Thursday, July 18, 2019

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


39 pelajar dari 5 sekolah di Pasir Gudang alami sesak nafas, muntah

Posted: 18 Jul 2019 10:50 AM PDT

JOHOR BAHRU: Seramai 39 pelajar dari lima buah sekolah di Pasir Gudang mengalami simptom muntah dan sesak nafas, pagi semalam.

Skuad lelaki tunduk kepada Iran, wanita sah kemaraan

Posted: 18 Jul 2019 10:08 AM PDT

KUALA LUMPUR: Skuad hoki lelaki negara mengalami kekalahan pertama dalam Kejohanan Hoki Piala Asia Dalam Dewan 2019 selepas tewas 1-4 kepada juara bertahan, Iran dalam saingan Kumpulan A di Chonburi, Thailand, hari ini.

TERKINI: Angka maut kebakaran di Kyoto Animation meningkat 33

Posted: 18 Jul 2019 10:02 AM PDT

TOKYO : Jumlah terkini kematian dalam kebakaran yang dipercayai berpunca daripada perbuatan khianat di syarikat animasi di Kyoto hari ini meningkat kepada 33 orang manakala puluhan lagi cedera.

Belum masa raikan kejayaan - Zii Jia

Posted: 18 Jul 2019 09:46 AM PDT

KUALA LUMPUR: Pemain perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia menegaskan belum masa untuk dia meraikan kejayaan biarpun melakar kejutan terbesar dalam kerjayanya dengan menewaskan juara Olimpik dan dunia, Chen Long.

Istiadat pertabalan lambang maruah negara

Posted: 18 Jul 2019 09:40 AM PDT

KUALA LUMPUR: Istiadat pertabalan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada 30 Julai ini adalah lambang kepada maruah negara yang meletakkan institusi diraja pada tahap paling tinggi.

Wanita ditahan disyaki pukul rakan sekelas anak

Posted: 18 Jul 2019 09:03 AM PDT

KUALA LUMPUR: Seorang wanita ditahan kerana disyaki memukul seorang murid perempuan berumur 11 tahun berikutan perselisihan faham dengan anak suspek.

Ivan Yuen mula langkah kanan

Posted: 18 Jul 2019 08:24 AM PDT

KUALA LUMPUR: Juara bertahan, Ivan Yuen memulakan usahanya mempertahankan kejuaraan di Kejohanan Skuasy Kebangsaan 2019 dengan mudah, selepas melangkah ke peringkat suku akhir di Pusat Skuasy Nasional Bukit Jalil, hari ini.

Sturridge undang masalah

Posted: 18 Jul 2019 08:11 AM PDT

LONDON: Bekas penyerang Liverpool, Daniel Sturridge didenda dan digantung selama enam minggu kerana melanggar peraturan pertaruhan, umum Persatuan Bola Sepak Inggeris (FA), hari ini.

Angka rasmi kematian akibat perang dadah Filipina 5,526 orang

Posted: 18 Jul 2019 07:59 AM PDT

MANILA: Berdepan siasatan hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dalam perang dadah, Filipina mendedahkan angka kematian baharunya hari ini bagi membalas jumlah lebih tinggi yang dikemukakan pengkritik.

12 remaja Israel direman rogol wanita Britain

Posted: 18 Jul 2019 07:55 AM PDT

ATHENS: Mahkamah di Cyprus hari ini menahan reman 12 remaja warga Israel kerana disyaki merogol seorang pelancong Britain di sebuah pusat peranginan popular terletak di pulau dekat sini.

Megat D Shahriman jamin laksana tugas secara profesional

Posted: 18 Jul 2019 06:33 AM PDT

KUALA LUMPUR: Calon presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM), Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin menegaskan beliau akan melaksanakan tugasnya sebagai Ketua Kontinjen Negara (CDM) ke Sukan Para ASEAN Ke-10 Filipina 2020 secara profesional.

Penduduk kampung dikejutkan dengan kehadiran harimau

Posted: 18 Jul 2019 05:47 AM PDT

DUNGUN: Penduduk di Kampung Besol, Bukit Besi, di sini, dikejutkan dengan kehadiran seekor harimau dikatakan berkeliaran berdekatan kawasan kediaman mereka, hari ini.

Harimau larikan diri akibat banjir gemparkan orang ramai

Posted: 18 Jul 2019 06:51 AM PDT

GUWAHATI (INDIA) : Seekor harimau terlepas dari taman hidupan liar di Assam apabila negeri itu terjejas teruk akibat banjir dan merayau di kawasan kediaman penduduk hari ini, sekali gus mendatangkan ketakutan kepada orang ramai.

Kesesakan di Manila bimbangkan kontinjen negara ke Sukan SEA

Posted: 18 Jul 2019 06:44 AM PDT

KUALA LUMPUR: Selain penyediaan makanan halal, isu kesesakan lalu lintas yang teruk di Manila, juga menjadi kebimbangan kontinjen Malaysia yang akan bertanding pada temasya Sukan SEA 2019 nanti.

Detik cemas dijilat, nyaris diterkam harimau

Posted: 18 Jul 2019 06:44 AM PDT

DUNGUN: Seorang penduduk mendakwa berdepan detik cemas apabila badannya dijilat dan nyaris diterkam harimau yang muncul di Kampung Besul Lama, Bukit Besi, di sini, hari ini.

Juve jadikan De Ligt pertahanan termahal dunia

Posted: 18 Jul 2019 06:39 AM PDT

ROME: Pertahanan tengah Belanda, Matthijs de Ligt, yang dilabel salah seorang pemain muda paling 'diburu' di dunia melengkapkan perpindahannya ke Juventus dengan menandatangani kontrak bernilai 75 juta euro (RM346.06 juta).

Kemelut PKR tidak jejaskan kedudukan Dr Mahathir

Posted: 18 Jul 2019 06:34 AM PDT

PETALING JAYA: Kemelut yang berlaku dalam PKR ketika ini tidak akan menjejaskan kedudukan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri.

Penyelidik UKM hasilkan teknologi sisa sifar kilang sawit

Posted: 18 Jul 2019 06:31 AM PDT

BESTARI JAYA: Kumpulan penyelidik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menghasilkan teknologi sisa sifar untuk merawat sisa efluen kilang kelapa sawit (POME).

Wendy sebak layak Olimpik Tokyo 2020

Posted: 18 Jul 2019 06:27 AM PDT

KUALA LUMPUR: Penerjun negara, Wendy Ng Yan Yee mengakui berasa sebak dan tidak mampu menahan air mata, selepas meraih slot ke Sukan Olimpik 2020 di Tokyo, Jepun.

MRA lancar kempen Qurban Terbaik Aidiladha 1440H

Posted: 18 Jul 2019 06:27 AM PDT

KUALA LUMPUR: Malaysian Relief Agency (MRA) melancarkan kempen Qurban Terbaik Aidiladha 1440H bagi membantu kepada golongan asnaf dan fakir miskin di dalam dan luar negara.

Zii Jia cipta kejutan terbesar di Terbuka Indonesia

Posted: 18 Jul 2019 06:18 AM PDT

KUALA LUMPUR: Pemain perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia melakar kejutan terbesar dalam kerjayanya apabila menumbangkan pemenang pingat emas Sukan Olimpik Rio 2016, Chen Long dari China dalam pusingan kedua Terbuka Indonesia di Jakarta, sebentar tadi.

KDN laksana program hantar pulang PATI

Posted: 18 Jul 2019 01:39 AM PDT

PUTRAJAYA: Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan melaksanakan Program Pendatang Asing Tanpa lzin (PATI) Pulang Ke Negara Asal bagi memberi peluang kepada warga asing yang telah melakukan kesalahan di bawah Akta lmigresen 1959/63 (Akta 155) untuk pulang ke negara asal secara sukarela mengikut syarat-syarat yang ditetapkan.

TFC tagih kelibat Andrieiev

Posted: 18 Jul 2019 06:17 AM PDT

KUALA TERENGGANU: Pertahanan import baharu Terengganu FC (TFC), Serhii Andrieiev disandarkan tugas mengekang serangan juara Liga Super musim ini, Johor Darul Tazim (JDT) pada aksi terakhir di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin malam esok.

Tuah jentera Honda jadi sandaran Md Zaqhwan

Posted: 18 Jul 2019 06:14 AM PDT

KUALA LUMPUR: Pelumba negara, Md Zaqhwan Zaidi berharap tuah pada jentera Honda CBR1000RR SP2 untuk melakar catatan masa yang lebih pada perlumbaan lasak Suzuka 8-Hours (S8H) 2019 di Litar Antarabangsa Suzuka, Jepun, pada 25 hingga 28 Julai ini.

Bekas PM Pakistan bakal didakwa atas tuduhan rasuah

Posted: 18 Jul 2019 06:14 AM PDT

LAHORE: Bekas Perdana Menteri Pakistan, Shahid Khaqan Abbasi ditahan dan akan dihadapkan di mahkamah anti-rasuah sama ada hari ini atau esok, kata pihak berkuasa.

Mandela inspirasi kebebasan, rakan istimewa - Anwar

Posted: 18 Jul 2019 06:07 AM PDT

SERI KEMBANGAN: Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan bekas Presiden Afrika Selatan, mendiang Nelson Mandela sebagai ikon kebebasan, kesaksamaan dan keamanan yang harus dicontohi dunia.

UPSI sedia jadi tuan rumah SUKIPT 2020

Posted: 18 Jul 2019 06:06 AM PDT

KUALA LUMPUR: Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Tanjong Malim, Perak, mempunyai kemudahan sukan yang cukup termasuk arena boling untuk menjadi tuan rumah Sukan Institusi Pendidikan Tinggi 2020 (SUKIPT 2020).

Bank darah perlu bekalan 3,500 seminggu

Posted: 18 Jul 2019 06:05 AM PDT

Bekalan darah pada jumlah 1,500 beg sudah diklasifikasikan sebagai keadaan yang kritikal bagi memenuhi keperluan untuk lima hari.

Malaysia dalam landasan tepat hadapi IR4.0

Posted: 18 Jul 2019 06:02 AM PDT

KUALA LUMPUR: Malaysia berada di landasan tepat dalam mendepani revolusi industri 4.0 (IR4.0) dan membantu Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) untuk beradaptasi dengan teknologi berkenaan.

Bank Islam sedia khidmat pembayaran tanpa tunai

Posted: 18 Jul 2019 05:55 AM PDT

KUALA LUMPUR: Bank Islam Malaysia Bhd memeterai memorandum persefahaman dengan dua syarikat teknologi kewangan (Fintech),

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template