Sunday, June 30, 2019

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


Cadangan bawa masuk pekerja Afrika tidak diteruskan - Kulasegaran

Posted: 30 Jun 2019 09:14 AM PDT

KUALA LUMPUR: Menteri Sumber Manusia, M Kulasegaran, mengesahkan cadangan untuk membawa masuk pekerja asing dari Afrika ke Malaysia, tidak akan diteruskan.

Peniaga mati tertembak diri sendiri

Posted: 30 Jun 2019 09:33 AM PDT

SUNGAI PETANI: Seorang lelaki maut akibat tertembak diri sendiri ketika sedang mencuci senapang patah miliknya di Kampung Perlis, Tikam Batu, di sini, semalam.

UMNO Kelantan, Sabah sokong Zahid kembali menjalankan tugas Presiden

Posted: 30 Jun 2019 09:27 AM PDT

KUALA LUMPUR: UMNO Kelantan dan Sabah sambut baik keputusan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk kembali menjalankan tugas selaku Presiden.

JDT All-Stars kutip lebih RM600,000

Posted: 30 Jun 2019 08:57 AM PDT

JOHOR BAHRU: Aksi persahabatan amal 'JDT All-Stars' yang berlangsung di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin sebentar tadi berjaya mengutip lebih RM600,000 hasil penjualan tiket selain sumbangan penaja.

Verstappen ungguli GP Austria

Posted: 30 Jun 2019 09:08 AM PDT

SPIELBERG, Austria: Pemandu Red Bull, Max Verstappen memenangi Grand Prix Austria untuk tahun kedua berturut-turut sebentar tadi, manakala Mercedes tewas buat kali pertama musim ini.

Kedah mara ke final Piala FA

Posted: 30 Jun 2019 08:29 AM PDT

MARAN: Impian FELDA United mara ke pentas final Piala FA musnah walaupun menang 3-2 pada aksi separuh akhir kedua bertemu Kedah di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka, sebentar tadi.

Bapa Zahid AF2 berjaya ditemui selepas gagal dikesan hampir 12 jam

Posted: 30 Jun 2019 08:47 AM PDT

KUALA LUMPUR: Bapa penyanyi Zahid Baharuddin, 39, yang gagal dikesan hampir 12 jam yang lalu ditemui di Grik, Perak, kira-kira 10.30 malam ini.

Zahid AF risau ayah tak pulang

Posted: 30 Jun 2019 06:49 AM PDT

KUALA LUMPUR: Juara musim kedua Akademi Fantasia (AF), Zahid risau bapanya yang keluar dari rumah pagi tadi, masih belum pulang.

Polis Israel tahan Menteri Palestin isu lawatan Presiden Chile

Posted: 30 Jun 2019 06:11 AM PDT

BAITULMAQDIS: Polis Israel hari ini berkata, mereka menahan dan menyoal Menteri Hal Ehwal Baitulmaqdis Palestin, Fadi Al-Hadami, sementara sumber rapat berkata, beliau ditahan di kediamannya.

Pesara guru ditipu RM197,000

Posted: 30 Jun 2019 07:25 AM PDT

ALOR SETAR: Seorang pesara guru berusia mengalami kerugian RM197,000 selepas diperdaya individu yang menyamar sebagai warga asing yang mahu menjadikan wanita itu sebagai kakak angkatnya.

Quartararo raih podium GP Belanda

Posted: 30 Jun 2019 06:32 AM PDT

KUALA LUMPUR: Fabio Quartararo menghadiahkan penamat podium kedua buat pasukan PETRONAS Yamaha Sepang Racing (PETRONAS Yamaha SRT) selepas menamatkan perlumbaan di tempat ketiga Grand Prix (GP) Belanda sebentar tadi.

Kebakaran tapak pelupusan sampah haram dipadam

Posted: 30 Jun 2019 07:21 AM PDT

KLANG: Kira-kira 0.8 hektar dari 1.21 hektar kawasan dipercayai tapak pelupusan sampah haram yang terbakar di Jalan Sungai Saim, Kampung Rantau Panjang, di sini, sejak Khamis lalu, berjaya dipadamkan sehingga jam 5 petang tadi.

Sudan kembali bergolak

Posted: 30 Jun 2019 07:11 AM PDT

KHARTOUNM: Puluhan ribu orang membanjiri jalan raya di ibu kota negara itu bagi menuntut pemerintah tentera menyerahkan kuasa kepada orang awam, hari ini.

Kita harus serius jaga alam sekitar

Posted: 30 Jun 2019 07:08 AM PDT

PENGUATKUASAAN nampaknya menjadi isu besar dalam negara. Hampir setiap hari ada sahaja kes dibicara dalam mahkamah membabitkan anggota penguat kuasa. Malah, dalam media sosial pun ada anggota penguat kuasa ditunjukkan sedang 'memperdagangkan' integritinya.

Universiti membina masyarakat beradab

Posted: 30 Jun 2019 07:06 AM PDT

Di bawah kepemimpinan Dr Maszlee Malek, Kementerian Pendidikan (KPM) mempunyai agenda besar memperkasa pendidikan tinggi negara. Pelbagai inisiatif dijalankan untuk meletakkan pendidikan tinggi negara setanding universiti tersohor pada peringkat global.

Penduduk sengsara hidu bau menusuk

Posted: 30 Jun 2019 07:00 AM PDT

KUALA PERLIS: Pencemaran bau yang dipercayai berpunca dari kilang pembuatan dedak di kawasan perindustrian Kuala Perlis menghantui kehidupan lebih 1,200 penduduk sekitar Kampung Padang Besar Selatan sejak tiga tahun lalu.

PBT jadi ejen kawal selia kawasan industri elak pencemaran

Posted: 30 Jun 2019 07:00 AM PDT

IPOH: Pihak berkuasa tempatan (PBT) di setiap daerah di negeri Perak bertindak sebagai pengurus pengendalian industri dalam memastikan setiap buangan sisa industri mematuhi syarat dan peraturan ditetapkan selain tidak memberikan kesan negatif kepada persekitaran.

<img src="https://assets.bharian.com.my/sites/all/themes/custom/bh_v2/images/bhplus.png" srcset="https://assets.bharian.com.my/sites/all/themes/custom/bh_v2/images/bhplus.png 1x, https://assets.bharian.com.my/sites/all/themes/custom/bh_v2/images/bhplus%402x.png 2x" alt="BHPLUS"> Kerajaan rancang susun petempatan

Posted: 30 Jun 2019 06:55 AM PDT

LANGKAWI: Seminggu selepas pendedahan BH mengenai petempatan haram Bukit Malut yang dianggap lokasi paling hitam di sini kerana masalah jenayah dan sosial, kerajaan semalam mengumumkan perancangan membina dan menyusun semula kawasan setinggan itu.

Halil Chik meninggal dunia

Posted: 29 Jun 2019 09:49 PM PDT

KUALA LUMPUR: Penyanyi era 1970-an, Halil Chik, 70, meninggal dunia di Hospital Ampang, dekat sini, kira-kira jam 7 pagi tadi, akibat serangan angin ahmar.

Selangor buru pemilik tanah tapak pelupusan sampah terbakar

Posted: 30 Jun 2019 05:57 AM PDT

PELABUHAN KLANG: Kerajaan Selangor dalam usaha mengenal pasti individu yang membuat pembakaran di tapak pelupusan sampah haram di Jalan Sungai Saim, Kampung Rantau Panjang, di sini, baru-baru ini sehingga memusnahkan kawasan seluas 1.2 hektar.

Lukisan &#039;Hijrah&#039; dibida RM313,600

Posted: 30 Jun 2019 05:50 AM PDT

KUALA LUMPUR: Lukisan minyak bertajuk 'Hijrah' hasil tangan Allahyarham Datuk Syed Ahmad Jamal menerima bidaan tertinggi pada Lelongan Seni Henry Butcher Art Auctioneers Edisi Khas Arkitek di Galeri Prima, Bangsar.

Wanita sarat mengandung ditikam, suspek kedua ditahan

Posted: 30 Jun 2019 06:18 AM PDT

LONDON: Polis Britain menahan seorang lelaki, hari ini, atas dakwaan menikam mati seorang wanita sarat mengandung lapan bulan, di selatan ibu negara itu, semalam.

Annuar antara calon Presiden KAFA

Posted: 30 Jun 2019 06:09 AM PDT

KUALA LUMPUR: Tan Sri Annuar Musa antara empat nama besar yang dicalonkan untuk merebut jawatan Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) pada pemilihan yang dijadualkan 6 Julai ini.

Britain pantau rapat perkembangan Hong Kong - Setiausaha Luar

Posted: 30 Jun 2019 05:30 AM PDT

LONDON: Britain akan memantau rapat sebarang acara dianjurkan di Hong Kong dan terus memberi tekanan kepada kerajaan China supaya menghormati syarat ketika bekas jajahan itu diserahkan, kata Setiausaha Luar Jeremy Hunt hari ini.

MU ke separuh akhir Piala Tun Sharifah Rodziah

Posted: 30 Jun 2019 05:05 AM PDT

MELAKA: Melaka United (MU) lega sasaran awal skuad bola sepak wanitanya mara ke separuh akhir Piala Tun Sharifah Rodziah 2019 berjaya dicapai.

5 kapal Jepun siap sedia buru paus secara komersial esok

Posted: 30 Jun 2019 05:01 AM PDT

KUSHIRO: Kapal penangkap ikan paus Jepun bersiap sedia hari ini untuk ke laut di sebuah pelabuhan di utara negara itu sehari sebelum pemburuan komersial pertama negara itu dalam tempoh lebih 30 tahun.

Shima Anuar hamil anak lelaki

Posted: 30 Jun 2019 04:42 AM PDT

KUALA LUMPUR: Impian Shima Anuar menimang cahaya mata lelaki tercapai apabila mengumumkan jantina bayi dikandung, petang tadi.

Mohammad sambut baik Presiden UMNO kembali bertugas

Posted: 30 Jun 2019 04:32 AM PDT

SEPANG: Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan, mengalu-alukan keputusan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kembali bertugas sebagai Presiden UMNO.

Jangan tunggu aduan untuk ambil tindakan - Aminuddin

Posted: 30 Jun 2019 12:19 AM PDT

SEREMBAN: Pegawai kerajaan, baik agensi atau pihak berkuasa tempatan (PBT), diingatkan supaya kerap turun padang melakukan pemantauan bagi memastikan tiada isu berkaitan pencemaran berlaku di Negeri Sembilan.

Trump jejak kaki ke Korea Utara, setuju sambung rundingan

Posted: 30 Jun 2019 02:31 AM PDT

PANMUNJOM: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menjadi pemimpin pertama negara itu menjejakkan kaki ke Korea Utara hari ini, apabila bertemu Kim Jong-un di Zon Bebas Tentera (DMZ), terletak di sempadan dua Korea.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template