BH Online - Terkini |
- Peninju Russia, Maxim Dadashev maut selepas bertarung
- Mark Esper sah Setiausaha Pertahanan AS baharu
- MoA bantu peladangnita pasar produk ke peringkat antarabangsa - Salahuddin
- Tindakan tegas jika gula-gula 'Ghost Smoke' ada nikotin
- SKMM siasat penyalahgunaan nama PM
- Usaha cari 2 anggota tentera hilang diteruskan - Mohamad
- Kehilangan anak, menantu saat akhir ke Makkah
- Malaysia konsisten duduki senarai 10 destinasi utama pelancongan - KSN
- Arab Saudi kutuk Israel roboh rumah Palestin
- Enam terselamat stor kediaman terbakar
- Chelsea atasi Barcelona
- Set gamelan 208 tahun iringi istiadat pertabalan
- Daging korban tidak harus diberi kepada bukan Islam - Harussani
- Iran ucap tahniah kepada Boris Johnson
- Keputusan undian Piala Malaysia
- Ekspo Durian KL 2019 mulai Jumaat ini
- Tiada bayi perempuan, majistret arah siasat kes gugur janin
- Warga emas melecur, anggota bomba terkena renjatan elektrik
- Bakal Presiden EU ucap tahniah kepada Boris Johnson
- Pemain perlu aksi hoki dalam dewan kompetitif
- SPRM teliti semula kes kontroversi
- Bale tidak akan tinggalkan Real Madrid secara pinjaman
- 'Saya diarahkan untuk berhenti'
- Mana ada saya kahwin - Ebby Yus
- Bekalan air di Gombak pulih sepenuhnya
- MPM mahu adakan AGM sebelum September
- Haziq, Farhash dibebaskan dengan jaminan polis
- KPDNHEP rampas 2,644 baja subsidi
- Persediaan mental hadapi Sukan SEA Manila
- Boris Johnson PM baharu Britain
| Peninju Russia, Maxim Dadashev maut selepas bertarung Posted: 23 Jul 2019 10:56 AM PDT MOSCOW: Peninju Russia, Maxim Dadashev meninggal dunia akibat kecederaan serius yang dialaminya selepas satu pertarungan di Maryland, kata persekutuan tinju Russia hari ini. |
| Mark Esper sah Setiausaha Pertahanan AS baharu Posted: 23 Jul 2019 10:17 AM PDT WASHINGTON: Senat Amerika Syarikat (AS) hari ini mengesahkan perlantikan Mark Esper sebagai Setiausaha Pertahanan AS baharu, tujuh bulan selepas Jim Mattis meletak jawatan. |
| MoA bantu peladangnita pasar produk ke peringkat antarabangsa - Salahuddin Posted: 23 Jul 2019 10:13 AM PDT KUALA LUMPUR: Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MoA) komited untuk terus membantu peladang wanita (peladangnita) dalam memasarkan produk mereka di pasaran domestik dan global. |
| Tindakan tegas jika gula-gula 'Ghost Smoke' ada nikotin Posted: 23 Jul 2019 10:02 AM PDT KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan akan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang mengedar dan menjual gula-gula 'Ghost Smoke' sekiranya bahan nikotin ditemukan dalam kandungan produk itu. |
| SKMM siasat penyalahgunaan nama PM Posted: 23 Jul 2019 10:03 AM PDT KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) memulakan siasatan kes penyalahgunaan nama Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. |
| Usaha cari 2 anggota tentera hilang diteruskan - Mohamad Posted: 23 Jul 2019 09:24 AM PDT KUALA LUMPUR: Usaha mencari dua anggota tentera yang hilang di Pulau Perak, Kedah, Jumaat lalu, diteruskan membabitkan semua cabang perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM). |
| Kehilangan anak, menantu saat akhir ke Makkah Posted: 23 Jul 2019 09:01 AM PDT PETALING JAYA: Walaupun berdepan dugaan hebat kehilangan anak dan menantu serentak dalam kemalangan jalan raya hari ini, Zakaria Tajuddin dan isteri, Halimah Mohd Isa, tetap akan berangkat ke Makkah bagi menunaikan haji, esok. |
| Malaysia konsisten duduki senarai 10 destinasi utama pelancongan - KSN Posted: 23 Jul 2019 09:20 AM PDT KUALA LUMPUR: Malaysia membuktikan keupayaannya dalam industri pelancongan apabila secara konsisten menduduki senarai 10 destinasi utama pelancongan, kata Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr Ismail Bakar. |
| Arab Saudi kutuk Israel roboh rumah Palestin Posted: 23 Jul 2019 09:17 AM PDT RIYADH: Arab Saudi hari ini mengutuk tindakan Israel yang merobohkan kediaman penduduk Palestin dalam satu operasi kontroversi semalam sekali gus menggesa kuasa besar dunia untuk menghentikan kekejaman ini. |
| Enam terselamat stor kediaman terbakar Posted: 23 Jul 2019 09:03 AM PDT KUALA LUMPUR: Bomba menyelamatkan enam penghuni termasuk dua kanak-kanak yang terperangkap dalam sebuah kediaman di Jalan Lorong Rahim Kajai, Taman Tun Dr Ismail (TTDI) di sini, apabila ruang stor kediaman itu terbakar, awal malam tadi. |
| Posted: 23 Jul 2019 07:37 AM PDT SAITAMA, Jepun: Jaringan daripada setiap babak oleh Tammy Abraham dan Ross Barkley membolehkan Chelsea meraih kemenangan 2-1 ke atas Barcelona di Saitama, sebentar tadi. |
| Set gamelan 208 tahun iringi istiadat pertabalan Posted: 23 Jul 2019 07:10 AM PDT KUANTAN: Set gamelan berusia 208 tahun yang akan digunakan bagi mengiringi dan menyerikan Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada 30 Julai ini mempunyai kisah yang bernilai untuk dikongsi. |
| Daging korban tidak harus diberi kepada bukan Islam - Harussani Posted: 23 Jul 2019 06:45 AM PDT IPOH: Daging hasil penyembelihan dalam ibadat korban tidak harus diberikan kepada bukan Islam, kata Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria. |
| Iran ucap tahniah kepada Boris Johnson Posted: 23 Jul 2019 06:43 AM PDT TEHRAN: Menteri Luar Iran, mengucapkan tahniah kepada Boris Johnson selepas dipilih sebagai perdana menteri British hari ini, dalam masa sama memberi amaran kepada Britain bahawa negara itu tetap akan melindungi perairan 'Teluk' mereka. |
| Keputusan undian Piala Malaysia Posted: 22 Jul 2019 11:46 PM PDT KUALA LUMPUR: Berikut adalah keputusan undian Piala Malaysia 2019 yang diadakan di sini, hari ini. |
| Ekspo Durian KL 2019 mulai Jumaat ini Posted: 23 Jul 2019 05:55 AM PDT KUALA LUMPUR: Aroma dan kelazatan durian sering meniti perbualan masyarakat di Malaysia, malah 'penangan' raja buah ini semakin meraih populariti di pasaran antarabangsa, khususnya China. |
| Tiada bayi perempuan, majistret arah siasat kes gugur janin Posted: 23 Jul 2019 06:17 AM PDT NEW DELHI: Ketiadaan seorang pun bayi perempuan yang dilahirkan dalam masa tiga bulan mendorong seorang majistret melancarkan siasatan mengenai kemungkinan pengguguran janin perempuan. |
| Warga emas melecur, anggota bomba terkena renjatan elektrik Posted: 23 Jul 2019 06:22 AM PDT KOTA KINABALU: Seorang warga emas melecur manakala seorang anggota bomba terkena renjatan elektrik dalam kebakaran membabitkan tiga rumah di Kampung Rampayan, Manggatal, hari ini. |
| Bakal Presiden EU ucap tahniah kepada Boris Johnson Posted: 23 Jul 2019 06:22 AM PDT PARIS: Bakal pemimpin Kesatuan Eropah (EU), Ursula von der Leyen, mengucapkan tahniah kepada Boris Johnson selepas terpilih sebagai perdana menteri British hari ini. |
| Pemain perlu aksi hoki dalam dewan kompetitif Posted: 23 Jul 2019 06:15 AM PDT KUALA LUMPUR: Kejohanan hoki dalam dewan yang kompetitif wajar dianjurkan di negara ini dalam memastikan barisan pemain mempunyai kalendar padat sepanjang tahun. |
| SPRM teliti semula kes kontroversi Posted: 23 Jul 2019 03:36 AM PDT GEORGETOWN: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang meneliti dan menyemak semula beberapa kes yang mendapat perhatian masyarakat, termasuk kes membabitkan orang kenamaan (VIP). |
| Bale tidak akan tinggalkan Real Madrid secara pinjaman Posted: 23 Jul 2019 06:10 AM PDT LONDON: Gareth Bale tidak akan meninggalkan Real Madrid menerusi pinjaman pada fasa perpindahan walaupun tidak menjadi pilihan di bawah kendalian Zinedine Zidane, kata ejennya hari ini. |
| 'Saya diarahkan untuk berhenti' Posted: 23 Jul 2019 06:09 AM PDT KUALA LUMPUR: Bekas Pengurus Perhubungan (RM) AmBank, Joanna Yu yang mengendalikan akaun semasa Datuk Seri Najib Razak, digesa meletakkan jawatan pada penghujung 2015. |
| Mana ada saya kahwin - Ebby Yus Posted: 23 Jul 2019 06:04 AM PDT KUALA LUMPUR: Pelakon dan pelawak, Ebby Yus bingung apabila dihujani pelbagai soalan, rentetan penyebaran gambar dia bersama penyanyi, Zizi Kirana mengenakan pakaian pengantin tular di media sosial. |
| Bekalan air di Gombak pulih sepenuhnya Posted: 23 Jul 2019 06:00 AM PDT SHAH ALAM: Seramai 155,850 akaun pengguna di Gombak yang terjejas akibat masalah pencemaran air di Sungai Selangor, Ahad lalu, sudah menerima bekalan air sepenuhnya. |
| MPM mahu adakan AGM sebelum September Posted: 23 Jul 2019 05:57 AM PDT SEPANG: Selepas hampir sebulan pemilihan Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) ditangguhkan, badan induk itu berhasrat mengadakan pemilihan baharu sebelum September ini. |
| Haziq, Farhash dibebaskan dengan jaminan polis Posted: 23 Jul 2019 05:51 AM PDT KUALA LUMPUR: Bekas Ketua AMK Santubong, Haziq Abdullah Abdul Aziz, yang mengaku sebagai lelaki dalam video lucah dikaitkan dengan seorang menteri, dibebaskan dengan jaminan polis, petang tadi. |
| KPDNHEP rampas 2,644 baja subsidi Posted: 23 Jul 2019 05:25 AM PDT BUKIT KAYU HITAM: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) merampas 2,644 beg baja urea dan baja sebatian bersubsidi yang disimpan secara haram di Sanglang dan Air Hitam, dekat sini, semalam. |
| Persediaan mental hadapi Sukan SEA Manila Posted: 23 Jul 2019 05:46 AM PDT SERDANG: Kontinjen negara ke Sukan SEA Filipina dinasihatkan membuat persediaan daripada sudut mental bagi menghadapi temasya dwi tahunan ke-30 itu November ini. |
| Boris Johnson PM baharu Britain Posted: 23 Jul 2019 05:31 AM PDT LONDON: Boris Johson menang persaingan menjadi Perdana Menteri Britain hari ini, tetapi berhadapan konfrontasi berhubung Brexit dengan Brussels dan anggota partinya sendiri selain ketegangan diplomatik dengan Iran. |
| You are subscribed to email updates from BH Online - Terkini. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google, 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States | |


















0 comments:
Post a Comment