Thursday, July 11, 2019

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


2 lelaki Rohingya ditahan cetak, jual kad UNHCR palsu

Posted: 11 Jul 2019 11:23 AM PDT

BUKIT MERTAJAM: Dua lelaki Rohingya ditahan kerana disyaki terbabit dalam aktiviti mencetak dan menjual kad Pesuruhjaya Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR) palsu.

Pengurus paksa pekerja letak jawatan bakal dipenjara

Posted: 11 Jul 2019 11:21 AM PDT

PARIS: Perbicaraan beberapa bekas pengurus di syarikat France Telecom berhubung banyak kes bunuh diri tamat, semalam, dengan semua defendan bakal dipenjara sehingga setahun.

Perdebatan peralihan kuasa kian hangat di Jerman

Posted: 11 Jul 2019 11:19 AM PDT

BERLIN: Canselor Jerman, Angela Merkel yang beberapa kali dilihat menggigil di khalayak ramai menghangatkan lagi perdebatan dalam kalangan ahli partinya sama ada beliau patut menyerahkan kuasa lebih awal, sebelum 2021.

India serah 250 rumah untuk Rohingya di Rakhine

Posted: 11 Jul 2019 09:25 AM PDT

DELHI: India menyerahkan 250 rumah pasang siap yang dibina di negeri Rakhine, Myanmar sebagai sebahagian usaha meluas membantu ribuan etnik Muslim Rohingya pulang.

Dua bidang utama fokus untuk kebebasan media

Posted: 11 Jul 2019 09:55 AM PDT

LONDON: Kementerian Komunikasi dan Multimedia sedang mengkaji dua fokus utama untuk menggalakkan kebebasan media yang lebih baik di Malaysia, kata Menterinya, Gobind Singh Deo.

Permohonan pinjaman individu disenarai CCRIS tertakluk budi bicara bank

Posted: 11 Jul 2019 02:12 AM PDT

MELAKA: Pinjaman perumahan untuk peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang disenarai dalam Sistem Maklumat Rujukan Kredit Berpusat (CCRIS), tertakluk kepada pertimbangan institusi kewangan yang menerima permohonan.

Resit punya pasal...

Posted: 11 Jul 2019 09:46 AM PDT

GOMBAK: Hanya kerana tidak berpuas hati diberi resit tulisan tangan, seorang lelaki bergaduh dengan pekerja sebuah kedai arak dalam kejadian di Batu Caves, Isnin lalu.

Operasi premis kitar semula cemar udara di Segamat digantung

Posted: 11 Jul 2019 08:49 AM PDT

JOHOR BAHRU: Lesen operasi sebuah premis menjalankan aktiviti kitar semula logam dan e-sisa di Kawasan Perindustrian 2, dekat Segamat, digantung serta-merta hari ini, selepas didapati menyebabkan pencemaran udara.

Peluang rebut slot awal ke Tokyo 2020

Posted: 11 Jul 2019 08:42 AM PDT

KUALA LUMPUR: Kem terjun negara diharap dapat menggunakan sepenuhnya peluang beraksi di Kejohanan Terjun Dunia FINA ke-18 di Gwangju, Korea Selatan yang bermula esoki agar dapat melayakkan diri lebih awal ke temasya Sukan Olimpik 2020.

Polis siasat sumber nombor telefon mangsa gangguan seksual

Posted: 11 Jul 2019 08:36 AM PDT

KUALA KUBU BHARU: Polis sedang menyiasat dari mana lelaki menyamar doktor yang ditahan di Klang semalam, kerana bagi tujuan melakukan gangguan seksual, memperoleh nombor telefon semua mangsanya.

UKM peroleh peluang kerjasama dengan 2 universiti utama China

Posted: 11 Jul 2019 08:31 AM PDT

KUALA LUMPUR: Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mendapat peluang kerjasama dengan dua universiti utama China iaitu Universiti Peking dan Universiti Tsinghua.

'Nak berjaya kena ada kemahiran'

Posted: 11 Jul 2019 08:02 AM PDT

KUALA LUMPUR: Kalau tiada kemahiran yang baik, formasi apa sekalipun tetap tidak berjaya!"

Rumah kedai terbakar, 20 hilang tempat tinggal

Posted: 11 Jul 2019 08:28 AM PDT

KLANG: Kira-kira 20 penghuni yang menyewa di tiga unit rumah kedai di Jalan Nenas, di sini, hilang tempat tinggal selepas kediaman mereka terbakar awal malam ini.

Isu teknikal, dasar penganjur punca masalah atlet Malaysia di Napoli

Posted: 11 Jul 2019 08:13 AM PDT

KUALA LUMPUR: Masalah teknikal dan dasar 'caca merba' tuan rumah didakwa menjadi punca atlet olahraga negara dilarang beraksi pada temasya Sukan Universiti Dunia (Universiade), Napoli, Itali, semalam.

Perak sasar menang semua baki aksi

Posted: 11 Jul 2019 07:53 AM PDT

Ipoh: Selepas menewaskan Selangor, 3-2 di sini, semalam, pengendali skuad Perak, Mehmed Durakovic melaungkan betapa dia tidak mahu memikirkan mengenai perlawanan akhir Piala FA sebaliknya mengutamakan kemenangan bagi setiap perlawanan.

Tok Gajah tekad kekal rentak jumpa Penyu

Posted: 11 Jul 2019 07:48 AM PDT

KUANTAN: Pasukan Pahang tekad untuk meneruskan rentak kemenangan apabila bertandang ke Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, menentang Terengganu FC (TFC) dalam saingan Liga Super, esok.

Koscielny enggan sertai jelajah Arsenal ke AS

Posted: 11 Jul 2019 07:44 AM PDT

LONDON: Kapten Arsenal, Laurent Koscielny enggan mengikuti jelajah pra musim kelab berkenaan ke Amerika Syarikat (AS).

Pakej umrah murah, bekas Pengarah YBNT ditahan polis

Posted: 11 Jul 2019 07:42 AM PDT

KEMAMAN: Polis Terengganu menahan bekas Pengarah Yayasan Bakti Negara Terengganu (YBNT) berhubung kes penipuan pakej umrah membabitkan kerugian lebih RM4 juta, sejak Disember 2016.

Kaki kanak-kanak tersangkut tong gas

Posted: 11 Jul 2019 07:10 AM PDT

BUKIT MERTAJAM: Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun berdepan detik cemas apabila kaki kanannya tersangkut di celah tong gas ketika berada dalam sebuah kenderaan.

Agong, Raja Permaisuri Agong berkenan sambut hari jadi PM, isteri

Posted: 11 Jul 2019 04:55 AM PDT

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, hari ini menerima kejutan daripada Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong yang berkenan menganjurkan sambutan hari jadi secara mengejut untuk mereka di Istana Negara, di sini hari ini.

Studio Warner Bros terbakar

Posted: 11 Jul 2019 07:04 AM PDT

LONDON: Sebuah studio milik Warner Bros yang pernah dijadikan lokasi filem 'Harry Porter' di utara London dilaporkan terbakar, malam semalam.

Zionis tersilap bunuh anggota Hamas

Posted: 11 Jul 2019 06:55 AM PDT

GAZA: Tentera Israel tersilap menembak mati seorang anggota operasi Hamas, hari ini, ketika mangsa cuba menghalang penduduk Palestin daripada menghampiri sempadan dengan Israel dan Gaza.

'Bola sepak bukan seperti matematik'

Posted: 11 Jul 2019 06:47 AM PDT

KUALA LUMPUR: Itu reaksi pengendali FELDA United FC, Nidzam Jamil ketika mengulas peluang pasukannya kekal di Liga Super musim depan selepas menewaskan Kuala Lumpur (KL) 2-0 di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras, kelmarin.

Portal halalholiday.com pacu sektor mesra pengembara Muslim

Posted: 11 Jul 2019 06:46 AM PDT

KUALA LUMPUR : Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) merangka strategi menerusi agensi Pusat Pelancongan Islam (ITC) bagi meletakkan Malaysia dalam kedudukan negara mesra pelancong Muslim terbaik dunia.

Bakal peguam syarie wajib jalani latihan dalam kamar 6 bulan

Posted: 11 Jul 2019 06:44 AM PDT

KUALA LUMPUR: Bakal peguam syarie akan diwajibkan menjalani latihan dalam kamar selama enam bulan, sekiranya Rang Undang-Undang (RUU) Profesion Guaman Syarie (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 2019 diluluskan.

Malakoff beli kepentingan Khazanah dalam Malaysian Shoaiba Consortium RM289 juta

Posted: 11 Jul 2019 06:41 AM PDT

KUALA LUMPUR: Malakoff Corp Bhd (Malakoff) mengambilalih 40 peratus kepentingan Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) dalam Malaysian Shoaiba Consortium Sdn Bhd (MSCSB) dengan nilai AS$70 juta (RM289 juta).

Warga Thailand maut kemalangan

Posted: 11 Jul 2019 06:35 AM PDT

RANTAU PANJANG: Seorang warga Thailand maut motosikal ditunggangnya dirempuh kereta di Jalan Rantau Panjang-Pasir Mas, berhampiran simpang masuk ke Kampung Gual Pasung Hantu, di sini, hari ini.

Bimbang bantuan kepada belia tersekat

Posted: 11 Jul 2019 06:31 AM PDT

MUAR: Tindakan kerajaan Johor untuk terus mengekalkan had usia belia kepada 40 tahun dibimbangi akan menyebabkan bantuan daripada Kerajaan Persekutuan tidak akan sampai kepada persatuan belia di negeri itu.

Set Ujian Percubaan BH Didik dalam BH, NST setiap Sabtu

Posted: 11 Jul 2019 04:04 AM PDT

KUALA LUMPUR: Calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan ibu bapa kini boleh mendapatkan set Ujian Percubaan Edisi Ulang Cetak sisipan BH Didik dalam akhbar BH dan juga New Straits Times (NST) pada setiap Sabtu.

PULAPOL, Bukit Aman mara separuh akhir

Posted: 11 Jul 2019 06:16 AM PDT

KUALA LUMPUR: Pasukan Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur (PULAPOL) dan Bukit Aman menepati ramalan apabila kedua-dua pasukan melangkah ke separuh akhir Liga Hoki Piala Ketua Polis Negara-TNB 2019, di sini, hari ini.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template