Tuesday, July 30, 2019

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


Malaysia kini pengeksport minyak sawit terbesar ke India

Posted: 30 Jul 2019 08:09 AM PDT

MUMBAI: Malaysia bakal mengatasi Indonesia sebagai pembekal utama minyak sawit ke India, tahun ini, ketika New Delhi mengenakan cukai import lebih rendah terhadap minyak sawit bertapis dari Malaysia yang memberikan Kuala Lumpur kelebihan berbanding Jakarta, menurut pegawai perdagangan.

LRA Sungai Johor kembali beroperasi

Posted: 30 Jul 2019 08:58 AM PDT

JOHOR BAHRU: Lebih 170,000 pengguna di 50 kawasan sekitar bandar raya ini mula menerima bekalan air secara berperingkat malam ini berikutan kerja penyelenggaraan Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Johor siap lebih awal.

'Raja Gasing' sudah tiada

Posted: 30 Jul 2019 08:47 AM PDT

MELAKA: Pengerusi Badan Kesenian Babah-Nyonyah (KEBAYA) yang juga dikenali sebagai 'Raja Gasing', Koh Kim Bok, 77, meninggal dunia akibat serangan jantung di rumahnya di Bukit Rambai, di sini, awal pagi tadi.

Raja Salman taja 20 jemaah Malaysia tunai haji

Posted: 30 Jul 2019 08:05 AM PDT

KUALA LUMPUR: Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al Saud menaja 20 jemaah Malaysia untuk menunaikan haji di bawah program Tetamu Raja Arab Saudi 2019 (Istidhofah).

Derita 'anu' tersepit dalam lubang gigi daun gear

Posted: 30 Jul 2019 07:54 AM PDT

KUALA KRAI: Anggota bomba mengambil masa lebih 20 minit untuk mengeluarkan kemaluan seorang lelaki yang tersepit dalam lubang gigi daun gear di sini, petang tadi.

<img src="https://assets.bharian.com.my/sites/all/themes/custom/bh_v2/images/bhplus.png" srcset="https://assets.bharian.com.my/sites/all/themes/custom/bh_v2/images/bhplus.png 1x, https://assets.bharian.com.my/sites/all/themes/custom/bh_v2/images/bhplus%402x.png 2x" alt="BHPLUS"> EKSKLUSIF: Tawaran harga menarik tanah Kampung Baru

Posted: 30 Jul 2019 07:34 AM PDT

KUALA LUMPUR: Kerajaan bakal mengemukakan tawaran harga menarik untuk membeli tanah milik penduduk di Kampung Baru dalam pertemuan yang akan diadakan pada September ini.

Kematian orang awam di Afghanistan meningkat - PBB

Posted: 30 Jul 2019 06:42 AM PDT

KABUL: Sekurang-kurangnya 3,812 orang awam terbunuh atau cedera untuk separuh tahun pertama 2019 semasa peperangan menentang kumpulan militan selain peningkatan jumlah korban akibat dibedil tentera kerajaan dan tentera asing, kata Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), hari ini.

Adik pengebom konsert Ariana Grande dibicara November nanti

Posted: 30 Jul 2019 06:40 AM PDT

LONDON: Adik kepada pengebom Arena Manchester, Salman Abedi akan dibicarakan pada November selepas proses ekstradisi dari Libya atas serangan pada 2017 yang meragut 22 nyawa.

Pelatih Kolej Vokasional ditemui lemas

Posted: 30 Jul 2019 12:55 AM PDT

ALOR GAJAH: Pelatih Kolej Vokasional Ranaco, Terengganu yang hilang selepas dipercayai terjatuh ke laut ketika mahu berpindah kapal di Kuala Linggi malam kelmarin ditemui lemas hari ini.

Tahanan kem Xinjiang sudah kembali dalam masyarakat - China

Posted: 30 Jul 2019 06:00 AM PDT

BEIJING: Majoriti penduduk yang dihantar ke pusat tahanan mega di rantau Xinjiang, China sudah 'kembali ke dalam masyarakat', kata seorang pegawai kanan dari rantau itu hari ini, namun enggan memberi anggaran jumlah yang ditahan sejak beberapa tahun lalu.

Rafiq raih emas kedua

Posted: 30 Jul 2019 06:16 AM PDT

PETALING JAYA: Jaguh boling negara, Muhammad Rafiq Ismail terus menyerlah apabila merangkul pingat emas kedua pada Kejohanan Boling Antara Negeri edisi ke-32 di Sunway Mega Lanes, Bandar Sunway, hari ini.

&#039;Saya masih berharap&#039;

Posted: 29 Jul 2019 09:12 PM PDT

ALOR Gajah: "Kalau ikutkan naluri, biarlah rahsia namun saya masih menaruh harapan anak masih hidup," kata Salamah Sulai.

Budak lemas selepas terjatuh

Posted: 30 Jul 2019 06:00 AM PDT

LANGKAWI: Seorang kanak-kanak lelaki berusia satu tahun lapan bulan lemas selepas terjatuh ke dalam sungai berhampiran Pangkalan Nelayan Kampung Sungai Menghulu, di sini, hari ini.

SMAZA menang emas di Korea Selatan, cipta alat pemadam kotoran

Posted: 30 Jul 2019 02:09 AM PDT

KUALA NERUS: Sekolah Menengah Agama (Atas) Sultan Zainal Abidin (SMAZA) mencatat sejarah apabila memenangi pingat emas pada World Invention Creativity Olympic Setec, Korea Selatan, yang berlangsung pada 24 hingga 27 Julai lalu.

Ronaldinho dilanda krisis kewangan

Posted: 29 Jul 2019 09:45 PM PDT

SAO PAULO, Brazil: Mahkamah di selatan Brazil menghalang bekas pemain Barcelona, Ronaldinho daripada menjual 57 aset hartanahnya berikutan kegagalan membayar denda membabitkan alam sekitar dan hutang-hutang lain, lapor akhbar Brazil, semalam.

Hampir satu per tiga penduduk Afrika Selatan menganggur

Posted: 30 Jul 2019 05:39 AM PDT

PRETORIA: Kadar pengangguran di Afrika Selatan meningkat kepada 29 peratus, ia adalah kadar tertinggi, sejak tinjauan suku tahun pekerjaan negara itu diperkenalkan, 11 tahun lalu.

Ikrar Al-Sultan Abdullah sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16

Posted: 29 Jul 2019 08:53 PM PDT

KUALA LUMPUR: Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini selamat ditabalkan secara rasmi sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 dalam suasana penuh istiadat gilang-gemilang, lambang kemegahan sistem raja berperlembagaan yang menjadi amalan di negara ini.

Ramalan pengetua benar

Posted: 30 Jul 2019 05:22 AM PDT

BUKIT MERTAJAM: Pembabitan Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu dalam politik menepati ramalan Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Mertajam yang mengatakan beliau akan menjadi seorang ahli politik.

Bekas datuk bandar Tehran dihukum mati bunuh isteri

Posted: 30 Jul 2019 04:58 AM PDT

TEHRAN: Bekas datuk bandar Tehran, Mohammad Ali Najafi dijatuhkan hukuman mati selepas disabitkan dengan kesalahan membunuh isterinya, kata mahkamah hari ini selepas selesai kes profil tinggi yang mendapat liputan meluas media itu.

Bekerjasama dengan Turki satu peluang keemasan - Mohamad Sabu

Posted: 30 Jul 2019 03:37 AM PDT

BUKIT MERTAJAM: Kementerian Pertahanan sedia bekerjasama dengan Turki dalam usaha untuk memperhebatkan lagi industri pertahanan negara melalui penghasilan produk ketenteraan sendiri.

Vietnam rampas 30 tenggiling hidup

Posted: 30 Jul 2019 04:13 AM PDT

HANOI: Pihak berkuasa Vietnam berjaya merampas 30 ekor tenggiling hidup yang diseludup dari Laos dan disembunyikan dalam sebuah bas di tengah Vietnam, semalam.

Pembonceng maut

Posted: 30 Jul 2019 04:09 AM PDT

BATU GAJAH: Seorang wanita yang juga pembonceng, maut apabila motosikal ditunggang suaminya dilanggar sebuah lori di Batu 6 Jalan Tanjung Tualang, di sini.

Lelaki &#039;gatal&#039; kena pukul buat hal dalam lif

Posted: 30 Jul 2019 03:57 AM PDT

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki ditahan selepas mencabul seorang wanita di dalam lif dekat Flat Loke Yew, di sini, kelmarin.

Terengganu tak rancang larang himpunan RXZ

Posted: 30 Jul 2019 03:39 AM PDT

KUALA TERENGGANU: Kerajaan negeri tidak bercadang melarang program Himpunan Motosikal RXZ atau We Are RXZ Member diadakan lagi pada masa depan walaupun dua peserta terbunuh ketika dalam perjalanan pulang selepas menyertai program itu, Sabtu lalu.

Sarang penagihan dadah Kampung Melayu Pandan digempur, 82 ditahan

Posted: 30 Jul 2019 03:19 AM PDT

PASIR GUDANG: Seramai 82 individu ditahan dalam Operasi Icebreaker selepas kawasan panas penagihan dadah di Kampung Melayu Pandan, di sini digempur polis, hari ini.

China hukum mati pembunuh dan perogol bersiri

Posted: 30 Jul 2019 03:03 AM PDT

BEIJING : Seorang pembunuh bersiri yang terbabit dalam membunuh enam orang dan merogol 10 wanita serta dua budak perempuan termasuk kanak-kanak berusia 12 tahun dihukum mati hari ini.

Ikan pekasam, petai tarikan baharu makanan negeri Perak

Posted: 30 Jul 2019 02:47 AM PDT

IPOH: Ikan pekasam dan petai menjadi produk kebanggaan dan tarikan makanan terbaharu Perak yang akan diketengahkan bagi pasaran di peringkat antarabangsa.

Kerajaan tingkat kesejahteraan rakyat - PM

Posted: 29 Jul 2019 08:58 PM PDT

KUALA LUMPUR: Kemakmuran bersama rakyat menjadi teras komitmen kerajaan yang diterajui parti Pakatan Harapan (PH) dalam merencana program dan dasar bagi merealisasikan Malaysia sebagai sebuah negara maju, bermaruah dan merdeka.

Jual durian sambil menyanyi

Posted: 30 Jul 2019 02:40 AM PDT

JERANTUT: Inisiatif bekas naib juara program realiti, Rockanova menjual durian sambil menyanyi menarik perhatian pelanggan ke gerainya yang terletak di Jalan Jerantut - Lipis di kampung Damak di sini.

Polis tahan pengurus &#039;miang&#039; bergelar Datuk

Posted: 30 Jul 2019 02:34 AM PDT

IPOH: Pengurus syarikat bergelar Datuk ditahan selepas dipercayai terbabit dalam kes mencabul tiga wanita yang hadir untuk sesi temu duga sebagai kerani di sebuah syarikat menjalankan perniagaan peladangan di Medan Gopeng, di sini, malam tadi.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template