Tuesday, June 4, 2019

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


Tanam semangat perpaduan, hargai kemakmuran

Posted: 04 Jun 2019 08:02 AM PDT

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengajak rakyat menanam semangat perpaduan dan menghindar sebarang perkara yang menggugat kemakmuran negara.

Empat maut insiden tembakan di Australia

Posted: 04 Jun 2019 06:02 AM PDT

SYDNEY: Empat orang maut dan dua cedera selepas seorang lelaki bersenjatakan senapang patah melepaskan tembakan di pusat bandar Darwin petang tadi, kata polis.

Long Busang banjir berikutan hujan lebat

Posted: 04 Jun 2019 07:51 AM PDT

BELAGA: Lebih 1,000 penduduk Long Busang di hulu empangan Bakun di sini, terjejas akibat banjir hari ini berikutan hujan lebat yang berterusan sejak semalam.

Dr Mahathir, isteri ucap Selamat Hari Raya Aidilfitri

Posted: 04 Jun 2019 07:04 AM PDT

KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, hari ini mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh rakyat Malaysia yang beragama Islam.

Trafik di PLUS perlahan

Posted: 04 Jun 2019 06:59 AM PDT

KUALA LUMPUR: Aliran trafik di Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) di beberapa laluan masih sesak sehingga jam 9 malam tadi.

Lopetegui dilantik jurulatih Sevilla

Posted: 04 Jun 2019 07:00 AM PDT

MADRID: Sevilla menamakan Julen Lopetegui sebagai jurulatih baharu mereka, menawarkannya untuk kembali ke pengurusan kelab buat kali pertama sejak dipecat Sepanyol dan Real Madrid dalam tempoh lima bulan tahun lalu.

Artis Kedah, Perlis anjur rumah terbuka

Posted: 04 Jun 2019 02:00 AM PDT

KUALA LUMPUR: Kalau hendak berhari raya dengan artis kelahiran Kedah dan Perlis, jangan lupa bertandang ke majlis rumah terbuka istimewa di Laman Budaya, Kompleks JKKN Perlis di Kangar, Sabtu ini.

3 gajah mati dipercayai diracun

Posted: 04 Jun 2019 06:53 AM PDT

KLUANG: Tiga gajah ditemui mati di Kampung Sri Timur 3, di sini hari ini dipercayai diracun pihak tidak bertanggungjawab.

Usaha perbaiki nasib diri - PM

Posted: 04 Jun 2019 06:08 AM PDT

PUTRAJAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad memberi ingatan kepada umat Islam agar berusaha memperbaiki nasib mereka dan tidak hanya menumpang kegigihan orang lain.

Pelantikan KP SPRM tidak dirujuk jawatankuasa Parlimen

Posted: 04 Jun 2019 06:16 AM PDT

KUALA LUMPUR: Pelantikan Latheefa Beebi Koya sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) baharu didakwa tidak dirujuk kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Untuk Melantik Jawatan-Jawatan Utama Perkhidmatan Awam.

Sasar rekod mewarnakan perut ibu mengandung paling ramai

Posted: 04 Jun 2019 06:16 AM PDT

KUALA LUMPUR: Hospital Columbia Asia Cheras (CAHC) menyasarkan penyertaan sekurang-kurangnya 150 pasangan untuk membolehkan acara mewarnakan perut ibu mengandung paling ramai dicatat dalam Malaysia Book of Records (MBOR) pada 28 Julai nanti.

Cuaca tak menentu rosakkan padang SNBJ

Posted: 04 Jun 2019 06:15 AM PDT

KUALA LUMPUR: Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) akan berusaha sebaik mungkin bagi memastikan permukaan padang Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) kekal ideal dan bersedia sepenuhnya untuk aksi 'play-off' Kelayakan Piala Dunia 2022 antara Malaysia dan Timor Leste.

China tuan rumah Piala Asia 2023

Posted: 04 Jun 2019 06:00 AM PDT

PARIS: China akan menganjurkan Piala Asia 2023 selepas semua negara menarik diri daripada bidaan mereka, kata Konfederasi Bola Sepak Asia hari ini, penganjuran yang memungkinkan usaha menganjurkan Piala Dunia.

Sisa hidup dihabiskan di rumah orang-orang tua

Posted: 04 Jun 2019 05:34 AM PDT

KUANTAN: "Tidak ada apa yang saya harapkan daripada anak-anak selepas dibuang mereka. Cuma, saya harapkan sisa hidup saya dapat dihabiskan di sini," kata Mansor Abdullah, 72, yang hidup sebagai gelandangan lebih dua tahun di sekitar daerah ini.

Klopp 'gembira' dikaitkan dengan Bayern

Posted: 04 Jun 2019 05:00 AM PDT

BERLIN: Jurgen Klopp berkata hari ini bahawa dia boleh kekal selaku pengurus Liverpool untuk lima tahun lagi selepas kejayaan dalam Liga Juara-Juara dalam temubual bersama akhbar Jerman, Bild.

2 lelaki gagal mencuri, beraya di lokap

Posted: 04 Jun 2019 04:05 AM PDT

MELAKA: Dua lelaki terpaksa beraya di lokap selepas direman bagi membantu siasatan kes cubaan mencuri di dalam surau Kampung Merlimau, Merlimau, dekat Jasin, di sini.

Shukri pegang janji untuk berkhidmat setahun saja

Posted: 04 Jun 2019 03:47 AM PDT

KUALA LUMPUR: "Saya sudah meletakkan SPRM di landasan yang betul, hanya ikut apa yang sudah dilakukan".

Syawal paling bermakna

Posted: 04 Jun 2019 03:40 AM PDT

KAJANG: Syawal kali ini membawa tuah bagi Mohamad (bukan nama sebenar) apabila buat pertama kali dalam tujuh tahun, dia diberi peluang untuk bersama keluarga menyambut Aidilfitri.

Pulang beraya bersama kejayaan membanggakan keluarga, negara

Posted: 04 Jun 2019 03:10 AM PDT

KUALA LUMPUR: Pelajar Malaysia, Nurul Jannah Zamberi, 23, yang menjulang nama negara selepas dinobatkan sebagai pelajar terbaik atau 'Samuel Welkowitz' dalam bidang Kejuruteraan Bioperubatan di Rutgers University, Amerika Syarikat (AS), kini sudah pulang ke tanah air untuk meraikan Aidilfitri.

MU mula latihan empat syawal

Posted: 04 Jun 2019 03:10 AM PDT

MELAKA: Skuad Melaka United (MU) bakal menjalani latihan seawal 4 Syawal dalam misi menghadapi ujian getir Terengganu FC (TFC) pada aksi Liga Super 15 Jun depan.

Padah keluar kata lucah pada polis

Posted: 04 Jun 2019 03:06 AM PDT

TAIPING: Seorang lelaki ditahan selepas mengeluarkan kata-kata lucah kepada seorang anggota polis trafik ketika disaman akibat melanggar isyarat lalu lintas di Jalan Pasar, di sini tengah hari tadi.

Pelantikan Latheefa Koya bukti pemerkasaan wanita

Posted: 04 Jun 2019 01:24 AM PDT

KUALA LUMPUR: Pelantikan Latheefa Beebi Koya sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) baharu disifatkan sebagai langkah positif bagi memperkasakan penyertaan wanita dalam proses membuat keputusan.

Latheefa Koya dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM

Posted: 04 Jun 2019 01:00 AM PDT

PUTRAJAYA: Pengarah Eksekutif Lawyers for Liberty, Latheefa Beebi Koya dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baharu untuk tempoh kontrak selama dua tahun berkuat kuasa 1 Jun lalu.

MAXIS sedia internet kelajuan tinggi untuk Kampus UTAR

Posted: 04 Jun 2019 02:40 AM PDT

KUALA LUMPUR: Maxis Bhd bekerjasama dengan Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) untuk menyediakan perkhidmatan internet kelajuan tinggi untuk dua kampus universiti itu di Sungai Long dan Kampar.

Latheefa letak jawatan ahli PKR berkuat kuasa serta-merta

Posted: 04 Jun 2019 02:32 AM PDT

KUALA LUMPUR: Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR, Latheefa Beebi Koya, mengemukakan surat peletakan jawatan sebagai ahli biasa parti berkenaan, berkuat kuasa serta-merta, semalam.

50,000 dijangka hadir rumah terbuka Aidilfitri perdana menteri, menteri

Posted: 04 Jun 2019 02:20 AM PDT

PUTRAJAYA: Kompleks Seri Perdana di sini, sudah bersedia untuk menerima kehadiran 50,000 pengunjung sempena Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Perdana Menteri dan Ahli Jemaah Menteri, esok.

Lewat masak juadah Aidilfitri tunggu bekalan air pulih malam ini

Posted: 04 Jun 2019 02:09 AM PDT

PELABUHAN KLANG: Beberapa jam lagi umat Islam di Malaysia akan menyambut Aidilfitri, namun bagi penduduk di Pangsapuri Bandar Sultan Sulaiman, di sini terpaksa memulakan persiapan hanya selepas waktu berbuka malam ini.

Mohd Shukri cemerlang selesai 2 kes berprofil tinggi - SPRM

Posted: 04 Jun 2019 02:01 AM PDT

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengucapkan terima kasih kepada Datuk Seri Mohd Shukri Abdull atas khidmat beliau sebagai Ketua Pesuruhjaya agensi itu sebelum ini.

16 jam hilang di hutan, jurutera ditemui selamat

Posted: 03 Jun 2019 10:54 PM PDT

SRI AMAN: Seorang jurutera minyak dan gas ditemui selamat pagi tadi selepas 16 jam dilaporkan hilang di kawasan hutan berhampiran di Bukit Lesung, di sini semalam.

SC daftar tiga bursa aset digital

Posted: 04 Jun 2019 01:52 AM PDT

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) mendaftarkan tiga Pengendali Pasaran Yang Diiktiraf (RMO) bagi mengukuh dan mengendalikan pertukaran aset digital (DAX) di Malaysia.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template