Wednesday, July 10, 2019

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


Pandelela buru tiket Olimpik

Posted: 10 Jul 2019 09:09 AM PDT

KUALA LUMPUR: Penerjun negara Pandelela Rinong Pamg yang bakal membuat penampilan semula di pentas kompetitif antarabangsa, tidak sabar untuk beraksi pada Kejohanan Dunia FINA ke-18 di Gwangju, Korea Selatan bermula Jumaat ini.

Raja Salman jemput 1,000 jemaah Haji Palestin

Posted: 10 Jul 2019 07:52 AM PDT

JEDDAH: Arab Saudi menjemput 1,000 anggota keluarga mangsa Palestin yang terkorban menentang rejim Zionis untuk mengerjakan Haji bulan depan.

Jonathan digesa fokus 4x100m

Posted: 10 Jul 2019 08:58 AM PDT

KUALA LUMPUR: Pelari pecut negara Jonathan Nyepa digesa memberi tumpuan kepada acara 4x100 meter (m), selepas masalah teknikal membelenggunya di pusingan separuh akhir 100m Sukan Universiti Dunia (Universiade), Napoli, Itali, awal pagi tadi.

Perak bangkit atasi Selangor

Posted: 10 Jul 2019 08:57 AM PDT

IPOH: Perak terpaksa berhempas pulas sebelum menjinakkan Selangor dengan kemenangan 3-2 dalam aksi Liga Super 2019 di Stadium Perak, di sini sebentar tadi. 

Zainal bimbang skuad tempang

Posted: 10 Jul 2019 08:56 AM PDT

MELAKA: Kemenangan 2-1 ke atas PKNP di Stadium Hang Jebat semalam amat melegakan pengendali Melaka United, Zainal Abidin Hassan.

Aaron-Wooi Yik kini 10 terbaik dunia

Posted: 10 Jul 2019 08:54 AM PDT

KUALA LUMPUR: Beregu lelaki nombor satu negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik mendapat tonik terbaik sebelum menghadapi tiga kejohanan besar bermula minggu depan apabila buat kali pertama berjaya berada dalam kelompok 10 terbaik dunia.

2 sepupu lemas dipercayai tergelincir ketika menangkap ikan

Posted: 10 Jul 2019 08:53 AM PDT

ARAU: Dua sepupu ditemui lemas dipercayai tergelincir ketika menangkap ikan di tali air Sungai Pulau di belakang rumah nenek mereka di Kampung Jelempok, di sini, petang tadi.

Mentaliti cipta kejutan perlu ada: Choong Hann

Posted: 10 Jul 2019 08:45 AM PDT

KUALA LUMPUR: Mentaliti mampu mencipta kejutan perlu ada dalam 'kamus' semua pemain badminton negara setiap kali diberi peluang beraksi dalam kejohanan.

Misbun kekal temani Zii Jia

Posted: 10 Jul 2019 08:50 AM PDT

KUALA LUMPUR: Ketua jurulatih perseorangan lelaki negara, Datuk Misbun Sidek masih akan menemani Lee Zii Jia bagi membantu pemain itu menghadapi tiga kejohanan besar bermula, Selasa ini.

Formasi 4-3-3 paling sesuai: De Roo

Posted: 10 Jul 2019 08:48 AM PDT

KUALA LUMPUR: Formasi 4-3-3 yang menjadi asas dalam DNA Bola Sepak Malaysia dilancarkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) semalam dilihat sebagai formasi paling sesuai untuk menyerlahkan lagi potensi pemain negara.

Shahriffuddin, Nur Durriyah pemain terbaik PGM

Posted: 10 Jul 2019 08:41 AM PDT

KUALA LUMPUR: Pemain profesional negara, Shahriffuddin Ariffin dan Nur Durriyah Damian masing-masing dipilih sebagai pemenang 'Order of Merit PGM 2018' anjuran Persatuan Profesional Golf Malaysia (PGM).

PDRM tambah derita Kelantan

Posted: 10 Jul 2019 08:40 AM PDT

MELAKA: PDRM menewaskan Kelantan 3 -1 pada aksi Liga Perdana di Stadium Hang Jebat, Paya Rumput sebentar tadi untuk menghidupkan peluang mara ke Piala Malaysia sementara Kelantan terus bergelut di atas zon penyingkiran Liga Perdana.

'Fast track' bukan untuk selesaikan kes cerai sewenang-wenangnya - JAKESS

Posted: 10 Jul 2019 08:37 AM PDT

SHAH ALAM: Kaedah proses perceraian 'fast track' yang diperkenalkan Jabatan Kehakiman Selangor (JAKESS) bukan untuk menyelesaikan kes cerai dengan sewenang-wenangnya.

Remaja 13 tahun antara ditahan dalam operasi banteras dadah

Posted: 10 Jul 2019 08:37 AM PDT

GEORGETOWN: Seramai 14 individu, termasuk seorang remaja berumur 13 tahun ditahan dalam Operasi Tapis Khas yang dilakukan di Jalan Masjid Kapitan Keling di sini, pagi tadi.

Batuk, demam punca kepulangan Ainul Mardhiah ditangguh

Posted: 10 Jul 2019 08:31 AM PDT

KUALA LUMPUR: Faktor kesihatan antaranya demam dan batuk sejak Isnin lalu menjadi faktor penerbangan bayi perempuan yang selamat menjalani rawatan kanser mulut 'Germ Cell Tumor', Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin, ke Malaysia ditangguhkan.

Kuala Lumpur hampiri Liga Perdana

Posted: 10 Jul 2019 08:27 AM PDT

KUALA LUMPUR: Misi Kuala Lumpur untuk terus bersaing di Liga Super musim depan menemui jalan sukar selepas tewas 2-0 kepada FELDA United FC di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras, sebentar tadi.

Lebih manis berbanding 1996: Jelius

Posted: 10 Jul 2019 08:25 AM PDT

KUALA LUMPUR: Pengendali Sabah, Jelius Ating mengakui kejayaan menjuarai Liga Perdana musim ini lebih manis berbanding ketika dia menjulang piala itu sebagai pemain pada tahun 1996.

Gaji besar buat pemain malas: De Roo

Posted: 10 Jul 2019 08:20 AM PDT

KUALA LUMPUR: Skuad Harimau Malaya mempunyai kelompok pemain muda yang berbakat dan berpotensi namun sayangnya, tidak semua menyerlah apabila bersama skuad kebangsaan.

Polis tahan warga emas disyaki cabul kanak-kanak 12 tahun

Posted: 10 Jul 2019 08:16 AM PDT

SEREMBAN: Polis menahan seorang warga emas, semalam, disyaki melakukan gangguan seksual dan mencabul seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun susulan tular video insiden itu melalui laman sosial Facebook.

Sabah bakal terima ganjaran

Posted: 10 Jul 2019 07:37 AM PDT

KOTA KINABALU: Pasukan Sabah bakal menerima ganjaran daripada kerajaan negeri selepas berjaya menamatkan kemarau 23 tahun tanpa trofi apabila menjuarai saingan Liga Perdana musim ini.

Peneroka Yahudi rampas kediaman keluarga Palestin

Posted: 10 Jul 2019 07:48 AM PDT

BAITULMAQDIS: Sebuah keluarga Palestin dihalau daripada rumah mereka di timur Baitulmaqdis berhampiran Kota Lama hari ini selepas peneroka Yahudi menang pertarungan di mahkamah yang berlanjutan lebih dua dekad, kata aktivis.

Kapal perang terbesar Britain bocor lagi

Posted: 10 Jul 2019 01:39 AM PDT

PORTSMOUTH: Kapal perang terbesar dan paling berkuasa Britain mengalami kebocoran dan terpaksa kembali ke pelabuhan, dilaporkan sudah digantung operasi bagi kali kedua dalam tempoh 19 bulan.

Wanita Jerman dirogol sekumpulan remaja belasan tahun

Posted: 10 Jul 2019 12:47 AM PDT

MULHEIM: Seorang wanita berusia 18 tahun ditemui dalam semak, Jumaat lalu, selepas beliau dipercayai dirogol lima remaja lelaki, termasuk suspek berusia 12 tahun.

Perlantikan Najib langkah ke belakang - Nazri Aziz

Posted: 10 Jul 2019 07:33 AM PDT

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz hari ini menyifatkan, pelantikan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Pengerusi Lembaga Penasihat Barisan Nasional (BN) sebagai 'langkah ke belakang'.

Sembilan rusa mati angkara plastik

Posted: 10 Jul 2019 02:37 AM PDT

TOKYO: Aktivis hidupan liar berkata, sembilan rusa mati selepas menelan beg plastik, sekaligus memberi amaran bahawa peningkatan jumlah pelancong sebagai punca utama kejadian itu.

Jiran PM New Zealand mengaku sebabkan kematian kucing

Posted: 10 Jul 2019 01:58 AM PDT

WELLINGTON: Jiran Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern, yang dibebani rasa bersalah, hari ini mendedahkan beliau sebenarnya bertanggungjawab menyebabkan kematian 'kucing pertama' negara itu, Paddles, ketika mengundurkan keretanya.

Rip Torn meninggal dunia pada usia 88 tahun

Posted: 10 Jul 2019 04:51 AM PDT

NEW YORK: Bintang Hollywood, Rip Torn yang pernah berlakon dalam drama siri 'The Larry Sander Show' dan filem blockbuster 'Men In Black' meninggal dunia pada usia 88 tahun.

Laporan PAC tuntutan tunggakan GST dibentang Selasa depan

Posted: 10 Jul 2019 07:02 AM PDT

KUALA LUMPUR: Laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) berhubung tuntutan tunggakan balik bayaran Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) berjumlah RM19.4 bilion akan dibentangkan di Dewan Rakyat, Selasa depan.

Malaysia manfaat kepakaran China hadapi bencana

Posted: 10 Jul 2019 06:59 AM PDT

BEIJING: Malaysia mahu meningkatkan persediaan menghadapi risiko bencana alam dan bencana industri melalui usaha pemetaan kawasan berisiko tinggi melalui penggunaan teknologi satelit, kata Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.

2 wanita termasuk bergelar Datuk ditahan kes tipu pakej umrah

Posted: 10 Jul 2019 06:58 AM PDT

KUANTAN: Polis menahan dua wanita termasuk seorang bergelar Datuk, hari ini, bagi membantu siasatan kes penipuan pakej umrah berjumlah RM41,800 membabitkan 19 peserta dari Temerloh, dekat sini.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template