Saturday, July 27, 2019

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


Warga Afrika serang polis, 10 ditahan

Posted: 27 Jul 2019 11:16 AM PDT

KUALALUMPUR: Polis menahan 10 lelaki susulan kes empat anggota polis diserang sekumpulan lelaki Afrika dalam satu operasi di sebuah kediaman di Pangsapuri Flora Damansara, Petaling Jaya dekat sini, kelmarin.

15 penduduk awam maut serangan udara di Syria

Posted: 27 Jul 2019 11:07 AM PDT

ARIHA: Serangan udara rejim dan Russia di barat laut Syria mengorbankan 15 penduduk awam termasuk ramai kanak-kanak, sejak peningkatan serangan dua sekutu itu meragut ratusan nyawa, mulai April lalu.

Turki sedia beri akses teknologi kepada Malaysia

Posted: 27 Jul 2019 06:57 AM PDT

ISTANBUL: Turki bersedia memberi akses teknologi kepada Malaysia, sesuatu yang jarang dilakukan oleh mana-mana syarikat atau negara lain, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Hadiah buat penyokong Kedah - Aidil

Posted: 27 Jul 2019 10:07 AM PDT

KUALA LUMPUR: Pengendali Kedah, Aidil Sharin Sahak menyifatkan kejayaan menjulang Piala FA sebagai habuan bermakna buat pemainnya yang bermain bermati-matian sebelum menang 1-0 ke atas Perak di Stadium Nasional Bukit Jalil, sebentar tadi.

Durakovic tetap bangga

Posted: 27 Jul 2019 09:51 AM PDT

KUALA LUMPUR: Sekalipun terlepas trofi Piala FA kepada Kedah, pengendali Perak Mehmet Durakovic kekal tenang tanpa menunjukkan raut wajah kecewa pada sidang media selepas perlawanan, sebentar tadi.

Kedah juara Piala FA 2019

Posted: 27 Jul 2019 09:06 AM PDT

BUKIT JALIL: Sentuhan pertama pemain gantian Mohd Fadzrul Danel Mohd Nizam sebaik dimasukkan memastikan kemenangan 1-0 Kedah ke atas Perak pada aksi final Piala FA di Stadium Nasional Bukit Jalil, sebentar tadi.

Sekitar final Piala FA 2019

Posted: 27 Jul 2019 05:18 AM PDT

'Viking Clap' cetus semangat 'pemain ke-12'

Posted: 27 Jul 2019 06:11 AM PDT

KUALA LUMPUR: Aksi final Piala FA 2019 membabitkan Perak dan Kedah turut mencipta sejarah tersendiri apabila acara 'Viking Clap' besar-besaran diadakan sebelum sepak mula perlawanan itu.

Lawatan luar biasa, amat bermakna ke Turki - Tun M

Posted: 27 Jul 2019 09:09 AM PDT

TUN Dr Mahathir Mohamad menyifatkan lawatannya ke Turki kali ini amat luar biasa dan begitu bermakna kepada Malaysia.

Gaduh, tikam rakan, gantung diri

Posted: 27 Jul 2019 08:42 AM PDT

KEPALA BATAS: Seorang lelaki warga India membunuh rakan senegaranya sebelum menggantung diri di sebuah rumah kedai dekat Taman Bertam Ria di sini, hari ini.

Polis guna gas pemedih mata, peluru getah di Hong Kong

Posted: 27 Jul 2019 08:20 AM PDT

HONG KONG: Polis melepaskan tembakan gas pemedih mata dan peluru getah, sementara penunjuk perasaan membaling batu, ketika pertembungan di sebuah kawasan pinggir bandar Hong Kong, hari ini.

Ainul Mardhiah pulang

Posted: 27 Jul 2019 08:17 AM PDT

LONDON: Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin, bayi berusia 11 bulan yang selamat menjalani pembedahan membuang ketumbuhan lidahnya di sini, pulang ke tanah air hari ini.

5,000 penunjuk perasaan New Zealand bantah bina rumah di tanah pribumi Maori

Posted: 27 Jul 2019 07:47 AM PDT

WELLINGTON: Ribuan penduduk New Zealand membantah cadangan pembangunan perumahan di sebuah tanah yang dianggap suci oleh penduduk asal Maori, walau Perdana Menteri Jacinda Arden berusaha membetulkan keadaan.

30 syarat pembinaan LRT jajaran KOMTAR ke Bayan Lepas

Posted: 27 Jul 2019 01:23 AM PDT

GEORGETOWN: Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) menetapkan 30 syarat perlu dipatuhi kerajaan negeri bagi pembinaan Kereta Api Transit Aliran Ringan (LRT) jajaran KOMTAR ke Bayan Lepas.

<img src="https://assets.bharian.com.my/sites/all/themes/custom/bh_v2/images/bhplus.png" srcset="https://assets.bharian.com.my/sites/all/themes/custom/bh_v2/images/bhplus.png 1x, https://assets.bharian.com.my/sites/all/themes/custom/bh_v2/images/bhplus%402x.png 2x" alt="BHPLUS"> Kita sendiri &#039;racun&#039; sumber air

Posted: 27 Jul 2019 07:30 AM PDT

KUALA LUMPUR: Sikap masyarakat menjadikan sungai seolah-olah tempat pelupusan sampah sarap, sisa pertanian serta industri, antara punca utama pencemaran sumber air di negara ini, akhirnya menyusahkan diri sendiri.

Anggota TLDM, APM selamatkan 3 beradik

Posted: 27 Jul 2019 07:22 AM PDT

LUMUT: Tiga beradik diselamatkan daripada lemas ketika mandi di Pantai Teluk Batik, di sini, hari ini.

Remaja lemas ketika mandi air terjun, 2 rakan selamat

Posted: 27 Jul 2019 07:19 AM PDT

JOHOR BAHRU: Seorang remaja lelaki lemas ketika mandi di Air Terjun Taka Melor, Labis, dekat Segamat, hari ini, manakala dua rakannya diselamatkan orang awam.

&#039;Stormtrooper&#039;, &#039;Seladang Jadian&#039; buat &#039;kecoh&#039; di Bukit Jalil

Posted: 27 Jul 2019 03:41 AM PDT

BUKIT JALIL: Selain kehadiran manusia, Stadium Nasional Bukit Jalil turut menerima kunjungan 'Stormtrooper' dan 'Seladang Jadian' bagi menyaksikan final Piala FA antara Perak dan Kedah.

Taufiq dilantik Naib Canselor UMS yang baharu

Posted: 27 Jul 2019 06:48 AM PDT

KUALA LUMPUR: Prof Dr Taufiq Yap Yun Hin dilantik sebagai Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang baharu berkuat kuasa 30 Julai ini hingga 29 Julai 2022.

3 pacuan empat roda di pusat servis dilarikan pencuri

Posted: 27 Jul 2019 06:45 AM PDT

KUALA TERENGGANU: Tiga pacuan empat roda di sebuah pusat servis kenderaan di Jalan Kamaruddin, di sini, dipercayai dilarikan sekumpulan penjenayah membabitkan kerugian hampir setengah juta ringgit.

Protes pilihan raya berat sebelah, 435 ditahan polis Moscow

Posted: 27 Jul 2019 06:41 AM PDT

MOSCOW: Polis Russia menahan lebih 400 penunjuk perasaan di Moscow hari ini selepas mereka menuntut pilihan raya yang bebas dan adil, kata pemerhati susulan tindakan keras ke atas pembangkang.

Bantuan kecemasan pelbagai bahasa bantu jemaah haji

Posted: 26 Jul 2019 08:44 PM PDT

RIYADH: Jemaah haji yang memerlukan bantuan kecemasan dan tidak tahu siapa untuk dihubungi hanya perlu mendail 911 sebelum menyatakan bentuk pertolongan diperlukan.

Peluang Perak, Kedah, ikut JDT

Posted: 27 Jul 2019 12:40 AM PDT

KUALA LUMPUR: Bukan setakat Piala FA yang menjadi rebutan serta mahu dijulang Perak dan Kedah di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini, tiket beraksi dalam saingan kelayakan Liga Juara-Juara Asia (ACL) turut menjadi pertaruhan kedua-dua pasukan itu.

2 pendaki cedera, pitam

Posted: 27 Jul 2019 05:52 AM PDT

KOTA BHARU: Dua pendaki wanita yang mengalami kecederaan dan pitam di puncak Bukit Marak, di sini, dibawa turun oleh sepasukan bomba dan penyelamat hari ini.

JAKIM bantu SKMM kesan individu hina Nabi

Posted: 27 Jul 2019 06:03 AM PDT

HULU SELANGOR: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menerusi unit pemantau penghinaan terhadap Islam akan membantu pihak berkuasa memburu individu pemilik akaun Facebook, Wendy Loong, yang didakwa menghina Nabi Muhamad SAW.

3 siri jelajah SDSI rekod potensi jualan RM21.2 juta

Posted: 27 Jul 2019 05:47 AM PDT

KUANTAN: Tiga siri jelajah Satu Daerah Satu Industri (SDSI) anjuran bersama Kementerian Pembangunan Usahawan dan SME Corporation Malaysia (SME Corp) sejak Januari lalu, mencatatkan potensi jualan berjumlah RM21.2 juta.

Wanita PKR Perak sanggah kenyataan Chua Yee Ling

Posted: 27 Jul 2019 05:40 AM PDT

IPOH: Sebahagian pimpinan Wanita Cabang PKR Perak akan membuat aduan kepada Lembaga Disiplin parti terhadap Ketua Wanita PKR negeri, Chua Yee Ling dan EXCO kerajaan negeri, Abdul Yunus Jamhari, dalam tempoh terdekat.

49 ahli PAS Perak sertai AMANAH

Posted: 27 Jul 2019 05:28 AM PDT

BERUAS: Seramai 49 ahli PAS di Kampung Kota, di sini, menyertai Parti Amanah Negara (AMANAH), sekali gus mewujudkan cawangan baharu parti itu di kawasan berkenaan.

Lebih 15,000 tiket Piala Sultan Selangor 2019 diagihkan

Posted: 27 Jul 2019 05:25 AM PDT

SHAH ALAM: Lebih 15,000 tiket perlawanan bola sepak Piala Sultan Selangor 2019 yang akan berlangsung 24 Ogos depan disumbangkan kepada 21 kelab dan persatuan penyokong bola sepak Selangor, hari ini.

Bakar rumah tak puas hati dengan bapa

Posted: 27 Jul 2019 03:17 AM PDT

KLUANG: Polis menahan seorang lelaki berusia 24 tahun yang dipercayai membakar rumahnya sekali gus menjadi punca kebakaran sembilan rumah di Lorong 2, Jalan Dahlia, Kampung Melayu di sini, hari ini.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template