BH Online - Terkini |
- Terengganu dicabar dedah data perbelanjaan wang royalti minyak
- 2 kanak-kanak lemas
- Sisa toksik bawah tanah punca pencemaran di Pasir Gudang
- Nik Faisal sangat berkuasa, ada 'gunung' belakang dia - Suboh
- Arsenal tandatangani Martinelli, cuba dapatkan Zaha
- Hargai anggota bomba, jangan hina mereka - Zuraida
- Pencuri larikan 150 wain bernilai RM1.8 - RM2.8 juta
- Serangan cat merah tak pudarkan semangat aktivis alam sekitar
- Remaja perempuan dirogol 4 sepupu, guru kerana pandai
- Facebook didenda RM9.3 juta gagal bendung ucapan benci
- Pelajar larikan diri dakwa dibuli di sekolah
- Hafizh Syahrin nafi `turun' Moto2 musim depan
- 18 maut, 4 hilang militan serang kem tentera
- Petugas, pengamal media perlu diberi kelengkapan sesuai ke kawasan pencemaran
- Zahid lantik lima MT baharu
- <img src="https://assets.bharian.com.my/sites/all/themes/custom/bh_v2/images/bhplus.png" srcset="https://assets.bharian.com.my/sites/all/themes/custom/bh_v2/images/bhplus.png 1x, https://assets.bharian.com.my/sites/all/themes/custom/bh_v2/images/bhplus%402x.png 2x" alt="BHPLUS"> EKSKLUSIF: Jarak zon penampan tidak lagi relevan
- Bee Yin nafi kementeriannya lambat tangani pencemaran Pasir Gudang
- GCE-ELMINA Duathlon sasar 1,000 penyertaan
- SMK Seksyen 11 terus hambat SSMP B
- Abang rayu pulangkan adik
- Pematuhan AML di syarikat perkhidmatan kewangan Malaysia dianggarkan AS$0.89 bilion
- DPMM anggap krisis kepemimpinan selesai
- Undang-undang baharu guna sumber air bawah tanah dirangka
- Ringgit kekal rendah
- Bursa Malaysia hampiri paras tertinggi empat bulan
- Tiada pengadil import final Piala FA 2019
- 50 maut lori tangki terbakar
- 'Viking clap' meriahkan final Piala FA 2019
- Tengku Abdul Rahman kekal Presiden PBNP
- LHDN nafi laporan portal dakwa pengawainya lakukan operasi ala gangster
| Terengganu dicabar dedah data perbelanjaan wang royalti minyak Posted: 02 Jul 2019 03:48 AM PDT KUALA TERENGGANU: Kerajaan Terengganu dicabar mendedahkan secara terperinci data perbelanjaan wang hasil royalti minyak yang disalurkan terus kerajaan Pakatan Harapan (PH) berjumlah RM1.5 bilion tahun lalu. |
| Posted: 02 Jul 2019 07:39 AM PDT PARIT BUNTAR: "Tak sangka itu anak saya." |
| Sisa toksik bawah tanah punca pencemaran di Pasir Gudang Posted: 02 Jul 2019 09:29 AM PDT KUALA LUMPUR: Kejadian pencemaran udara di Pasir Gudang, Johor, dipercayai berpunca pembuangan sisa toksik yang ditanam di dalam tanah. |
| Nik Faisal sangat berkuasa, ada 'gunung' belakang dia - Suboh Posted: 02 Jul 2019 05:14 AM PDT KUALA LUMPUR: Menggunakan peribahasa Cina, bekas Pengarah SRC International Sdn Bhd (SRC), Datuk Suboh Md Yassin, menyifatkan bekas Ketua Pegawai Eksekutif syarikat itu, Nik Faisal Ariff Kamil, mendapat sokongan individu berpengaruh, seolah-olah 'ada gunung di belakangnya'. |
| Arsenal tandatangani Martinelli, cuba dapatkan Zaha Posted: 02 Jul 2019 08:21 AM PDT LONDON: Arsenal menandatangani penyerang Brazil berusia 18 tahun, Gabriel Martinelli dari Ituano Futebol Clube dengan nilai tidak didedahkan, umum kelab dari London itu hari ini. |
| Hargai anggota bomba, jangan hina mereka - Zuraida Posted: 02 Jul 2019 08:03 AM PDT REMBAU: Tindakan segelintir pihak tidak mengenang pengorbanan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) amat dikesali. |
| Pencuri larikan 150 wain bernilai RM1.8 - RM2.8 juta Posted: 02 Jul 2019 07:59 AM PDT PARIS: Pencuri memecah masuk ke ruang bawah tanah restoran mewah di ibu kota Perancis dan melarikan sekurang-kurangnya 150 botol wain bernilai ratusan ribu euro, kata sumber polis hari ini. |
| Serangan cat merah tak pudarkan semangat aktivis alam sekitar Posted: 02 Jul 2019 07:57 AM PDT BANTING: Biarpun rumahnya disimbah cat sehingga terkena kakaknya sendiri, kejadian itu tidak melemahkan semangat seorang aktivis alam sekitar, di sini. |
| Remaja perempuan dirogol 4 sepupu, guru kerana pandai Posted: 02 Jul 2019 07:49 AM PDT NEW DELHI: Seorang remaja perempuan 16 tahun dirogol empat sepupu dan seorang gurunya kerana cemburu dengan kecemerlangan mangsa dalam pelajaran. |
| Facebook didenda RM9.3 juta gagal bendung ucapan benci Posted: 02 Jul 2019 07:18 AM PDT BERLIN: Mahkamah Jerman mendenda Facebook sebanyak dua juta euro (RM9.3 juta) kerana tidak bersikap telus sepenuhnya berhubung tindakan diambil untuk membendung ucapan kebencian atas talian. |
| Pelajar larikan diri dakwa dibuli di sekolah Posted: 02 Jul 2019 07:15 AM PDT SHAH ALAM: Seorang remaja lelaki berusia 15 tahun melarikan diri dari rumah keluarganya di pekan Kuala Selangor, di sini, pagi tadi, dipercayai enggan dihantar ke sekolah kerana mendakwa dibuli. |
| Hafizh Syahrin nafi `turun' Moto2 musim depan Posted: 02 Jul 2019 06:51 AM PDT KUALA LUMPUR: Pelumba Red Bull KTM Tech3, Hafizh Syahrin Abdullah berdepan spekulasi kencang mengenai masa depannya dalam kelas MotoGP di saat dirinya sedang memberi tumpuan penuh kepada Grand Prix (GP) Jerman, hujung minggu ini. |
| 18 maut, 4 hilang militan serang kem tentera Posted: 02 Jul 2019 06:35 AM PDT NIAMEY (NIGER) : Sekurang-kurangnya 18 tentera terbunuh di barat Niger manakala empat lagi hilang selepas satu kumpulan disyaki militan Islam meletupkan dua buah kereta dan melepaskan tembakan ke arah kem. |
| Petugas, pengamal media perlu diberi kelengkapan sesuai ke kawasan pencemaran Posted: 02 Jul 2019 06:31 AM PDT JOHOR BHARU: Semua pihak termasuk petugas media yang terbabit dalam operasi berkaitan pencemaran gas atau toksik perlu mematuhi peraturan keselamatan dan kesihatan terutama menggunakan peralatan perlindungan diri (PPE) yang sesuai. |
| Posted: 02 Jul 2019 05:48 AM PDT KUALA LUMPUR: Ketua UMNO Bahagian Batu Pahat, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi dan Ketua UMNO Bahagian Hulu Langat, Datuk Johan Abdul Aziz antara lima nama baharu dilantik sebagai Ahli Majlis Tertinggi (MT) parti itu. |
| Posted: 02 Jul 2019 06:21 AM PDT KUALA LUMPUR: Garis panduan ditetapkan Jabatan Alam Sekitar (JAS) bagi menentukan zon penampan yang selamat di antara zon perindustrian dan perumahan wajar dikaji semula bagi mengurangkan risiko apabila berlaku pencemaran. |
| Bee Yin nafi kementeriannya lambat tangani pencemaran Pasir Gudang Posted: 02 Jul 2019 06:18 AM PDT JOHOR BAHRU: Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Yeo Bee Yin, menafikan tuduhan bahawa kementeriannya lambat bertindak menangani insiden pencemaran udara di Pasir Gudang, sejak 12 hari lalu. |
| GCE-ELMINA Duathlon sasar 1,000 penyertaan Posted: 02 Jul 2019 05:43 AM PDT KUALA LUMPUR: Guthrie Corridor Expressway (GCE)-ELMINA Duathlon bakal memasuki tahun penganjuran kedua berturut-turut pada September ini selepas menerima penyertaan menggalakkan tahun lalu. |
| SMK Seksyen 11 terus hambat SSMP B Posted: 02 Jul 2019 05:35 AM PDT KUALA LUMPUR: Saingan Liga Perdana 100PLUS Liga Piala Menteri Pendidikan Malaysia 2019 bawah 14 tahun semakin panas antara kelompok atas, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seksyen 11 dan pendahulu, Sekolah Sukan Malaysia Pahang (SSMP) B. |
| Posted: 02 Jul 2019 05:26 AM PDT JERTIH: "Saya merayu sesiapa yang ambil adik, pulangkan dia ke pangkuan keluarga kami," kata Saifudin Mohd, 15. |
| Pematuhan AML di syarikat perkhidmatan kewangan Malaysia dianggarkan AS$0.89 bilion Posted: 02 Jul 2019 05:23 AM PDT SINGAPURA: Kos sebenar pematuhan Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AML) di semua syarikat perkhidmatan kewangan Malaysia dianggarkan sebanyak AS$0.89 bilion (AS$1=RM4.135), menurut kajian "True Cost of AML Compliance" LexisNexis Risk Solutions. |
| DPMM anggap krisis kepemimpinan selesai Posted: 02 Jul 2019 05:15 AM PDT KUANTAN: Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM), Rizal Faris Mohideen Abdul Kader, menganggap krisis kepemimpinan pertubuhan itu sejak hujung tahun lalu sudah selesai dan tidak perlu dipanjangkan lagi. |
| Undang-undang baharu guna sumber air bawah tanah dirangka Posted: 02 Jul 2019 05:04 AM PDT SHAH ALAM: Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli sedang merangka undang-undang baharu membabitkan penggunaan sumber air bawah tanah bagi kegunaan harian dan industri dalam jangka masa panjang. |
| Posted: 02 Jul 2019 05:03 AM PDT KUALA LUMPUR: Ringgit kekal rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) buat hari kedua berturut-turut disebabkan permintaan lemah ke atas mata wang tempatan selain sentimen luaran yang bercampur-campur. |
| Bursa Malaysia hampiri paras tertinggi empat bulan Posted: 02 Jul 2019 05:00 AM PDT KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia melepasi tahap rintangan 1,690 untuk ditutup hampir paras tertinggi dalam tempoh empat bulan. |
| Tiada pengadil import final Piala FA 2019 Posted: 02 Jul 2019 04:59 AM PDT KUALA LUMPUR: Tanpa ada alasan tepat, hasrat peminat bola sepak untuk menyaksikan pengadil import bertugas dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) buat kali pertama bermula final Piala FA di Stadium Nasional Bukit Jalil, pada hujung bulan ini, tidak kesampaian. |
| Posted: 02 Jul 2019 04:58 AM PDT ABUJA: Sekurang-kurangnya 50 terbunuh di Nigeria dalam kebakaran membabitkan lori tangki yang terbalik. |
| 'Viking clap' meriahkan final Piala FA 2019 Posted: 02 Jul 2019 04:58 AM PDT KUALA LUMPUR: Final Piala FA edisi ke-30 di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 27 Julai ini bakal terpahat dalam buku Malaysia Book of Records menerusi aktiviti 'viking clap' yang akan direalisasikan bersama oleh gabungan 80,000 penyokong Perak dan Kedah. |
| Tengku Abdul Rahman kekal Presiden PBNP Posted: 02 Jul 2019 04:56 AM PDT KUANTAN: Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah kekal sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP) selepas menang tanpa bertanding dalam pemilihan baharu persatuan itu, hari ini. |
| LHDN nafi laporan portal dakwa pengawainya lakukan operasi ala gangster Posted: 02 Jul 2019 04:06 AM PDT KUALA LUMPUR: Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menafikan laporan sebuah portal berita, kononnya pegawai agensi itu melakukan operasi siasatan ala 'gangster' ketika membuat lawatan mengejut ke sebuah kolej swasta di sini, Mac tahun lalu. |
| You are subscribed to email updates from BH Online - Terkini. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google, 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States | |


















0 comments:
Post a Comment