Sunday, June 9, 2019

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


Ratusan ditahan dalam pilihan raya di Kazakhstan

Posted: 09 Jun 2019 08:22 AM PDT

ALMATY: Polis di Kazakhstan menahan ratusan penunjuk perasaan pembangkang, hari ini, ketika pilihan raya untuk memilih presiden baharu pertama negara itu dalam tempoh 30 tahun, susulan pengunduran pemimpin bersejarah Nursultan Nazarbayev.

BAM disaran lancar 'Projek Tokyo 2020'

Posted: 09 Jun 2019 08:19 AM PDT

KUALA LUMPUR: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) disaran mewujudkan satu projek khas sebagai persiapan menghadapi Sukan Olimpik Tokyo 2020 - 'Projek Tokyo 2020'.

Budak enam tahun tertinggal di kedai makan

Posted: 09 Jun 2019 07:53 AM PDT

PERMAISURI: Sama ada terlupa atau lalai, seorang budak lelaki berumur enam tahun ditinggalkan oleh keluarganya tanpa sengaja di sebuah kedai makan di sini.

Harimau Malaya tetap amuk Timor Leste

Posted: 09 Jun 2019 07:42 AM PDT

BUKIT JALIL: Corak permainan bertahan jelas tiada dalam 'kamus' Ketua Jurulatih negara, Tan Cheng Hoe untuk dipraktikkan pada aksi kedua playoff Kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil menentang Timor Leste di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam esok.

Majlis Eksekutif MAKAF kena undi tak percaya

Posted: 09 Jun 2019 05:53 AM PDT

IPOH: Sebanyak 12 gabungan Persekutuan Karate Do Malaysia (MAKAF) menzahirkan hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Majlis Eksekutif badan itu berhubung pelbagai isu berkaitan sukan Karate Do sejak Februari tahun lepas.

S Suresh menang emas recurve Para Dunia

Posted: 09 Jun 2019 07:16 AM PDT

KUALA LUMPUR: Pemanah recurve negara, S Suresh membanggakan Malaysia apabila menjuarai acara recurve lelaki terbuka dalam Kejohanan Memanah Para Dunia 2019, di Hertogenbosch, Belanda.

Budak lemas di tali air

Posted: 09 Jun 2019 07:22 AM PDT

KOTA BHARU: "Sepatutnya kami sekeluarga bertolak balik ke Petaling Jaya, Selangor malam ini selepas pulang berhari raya pada Jumaat lalu," kata Wan Nor Azlina Wan Kamaruzzaman, 38.

Cedera diserang, To'ki selamat jalani pembedahan

Posted: 09 Jun 2019 06:31 AM PDT

KUALA LUMPUR: Penyanyi To'ki, 54, selamat menjalani pembedahan selepas tangan kirinya cedera parah diserang tiga lelaki dalam satu kejadian, kira-kira jam 8 malam, semalam.

GP Perancis azimat berguna Hafizh Syahrin

Posted: 09 Jun 2019 06:41 AM PDT

SHAH ALAM: Hafizh Syahrin Abdullah menganggap Grand Prix (GP) Perancis pada pertengahan Mei lalu banyak membantu dalam menaikkan semula semangatnya untuk kembali menamatkan perlumbaan dalam kelompok 15 terbaik. 

Lelaki terjun bangunan CIQ dipercayai kerana putus cinta

Posted: 09 Jun 2019 06:26 AM PDT

JOHOR BAHRU: Putus cinta dan masalah kewangan dipercayai menjadi punca seorang lelaki cuba terjun dari bangunan Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (CIQ), di sini, petang tadi.

Sultan Johor berkenan jumpa Ketua Bahagian BERSATU Johor esok

Posted: 09 Jun 2019 06:13 AM PDT

ISKANDAR PUTERI: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar berkenan mengadakan perjumpaan hari raya Aidilfitri bersama Ketua-Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Johor petang esok petang.

Pelan Holistik Penguatkuasaan banteras pendatang asing tanpa izin dirangka

Posted: 09 Jun 2019 05:48 AM PDT

KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri (KDN) mewujudkan satu pelan strategik penguatkuasaan pendatang asing tanpa izin (PATI) yang komprehensif dan menyeluruh sebagai satu langkah memperkukuh tadbir urus dan menambah baik sistem kerja penguatkuasaan sedia ada.

Rahmad minat kendali TFC

Posted: 09 Jun 2019 05:29 AM PDT

KUALA TERENGGANU: Jurulatih kelahiran Indonesia, Rahmad Darmawan sedia mengisi 'kerusi panas' ketua jurulatih skuad Terengganu FC (TFC) bagi menggantikan bekas pengemudi skuad Penyu itu, Irfan Bakti Abu Salim yang meletak jawatan.

Nelayan sekat lebuh raya, bantah larangan tangkap ikan

Posted: 09 Jun 2019 05:21 AM PDT

CHITTAGONG: Ribuan nelayan Bangladesh menyekat lebuh raya paling sibuk di negara itu hari ini, kata polis, ketika bantahan memuncak berhubung larangan menangkap ikan selama dua bulan di Teluk Benggala.

Dua beranak maut, seorang parah nahas kereta bertembung 4WD

Posted: 09 Jun 2019 05:17 AM PDT

TUARAN: Dua beranak maut manakala seorang lagi parah selepas Proton Iswara Aeroback yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda (4WD) di Jalan Tamparuli-Ranau, Kampung Tomis Jaya, Tamparuli di sini, hari ini.

Siasat punca kematian 14 Orang Asli suku Batek - TPM

Posted: 09 Jun 2019 04:13 AM PDT

KUALA LUMPUR: Dakwaan kononnya kematian 14 Orang Asli suku Batek di Kuala Koh, Gua Musang, mempunyai kaitan dengan pencemaran kolam yang menjadi sumber air masyarakat itu akan disiasat dengan teliti, kata Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Pisang goreng keju

Posted: 09 Jun 2019 04:39 AM PDT

SEKIRANYA bercuti ke Langkawi, Kedah, selain laksa dan rojak, menu wajib patut dicuba ialah pisang goreng keju air tangan, pemilik premis Santai @ Kuza & Luke Cafe atau ringkasnya Santai Cafe terletak di Jalan Pantai Kok, Ku Adzhar Ku Abdul Aziz atau Kuza, 44.

Kedah perkuat barisan tengah

Posted: 09 Jun 2019 04:37 AM PDT

ALOR SETAR: Kemasukan dua pemain baharu pada jendela perpindahan baru-baru ini diyakini mampu membantu Kedah menguatkan jentera tengah pasukan untuk aksi Liga Super serta saingan Piala FA yang akan ditempuhi skuad Lang Merah. 

Dollah elak harap individu

Posted: 09 Jun 2019 04:35 AM PDT

KUANTAN: Biarpun skuad Pahang sudah boleh menyenaraikan Lazarus Kaimbi pada aksi selepas ini, Dollah Salleh tidak mahu pasukan kendaliannya terlalu bergantung harap kepada penyerang import dari Namibia itu.

Itali kekal rekod sempurna

Posted: 09 Jun 2019 04:33 AM PDT

ATHENS: Itali membenam Greece 3-0 untuk mencatat kemenangan ketiga mereka dan memperoleh tiga lagi mata bagi meletakkan mereka di kedudukan teratas kumpulan perlawanan kelayakan Euro 2020 di Athens.

Barty tak sangka juarai Terbuka Perancis

Posted: 09 Jun 2019 04:26 AM PDT

PARIS: Juara baharu Terbuka Perancis, Ashleigh Barty berkata dia tidak pernah menjangkakan mampu memenangi gelaran Grand Slam apabila mengambil keputusan untuk berehat daripada tenis pada 2014 untuk bermain kriket.

MTUC cadang kerajaan lakukan reformasi bela hak pekerja swasta

Posted: 09 Jun 2019 04:11 AM PDT

KUALA LUMPUR: Menyifatkan undang-undang pekerja di negara ini sebagai lapuk kerana digubal pasca negara merdeka, Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) mencadangkan kerajaan melakukan reformasi pada akta berkaitan untuk membela hak pekerja.

Polis Sudan lepas tembakan amaran suraikan tunjuk perasaan

Posted: 09 Jun 2019 03:59 AM PDT

KHARTOUM: Polis Sudan melepaskan tembakan amaran hari ini untuk menyuraikan penunjuk perasaan yang mengadakan sekatan jalan raya di ibu kota negara itu, sebagai sebahagian kempen penentangan sivil terhadap tentera susulan keganasan yang menyebabkan puluhan maut.

Siasat punca kematian Orang Asli suku Batek

Posted: 09 Jun 2019 03:49 AM PDT

KUALA LUMPUR: Kes kematian 14 Orang Asli suku Batek di Kuala Koh, Gua Musang termasuk dua daripadanya akibat jangkitan penyakit radang paru-paru wajar dipandang dalam skop lebih luas.

Berat hati berpisah dengan adik untuk belajar di Amerika

Posted: 09 Jun 2019 03:30 AM PDT

MARANG: "Kalau nak diikutkan, berat hati nak berpisah dengan adik. Selama ini, saya yang membantu ibu jaga adik yang istimewa ini," kata Fakrul Azami Mohd Ayub dari Kampung Lubuk Mandi, Rusila di sini.

JAKOA sedia logistik agensi kerajaan siasat kes Kuala Koh

Posted: 09 Jun 2019 03:22 AM PDT

KUALA KRAI: Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) akan bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan untuk mencari punca kematian 14 Orang Asli suku Batek di Kuala Koh, Gua Musang.

Mayat wanita terapung ditemui di Danga Bay

Posted: 09 Jun 2019 03:06 AM PDT

JOHOR BAHRU: Mayat wanita warga tempatan ditemui terapung berhampiran jeti bot pantai perairan Country Garden, Danga Bay dekat sini, Khamis lalu.

Lari ke hutan disebabkan percaya ada sihir

Posted: 09 Jun 2019 02:51 AM PDT

GUA MUSANG: Lebih 100 penduduk Orang Asli suku Batek di Kuala Koh, di sini terpaksa berpindah ke kawasan hutan kerana bimbang 14 kematian yang berlaku sejak bulan lalu didakwa disebabkan sihir hitam.

Kejutan pagi Aidilfitri

Posted: 01 Jun 2019 08:01 PM PDT

Sambutan 1 Syawal sudah tidak ada 'ummph' atau kejutan lagi seperti dahulu kala, terutama ketika pengumuman tarikh hari raya, kata seorang teman. Katanya, ahli keluarga sudah tidak lagi 'terpacak' di hadapan televisyen menunggu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja mengumumkan tarikh Aidilfitri seperti lazimnya berlaku pada 1960-an, 1970-an dan 1980-an.

Perang dagangan semakin teruk ancam ekonomi dunia - G20

Posted: 09 Jun 2019 02:43 AM PDT

FUKUOKA: Pembuat dasar utama dunia mengakui ketegangan dagangan semakin teruk mendatangkan risiko kepada ekonomi global, selepas mesyuarat G20 membincangkan pertikaian antara Amerika Syarikat (AS) dan China.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template