BH Online - Terkini |
- Bonnie muncul juara dunia Para Powerlifting 2019
- Kekal hubungan erat Malaysia, Arab Saudi
- Arab Saudi antara 37 negara sokong dasar China di Xinjiang
- Bottas dominasi latihan bebas kedua GP Britain
- PERHILITAN rampas 13 burung bayan serindit
- Perdana Menteri ucap selamat hari lahir buat isteri
- Agong berangkat ke majlis minum teh bersama rakyat Malaysia di Madinah
- Wanita maut, 2 parah kemalangan lori tangki dan kereta
- Anggota polis cedera, MPV polis dirempuh lori
- Kelab Koryo Taekwondo rangkul gelaran hatrik
- Djokovic mara final Wimbledon
- Russia mula hantar sistem S-400 ke Turki
- Beri generasi baharu peluang pekerjaan - Anwar
- KL mara separuh akhir hoki Piala KPN TNB
- Griezmann kini milik Barcelona
- Hasrat Pahang jadi naib juara Liga Super tertangguh
- Anak Ahli Parlimen Kuala Terengganu terbabit nahas
- ABPBH 32 kembali dengan tema 'Melangkaui Sempadan'
- Malaysia Airports sumbang peralatan RM11,000 kepada SK Salak
- Festival Wow Wild Bentong bantu promosi komuniti Orang Asli
- Dua warga emas maut diserang dengan parang
- Alat elektrik tidak selamat bernilai lebih RM30,000 dirampas
- Pasir Gudang sudah terkawal - EXCO Kesihatan
- Ketua Hakim Negara dahului penerima darjah kebesaran Pulau Pinang, esok
- Presiden Indonesia berjanji lawan dasar minyak sawit EU
- PM, Anwar bincang bantahan projek tambak laut Pulau Pinang
- Jabatan Pendidikan umum 29 Julai cuti berganti bagi sekolah di Pahang
- 11 maut hujan monsun di Nepal
- KAFA alu-alukan tajaan transformasi TRW
- Pahang Rangers tak sabar benam Kedah
| Bonnie muncul juara dunia Para Powerlifting 2019 Posted: 12 Jul 2019 10:58 AM PDT KUALA LUMPUR: Atlet para kebangsaan, Bonnie Bunyau Gustin membuktikan dirinya berada di kelas tersendiri apabila meraih pingat emas Kejohanan Dunia Para Powerlifting di Kazakhstan, malam tadi. |
| Kekal hubungan erat Malaysia, Arab Saudi Posted: 12 Jul 2019 10:51 AM PDT MADINAH: Hubungan erat antara Malaysia dan Arab Saudi yang terjalin diharap dapat dikekalkan bagi meneruskan kesejahteraan kedua-dua negara, titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah. |
| Arab Saudi antara 37 negara sokong dasar China di Xinjiang Posted: 12 Jul 2019 10:31 AM PDT GENEVA: Arab Saudi, Russia dan 35 negara lain menulis surat kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyokong dasar China di wilayah Xinjiang. |
| Bottas dominasi latihan bebas kedua GP Britain Posted: 12 Jul 2019 10:04 AM PDT SILVERSTONE, United Kingdom: Valtteri Bottas mengatasi rakan sepasukannya, Lewis Hamilton ketika Mercedes mendominasi sesi latihan bebas kedua pada Grand Prix (GP) Britain, di sini, sebentar tadi. |
| PERHILITAN rampas 13 burung bayan serindit Posted: 12 Jul 2019 09:43 AM PDT JOHOR BAHRU: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) merampas 13 burung bayan serindit yang disimpan tanpa kebenaran di sebuah rumah di Kampung Sungai Siput, Jementah, dekat Segamat, Rabu lalu. |
| Perdana Menteri ucap selamat hari lahir buat isteri Posted: 12 Jul 2019 09:41 AM PDT KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengucapkan selamat hari lahir kepada isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, yang menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-93, semalam. |
| Agong berangkat ke majlis minum teh bersama rakyat Malaysia di Madinah Posted: 12 Jul 2019 09:32 AM PDT MADINAH: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, semalam berangkat ke Majlis Minum Teh Bersama Rakyat Malaysia di sini. |
| Wanita maut, 2 parah kemalangan lori tangki dan kereta Posted: 12 Jul 2019 05:24 AM PDT IPOH: Seorang lagi mangsa kemalangan membabitkan kereta dan lori tangki muatan diesel di Kilometer 31, Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands, meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini, semalam. |
| Anggota polis cedera, MPV polis dirempuh lori Posted: 12 Jul 2019 09:05 AM PDT IPOH: Dua anggota polis cedera selepas kereta peronda mereka naiki dirempuh sebuah lori ketika berhenti di persimpangan lampu isyarat Jalan Kuala Kangsar/Jalan Perindustrian Kanthan 1 di sini, petang tadi. |
| Kelab Koryo Taekwondo rangkul gelaran hatrik Posted: 12 Jul 2019 08:57 AM PDT KUALA LUMPUR: Kelab Koryo Taekwondo muncul juara buat kali ketiga berturut-turut pada Kejohanan Taekwondo Remaja NestlĂ© KOKO KRUNCH® Ke-14 sekali gus membawa pulang Piala Pusingan Tunku Imran di Stadium Juara, Bukit Kiara, hari ini. |
| Posted: 12 Jul 2019 08:45 AM PDT LONDON: Juara bertahan, Novak Djokovic mengesahkan kemaraan ke pentas final Wimbledon buat kali keenam selepas menewaskan pemain Sepanyol, Roberto Bautista Agut, di sini, sebentar tadi. |
| Russia mula hantar sistem S-400 ke Turki Posted: 12 Jul 2019 08:41 AM PDT ISTANBUL: Russia memulakan penghantaran sistem pertahanan peluru berpandu canggih ke Turki, hari ini. |
| Beri generasi baharu peluang pekerjaan - Anwar Posted: 12 Jul 2019 08:35 AM PDT KUALA LUMPUR: Kejayaan Malaysia melakar pertumbuhan ekonomi melangkaui kadar lima peratus tidak bermakna jika segmen besar masyarakat, khususnya golongan miskin terus dibiarkan tercicir daripada arus pembangunan. |
| KL mara separuh akhir hoki Piala KPN TNB Posted: 12 Jul 2019 08:31 AM PDT KUALA LUMPUR: Pasukan Kuala Lumpur (KL) melengkapkan slot separuh akhir Liga Hoki Piala Ketua Polis Negara (KPN) TNB 2019 selepas menumpaskan Sabah 7-2, di sini, hari ini. |
| Griezmann kini milik Barcelona Posted: 12 Jul 2019 08:24 AM PDT BARCELONA: Kelab Sepanyol, Barcelona mengesahkan sudah menandatangani pemain antarabangsa Perancis, Antoine Griezmann daripada Atletico Madrid, hari ini. |
| Hasrat Pahang jadi naib juara Liga Super tertangguh Posted: 12 Jul 2019 08:07 AM PDT KUALA TERENGGANU: Pasukan Pahang terpaksa menangguhkan hasrat muncul naib juara Liga Super musim ini lebih awal selepas terikat 1-1 dengan Terengganu FC (TFC) di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, di sini, sebentar tadi. |
| Anak Ahli Parlimen Kuala Terengganu terbabit nahas Posted: 12 Jul 2019 08:03 AM PDT DUNGUN: Anak lelaki Ahli Parlimen Kuala Terengganu mengalami detik cemas apabila kenderaan dipandu terbabas melanggar penghadang jalan di kilometer 362.4 LPT 2, di sini, semalam. |
| ABPBH 32 kembali dengan tema 'Melangkaui Sempadan' Posted: 12 Jul 2019 06:42 AM PDT KUALA LUMPUR: Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) kembali untuk edisi ke-32 bertemakan 'Melangkaui Sempadan' bagi mengiktiraf kejayaan anak seni tempatan, bukan hanya di tanah air, malah merentasi benua. |
| Malaysia Airports sumbang peralatan RM11,000 kepada SK Salak Posted: 12 Jul 2019 07:57 AM PDT SEPANG: Malaysia Airports menunaikan tanggungjawab sosial korporat (CSR) apabila menyumbang peralatan pendidikan sebanyak RM11,000 kepada Sekolah Kebangsaan (SK) Salak untuk Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) di sini, baru-baru ini. |
| Festival Wow Wild Bentong bantu promosi komuniti Orang Asli Posted: 12 Jul 2019 07:50 AM PDT BENTONG: Festival Wow Wild Bentong (WWB) yang berlangsung hari ini di Tapak Festival Bentong di sini diyakini mampu membantu mempromosikan masyarakat Orang Asli kawasan itu secara lebih meluas. |
| Dua warga emas maut diserang dengan parang Posted: 12 Jul 2019 07:42 AM PDT SEGAMAT: Dua lelaki warga emas maut diserang seorang lelaki berusia 33 tahun bersenjatakan parang di Buloh Kasap di sini, petang tadi. |
| Alat elektrik tidak selamat bernilai lebih RM30,000 dirampas Posted: 12 Jul 2019 05:38 AM PDT PUTRAJAYA: Sebanyak 1,564 unit kelengkapan elektrik pelbagai jenama yang tidak selamat bernilai lebih RM30,000 dirampas Suruhanjaya Tenaga dalam tiga serbuan di kedai aksesori telefon sekitar Kota Damansara, Selangor, pada 25 Jun lalu. |
| Pasir Gudang sudah terkawal - EXCO Kesihatan Posted: 12 Jul 2019 07:20 AM PDT JOHOR BAHRU: Pusat Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) yang dibuka bagi menyelaras operasi berkaitan insiden gangguan kesihatan akibat pencemaran udara di Pasir Gudang ditutup tengah hari semalam. |
| Ketua Hakim Negara dahului penerima darjah kebesaran Pulau Pinang, esok Posted: 12 Jul 2019 02:43 AM PDT GEORGETOWN: Ketua Hakim Negara, Datuk Tengku Maimun Tuan Mat, mendahului senarai penerima anugerah dan bintang kebesaran sempena Ulang Tahun Ke-81 Yang di-Pertua Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas, esok. |
| Presiden Indonesia berjanji lawan dasar minyak sawit EU Posted: 12 Jul 2019 07:04 AM PDT JAKARTA: Presiden Indonesia berjanji melawan Kesatuan eropah (EU) berhubung rancangan mengehadkan penggunaan minyak sawit untuk bahan bakar bio. |
| PM, Anwar bincang bantahan projek tambak laut Pulau Pinang Posted: 12 Jul 2019 06:59 AM PDT KUALA LUMPUR: Bantahan kumpulan nelayan di Pulau Pinang yang menentang projek tambakan laut di negeri itu, menjadi fokus perbincangan antara Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini. |
| Jabatan Pendidikan umum 29 Julai cuti berganti bagi sekolah di Pahang Posted: 12 Jul 2019 06:55 AM PDT KUANTAN: Jabatan Pendidikan Pahang hari ini, mengumumkan 29 Julai ini sebagai cuti berganti bagi semua sekolah di negeri ini. |
| Posted: 12 Jul 2019 06:46 AM PDT NEW DELHI: Sekurang-kurangnya 11 orang maut di seluruh Nepal akibat hujan monsun sehingga mencetuskan bencana banjir dan tanah runtuh, kata pegawai hari ini. |
| KAFA alu-alukan tajaan transformasi TRW Posted: 12 Jul 2019 06:35 AM PDT KUALA LUMPUR: Walaupun bakal memperkenalkan penaja utama dalam tempoh terdekat ini, Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) masih mengalu-alukan mana-mana syarikat yang berminat untuk tampil bersama badan induk itu bagi melaksanakan proses transformasi pasukan musim depan. |
| Pahang Rangers tak sabar benam Kedah Posted: 12 Jul 2019 06:21 AM PDT KUALA LUMPUR: Pemain Pahang Rangers nyata sudah 'gatal kaki' untuk kembali beraksi selepas lebih dua minggu berehat dan kini bersedia melayan kunjungan Kedah dalam saingan Liga Premier Futsal Malaysia di Stadium Tertutup SUKPA, Kuantan, esok. |
| You are subscribed to email updates from BH Online - Terkini. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google, 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States | |


















0 comments:
Post a Comment