BH Online - Terkini |
- Bonnie lakar kejayaan lagi
- 11 maut trak langgar periuk api
- Ramsey idam ikut jejak legenda Juve
- SMK Seksyen 11 lebar rekod tanpa kalah
- Itu tidak betul - Ketua Polis Perak
- Sultan Brunei berkenan menerima menghadap Azmin
- Kad kredit Najib diguna RM3.3 juta dalam masa sehari
- Remaja lemas ketika memancing
- Presiden PSB sah letak jawatan Kabinet Sarawak
- KP APM kecewa majlis rasmi dibuat di luar bangunan
- Griezmann jalani latihan sulung di Nou Camp
- 'Sepia : Reimagine Reality' realisasi impian dua individu rabun warna
- Negeri Sembilan tak rela kecundang lagi
- 200 juta kanak-kanak tidak divaksinasi pada 2018: PBB
- Putera Adam takluk pusingan empat IAME Siri Asia 2019
- Malaysia berhak dapatkan kembali wang projek tidak siap - PM
- Penafian ibu bapa terhadap anak istimewa tidak wajar
- Mukhriz berhasrat pertahan jawatan Timbalan Presiden BERSATU
- Batal keputusan jika ada campur tangan istana - Tun M
- Industri dagangan emas Malaysia terus kukuh
- Pendidikan swasta sumbang RM11.7 bilion
- Kad debit-i BIMB jenama UiTM dilancarkan
- Pemerintahan tentera di Thailand tamat berkuat kuasa hari ini
- 3 juta penduduk berpindah akibat banjir di India, Nepal dan Bangladesh
- IJM umum perubahan lembaga pengarah
- Kesesakan di Jabatan Kecemasan hospital kerana kunjungan pesakit melebihi 'level of care'
- MUSA agih bonus RM20,000
- Kalau tak hilang, duit itu ada di mana - PM
- CAS tolak rayuan Zulfadli, Chun Seang, hukuman kekal
- TERKINI: Polis sahkan kematian Ramesh akibat kemalangan
| Posted: 15 Jul 2019 10:54 AM PDT KUALA LUMPUR: Atlet para negara, Bonnie Bunyau Gustin terus melakar kejayaan membanggakan apabila meraih pingat emas di Kejohanan Dunia Para Powerlifting di Kazakhstan, malam tadi. |
| 11 maut trak langgar periuk api Posted: 15 Jul 2019 10:39 AM PDT KABUL: Sekurang-kurangnya 11 orang termasuk tujuh kanak-kanak maut selepas sebuah trak dinaiki mereka melanggar periuk api di selatan Afghanistan, hari ini. |
| Ramsey idam ikut jejak legenda Juve Posted: 15 Jul 2019 09:56 AM PDT ROME: Bintang Wales, Aaron Ramsey berkata dia mahu mengikuti jejak legenda Juventus dan negaranya, John Charles selepas melengkapkan perpindahannya ke juara Serie A itu, semalam. |
| SMK Seksyen 11 lebar rekod tanpa kalah Posted: 15 Jul 2019 09:03 AM PDT SHAH ALAM: Hasrat pasukan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seksyen 11 untuk terus mengejar pendahulu Liga Premier Liga Piala Menteri Pendidikan Malaysia 100PLUS Bawah 14 Tahun (B-14), Sekolah Sukan Malaysia Pahang (SSMP) B sedikit terjejas apabila terikat 1-1 dengan SMK Ibrahim Fikri, Sabtu lalu. |
| Itu tidak betul - Ketua Polis Perak Posted: 15 Jul 2019 08:46 AM PDT IPOH: Polis Perak menafikan gambar seorang wanita yang tular di media sosial didakwa sebagai pembantu rumah yang menjadi mangsa rogol EXCO kerajaan negeri ini. |
| Sultan Brunei berkenan menerima menghadap Azmin Posted: 15 Jul 2019 08:39 AM PDT KUALA LUMPUR: Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah, hari ini berkenan menerima menghadap Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, di Istana Nurul Iman di Bandar Seri Begawan, Brunei, sempena Hari Keputeraan yang ke-73. |
| Kad kredit Najib diguna RM3.3 juta dalam masa sehari Posted: 15 Jul 2019 01:00 AM PDT KUALA LUMPUR: Dua kad kredit milik Datuk Seri Najib Razak dibelanjakan sehingga RM3.3 juta dalam masa sehari, antaranya di butik barangan kemas De Grisogono, Itali pada 8 Ogos 2014. |
| Posted: 15 Jul 2019 08:09 AM PDT JEMPOL: Remaja lelaki ditemui lemas dipercayai terjatuh ke dalam sungai ketika memancing di Sungai Muar dekat Pekan Rompin, Bahau di sini, petang tadi. |
| Presiden PSB sah letak jawatan Kabinet Sarawak Posted: 15 Jul 2019 08:01 AM PDT KUCHING: Menteri Perdagangan Antarabangsa dan E-Dagang Sarawak merangkap Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Wong Soon Koh, mengesahkan beliau akan meletak jawatan dari Kabinet Sarawak. |
| KP APM kecewa majlis rasmi dibuat di luar bangunan Posted: 15 Jul 2019 07:17 AM PDT KUALA LUMPUR: Ketua Pesuruhjaya Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Datuk Roslan Wahab, kecewa apabila ibu pejabat APM baharu di Sungai Merab di Kajang, yang dijadual memulakan operasi hari ini, tidak dapat digunakan kerana infrastruktur bangunan itu tidak siap sepenuhnya. |
| Griezmann jalani latihan sulung di Nou Camp Posted: 15 Jul 2019 07:15 AM PDT BARCELONA: Penyerang sensasi Perancis, Antoine Griezmann menjalani latihan sulung bersama rakan sepasukannya di Barcelona, hari ini selepas melengkapkan perpindahan kontroversi dari Atletico Madrid, minggu lalu. |
| 'Sepia : Reimagine Reality' realisasi impian dua individu rabun warna Posted: 15 Jul 2019 05:48 AM PDT SHAH ALAM: Impian dua individu yang mengalami rabun warna untuk melihat dunia dengan warna sebenar terlaksana apabila mereka terpilih menjadi subjek dalam dokumentari pendek 'Sepia: Reimagine Reality'. |
| Negeri Sembilan tak rela kecundang lagi Posted: 15 Jul 2019 07:08 AM PDT SEREMBAN: Negeri Sembilan sudah melupakan kekecewaan susulan kekalahan 2-3 kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM), minggu lalu dan kini fokus terhadap pertembungan dengan UiTM FC pada aksi terakhir Liga Perdana musim ini di tempat lawan, Sabtu ini. |
| 200 juta kanak-kanak tidak divaksinasi pada 2018: PBB Posted: 15 Jul 2019 07:02 AM PDT GENEVA: Hampir 20 juta kanak-kanak terlepas suntikan vaksin tahun 2018, kata Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), tatkala peningkatan kes demam campak berada pada tahap 'merbahaya' sebagai usaha melindungi mereka dari ancaman penyakit. |
| Putera Adam takluk pusingan empat IAME Siri Asia 2019 Posted: 15 Jul 2019 06:53 AM PDT SEPANG: Pelumba Go-kart negara, Putera Adam Halim menjuarai pusingan keempat IAME Siri Asia 2019 di Litar Antarabangsa Sepang, minggu lalu sekaligus mendahului kategori Junior dengan 128 mata pada tahun pertama penyertaannya. |
| Malaysia berhak dapatkan kembali wang projek tidak siap - PM Posted: 15 Jul 2019 06:36 AM PDT PUTRAJAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan kerajaan berhak mendapatkan kembali wang yang terlebih dibayar kepada syarikat China Petroleum Pipeline Engineering Ltd (CPP). |
| Penafian ibu bapa terhadap anak istimewa tidak wajar Posted: 12 Jul 2019 04:29 AM PDT KUALA LUMPUR: Ramai tidak menyedari keupayaan anak istimewa yang secara zahirnya dilihat lemah dan tidak berdaya saing. |
| Mukhriz berhasrat pertahan jawatan Timbalan Presiden BERSATU Posted: 15 Jul 2019 06:32 AM PDT PUTRAJAYA: Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Datuk Seri Mukhriz Mahathir, berhasrat mempertahankan jawatan pada pemilihan parti yang akan diadakan pada tahun ini. |
| Batal keputusan jika ada campur tangan istana - Tun M Posted: 15 Jul 2019 05:43 AM PDT PUTRAJAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, kerajaan Persekutuan akan membatalkan keputusan kerajaan Johor mengekalkan takrifan had umur belia dari 15 hingga 40 tahun, jika didapati ada campur tangan pihak istana. |
| Industri dagangan emas Malaysia terus kukuh Posted: 15 Jul 2019 05:58 AM PDT KUALA LUMPUR: Industri perdagangan emas di Malaysia diunjurkan terus berkembang dengan urus niaga dianggarkan RM15.8 bilion pada tahun ini. |
| Pendidikan swasta sumbang RM11.7 bilion Posted: 15 Jul 2019 06:27 AM PDT PETALING JAYA: Sektor pendidikan swasta terus menjadi penyumbang utama kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak RM11.7 bilion pada 2018. |
| Kad debit-i BIMB jenama UiTM dilancarkan Posted: 15 Jul 2019 06:23 AM PDT SHAH ALAM: Universiti Teknologi MARA (UiTM) dengan kerjasama Bank Islam Malaysia Berhad (Bank Islam) hari ini melancarkan 'Kad Debit-i Alumni' sebagai usaha untuk membantu universiti itu menjana pendapatan jangka panjang. |
| Pemerintahan tentera di Thailand tamat berkuat kuasa hari ini Posted: 15 Jul 2019 06:19 AM PDT BANGKOK: Perdana Menteri Thailand, Prayuth Chan-o-cha meletakkan jawatan sebagai ketua kerajaan tentera berkuat kuasa hari ini. |
| 3 juta penduduk berpindah akibat banjir di India, Nepal dan Bangladesh Posted: 15 Jul 2019 06:12 AM PDT KATHMANDU: Bencana banjir memaksa lebih tiga juta orang meninggalkan rumah di seluruh utara dan timur laut India tatkala angka kematian di Nepal dan Bangladesh meningkat kepada 75 orang. |
| IJM umum perubahan lembaga pengarah Posted: 15 Jul 2019 06:08 AM PDT KUALA LUMPUR: IJM Corporation Bhd hari ini mengumumkan beberapa perubahan barisan pengurusan termasuk persaraan Datuk Soam Heng Choon sebagai Pengarah Urusan syarikat selepas berakhirnya mesyuarat agung tahunan (AGM) pada 28 Ogos 2019. |
| Kesesakan di Jabatan Kecemasan hospital kerana kunjungan pesakit melebihi 'level of care' Posted: 15 Jul 2019 06:05 AM PDT KUALA LUMPUR: Kesesakan di Jabatan Kecemasan dan Trauma (ETD) di hospital seluruh negara berpunca daripada jumlah kunjungan pesakit melebihi 'Level of Care' yang ditetapkan, iaitu antara 5.7 hingga 95.6 peratus. |
| Posted: 15 Jul 2019 06:02 AM PDT MELAKA: Persatuan Bolasepak Melaka United (MUSA) mengumumkan bonus RM20,000 kepada skuad wanitanya yang menjuarai saingan Piala Tun Sharifah Rodziah 2019, di Stadium Shah Alam, semalam. |
| Kalau tak hilang, duit itu ada di mana - PM Posted: 15 Jul 2019 05:59 AM PDT PUTRAJAYA: Kerajaan perlu mengetahui di mana wang berjumlah RM19.4 bilion daripada hasil kutipan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) sekiranya betul dana itu tidak hilang seperti dapatan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC). |
| CAS tolak rayuan Zulfadli, Chun Seang, hukuman kekal Posted: 15 Jul 2019 05:55 AM PDT KUALA LUMPUR: Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) menolak rayuan dua pemain badminton profesional negara, Zulfadli Zukilfli dan Tan Chun Seang susulan hukuman dikenakan Persekutuan Badminton Dunia (BWF) selepas didapati bersalah terbabit dengan aktiviti mengatur perlawanan. |
| TERKINI: Polis sahkan kematian Ramesh akibat kemalangan Posted: 15 Jul 2019 05:22 AM PDT KUANTAN: Kematian Ketua MIC Bahagian Paya Besar, Ramesh Ganesan, 50, yang mayatnya dijumpai di tepi jalan kawasan Sungai Ular di sini, malam tadi diklasifikasikan polis sebagai kemalangan jalan raya. |
| You are subscribed to email updates from BH Online - Terkini. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google, 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States | |


















0 comments:
Post a Comment