Friday, July 5, 2019

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


Kereta bertembung bas, seorang maut

Posted: 05 Jul 2019 11:02 AM PDT

KUALA NERUS: Seorang lelaki maut, manakala rakannya cedera selepas kereta dinaiki bertembung dengan sebuah bas henti-henti di Kilometer 36 Jalan Kuala Terengganu-Setiu, dekat Felda Belara di sini, petang tadi.

Bom ikan ragut tiga nyawa, menteri ucap takziah

Posted: 05 Jul 2019 10:51 AM PDT

KOTA KINABALU: Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan nelayan tempatan melakukan aktiviti pengeboman ikan sehingga mengakibatkan dua pelancong warga China dan seorang jurulatih selam tempatan terbunuh di perairan Semporna, hari ini.

Kelantan atasi Selangor United

Posted: 05 Jul 2019 09:14 AM PDT

KOTA BHARU: Kelantan berjaya meraih tiga mata berharga di laman sendiri apabila mengatasi Selangor United 2-0 pada aksi Liga Perdana di Stadium Sultan Muhammad IV.

Letshaana kembali temui rentak

Posted: 05 Jul 2019 09:10 AM PDT

SEREMBAN: Pemain perseorangan perempuan Selangor, K Letshaana optimis mampu menjadi pencabar utama kejuraan bagi kategori bawah 16 tahun (B-16) pada saingan Kejohanan Badminton Sirkit Akhir Remaja Kebangsaan 2019.

Terengganu tambah derita PKNS

Posted: 05 Jul 2019 08:28 AM PDT

SHAH ALAM: Terengganu FC (TFC) terus menambah derita buat PKNS FC selepas meraih kemenangan 2-1 pada aksi Liga Super di Stadium Shah Alam, sebentar tadi.

Penunjuk perasaan, tentera Sudan setuju kongsi kuasa

Posted: 05 Jul 2019 07:56 AM PDT

KHARTOUM: Rakyat Sudan membanjiri jalan raya di kota ini bagi meraikan perjanjian bersejarah yang dicapai antara pemimpin tentera dan pembangkang yang menyasar untuk menamatkan pergolakan politik sejak berbulan lalu.

Sabah hampiri Liga Super

Posted: 05 Jul 2019 08:52 AM PDT

PASIR GUDANG: Penantian Sabah untuk kembali ke saingan Liga Super selepas 14 tahun semakin menjadi kenyataan susulan kemenangan 1-0 ke atas Johor Darul Ta'zim II (JDT II) pada aksi Liga Perdana di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG), sebentar tadi.

Jururawat ditipu 'doktor Facebook'

Posted: 05 Jul 2019 08:48 AM PDT

KUALA LUMPUR: Dua lelaki warga Nigeria dan seorang wanita tempatan ditahan selepas dipercayai terbabit dalam sindiket penipuan melalui laman sosial Facebook atas nama 'John Peter' sehingga menyebabkan seorang jururawat wanita kerugian RM1,550.

Dr Mahathir hadiri perjumpaan tertutup bersama pimpinan bahagian BERSATU Johor

Posted: 05 Jul 2019 08:46 AM PDT

KULAI: Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menghadiri Perjumpaan Khas Bersama Pimpinan Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Johor, di sebuah hotel, di Senai, dekat sini malam ini.

PKNP ikat Kedah di Alor Setar

Posted: 05 Jul 2019 08:16 AM PDT

ALOR SETAR : Kedah diikat 1-1 oleh PKNP di laman sendiri pada aksi Liga Super di Stadium Darul Aman sebentar tadi. 

Raja Permaisuri Agung berangkat ke program Lembaran Emas

Posted: 05 Jul 2019 08:13 AM PDT

KUCHING: Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, berangkat ke program 'Lembaran Emas: Songket dan Keringkam Sarawak' yang berlangsung di bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, malam ini.

Pelayan restoran dipukul selepas tegur sekumpulan lelaki buat bising

Posted: 05 Jul 2019 08:07 AM PDT

KUALA LUMPUR: Seorang pekerja restoran warganegara India cedera dipukul setelah menegur sekumpulan enam lelaki yang membuat bising di sebuah restoran di Semenyih, semalam.

Jabatan Imigresen nafi Maggie Lindemann ditahan lima hari

Posted: 05 Jul 2019 07:58 AM PDT

KUALA LUMPUR: Jabatan Imigresen menegaskan dakwaan penyanyi Amerika Syarikat, Maggie Lindemann ditahan selama lima hari ketika membuat persembahan di sebuah premis hiburan, di sini adalah tidak benar.

Kerajaan tawar insentif cukai, geran tingkat penyertaan Expo 2020 Dubai

Posted: 05 Jul 2019 07:21 AM PDT

PUTRAJAYA: Kerajaan meluluskan insentif cukai dan geran menggalakkan syarikat mempunyai potensi mengambil bahagian dan menyumbang dalam Expo 2020 Dubai yang akan datang.

Tiga penyelam termasuk dua pelancong China maut

Posted: 05 Jul 2019 06:45 AM PDT

KOTA KINABALU: Tiga termasuk dua pelancong China maut ketika aktiviti menyelam dalam kejadian di Pulau Kulapuan, Semporna, hari ini.

UMNO Selangor, Perlis dapat teraju baharu

Posted: 05 Jul 2019 06:40 AM PDT

KUALA LUMPUR: UMNO hari ini mengumumkan perubahan bagi jawatan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perlis dan Selangor.

Isytihar harta untuk pastikan diperoleh secara halal dan teratur - Anwar

Posted: 05 Jul 2019 06:28 AM PDT

SEREMBAN: Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menyelar kenyataan PAS yang menyifatkan idea pengisytiharan harta secara umum sebagai teori komunis dan sosialis.

2,098 murid SK Sungai Binjau catat rekod MBR

Posted: 05 Jul 2019 06:22 AM PDT

KLANG: Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Binjai, di sini, mencatat nama dalam Malaysia Book of Records (MBOR) menerusi penganjuran peserta gosok gigi berirama paling ramai.

Pemegang saham TASEK dapat lanjutan masa bagi tawaran pengambilalihan

Posted: 05 Jul 2019 06:21 AM PDT

KUALA LUMPUR: Tarikh tutup bagi penerimaan tawaran pengambilalihan sukarela tanpa syarat daripada HL Cement (Malaysia) Sdn Bhd (HLCSB) dan Ridge Star Ltd (RSL) kepada pemegang saham minoriti Tasek Corp Bhd (Tasek) dilanjutkan kepada 5 petang 22 Julai daripada 9 Julai tahun ini.

1BestariNet: 5 sebab kementerian tak sambung kontrak YTLC

Posted: 05 Jul 2019 12:00 AM PDT

PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) hari ini memberi lima sebab tidak menerima tawaran daripada YTL Communications Sdn Bhd (YTLC) untuk menyambung kontrak perkhidmatan internet percuma menerusi 1BestariNet.

Ringgit kembali susut, akhiri kenaikan dua hari

Posted: 05 Jul 2019 05:51 AM PDT

KUALA LUMPUR : Ringgit kembali susut selepas meningkat selama dua hari untuk mengakhiri minggu ini dengan ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) apabila pelabur masih berhati-hati sementara menunggu pengumuman data senarai gaji bukan ladang Amerika Syarikat (AS) pada lewat hari ini, kata peniaga.

Tekanan jualan saham akhiri Bursa Malaysia dalam zon negatif

Posted: 05 Jul 2019 05:49 AM PDT

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia mengakhiri minggu ini dalam zon negatif apabila pasaran saham tempatan itu terus dilanda tekanan jualan ekoran pengambilan untung selepas peningkatan baru-baru ini.

Penyanyi Maggie Lindemann ditahan akibat tiada permit sah

Posted: 05 Jul 2019 05:48 AM PDT

KUALA LUMPUR: Bintang pop Amerika Syarikat, Maggie Lindemann, 20, ditahan ketika menyertai satu persembahan di sini, selepas siasatan pihak berkuasa mendapati beliau tidak memiliki permit yang sah.

Dr Mahathir pelawa semua sertai BERSATU

Posted: 05 Jul 2019 05:19 AM PDT

JOHOR BAHRU: Tun Dr Mahathir Mohamad mempelawa semua parti politik Melayu termasuk UMNO menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) bagi menguatkan kuasa politik kaum majoriti itu.

Rotan, kaedah pendidikan terakhir

Posted: 05 Jul 2019 05:17 AM PDT

Satu masa dulu, hukuman denda dengan cara merotan dianggap lumrah untuk mendidik pelajar. Jarang ada ibu bapa melenting, jauh sekali menyalahkan guru apabila anak mereka didenda dengan cara sedemikian.

Insentif cukai bagi penaja Ekspo 2020 Dubai

Posted: 05 Jul 2019 04:59 AM PDT

PUTRAJAYA: Kementerian Kewangan meluluskan insentif cukai untuk syarikat dan individu yang menyumbang wang tunai atau penajaan bagi penyertaan Malaysia dalam Ekspo 2020 Dubai.

Perak hormat JDT, bukan gentar

Posted: 05 Jul 2019 04:47 AM PDT

IPOH: Kunjungan pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) ke Stadium Perak, Ipoh malam esok amat dinantikan tuan rumah yang tewas 1-0 pada perlawanan pembukaan musim di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Johor Bahru, Februari lalu.

Khazanah jual aset untuk realisasi nilai pelaburan

Posted: 05 Jul 2019 04:42 AM PDT

KUALA LUMPUR: Penjualan aset Khazanah Nasional Bhd yang bernilai hampir RM50 bilion dalam tempoh kurang daripada 10 tahun adalah untuk membolehkan cabang dana pelaburan negara itu merealisasikan nilai pelaburannya serta membiayai operasi serta aktiviti pelaburannya.

CAP, SAM persoal tujuan projek PSR

Posted: 05 Jul 2019 04:40 AM PDT

GEORGETOWN: Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) dan Sahabat Alam Malaysia (SAM) kecewa dengan kelulusan laporan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) bagi projek tambakan laut selatan Pulau Pinang (PSR) oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS).

Lesen sementara buat peniaga durian - EXCO

Posted: 05 Jul 2019 04:29 AM PDT

MELAKA: Pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini diminta memberi lesen sementara kepada peniaga durian bagi mengelak berlakunya lambakan raja buah berkenaan.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template