Friday, June 7, 2019

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


NASA buka ISS kepada pelancong mulai 2020

Posted: 07 Jun 2019 10:08 AM PDT

NEW YORK: Pentadbir Angkasa Lepas dan Aeronautik Amerika Syarikat (NASA) akan membuka Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) kepada perniagaan termasuk pelancongan.

Lebih 150,000 tiket KTMB masih ada untuk kembali dari bercuti raya

Posted: 07 Jun 2019 10:05 AM PDT

KUALA LUMPUR: Lebih 150,000 tiket kereta api masih boleh dibeli bagi mereka yang mahu kembali ke ibu negara dengan Perkhidmatan Kereta Api Elektrik (ETS) dan kereta api antara bandar KTM, selepas bercuti di kampung halaman sempena Aidilfitri.

17 maut bas rempuh papan tanda di Dubai

Posted: 07 Jun 2019 10:03 AM PDT

DUBAI: Seramai 17 orang maut termasuk 12 warga India, selepas bas yang dinaiki mereka bertembung dengan satu papan tanda jalan kerana memasuki laluan yang dihadkan kepada kenderaan kecil sahaja, menurut polis dan konsulat India.

Penyanyi wanita ditahan kerana simpan anak beruang matahari

Posted: 07 Jun 2019 09:53 AM PDT

KUALA LUMPUR: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) menahan seorang penyanyi wanita kerana disyaki menyimpan anak beruang matahari di kondominiumnya di Desa Pandan di sini, semalam.

Lelaki guna siren polis elak kesesakan ditahan

Posted: 07 Jun 2019 09:49 AM PDT

BATU PAHAT: Lelaki yang menggunakan siren polis untuk memudahkan perjalanannya meredah kesesakan jalan raya di Parit Raja, dekat sini, petang semalam, ditahan polis pagi tadi.

Hilang tempat bergantung selepas kehilangan suami

Posted: 07 Jun 2019 08:23 AM PDT

KUANTAN: Sikap aneh Hamdan Mat, 47, yang gemar memakai songkok dan teruja menyambut Syawal tahun ini bagaikan petanda pemergiannya.

Harimau Malaya ratah Timor Leste

Posted: 07 Jun 2019 08:11 AM PDT

KUALA LUMPUR: Skuad Harimau Malaya menyambut Hari Raya ketiga dengan gemilang apabila 'menyembelih' Timor Leste 7-1 pada aksi pertama 'play-off' Kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil, sebentar tadi.

Masjid rasmi pertama di Athens dibuka September depan

Posted: 07 Jun 2019 08:01 AM PDT

ATHENS: Kerajaan liberal Greece, semalam, memaklumkan sebuah masjid rasmi di Athens yang mengambil masa sedekad untuk disediakan akan dibuka menjelang September depan bagi memenuhi keperluan puluhan ribu penduduk Muslim di ibu negara itu.

Sambutan Aidilfitri 14 keluarga terbantut akibat banjir

Posted: 07 Jun 2019 07:55 AM PDT

TELUK INTAN: Kemeriahan Aidilfitri bagi 58 penduduk daripada 14 keluarga dari dua kampung di Changkat Jong di sini, tidak berpanjangan apabila terpaksa berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) akibat banjir, petang tadi.

Nadal terus buat Federer gigit jari

Posted: 07 Jun 2019 07:45 AM PDT

PARIS: Penyandang juara, Rafael Nadal berjaya menyingkir Roger Federer di separuh akhir Terbuka Perancis, sebentar tadi.

2 maut kereta terbabas rempuh jejantas

Posted: 07 Jun 2019 07:36 AM PDT

KUALA LUMPUR: Dua maut manakala dua lagi cedera dalam kemalangan di Lebuhraya Mahameru, di sini, malam ini.

TPM ucap takziah atas pemergian Khatib Ustaz Ku Yaacob

Posted: 07 Jun 2019 07:20 AM PDT

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ustaz Ku Yaacob Ku Hashim yang meninggal dunia ketika sedang menyampaikan khutbah Jumaat di Masjid Al-Bukhary, Alor Setar, hari ini.

Lelaki berkopiah sembah mazbah undang kemarahan umat Islam

Posted: 07 Jun 2019 06:34 AM PDT

PARIT BUNTAR: Rakaman video memaparkan tindakan seorang lelaki berpakaian seperti seorang Islam dan menyembah serta berdoa di hadapan sebuah mazbah mencetuskan tanda tanya dan kemarahan netizen, khususnya umat Islam.

Kebebasan Media Malaysia semakin baik - Freedom House

Posted: 07 Jun 2019 06:23 AM PDT

KUALA LUMPUR: Malaysia tersenarai bersama empat lagi negara yang memperbaiki kedudukan dalam senarai kebebasan media dunia 2019 mengikut Laporan Freedom House, semalam.

Rumah dipecah masuk ketika balik raya di kampung

Posted: 07 Jun 2019 06:17 AM PDT

PUTRAJAYA: Seorang peniaga rugi lebih RM100,000 apabila kediamannya di Jalan Presint 10C, Presint 10, di sini dipecah masuk ketika pulang beraya ke kampung sejak 3 Jun lalu.

Gara-gara hutang RM600, kanak-kanak 2 tahun mati dibunuh

Posted: 07 Jun 2019 05:58 AM PDT

NEW DELHI: Polis India menghantar pasukan sokongan ke sebuah bandar di utara negara itu untuk meredakan ketegangan, susulan kes bunuh seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun berhubung hutang AS$144 (RM598).

Kaji semula peranan dolar dalam perdagangan dunia - Putin

Posted: 07 Jun 2019 05:41 AM PDT

SAINT PETERSBURG: Pemimpin Russia, Vladimir Putin, hari ini, memperbaharui gesaan untuk mengkaji semula peranan dolar Amerika Syarikat (AS) dalam perdagangan global

Polis tahan 9 lelaki terbabit pergaduhan di pusat hiburan

Posted: 07 Jun 2019 05:23 AM PDT

KAJANG: Polis menahan sembilan lelaki yang disyaki terbabit dalam kekecohan di sebuah pusat hiburan di Cheras Selatan, di sini, awal pagi tadi.

UK sokong pendirian Malaysia isu sisa plastik

Posted: 07 Jun 2019 05:21 AM PDT

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Tinggi British menyuarakan kebimbangan mengenai isu pengeksportan sisa plastik secara haram dan menyokong pendirian Malaysia berhubung perkara itu.

Joo Ven, Peng Soon-Liu Ying tumbang

Posted: 07 Jun 2019 05:13 AM PDT

KUALA LUMPUR: Cabaran Malaysia pada saingan Terbuka Australia di Sydney berakhir selepas dua wakil negara yang beraksi di peringkat suku akhir tewas di tangan lawan masing-masing, hari ini.

25 cedera letupan di Sweden

Posted: 07 Jun 2019 05:10 AM PDT

STOCKHOLM: Satu Letupan kuat menggegarkan kawasan Linkoping, selatan Sweden, hari ini, sehingga menyebabkan beberapa bangunan rosak serta mengakibatkan 25 orang cedera ringan, kata polis.

Facebook larang Huawei guna aplikasi

Posted: 07 Jun 2019 02:13 AM PDT

SAN FRANCISCO: Facebook Inc tidak lagi membenarkan pemasangan aplikasi media sosial di dalam telefon pintar Huawei, tamparan terbaru untuk syarikat teknologi gergasi China itu.

Suresh raih slot ke Sukan Paralimpik 2020

Posted: 07 Jun 2019 05:06 AM PDT

KUALA LUMPUR: Misi merebut slot kelayakan ke Sukan Paralimpik 2020 tercapai apabila atlet memanah recurve para negara, S Suresh meraih slot secara merit ke Tokyo, Jepun, tahun depan.

Ringgit kembali cecah 4.15 berbanding dolar AS

Posted: 07 Jun 2019 04:14 AM PDT

KUALA LUMPUR: Ringgit kembali dalam lingkungan paras 4.15 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) sewaktu ditutup hari ini apabila meningkat 0.38 peratus ketika peserta pasaran terus memberi reaksi positif terhadap data eksport April 2019 diumumkan baru-baru ini yang terbukti mengatasi jangkaan.

Pilih 3 Syawal untuk peluk Islam

Posted: 07 Jun 2019 03:50 AM PDT

MELAKA: Seorang pekerja pemasangan pendingin hawa memilih hari ketiga Syawal sebagai tarikh istimewanya untuk memeluk Islam.

May letak jawatan parti, pemilihan pemimpin Konvervatif bermula

Posted: 07 Jun 2019 03:54 AM PDT

LONDON: Perdana Menteri Britain, Theresa May meletak jawatan sebagai ketua Parti Konservatif, hari ini, ia menandakan permulaan rasmi perlumbaan calon untuk menggantikan beliau bagi menyelesaikan krisis Brexit.

Khatib meninggal dunia ketika baca khutbah

Posted: 07 Jun 2019 03:25 AM PDT

ALOR SETAR: Khatib di Masjid Al Bukhary, di sini, meninggal dunia ketika menyampaikan khutbah Jumaat di masjid berkenaan, tengah hari tadi.

Trafik perlahan di lebuh raya utama petang ini

Posted: 07 Jun 2019 03:46 AM PDT

KUALA LUMPUR: Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama dilaporkan perlahan setakat jam 5.50 petang ini.

Sentimen positif dorong Bursa Malaysia ditutup tinggi

Posted: 07 Jun 2019 03:42 AM PDT

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia ditutup tinggi hari ini, dipacu oleh sentimen pasaran lebih positif serta jangkaan bahawa Amerika Syarikat (AS) akan menurunkan kadar faedah seterusnya, kata peniaga.

Parkson Group meterai perjanjian operasi di Beijing

Posted: 07 Jun 2019 03:20 AM PDT

KUALA LUMPUR: Parkson Retail Group Ltd (PRGL), anak syarikat Parkson Holdings Bhd yang disenaraikan di Hong Kong memeterai satu lagi perjanjian pajakan bagi memastikan kesinambungan operasi runcitnya di premis China National Arts and Crafts Museum di Beijing.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template