BH Online - Terkini |
- Adik PM Singapura sokong parti pembangkang
- PH mahu perubahan di Sarawak
- Timbalan Pengerusi Veteran UMNO Kelantan parah ditetak
- 'Dituduh gay, pelakon belasah bekas tunang'
- Verstappen menang GP Jerman
- 3 maut ribut di Itali
- Pelarian Rohingya enggan pulang tanpa kerakyatan
- Taman tema air RM4 juta di Setiu
- 1,400 penunjuk perasaan pilihan raya di tahan polis Moscow
- Suresh kembali ke lapang sasar
- Manfaat Jelajah Eropah - Mirnawan
- Adam dapat tonik di Sepang
- Mutu pengadil final memuaskan - Dali
- Kanak-kanak maut kemalangan dua kenderaan
- Kes denggi meningkat 89.5 peratus tahun ini
- Air laut hitam, berlumpur fenomena biasa
- Remaja lemas mandi di tasik terbiar
- UniSZA kaji 30,000 muka surat manuskrip dunia Melayu
- Ibu bapa terjebak dadah: 8 beradik diselamatkan JKM
- PDRM komited bantu banteras pemburu haram
- Johor tubuh Jawatankuasa Tetap Alam Sekitar tangani isu pencemaran
- Peranan COMBI diperluas banteras penyakit berjangkit
- Kertas cadangan elaun kritikal bomba perlu dirujuk kepada menteri - KSN
- China tolak komen AS isu penunjuk perasaan Hong Kong
- Jawatankuasa bantu tangani isu nelayan kesan projek PSR
- Tapak pelupusan sampah haram Kampung Kemumbong disita
- UMNO menghidap sindrom penafian
- Rokok seludup RM710,000 dirampas, 5 lelaki ditahan
- Mohamed Azmin, Zuraida tidak hadir mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat PKR
- Kisah dongeng Danel, malam istimewa Ifwat
| Adik PM Singapura sokong parti pembangkang Posted: 28 Jul 2019 10:35 AM PDT SINGAPURA: Adik lelaki Perdana Menteri Singapura menyokong sebuah parti pembangkang baharu dalam insiden terbaharu pertelingkahan panas keluarga pertama negara itu. |
| Posted: 28 Jul 2019 09:57 AM PDT KUCHING: Ketua Umum Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim, mahu PH Sarawak menangani pengaruh negatif, perkauman dan pemikiran sempit dalam menghadapi pilihan raya negeri Sarawak ke-12. |
| Timbalan Pengerusi Veteran UMNO Kelantan parah ditetak Posted: 28 Jul 2019 09:34 AM PDT KOTA BHARU: Timbalan Pengerusi Veteran UMNO Kelantan, Datuk Kamaruddin Abdullah, cedera parah di pinggang dan kepala selepas ditetak dua lelaki di hadapan kedai makan, di Jalan Tengku Chik, sini, malam tadi. |
| 'Dituduh gay, pelakon belasah bekas tunang' Posted: 28 Jul 2019 08:33 AM PDT SERDANG: Seorang pelakon lelaki berusia 27 tahun ditahan polis Sabtu lalu kerana memukul bekas tunangnya selepas wanita itu meminta dia memutuskan hubungan sejenis. |
| Posted: 28 Jul 2019 09:13 AM PDT HOCKENHEIM, Jerman: Max Verstappen memanfaatkan nasib malang pesaing-pesaingnya untuk memenangi perlumbaan Grand Prix Jerman untuk Red Bull, dengan Sebastian Vettel dari Ferrari di tempat kedua. |
| Posted: 28 Jul 2019 09:08 AM PDT ROME: Ribut pelik dan banjir kilat di Itali, susulan gelombang haba minggu lalu, meragut tiga nyawa hujung minggu, termasuk seorang wanita yang terperangkap dalam satu taufan mini berhampiran lapangan terbang Fiumicino. |
| Pelarian Rohingya enggan pulang tanpa kerakyatan Posted: 28 Jul 2019 08:29 AM PDT DHAKA: Pelarian Rohingya di Bangladesh enggan pulang ke Myanmar melainkan mereka diiktiraf sebagai salah satu kumpulan etnik di tanah air sendiri. |
| Taman tema air RM4 juta di Setiu Posted: 28 Jul 2019 05:06 AM PDT PERMAISURI: Bandar ini bakal mempunyai satu lagi tarikan pelancongan apabila kerajaan negeri meluluskan kerja pembinaan taman tema air bernilai lebih RM4 juta berhampiran Peladang Setiu Agro Resort, di sini. |
| 1,400 penunjuk perasaan pilihan raya di tahan polis Moscow Posted: 28 Jul 2019 07:27 AM PDT MOSCOW: Polis Russia menahan 1,400 penunjuk perasaan yang berhimpun di Moscow bagi menuntut satu pilihan raya yang bebas dan adil semalam, kata pemerhati. |
| Suresh kembali ke lapang sasar Posted: 28 Jul 2019 07:01 AM PDT KUALA LUMPUR: Selepas memperoleh gelaran dunia pada awal bulan ini, pemanah recurve para negara S Suresh kembali ke lapang sasar dengan menyertai Kejohanan Memanah Kebangsaan kali ke-43 hari ini dia bersaing dengan atlet-atlet biasa. |
| Manfaat Jelajah Eropah - Mirnawan Posted: 28 Jul 2019 06:57 AM PDT KUALA LUMPUR: Legenda hoki negara Datuk Mirnawan Nawawi mengingatkan skuad hoki lelaki negara supaya tidak terbawa-bawa dengan kejayaan menewaskan Jerman, kelmarin sambil mengakui terdapat dua elemen penting perlu diperbaiki Malaysian Tigers sepanjang kempen Jelajah Eropah. |
| Posted: 28 Jul 2019 06:54 AM PDT KUALA LUMPUR: Adam Norrodin menerima tonik berharga menjelang pusingan kelima Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) di Litar Antarabangsa Zhuhai, China dua minggu lagi apabila meraih kemenangan hatrik dalam kelas 600cc di Kejuaraan Superbike Malaysia (MSBK), hari ini. |
| Mutu pengadil final memuaskan - Dali Posted: 28 Jul 2019 06:46 AM PDT KUALA LUMPUR: Mutu pengadilan oleh pengadil luar negara pada final Piala FA 2019 antara Kedah dan Perak di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi, mendapat reaksi positif daripada pelbagai pihak. |
| Kanak-kanak maut kemalangan dua kenderaan Posted: 28 Jul 2019 05:19 AM PDT PUTRAJAYA: Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun maut dalam kemalangan jalan raya membabitkan dua kereta di Jambatan Sri Ehsan berhampiran Jabatan Peguam Negara di sini, semalam. |
| Kes denggi meningkat 89.5 peratus tahun ini Posted: 28 Jul 2019 05:24 AM PDT KUALA LUMPUR: Sebanyak 72,356 kes denggi dilaporkan di Malaysia sepanjang Januari hingga 20 Julai lalu, berbanding 38,190 kes bagi tempoh sama pada 2018, iaitu peningkatan drastik sebanyak 89.5 peratus pada tahun ini. |
| Air laut hitam, berlumpur fenomena biasa Posted: 28 Jul 2019 03:09 AM PDT KUANTAN: Keadaan air laut berwarna kehitaman dan berlumpur berkemungkinan fenomena biasa di sepanjang pesisir pantai di negeri ini, terutama selepas hujan ketika peralihan monsun. |
| Remaja lemas mandi di tasik terbiar Posted: 28 Jul 2019 05:11 AM PDT HULU SELANGOR: Seorang remaja lelaki berusia 13 tahun lemas ketika mandi di sebuah tasik terbiar dekat Taman Widuri, Rawang, di sini, petang tadi. |
| UniSZA kaji 30,000 muka surat manuskrip dunia Melayu Posted: 28 Jul 2019 05:08 AM PDT KUALA LUMPUR: Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) bakal menjaga dan mengkaji lebih 30,000 muka surat manuskrip lama berkaitan dunia Melayu. |
| Ibu bapa terjebak dadah: 8 beradik diselamatkan JKM Posted: 28 Jul 2019 04:50 AM PDT MELAKA: Lapan beradik yang ibu bapa mereka terbabit dalam penyalahgunaan dadah, diselamatkan pihak berkuasa di rumah mereka di Bukit Rambai, pagi tadi. |
| PDRM komited bantu banteras pemburu haram Posted: 28 Jul 2019 04:43 AM PDT PUTRAJAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) komited dalam usaha membantu Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli melumpuhkan kegiatan pemburuan haram spesies harimau Malaya di hutan negara ini. |
| Johor tubuh Jawatankuasa Tetap Alam Sekitar tangani isu pencemaran Posted: 28 Jul 2019 04:25 AM PDT JOHOR BAHRU: Kerajaan Johor hari ini mengumumkan penubuhan Jawatankuasa Tetap Alam Sekitar bertujuan untuk menangani isu pencemaran di negeri itu. |
| Peranan COMBI diperluas banteras penyakit berjangkit Posted: 28 Jul 2019 03:41 AM PDT SERI ISKANDAR: Kementerian Kesihatan memperluas peranan Program Skuad Komunikasi Untuk Perubahan Tingkah Laku (COMBI) untuk membantu membanteras penyakit berjangkit selain membantu menghapuskan denggi. |
| Kertas cadangan elaun kritikal bomba perlu dirujuk kepada menteri - KSN Posted: 28 Jul 2019 03:31 AM PDT KEPALA BATAS: Maklum balas mengenai kertas cadangan berhubung elaun kritikal bomba yang akan dibentangkan kepada Yang di-Pertuan Agong perlu dirujuk kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin. |
| China tolak komen AS isu penunjuk perasaan Hong Kong Posted: 28 Jul 2019 03:28 AM PDT BEIJING: China menolak keras 'dakwaan salah' oleh Pengerusi Jawatankuasa Dewan Hal Ehwal Luar Amerika Syarikat (AS), Eliot Engel yang mengkritik pendirian Parti Komunis China berhubung protes di Hong Kong. |
| Jawatankuasa bantu tangani isu nelayan kesan projek PSR Posted: 28 Jul 2019 03:28 AM PDT IPOH: Sebuah jawatankuasa khas ditubuhkan oleh PKR bagi membantu kerajaan Pulau Pinang mengatasi permasalahan membabitkan isu projek Tambak Laut Selatan Pulau Pinang (PSR). |
| Tapak pelupusan sampah haram Kampung Kemumbong disita Posted: 28 Jul 2019 01:50 AM PDT SUNGAI PETANI: Kotor, busuk dan meloyakan. Itu keadaan tapak pelupusan sampah haram di Kampung Kemumbong, Sidam Kiri, yang disita kerajaan negeri berkuat kuasa serta-merta hari ini. |
| UMNO menghidap sindrom penafian Posted: 28 Jul 2019 02:56 AM PDT KOTA KINABALU: UMNO Sabah menghidap sindrom penafian ahlinya yang sudah meninggalkan parti itu dan menyertai parti lain, terutama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU). |
| Rokok seludup RM710,000 dirampas, 5 lelaki ditahan Posted: 28 Jul 2019 02:53 AM PDT KOTA TINGGI: Polis merampas rokok seludup jenis RGD Magnum dianggarkan bernilai RM710,000 dalam serbuan di sebuah premis di Jalan Johor, Taman Sri Saujana, dekat sini. |
| Mohamed Azmin, Zuraida tidak hadir mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat PKR Posted: 28 Jul 2019 02:38 AM PDT PETALING JAYA: Kepemimpinan PKR diberi peringatan untuk hadir pada semua mesyuarat parti mengikut jadual yang diedarkan dua hingga tiga bulan lebih awal. |
| Kisah dongeng Danel, malam istimewa Ifwat Posted: 28 Jul 2019 02:29 AM PDT KUALA LUMPUR: Pemain muda, Mohd Fadzrul Danel Mohd Nizam mencipta 'kisah dongeng' yang tersendiri apabila menjadi wira selepas jaringan tunggalnya membolehkan Kedah menundukkan Perak 1-0 pada aksi final Piala FA 2019, malam tadi. |
| You are subscribed to email updates from BH Online - Terkini. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google, 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States | |


















0 comments:
Post a Comment