BH Online - Terkini |
- Lapan anggota keselamatan terbunuh di Mesir
- Lelaki maut kereta rempuh penghadang jalan
- Penunggang motosikal maut rempuh kereta
- Trafik perlahan di lebuh raya utama malam ini
- Lima rumah setinggan terbakar
- 3 beranak maut dipanah petir
- Bayern belum buat tawaran dapatkan Sane
- CEO baharu TM sudah dilantik - PM
- 1.49 tan dadah dirampas di Bangkok
- Jep kucing selebriti sudah tiada
- Pekerja zoo nyaris maut dibaham harimau
- Dituduh curi wang, kanak-kanak perempuan 7 tahun melecur didera bapa angkat
- Bapa Liga Juara-Juara meninggal dunia
- Lima maut tanah runtuh di Uganda
- Sarri mahu ke Itali selepas musim 'berat' di England
- Perak terima pelaburan RM486 juta babitkan 5 syarikat peneraju GBS
- Ainul Mardhiah bersama ibu bapa sambut Aidilfitri di hospital
- Trafik perlahan di lebuh raya utama
- Infantino kembali dipilih Presiden FIFA
- Dua keluarga sambut Syawal sehelai sepinggang
- China terdesak elak episod memalukan di Piala Asia 2023
- Suasana Aidilfitri 2019
- 3 gajah betina disahkan mati termakan racun - Dr Xavier
- Klopp, Liverpool 'pasangan ideal'
- Ronaldo masih pemain terbaik dunia
- 7 pemain Valladolid didakwa atur perlawanan
- 17 hilang bot kargo karam di Indonesia
- Aidilfitri tetap meriah walaupun dalam tempoh berkabung
- Hentak cermin guna parang: Suspek utama ditahan polis
- Ziana enggan bersedih rai Aidilfitri
| Lapan anggota keselamatan terbunuh di Mesir Posted: 05 Jun 2019 08:55 AM PDT KAHERAH: Seramai lapan anggota keselamatan terbunuh selepas militan menyerang sebuah pusat pemeriksaan di utara Sinai, hari ini. |
| Lelaki maut kereta rempuh penghadang jalan Posted: 05 Jun 2019 08:46 AM PDT KLUANG: Seorang lelaki maut, manakala tiga lagi penumpang selamat selepas kereta dipandu mangsa terbabas sebelum merempuh bucu besi penghadang jalan di Kilometer 70.7 Lebuhraya Utara Selatan, di sini hari ini. |
| Penunggang motosikal maut rempuh kereta Posted: 05 Jun 2019 07:51 AM PDT BALING: Seorang remaja maut apabila motosikal yang ditunggangnya terbabit dalam kemalangan jalan raya di Jalan Badang-Malau berdekatan Kampung Kuala Nau dekat sini, petang tadi. |
| Trafik perlahan di lebuh raya utama malam ini Posted: 05 Jun 2019 07:07 AM PDT KUALA LUMPUR: Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama dilaporkan perlahan setakat 9 malam ini sempena sambutan Aidilfitri hari ini. |
| Posted: 05 Jun 2019 07:03 AM PDT KUALA LUMPUR: Lima rumah setinggan di Jalan Raja Muda Musa, Kampung Baru, di sini, musnah dalam kebakaran, lewat petang tadi. |
| Posted: 05 Jun 2019 06:58 AM PDT JEMPOL: Tiga beranak maut dipanah petir dalam kejadian di sebuah kandang kambing di FELDA Palong Enam di sini, semalam. |
| Bayern belum buat tawaran dapatkan Sane Posted: 05 Jun 2019 06:54 AM PDT BERLIN: Juara Jerman, Bayern Munich masih belum membuat tawaran untuk pemain sayap Manchester City, Leroy Sane walaupun sudah lama mahu mendapatkannya kata CEO kelab, Karl-Heinz Rummenigge hari ini. |
| CEO baharu TM sudah dilantik - PM Posted: 05 Jun 2019 06:13 AM PDT PUTRAJAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad mengesahkan bahawa Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) bagi Telekom Malaysia Berhad (TM) sudah pun dilantik. |
| 1.49 tan dadah dirampas di Bangkok Posted: 05 Jun 2019 06:08 AM PDT BANGKOK: Pejabat Lembaga Kawalan Narkotik Thailand (ONCB) melakar kejayaan besar apabila merampas 1.49 tan ice (crystal methamphetamine) dan 91 kilogram (kg) ketamin di Pathum Thani, utara Bangkok, semalam. |
| Jep kucing selebriti sudah tiada Posted: 05 Jun 2019 06:05 AM PDT KUANTAN: Kucing selebriti yang dikenali sebagai Jep ditemui mati di kediaman pemiliknya di FELDA Jengka 11, dekat sini. |
| Pekerja zoo nyaris maut dibaham harimau Posted: 05 Jun 2019 05:56 AM PDT HANOI: Seorang pekerja zoo nyaris maut apabila seekor harimau mengoyak tangan dan lengannya di sebuah zoo milik persendirian di Vietnam hari ini. |
| Dituduh curi wang, kanak-kanak perempuan 7 tahun melecur didera bapa angkat Posted: 05 Jun 2019 05:28 AM PDT SERDANG: Seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun melecur di pipi, tangan dan pinggang akibat didera bapa angkatnya menggunakan sudu panas selepas dituduh mencuri wang, pada 30 Mei lalu. |
| Bapa Liga Juara-Juara meninggal dunia Posted: 05 Jun 2019 05:21 AM PDT LONDON: Bekas Presiden Kesatuan Bolasepak Eropah (UEFA) yang juga 'Bapa Liga Juara Juara', Lennart Johansson meninggal dunia pada usia 89 tahun. |
| Lima maut tanah runtuh di Uganda Posted: 05 Jun 2019 04:42 AM PDT KAMPALA: Hujan lebat sehingga mengakibatkan tanah runtuh di timur Uganda menyebabkan sekurang-kurangnya lima terbunuh manakala puluhan lagi dikhuatiri hilang. |
| Sarri mahu ke Itali selepas musim 'berat' di England Posted: 05 Jun 2019 04:30 AM PDT LONDON: Jurulatih Chelsea, Maurizio Sarri berkata dia mahu kembali ke Itali supaya dekat dengan keluarganya selepas tahun pertama yang 'berat' dalam Liga Perdana Inggeris di sebalik laporan dia mahu menyertai juara Serie A, Juventus. |
| Perak terima pelaburan RM486 juta babitkan 5 syarikat peneraju GBS Posted: 05 Jun 2019 04:00 AM PDT IPOH: Perak memeterai perjanjian persefahaman dengan lima syarikat peneraju perkhidmatan perniagaan global (GBS) untuk melebarkan operasi mereka ke Ipoh, membabitkan pelaburan RM486 juta. |
| Ainul Mardhiah bersama ibu bapa sambut Aidilfitri di hospital Posted: 05 Jun 2019 02:47 AM PDT LONDON: Berada di perantauan bagi mendapatkan rawatan Ainul Mardhiah berusia sembilan bulan yang menghidap ketumbuhan kanser Germ Cell Tumour, tidak menghalang ibu bapanya menyambut Aidilfitri di sini. |
| Trafik perlahan di lebuh raya utama Posted: 05 Jun 2019 03:34 AM PDT KUALA LUMPUR: Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama dilapor perlahan setakat 5.30 petang ini. |
| Infantino kembali dipilih Presiden FIFA Posted: 05 Jun 2019 03:17 AM PDT PARIS: Gianni Infantino kembali dipilih sebagai Presiden FIFA tanpa dicabar dalam kongres badan induk bola sepak dunia itu dekat Paris hari ini ketika dia mendakwa sudah berjaya menukar organisasi itu daripada menjadi 'toksik dan penjenayah' kembali ke nilai asasnya. |
| Dua keluarga sambut Syawal sehelai sepinggang Posted: 05 Jun 2019 03:04 AM PDT PEKAN: Dua keluarga di Kampung Sungai Ganchong, di sini menyambut Syawal dalam suasana pilu apabila rumah mereka hangus terbakar, tengah hari tadi. |
| China terdesak elak episod memalukan di Piala Asia 2023 Posted: 05 Jun 2019 03:00 AM PDT SHANGHAI: Menang hak penganjuran Piala Asia 2023 tampak mudah buat China, namun perkara paling berat ialah mencari pasukan bola sepak yang tidak akan memalukan tuan rumah. |
| Posted: 05 Jun 2019 02:54 AM PDT YANG Di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bersama Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tiba untuk menunaikan solat sunat Aidilfitri bersama para jemaah di Masjid Negara. - Foto Eizairi Shamsudin |
| 3 gajah betina disahkan mati termakan racun - Dr Xavier Posted: 05 Jun 2019 02:52 AM PDT JOHOR BAHRU: Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli mengesahkan tiga bangkai gajah betina yang ditemui di Jalan Kampung Sri Timur, Kluang semalam mati akibat termakan racun. |
| Klopp, Liverpool 'pasangan ideal' Posted: 05 Jun 2019 02:42 AM PDT LONDON: Jurgen Klopp 'sempurna' untuk Liverpool dan pengurus itu sudah merancang untuk menghadiahkan satu lagi trofi untuk Reds, kata bekas jurulatih Jerman, Jurgen Klinsmann. |
| Ronaldo masih pemain terbaik dunia Posted: 05 Jun 2019 02:36 AM PDT LONDON: Cristiano Ronaldo masih pemain terbaik dunia walaupun tidak mencapai 'spesifikasi' hebatnya di Juventus, kata bekas rakan sepasukannya di Portugal, Nani. |
| 7 pemain Valladolid didakwa atur perlawanan Posted: 05 Jun 2019 02:34 AM PDT MADRID: Tujuh pemain daripada pasukan divisyen satu Liga Sepanyol, Real Valladolid dibayar oleh sindiket mengatur perlawanan yang baharu saja dibubarkan, supaya tewas aksi terakhir musim ini di tangan Valencia, lapor akhbar El Mundo, semalam. |
| 17 hilang bot kargo karam di Indonesia Posted: 05 Jun 2019 02:31 AM PDT JAKARTA: Seramai 17 anak kapal dilaporkan hilang selepas sebuah bot kargo tenggelam di perairan timur Indonesia, kata pihak berkuasa hari ini. |
| Aidilfitri tetap meriah walaupun dalam tempoh berkabung Posted: 05 Jun 2019 02:06 AM PDT KUANTAN: Yang Di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, mencemar duli berangkat ke majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri Menteri Besar Pahang di sini, hari ini. |
| Hentak cermin guna parang: Suspek utama ditahan polis Posted: 05 Jun 2019 02:04 AM PDT JOHOR BAHRU: Polis Johor menahan suspek utama bersama tiga lagi lelaki, semalam bersabit kes samseng jalanan menggunakan parang di Lebuhraya Pasir Gudang, kelmarin. |
| Ziana enggan bersedih rai Aidilfitri Posted: 05 Jun 2019 02:00 AM PDT KUALA LUMPUR: Apa juga dugaan yang dilalui, hidup perlu diteruskan. Bagi penyanyi Ziana Zain, kedatangan 1 Syawal tetap disambut ceria, meskipun tanpa suami di sisi. |
| You are subscribed to email updates from BH Online - Terkini. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google, 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States | |


















0 comments:
Post a Comment