Thursday, July 25, 2019

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


Wanita lepas tembakan di restoran McDonald hanya kentang goreng sejuk

Posted: 25 Jul 2019 10:23 AM PDT

GARDEN CITY: Seorang wanita berusia 27 tahun ditahan polis selepas menyerbu sebuah restoran McDonald menggunakan selaras senapang gara-gara diberikan hidangan kentang goreng sejuk, lapor media tempatan.

Kerjasama tiga negara bangunkan semula tamadun Islam

Posted: 25 Jul 2019 10:17 AM PDT

TIGA negara Islam - Malaysia, Turki dan Pakistan akan mencari jalan bagaimana mengembalikan kekuatan serta membina semula tamadun Islam sejagat supaya tidak lagi mudah diperlekehkan oleh sesiapa.

18 nelayan Vietnam didenda RM2.58j

Posted: 25 Jul 2019 10:01 AM PDT

KUALA TERENGGANU: Seramai 18 nelayan Vietnam termasuk dua tekong dijatuhi hukuman denda RM2.58 juta di Mahkamah Sesyen di sini selepas didapati bersalah menangkap ikan menggunakan pukat tunda dua bot dan membuang pukat ke laut bagi menghapuskan bukti.

21 ahli PKR cabang Masjid Tanah keluar parti

Posted: 25 Jul 2019 10:06 AM PDT

MELAKA: Seramai 21 ahli PKR Cabang Masjid Tanah yang diketuai naib pengerusinya, Khairuddin Ibrahim mengumumkan keluar parti kerana dikatakan tidak berpuas hati dengan kepimpinan peringkat negeri.

Tun M tegur golongan tolak ajaran ilmu sekular

Posted: 25 Jul 2019 09:25 AM PDT

PENGUASAAN akademik dunia Islam semakin menurun selepas golongan ulama kuno menolak pengajaran ilmu sekular.

Bayi 9 bulan lemas dalam baldi di taska

Posted: 25 Jul 2019 09:12 AM PDT

SHAH ALAM: Seorang bayi lelaki dipercayai lemas selepas ditemui tersembam dalam baldi berisi air di tandas sebuah taska di Jalan Kebun, di sini, tengah hari semalam.

Pendaki KE7B-PETRONAS tawan puncak Fuji

Posted: 25 Jul 2019 08:46 AM PDT

KUALA LUMPUR: Kesemua 27 pendaki yang juga pengendali stesen minyak Petronas berjaya menawan puncak Gunung Fuji di Jepun, yang berketinggian 3,776 meter, pagi tadi.

Arsenal pinjam Ceballos semusim

Posted: 25 Jul 2019 08:18 AM PDT

LONDON: Arsenal mengumumkan hari ini kelab itu menandatangani pemain tengah Real Madrid, Dani Ceballos secara pinjaman untuk semusim.

Cukai pendapatan RM1.69 bilion, Najib mohon penangguhan prosiding

Posted: 25 Jul 2019 08:15 AM PDT

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak akan memfailkan permohonan penangguhan prosiding tuntutan cukai pendapatan sebanyak RM1.69 bilion oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) terhadapnya, sementara menunggu rayuan mengenai penilaian cukai kepada LHDN.

Man United atasi Spurs di Shanghai

Posted: 25 Jul 2019 08:06 AM PDT

SHANGHAI: Angel Gomes meledak gol kemenangan minit ke-81 untuk Manchester United ketika menewaskan Tottenham Hotspur 2-1 dalam Piala Juara-Juara Antarabangsa, sekali gus menamatkan jelajah pra-musim Asia dan Australia dengan empat kemenangan daripada empat perlawanan.

Sirhajwan terima anugerah pendidikan Australia

Posted: 25 Jul 2019 07:39 AM PDT

PETALING JAYA: Guru Kolej Vokasional Keningau, Sirhajwan Idek, menjadi rakyat Malaysia pertama menerima Anugerah Hubungan Pendidikan Australia sempena persidangan Menteri-Menteri Pendidikan Asia Tenggara (SEAMEO) di sini, semalam.

Dua ditahan bantu siasatan pencemaran diesel

Posted: 25 Jul 2019 07:25 AM PDT

SUBANG JAYA: Pengusaha pontun dan pekerjanya berusia awal 20-an hingga 30-an ditahan polis semalam bagi membantu siasatan punca pencemaran minyak diesel di Sungai Selangor.

Chempaka penyeri rumah tangga Sheila, Ammar

Posted: 25 Jul 2019 07:21 AM PDT

KUALA LUMPUR: Hampir tiga tahun berumah tangga, penantian penyanyi Sheila Abdull, 30, dan suami, Ammar Habir untuk menimang anak sulung menjadi kenyataan pada 21 Julai lalu.

Kementerian Pertahanan nafi berita 2 anggota RRD hilang ditemui

Posted: 25 Jul 2019 07:11 AM PDT

KUALA LUMPUR: Kementerian Pertahanan menafikan berita tersebar mendakwa dua anggota tentera yang hilang ketika bertugas dalam Operasi PEJARAK (Op PEJARAK) di Pulau Perak, Kedah, sejak 19 Julai lalu, sudah ditemui.

BIMB terima pengiktirafan

Posted: 25 Jul 2019 07:06 AM PDT

KUALA LUMPUR: BIMB Holdings Bhd baru-baru ini dipilih sebagai 20 finalis dalam Anugerah Membina Kepercayaan 2019 oleh PricewaterhouseCoopers (PwC) Malaysia.

12 terkorban serangan udara di Syria

Posted: 25 Jul 2019 06:58 AM PDT

BEIRUT: Seramai 12 orang awam termasuk tiga kanak-kanak dilaporkan terkorban selepas tentera rejim Syria dan Russia melancarkan serangan udara di barat laut negara itu, hari ini.

Buat laporan palsu disamun

Posted: 25 Jul 2019 06:56 AM PDT

PORT DICKSON: Seorang lelaki berusia 26 tahun mencederakan diri sendiri dan kemudian membuat laporan palsu dirinya disamun, kelmarin.

Dewan Negara lulus pindaan Perlembagaan turunkan umur mengundi kepada 18 tahun

Posted: 25 Jul 2019 06:54 AM PDT

KUALA LUMPUR: Selepas 10 hari Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) 2019 diluluskan di Dewan Rakyat, ia diluluskan di Dewan Negara hari ini dengan majoriti dua pertiga.

Lebih 400 kekosongan jawatan guru interim di Sabah

Posted: 25 Jul 2019 06:44 AM PDT

KOTA KINABALU: Sabah masih ada lebih 400 kekosongan jawatan guru interim di sekolah rendah dan menengah seluruh negeri, tahun ini.

Jambatan gantung rosak akan dibaiki secepat mungkin

Posted: 25 Jul 2019 06:46 AM PDT

TONGOD: Jambatan gantung yang rosak di Kampung Porotawoi, dekat sini, akan dibaiki secepat mungkin.

Kerajaan lantik 32 penyelaras kepenggunaan

Posted: 25 Jul 2019 06:40 AM PDT

ALOR SETAR: Seramai 32 individu dilantik sebagai Penyelaras Kepenggunaan Parlimen Zon Utara untuk memberikan penjelasan kepada masyarakat berhubung isu kepenggunaan.

Tun M diberi sambutan negara

Posted: 25 Jul 2019 06:39 AM PDT

ANKARA: Tun Dr Mahathir Mohamad diberi sambutan negara di Kompleks Presiden di sini, hari ini sempena lawatan rasmi empat harinya ke Turki.

6 pekerja badan amal diculik di Nigeria

Posted: 25 Jul 2019 04:33 AM PDT

PARIS: Pertubuhan badan amal Bertindak Melawan Kebuluran (ACF), hari ini mengesahkan bahawa enam pekerjanya diculik di timur laut Nigeria, sejurus sebuah kumpulan menyiarkan satu rakaman video mengenai mereka.

TH catat prestasi kewangan separuh pertama 2019 lebih baik

Posted: 24 Jul 2019 09:29 PM PDT

KUALA LUMPUR: Keuntungan bersih separuh pertama 2019 Lembaga Tabung Haji (TH) meningkat kepada RM815 juta, dengan lebihan aset sebanyak RM1.8 bilion.

Elakkan perkara boleh pecah belah perpaduan rakyat - KM Sabah

Posted: 25 Jul 2019 06:32 AM PDT

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, meminta semua pihak mengelakkan perkara yang boleh memecahbelahkan perpaduan rakyat pelbagai kaum dan agama di negeri ini.

Ratusan penerbangan di Amsterdam terkandas

Posted: 25 Jul 2019 03:51 AM PDT

AMSTERDAM: Trafik udara di Lapangan Terbang Schiphol Amsterdam tergendala, hari ini, selepas syarikat pembekal bahan bakar utamanya memutuskan bekalan, menyebabkan ribuan penumpang terkandas di lapangan terbang itu, semalaman.

KPDNHEP Sarawak rampas gula-gula 'Ghost Smoke'

Posted: 25 Jul 2019 06:29 AM PDT

KUCHING: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Sarawak merampas 792 peket gula-gula 'Ghost Smoke' dalam serbuan di sebuah premis di SMI Industrial Park Demak Laut, hari ini.

Mahkamah Persekutuan benarkan permohonan kes pemecatan Dr Tiong Choon dibicarakan

Posted: 25 Jul 2019 06:29 AM PDT

PETRA JAYA: Mahkamah Persekutuan hari ini membenarkan permohonan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak supaya kes berhubung pemecatan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pujut, Dr Ting Tiong Choon, dibicarakan.

Presiden Tunisia, Beji Caid Essebsi meninggal dunia

Posted: 25 Jul 2019 03:53 AM PDT

TUNIS: Presiden Tunisia, Beji Caid Essebsi, meninggal dunia pada usia 92 tahun, kata Pejabat Presiden dalam satu kenyataan hari ini.

DNA bantu kesan pembunuh selepas 30 tahun

Posted: 25 Jul 2019 01:20 AM PDT

WASHINGTON: Seorang pemandu lori dihukum penjara seumur hidup, selepas didapati bersalah membunuh dua mangsa, lebih 30 tahun lalu, hasil siasatan mengguna ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dan pertalian keluarga.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template