Thursday, June 6, 2019

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


Kenaikan gaji rahsia kabinet Palestin beku

Posted: 06 Jun 2019 08:10 AM PDT

RAMALLAH: Kerajaan Palestin yang berdepan masalah aliran tunai berjanji untuk menggantung kenaikan gaji rahsia kabinetnya, kata wakil Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk konflik Israel dan Palestin, hari ini, selepas beberapa laporan mengenai peningkatan gaji itu mencetuskan kemarahan.

Pembedahan Ainul Mardhiah berisiko tinggi - Ahmad Safiuddin

Posted: 06 Jun 2019 08:14 AM PDT

KUALA LUMPUR: Keluarga Ainul Mardhiah, bayi berusia sembilan bulan penghidap ketumbuhan kanser Germ Cell Tumor yang kini dirawat di sebuah hospital kanak-kanak di London, sudah dimaklumkan pihak hospital mengenai risiko pembedahan berkenaan.

Seorang rentung, 4 sesak nafas bot mewah terbakar

Posted: 06 Jun 2019 08:06 AM PDT

LANGKAWI: Seorang lelaki warga Indonesia berusia 29 tahun ditemui rentung di bawah sisa sebuah bot mewah dua tingkat yang musnah dalam kebakaran awal pagi semalam di kawasan pembaikan bot di Bukit Malut, di sini.

Trafik perlahan di beberapa lebuh raya utama malam ini

Posted: 06 Jun 2019 07:23 AM PDT

KUALA LUMPUR: Aliran trafik di sesetengah kawasan di beberapa lebuh raya utama dilaporkan perlahan setakat 9 malam ini.

Chong Wei mahu gantung raket

Posted: 06 Jun 2019 07:09 AM PDT

KUALA LUMPUR: Selepas 19 tahun mengabdikan diri sebagai pemain badminton, jaguh perseorangan lelaki negara, Datuk Lee Chong Wei dijangka mengumumkan persaraannya, minggu depan.

Trump ancam tarif AS$1.25 trilion import China

Posted: 06 Jun 2019 07:05 AM PDT

SHANNON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengancam untuk melaksanakan tarif tambahan terhadap sekurang-kurangnya AS$300 bilion (RM1.25 trilion) import barangan China, hari ini.

Timor Leste bukan pasukan cap ayam - Freitas

Posted: 06 Jun 2019 07:00 AM PDT

KUALA LUMPUR: Sekalipun Malaysia mengatasi Timor Leste sebanyak 27 anak tangga dalam kedudukan ranking Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) namun itu bukanlah bermakna Timor Leste adalah pasukan 'cap ayam'.

Tanah runtuh di Taman Bukit Cheras

Posted: 06 Jun 2019 06:16 AM PDT

CHERAS: Hujan lebat petang tadi menyebabkan sebahagian tanah di Jalan 19/144A, Taman Bukit Cheras, dekat sini, runtuh, petang tadi.

Warga emas maut dirempuh motosikal

Posted: 06 Jun 2019 06:06 AM PDT

KUALA NERUS: Seorang warga emas maut selepas dirempuh sebuah motosikal ketika melintas jalan untuk ke kedai berhampiran rumahnya di Jalan Bukit Nangka, Tepoh, di sini, tengah hari tadi.

Lemas di Sungai Rayu

Posted: 06 Jun 2019 06:03 AM PDT

KUCHING: Keseronokan sekumpulan lelaki berkelah dan mandi di Sungai Rayu, Matang di sini, sempena cuti hari kedua Aidilfitri hari ini bertukar tragedi apabila salah seorang daripada mereka lemas, petang tadi.

Cheng Hoe risau padang hancur sebelum bertempur

Posted: 06 Jun 2019 05:57 AM PDT

KUALA LUMPUR: Cuaca tidak menentu sepanjang minggu ini yang memungkinkan permukaan padang Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) 'hancur' menjelang aksi pertama 'play-off' Kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023 terus menerbitkan kerisauan dalam hati pengendali skuad Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe.

Gadis hilang di hutan ditemui selamat

Posted: 06 Jun 2019 05:15 AM PDT

SIBU: Selepas lebih 35 jam dilaporkan hilang, seorang gadis orang kurang upaya (OKU) ditemui di dalam hutan berdekatan rumah panjang kediamannya, petang tadi.

Muhammad Aidil ditemui lemas

Posted: 06 Jun 2019 04:08 AM PDT

KUALA TERENGGANU: Aidilfitri kali ini paling pilu buat Muhammad Razali Ibrahim, 38, dan isteri, Noraini Yahya, 42, apabila anak mereka ditemui lemas selepas kira-kira enam jam terjatuh di Lagun Kuala Ibai di sini.

Tradisi 50 tahun kukuh perpaduan, harmoni

Posted: 06 Jun 2019 03:51 AM PDT

PADAWAN: Sambutan Aidilfitri di Kampung Darul Islam Belimbing, sebuah perkampungan Bidayuh Islam yang terletak kira-kira 70 kilometer dari Bandaraya Kuching cukup meriah dengan kehadiran penduduk dari penempatan berhampiran yang majoritinya beragama Kristian.

Dua ditahan, tiga diburu insiden belasah suami isteri

Posted: 06 Jun 2019 03:15 AM PDT

KOTA KINABALU: Dua lelaki ditahan, manakala tiga lagi sedang diburu susulan insiden suami isteri dibelasah di hadapan sebuah kedai serbaneka di Api-Api Centre, di sini yang tular di laman sosial sejak semalam.

Jururawat lelaki Jerman bunuh 85 pesakit

Posted: 06 Jun 2019 03:45 AM PDT

OLDENBERG: Seorang jururawat Jerman yang dipercayai pembunuh paling prolifik dalam sejarah pasca perang negara itu dihukum penjara seumur hidup, hari ini, atas kesalahan membunuh 85 pesakit di bawah jagaannya.

Kereta terbakar dipercayai dibaling mercun

Posted: 06 Jun 2019 03:44 AM PDT

KOTA BHARU: Sebuah kereta Perodua Kancil terbakar dipercayai dibaling mercun dalam kejadian di Lembah Sireh, di sini, Selasa lalu.

Joo Ven ke suku akhir Terbuka Australia

Posted: 06 Jun 2019 03:40 AM PDT

KUALA LUMPUR: Pemain perseorangan lelaki negara, Soong Joo Ven mula mempamerkan belang sebenar apabila berjaya mara ke suku akhir Terbuka Australia, hari ini.

Lebih 5,000 kunjungi Rumah Terbuka Istana Johor

Posted: 05 Jun 2019 09:46 PM PDT

JOHOR BAHRU: Hujan sejak pagi tidak menghalang lebih 5,000 rakyat hadir memeriahkan majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Istana Johor di Istana Pasir Pelangi, di sini, hari ini.

Menyelam sambil menggayakan baju Melayu, baju kurung

Posted: 06 Jun 2019 01:53 AM PDT

SEMPORNA: Industri menyelam yang semakin berkembang di daerah ini menyebabkan pakar selam dan jurulatih skuba terpaksa bekerja ketika Aidilfitri.

Mayat bayi lelaki ditemui di perhentian bas

Posted: 05 Jun 2019 06:14 PM PDT

KUALA LUMPUR: Mayat seorang bayi lelaki disumbat di dalam beg plastik, ditemui ditinggalkan di perhentian bas Flat Sri Intan, Jalan Bukit Permai, dekat sini, petang semalam.

Sissy Imann masih terasa kehilangan nenek

Posted: 06 Jun 2019 02:00 AM PDT

KUALA LUMPUR: Penyanyi Sissy Imann mengakui, kedatangan 1 Syawal membuatkan emosinya bercampur-baur, apatah lagi ini kali pertama dia dan keluarga meraikannya tanpa nenek tersayang.

Dicakar, ditumbuk cabaran ajar al-Quran

Posted: 06 Jun 2019 02:46 AM PDT

SEREMBAN: Pernah dicakar dan ditumbuk anak orang kurang upaya (OKU) ketika mengaji al-Quran bukan halangan untuk Nor Madiha Zailan, 24, meneruskan niat mengajar kitab suci itu kepada mereka.

Kanak-kanak cedera dipanah petir masih trauma

Posted: 05 Jun 2019 10:18 PM PDT

JEMPOL: Kanak-kanak yang cedera selepas terkena petir yang turut menyebabkan ibu bapa serta adiknya maut kelmarin, masih dalam keadaan trauma.

3 sekeluarga maut, 8 lagi cedera 2 kereta bertembung

Posted: 06 Jun 2019 02:22 AM PDT

MERSING: Tiga sekeluarga maut manakala lapan lagi cedera dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Jalan Endau-Mersing, berhampiran Hutan Lipur, di sini pagi tadi.

1 maut, 3 cedera kereta rempuh bucu besi penghadang jalan

Posted: 05 Jun 2019 11:58 PM PDT

KLUANG: Seorang lelaki maut manakala tiga lagi ahli keluarganya cedera selepas kereta dinaiki merempuh bucu besi penghadang jalan di Kilometer 70.7, Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) arah utara, petang semalam.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template