaan mekanisme Pelepasan Kos Bahan Api Tidak Seimbang (ICPT) bagi tempoh 1 Julai 2019 hingga 31 Disember 2019.

Habuan jika Perak ke final Piala FA

Posted: 28 Jun 2019 06:09 AM PDT

IPOH: Kerajaan negeri menjanjikan ganjaran bonus kepada pasukan Perak jika berjaya melangkah ke perlawanan akhir Piala FA musim ini. 

Misi MATRADE ke IPAS 2019 jana nilai eksport berpotensi lebih RM700 juta

Posted: 28 Jun 2019 06:05 AM PDT

KUALA LUMPUR: Sebanyak 284 pertemuan perniagaan yang diaturkan oleh Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) pada Pertunjukan Udara Paris Antarabangsa (IPAS) 2019 di Perancis baru-baru ini, menjana nilai eksport berpotensi lebih RM700 juta.

Farah Ann bangga bawa Jalur Gemilang di Universiade

Posted: 28 Jun 2019 05:34 AM PDT

KUALA LUMPUR: Kali pertama memikul tanggungjawab sebagai pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Universiti Dunia (Universiade) di Napoli, Itali minggu depan tidak memberi tekanan buat ratu gimnas negara, Farah Ann Abdul Hadi yang berazam untuk mempamer aksi terbaik buat kontinjen negara.

AC Milan dilarang menyertai saingan kelab Eropah

Posted: 28 Jun 2019 05:29 AM PDT

LAUSANNE: AC Milan hari ini dilarang menyertai bola sepak Eropah musim depan kerana melanggar peraturan kewangan yang adil, umum mahkamah utama untuk sukan, CAS.

Pencemaran Pasir Gudang: Ada penemuan gas luar kelaziman

Posted: 27 Jun 2019 08:37 PM PDT

PUTRAJAYA: Tiga jenis gas dikesan dalam insiden pencemaran udara di Pasir Gudang termasuk gas metil merkaptan, yang kehadirannya satu anomali atau di luar kelaziman.

<img src="https://assets.bharian.com.my/sites/all/themes/custom/bh_v2/images/bhplus.png" srcset="https://assets.bharian.com.my/sites/all/themes/custom/bh_v2/images/bhplus.png 1x, https://assets.bharian.com.my/sites/all/themes/custom/bh_v2/images/bhplus%402x.png 2x" alt="BHPLUS"> &#039;Arkitek tak semesti bina bangunan besar&#039;

Posted: 28 Jun 2019 05:11 AM PDT

KUALA LUMPUR: "Arkitek tidak semestinya perlu membina bangunan besar untuk membuat perubahan."

SPRM sekali lagi perjelas siasatan transaksi meragukan Azmin Ali

Posted: 28 Jun 2019 05:08 AM PDT

KUALA LUMPUR: Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki sekali lagi menjelaskan tidak wujud transaksi dan akaun meragukan membabitkan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Polis Jerman tumpas operasi laman web jual dadah

Posted: 28 Jun 2019 05:04 AM PDT

BERLIN: Pihak berkuasa Jerman hari ini, mengumumkan bahawa mereka berjaya menumpaskan pasaran penjualan narkotik terbesar menerusi internet dan memberkas 11 suspek warga negara itu, Belanda serta Poland.

Pencemaran udara: Hanya seorang pesakit masih dirawat

Posted: 28 Jun 2019 04:59 AM PDT

JOHOR BAHRU: Hanya seorang sahaja pesakit iaitu pelajar perempuan berusia 17 tahun yang masih mendapatkan rawatan di Hospital Sultan Ismail, di sini sehingga jam 12 tengah hari tadi susulan insiden pencemaran udara yang berlaku minggu lalu.

Henti pertikai pelantikan Bakke Pengerusi FELDA

Posted: 28 Jun 2019 04:58 AM PDT

KUALA LUMPUR: Semua pihak diminta berhenti mempertikaikan pelantikan Tan Sri Mohd Bakke Salleh sebagai Pengerusi FELDA baharu menggantikan Tan Sri Megat Zaharuddin Megat Mohd Nor yang melepaskan jawatan berkuat kuasa Ahad ini.

43 maut lombong runtuh di Congo

Posted: 28 Jun 2019 03:56 AM PDT

KINSHASA: Angka kematian kejadian tanah runtuh di lombong tembaga dan kobalt yang dikendalikan oleh Glencore di tenggara Congo, semalam, meningkat kepada 43 orang, hari ini.

Pelajar Malaysia sertai maraton di UK meninggal dunia

Posted: 28 Jun 2019 04:41 AM PDT

KUALA LUMPUR: Seorang pelajar Malaysia meninggal dunia ketika menyertai acara JCP Swansea Half Marathon di United Kingdom (UK), Ahad lalu.

Peranan Hendrawan ditentukan minggu depan

Posted: 28 Jun 2019 04:50 AM PDT

KUALA LUMPUR: Kedudukan jurulatih perseorangan negara, Hendrawan hanya akan diketahui minggu depan selepas Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengesahkan akan mengadakan perbincangan dengannya.

Prestasi perniagaan positif pada separuh kedua 2019

Posted: 28 Jun 2019 04:45 AM PDT

KUALA LUMPUR: Ekonomi Malaysia dijangka mencatat prestasi yang baik antara Ogos dan Oktober 2019 berikutan unjuran prestasi ekonomi yang positif pada separuh kedua tahun ini, menurut MIDF Research.

Seorang lagi pesakit Orang Asli dirawat di HHT

Posted: 28 Jun 2019 04:42 AM PDT

KUALA TERENGGANU: Seorang lagi pesakit Orang Asli dimasukkan ke Hospital Hulu Terengganu (HHT), menjadikan keseluruhannya jumlah pesakit yang dirawat di hospital berkenaan meningkat kepada 15 orang.

Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS

Posted: 28 Jun 2019 04:38 AM PDT

KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup kukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini seiring dengan mata wang negara serantau didorong jangkaan terhadap hasil positif daripada pertemuan presiden AS dan China.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template