BH Online - Terkini |
- Anggota polis, anak dikhuatiri lemas
- 6 maut, 116 cedera serangan bom kereta di Kabul
- Polis Hong Kong ambil alih parlimen daripada penunjuk perasaan
- Kebakaran tapak pelupusan sampah padam sepenuhnya
- Polis gempur 4 pusat pelacuran
- 15 bersaudara hilang tempat tinggal
- Kanak-kanak 2 tahun lemas jatuh kolam
- Pelajar tak sedarkan diri akibat mabuk
- Penumpang feri terjatuh dalam laut
- Bicara kes rasuah RM2 juta Ku Nan bermula esok
- Rashford setuju kontrak empat tahun di United
- Eskalator Resort World Genting terbakar, tiada yang cedera
- Seorang maut helikopter tentera terhempas di Jerman
- 2 penamat podium tambah keyakinan Quartararo
- Perlembagaan bentuk sebuah kerajaan pusat yang cukup kuat
- Zainal Abas letak jawatan
- Ketua Al Qaeda Indonesia ditahan bersama isteri
- Penjenayah nekad langgar MPV polis kena tahan
- <img src="https://assets.bharian.com.my/sites/all/themes/custom/bh_v2/images/bhplus.png" srcset="https://assets.bharian.com.my/sites/all/themes/custom/bh_v2/images/bhplus.png 1x, https://assets.bharian.com.my/sites/all/themes/custom/bh_v2/images/bhplus%402x.png 2x" alt="BHPLUS"> 20 zon industri beracun
- Dua beradik terperangkap lebih setengah jam dalam kereta
- AirAsia hasrat tawar lebih banyak laluan baharu menerusi LTAM
- Warga FELDA letak kepercayaan penuh kepada Mohd Bakke
- 798 kilogram kokain ditemui dalam kargo kereta
- Sindiket judi terbongkar, lima ditahan
- Kerjasama MRA-UKM atasi isu pendidikan anak-anak Rohingya
- Bakar motosikal selepas gagal dapat wang beli dadah
- Arab Saudi pintas dron Houthi
- Jurugambar NSTP terjejas pencemaran udara
- Misbun mula persiap Zii Jia hadapi Terbuka Indonesia
- Pelaksanaan cukai ke atas minuman bergula dapat kurangkan kos perubatan masa depan
| Anggota polis, anak dikhuatiri lemas Posted: 01 Jul 2019 09:08 AM PDT MUAR: Seorang anggota polis bersama anaknya berusia tujuh tahun dikhuatiri lemas dalam Sungai Muar, berhampiran Istana Tanjung di sini, semalam. |
| 6 maut, 116 cedera serangan bom kereta di Kabul Posted: 01 Jul 2019 10:48 AM PDT KABUL: Sekurang-kurangnya enam maut manakala ratusan lain cedera termasuk 50 kanak-kanak apabila pemberontak Taliban meletupkan bom kereta di bandar itu, kata pegawai. |
| Polis Hong Kong ambil alih parlimen daripada penunjuk perasaan Posted: 01 Jul 2019 10:45 AM PDT HONG KONG: Polis Hong Kong berjaya mengambil alih semula parlimen daripada penunjuk perasaan, hari ini, selepas melepaskan tembakan gas pemedih mata untuk menyuraikan ratusan orang yang berhimpun. |
| Kebakaran tapak pelupusan sampah padam sepenuhnya Posted: 01 Jul 2019 10:42 AM PDT KLANG: Pihak bomba masih memantau kawasan tapak pelupusan sampah haram yang terbakar di Jalan Sungai Saim, Kampung Rantau Panjang, di sini, walaupun api sudah dipadamkan kira-kira jam 6 petang tadi. |
| Polis gempur 4 pusat pelacuran Posted: 01 Jul 2019 10:17 AM PDT KUALA LUMPUR: Polis menggempur empat premis di Jalan Puteri dan Bandar Puchong Jaya di Puchong, dekat sini, selepas didapati menjalankan kegiatan pelacuran. |
| 15 bersaudara hilang tempat tinggal Posted: 01 Jul 2019 09:24 AM PDT KUALA TERENGGANU: Dua keluarga membabitkan 15 penghuni hilang tempat tinggal selepas dua rumah di Kampung Losong Haji Long, terbakar malam tadi. |
| Kanak-kanak 2 tahun lemas jatuh kolam Posted: 01 Jul 2019 09:15 AM PDT KUALA KANGSAR: Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun lemas selepas dipercayai terjatuh ke dalam kolam landskap di sebuah rumah di Kampung Labu, Lubok Merbau, di sini, kelmarin. |
| Pelajar tak sedarkan diri akibat mabuk Posted: 01 Jul 2019 08:59 AM PDT KUANTAN: Seorang pelajar Tingkatan Dua sebuah sekolah di Air Putih, dekat sini, ditemui tidak sedarkan diri, dipercayai akibat mabuk selepas mengambil minuman keras bersama rakannya, tengah hari tadi. |
| Penumpang feri terjatuh dalam laut Posted: 01 Jul 2019 07:56 AM PDT BUTTERWORTH: Seorang wanita warga emas dikhuatiri lemas selepas terjatuh dari sebuah feri ketika dalam perjalanan menghala ke arah Pulau Pinang, petang tadi. |
| Bicara kes rasuah RM2 juta Ku Nan bermula esok Posted: 01 Jul 2019 08:25 AM PDT KUALA LUMPUR: Perbicaraan kes Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang didakwa atas pertuduhan menerima rasuah RM2 juta daripada seorang ahli perniagaan, Chai Kin Kong akan bermula di Mahkamah Tinggi di sini esok. |
| Rashford setuju kontrak empat tahun di United Posted: 01 Jul 2019 07:25 AM PDT LONDON: Marcus Rashford meneruskan komitmen jangka panjang terhadap Manchester United hari ini dengan bersetuju menandatangani kontrak empat tahun dengan pilihan untuk menyambungnya selepas itu. |
| Eskalator Resort World Genting terbakar, tiada yang cedera Posted: 01 Jul 2019 07:23 AM PDT KUALA LUMPUR: Eskalator pelbagai tingkat yang terletak di antara Hotel Genting Grand dan Hotel First World, Genting Highlands terbakar kira-kira jam 6 petang, hari ini. |
| Seorang maut helikopter tentera terhempas di Jerman Posted: 01 Jul 2019 07:22 AM PDT BERLIN: Sekurang-kurangnya seorang maut selepas sebuah helikopter tentera Jerman dilaporkan terhempas di utara negara itu, hari ini, kata jurucakap polis. |
| 2 penamat podium tambah keyakinan Quartararo Posted: 01 Jul 2019 07:21 AM PDT KUALA LUMPUR: Fabio Quartararo mengimbau kenangan zaman kecilnya menyaksikan pelumba di kelompok hadapan bersaing memburu kemenangan di Kejuaraan Motosikal Dunia dan ketika ini dia sudah merealisasikan impiannya dengan dua penamat di podium. |
| Perlembagaan bentuk sebuah kerajaan pusat yang cukup kuat Posted: 01 Jul 2019 07:19 AM PDT NILAI: Perlembagaan Persekutuan membentuk sebuah kerajaan pusat yang cukup kuat dalam mengawal negeri-negeri dengan pelbagai cara termasuk hal pindaan perlembagaan, kata pakar undang-undang perlembagaan, Profesor Emeritus Datuk Dr Shad Saleem Faruqi. |
| Posted: 01 Jul 2019 07:14 AM PDT KUALA LUMPUR: Selepas mencurahkan bakti lebih tiga tahun dalam kancah sukan negara, Zainal Abas akhirnya meletakkan jawatan selaku ketua jurulatih olahraga kebangsaan. |
| Ketua Al Qaeda Indonesia ditahan bersama isteri Posted: 01 Jul 2019 07:14 AM PDT JAKARTA: Polis Indonesia sudah menahan ketua rangkaian Jemaah Islamiah (JI) yang memiliki kaitan dengan Al Qaeda iaitu dalang utama letupan bom di Bali, meragut lebih 200 nyawa pada 2002. |
| Penjenayah nekad langgar MPV polis kena tahan Posted: 01 Jul 2019 07:10 AM PDT KAJANG: Empat penjenayah menaiki sebuah kereta melanggar dua kereta peronda polis (MPV) dalam cubaan meloloskan diri namun kenderaan itu terbabas dalam kejadian di Ecohill Semenyih di sini, awal pagi tadi. |
| Posted: 01 Jul 2019 07:10 AM PDT KUALA LUMPUR: Sekurang-kurangnya 20 zon perindustrian dikesan boleh menjadi 'bom jangka' yang mendedahkan penduduk kepada pelbagai pencemaran, termasuk pelepasan gas beracun. |
| Dua beradik terperangkap lebih setengah jam dalam kereta Posted: 01 Jul 2019 06:56 AM PDT SEREMBAN: Seorang wanita berdepan detik cemas apabila dua anaknya berusia dua tahun dan 12 bulan terperangkap lebih setengah jam dalam kereta yang terkunci di hadapan sebuah taska di Sendayan, di sini, petang tadi. |
| AirAsia hasrat tawar lebih banyak laluan baharu menerusi LTAM Posted: 01 Jul 2019 06:47 AM PDT MELAKA: Syarikat penerbangan tambang rendah, AirAsia Berhad (AirAsia) berhasrat menawarkan lebih banyak laluan baharu menerusi Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM), di sini, susulan penerbangan sulung harian menghubungkan Pulau Pinang dan Melaka, mulai hari ini. |
| Warga FELDA letak kepercayaan penuh kepada Mohd Bakke Posted: 01 Jul 2019 06:52 AM PDT KUALA LUMPUR: Warga Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) meletakkan sepenuh kepercayaan kepada Pengerusi yang baharu, Tan Sri Mohd Bakke Salleh, bagi mengangkat martabat peneroka dan menjamin kelestarian FELDA. |
| 798 kilogram kokain ditemui dalam kargo kereta Posted: 01 Jul 2019 06:50 AM PDT DAKAR: Pihak berkuasa Senegal menemui lebih satu tan kokain minggu lalu yang disembunyikan dalam kargo membawa kereta baru dari Brazil yang menunggu dipunggah di pelabuhan di Dakar, kata perkhidmatan kastam hari ini. |
| Sindiket judi terbongkar, lima ditahan Posted: 01 Jul 2019 06:49 AM PDT KUALA LUMPUR: Modus operandi sebuah rumah kedai di Jalan Sentul, di sini, yang dijadikan pusat panggilan sindiket judi dalam talian terbongkar selepas penahanan lima individu termasuk penganjur, hari ini. |
| Kerjasama MRA-UKM atasi isu pendidikan anak-anak Rohingya Posted: 01 Jul 2019 06:35 AM PDT KUALA LUMPUR: Malaysian Relief Agency (MRA) menjalinkan kerjasama dengan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bagi membantu menyelesaikan isu pendidikan anak-anak pelarian Rohingya di negara ini. |
| Bakar motosikal selepas gagal dapat wang beli dadah Posted: 01 Jul 2019 06:27 AM PDT BUTTERWORTH: Seorang penagih dadah mengacukan pisau ke arah anggota polis yang mahu menahannya untuk siasatan berhubung tindakannya membakar motosikal milik rakan kakaknya di Bagan Dalam di sini, hari ini. |
| Posted: 01 Jul 2019 06:24 AM PDT DUBAI: Tentera pakatan diketuai Arab Saudi hari ini berkata ia memintas dron dilancarkan pemberontak Houthi di Yaman yang menuju ke arah negara itu. |
| Jurugambar NSTP terjejas pencemaran udara Posted: 01 Jul 2019 05:55 AM PDT JOHOR BAHRU: Seorang jurugambar The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP) dimasukkan ke hospital sejak Sabtu lalu selepas mengalami gejala muntah, demam, sesak nafas dan pitam dipercayai akibat pencemaran udara di Pasir Gudang. |
| Misbun mula persiap Zii Jia hadapi Terbuka Indonesia Posted: 01 Jul 2019 05:44 AM PDT KUALA LUMPUR: Saingan Terbuka Indonesia bermula 16 hingga 21 Julai ini akan menjadi penampilan pertama Lee Zii Jia sebagai pemain perseorangan lelaki nombor satu negara tanpa dibayangi Datuk Lee Chong Wei yang bersara, bulan lalu. |
| Pelaksanaan cukai ke atas minuman bergula dapat kurangkan kos perubatan masa depan Posted: 01 Jul 2019 06:19 AM PDT KUALA LUMPUR: Pelaksanaan cukai ke atas minuman bergula bermula hari ini, dapat membantu kerajaan mengurangkan kos perubatan berikutan pengambilan gula yang berlebihan dalam kalangan rakyat. |
| You are subscribed to email updates from BH Online - Terkini. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google, 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States | |


















0 comments:
Post a Comment