Friday, July 19, 2019

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


Pencemaran bau: LRA Rantau Panjang pula henti tugas

Posted: 19 Jul 2019 11:05 AM PDT

SHAH ALAM: Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS), ahli kumpulan Air Selangor, mengesahkan Loji Rawatan Air (LRA) Rantau Panjang dihenti tugas susulan pencemaran bau di sumber air mentah Sungai Selangor hari ini.

8 maut bom meletup di Universiti Kabul

Posted: 19 Jul 2019 09:53 AM PDT

KABUL: Sekurang-kurangnya lapan orang maut dan 33 yang lain cedera selepas bom meletup di luar pintu pagar Universiti Kabul, hari ini.

Bagasi mengandungi mayat lelaki ditemui

Posted: 19 Jul 2019 09:49 AM PDT

BAU: Seorang lelaki menemui sebuah bagasi mengandungi mayat ketika menangkap ikan di Jambatan Kampung Pengkalan Baik, di sini, semalam.

6 anggota polis ditahan SPRM

Posted: 19 Jul 2019 09:46 AM PDT

KUALA LUMPUR: Enam anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Selangor ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan kes rasuah membabitkan pendatang asing tanpa izin (PATI).

Malaysia hampir layak Piala Dunia Hoki Dalam Dewan 2021

Posted: 19 Jul 2019 09:44 AM PDT

KUALA LUMPUR: Skuad lelaki negara kini semakin hampir untuk membuat penampilan pertama pada saingan Piala Dunia Hoki Dalam Dewan 2021.

Zii Jia tumbang, beregu campuran mara Terbuka Indonesia

Posted: 19 Jul 2019 08:54 AM PDT

KUALA LUMPUR: Selepas cemerlang menumbangkan bekas juara dunia dan Olimpik, semalam, perjuangan pemain perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia di Terbuka Indonesia tidak bertahan lama apabila ditunjukkan jalan keluar di peringkat suku akhir, sebentar tadi.

Penyu ikat Harimau Selatan di Larkin

Posted: 19 Jul 2019 08:34 AM PDT

JOHOR BAHRU: Juara Liga Super, Johor Darul Ta'zim (JDT) menamatkan saingan musim ini dengan mencatatkan keputusan 3-3 menentang Terengganu FC (TFC) di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, di sini, malam tadi.

Harga RON97 naik 10 sen, RON95 dan diesel kekal

Posted: 19 Jul 2019 02:46 AM PDT

PUTRAJAYA: Harga runcit petrol RON97 naik 10 sen daripada RM2.57 kepada RM2.67 seliter, manakala RON95 dan diesel kekal, masing-masing RM2.08 seliter dan RM2.18 seliter berkuat kuasa tengah malam ini.

3 LRA dihenti tugas, ERP Kod Merah diaktifkan

Posted: 19 Jul 2019 06:41 AM PDT

SHAH ALAM: Pencemaran bau dikesan di muka sauk Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1 (SSP1), SSP2 dan SSP3 dengan bacaan 4 Ton direkodkan sekitar jam 2 hingga 2.30 petang tadi.

Polis buru 2 lelaki kes ragut

Posted: 19 Jul 2019 08:13 AM PDT

KUALA LUMPUR: Polis sedang memburu dua lelaki disyaki meragut rantai leher dipakai seorang wanita di hadapan pintu masuk sebuah pasar raya di Bandar Rinching, Semenyih, Selasa lalu.

Gangguan bekalan air di Lembah Klang

Posted: 19 Jul 2019 01:31 AM PDT

SHAH ALAM: Beberapa kawasan di Lembah Klang dijangka berdepan dengan gangguan bekalan air dan tekanan air rendah susulan henti tugas serta-merta Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1, 2 dan 3 (LRA SSP1, SSP2 dan SSP3).

13 ketua wanita PKR negeri tuntut tindakan tegas

Posted: 19 Jul 2019 07:46 AM PDT

KUALA LUMPUR: Seramai 13 ketua wanita PKR negeri hari ini sepakat menuntut pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap dalang konspirasi menerbit dan menyebarkan video lucah, tanpa mengira kedudukan individu terbabit.

Lerai segera masalah - Anwar

Posted: 19 Jul 2019 07:28 AM PDT

PORT DICKSON: Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berharap setiap masalah dalam parti itu diselesaikan segera bagi memastikan negara dapat diuruskan dengan baik.

Henti bertelagah sesama sendiri - Dr Mahathir

Posted: 19 Jul 2019 07:17 AM PDT

PORT DICKSON: Tun Dr Mahathir Mohamad menggesa semua pimpinan parti komponen Pakatan Harapan (PH) supaya berhenti bertelagah serta berebut kuasa sehingga leka dan kehilangan kuasa.

Sarimah selamat lahirkan puteri sulung

Posted: 19 Jul 2019 05:43 AM PDT

KUALA LUMPUR: Pelakon dan pengacara, Sarimah Ibrahim, kini bergelar ibu selepas selamat melahirkan bayi perempuan, hari ini.

PM hadiri sesi pemukiman PKR

Posted: 19 Jul 2019 05:59 AM PDT

PORT DICKSON: Tun Dr Mahathir Mohamad malam ini menghadiri program Temurapat Majlis Pimpinan Pusat PKR Sesi 2018/2021 di sini.

Juara Liga J kejutkan Chelsea

Posted: 19 Jul 2019 07:30 AM PDT

YOKOHAMA: Juara Liga Jepun (Liga J), Kawasaki Frontale mencipta kejutan menewaskan Chelsea, 1-0 pada aksi persahabatan pramusim di sini, sebentar tadi.

Itu urusan dia, bukan urusan saya - Dr Mahathir

Posted: 19 Jul 2019 07:25 AM PDT

PORT DICKSON: Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan ketidakhadiran Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali, pada program Temurapat Majlis Pimpinan Pusat PKR di sini, malam ini bukan urusannya.

Eain Yow, Sivasangari mara separuh akhir skuasy kebangsaan

Posted: 19 Jul 2019 07:22 AM PDT

KUALA LUMPUR: Hasrat Ng Eain Yow untuk berhadapan 'musuh tradisi' Ivan Yuen di pentas akhir sekali gus menebus kekalahan lalu, hampir tercapai apabila layak ke pusingan separuh akhir Kejohanan Skuasy Kebangsaan, di Bukit Jalil, di sini, hari ini.

Pasukan khas siasat pendedahan Ketua Audit

Posted: 19 Jul 2019 05:45 AM PDT

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menubuhkan Pasukan Petugas Khas (Taskforce) bagi meneliti pendedahan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN), seterusnya mengambil tindakan jika ada unsur rasuah dan penyelewengan.

Raja Permaisuri Agong kongsi perasaan hiba menjelang istiadat pertabalan

Posted: 19 Jul 2019 06:46 AM PDT

KUALA LUMPUR: Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkongsi rasa hiba menjelang istiadat pertabalan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada 30 Julai ini.

Rifdean, Azeem sasar raih pingat di Bangkok

Posted: 19 Jul 2019 06:32 AM PDT

IPOH: Dua peninju Muay Thai Perak, Mohammad Rifdean Masdor, 17, dan Mohamad Azeem Ismail, 22, mensasarkan untuk membawa pulang pingat pada Kejohanan Muay Thai Dunia di Bangkok, bermula hari ini sehingga 29 Julai.

Tiada pingat dari Wendy di Gwangju

Posted: 19 Jul 2019 06:24 AM PDT

KUALA LUMPUR: Atlet terjun negara, Wendy Ng harus bekerja keras bagi meningkatkan prestasinya dalam tempoh setahun ini untuk menjadi pencabar pingat pada Sukan Olimpik 2020 menerusi acara 3 meter papan anjal.

Melaka turun barisan terbaik jumpa Pahang

Posted: 19 Jul 2019 06:18 AM PDT

KUANTAN: Melaka United (MU) bakal tampil di Stadium Darul Makmur malam esok bertemu Pahang dalam aksi terakhir Liga Super dengan membariskan pemain utama tanpa mempedulikan strategi pasukan tuan rumah itu.

United tak senarai Lukaku jumpa Inter di Singapura

Posted: 19 Jul 2019 06:17 AM PDT

SINGAPURA: Pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer mengesahkan Romelu Lukaku tidak cergas untuk beraksi berdepan Inter Milan di sini, esok.

400,000 penduduk berpindah, tebing sungai pecah di Bangladesh

Posted: 19 Jul 2019 06:03 AM PDT

DHAKA: Air sungai melimpah di Bangladesh menyebabkan sekurang-kurangnya empat tebing sungai pecah dan menenggelamkan puluhan kampung, dekat sini.

T7 Global raih kontrak RM100 juta

Posted: 19 Jul 2019 12:30 AM PDT

KUALA LUMPUR: T7 Global Bhd berjaya meraih tiga kontrak yang secara keseluruhannya bernilai RM100 juta menerusi anak-anak syarikatnya.

Ibu Fizo sedih dituduh punca cerai

Posted: 19 Jul 2019 03:01 AM PDT

BANGI: Ibu kepada Fizo Omar, Hasnah Jidin, 59, sedih apabila dituduh menjadi punca perceraian pelakon dan usahawan itu dengan bekas isterinya, Mawar Abdul Karim.

Bursa Malaysia ditutup tinggi selepas tiga hari catat kerugian

Posted: 19 Jul 2019 05:26 AM PDT

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia mengekalkan momentum menaiknya dan ditutup tinggi hari ini selepas mencatat kerugian tiga hari berturut-turut, apabila pelabur mengambil kira kemungkinan penurunan kadar faedah di Amerika Syarikat, yang sekali gus akan menarik lebih banyak kemasukan dana ke pasaran pesat membangun, termasuk Malaysia.

Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS

Posted: 19 Jul 2019 05:26 AM PDT

KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini seiring dengan prestasi kebanyakan mata wang negara Asia sedang pesat membangun susulan penurunan mata wang Amerika Syarikat (AS) itu, kata seorang peniaga.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template