Saturday, July 6, 2019

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


Majlis Presiden PH bincang pelawaan masuk BERSATU

Posted: 06 Jul 2019 08:52 AM PDT

KUALA LUMPUR: Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) akan membincangkan pelawaan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad supaya parti politik Melayu termasuk UMNO menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), pada Isnin ini.

Pahang kembali huni tangga kedua liga

Posted: 06 Jul 2019 08:30 AM PDT

KUANTAN: Pahang mencatat kemenangan 2-0 ke atas Kuala Lumpur di Stadium Darul Makmur, sebentar tadi untuk kembali menghuni tangga kedua Liga Super manakala The Hawks kekal di tangga ke-11 dalam zon penyingkiran.

JDT kekal rekod tanpa kalah

Posted: 06 Jul 2019 08:22 AM PDT

IPOH: Perak gagal meleburkan rekod tanpa kalah pasukan yang sudah dinobatkan sebagai juara Liga Super musim ini, Johor Darul Takzim (JDT) yang merakam kemenangan 3-0 di Stadium Perak, Ipoh sebentar tadi.

MU tambah derita PJ City

Posted: 06 Jul 2019 08:21 AM PDT

PETALING JAYA: Melaka United (MU) terus menghangatkan lagi saingan bagi perebutan kelompok atasan liga selepas menewaskan PJ City FC 2-1 pada aksi Liga Super di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) sebentar tadi.

Liga M3 pun nak gaduh

Posted: 06 Jul 2019 07:51 AM PDT

KUALA LUMPUR: Insiden pergaduhan mencemari aksi Liga M3 membabitkan JBFA menentang Kelantan United di Stadium Mini Kulai, petang tadi.

Pelajar PACE UUM santuni masyarakat Orang Asli Pulau Carey

Posted: 06 Jul 2019 07:38 AM PDT

PULAU CAREY: Seramai 30 pelajar Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Awam (BPM) dari Pusat Pengajian Profesional dan Lanjutan (PACE) Universiti Utara Malaysia (UUM), Kampus Kuala Lumpur menjayakan program 'Santai Bersama Masyarakat Orang Asli Pulau Carey' di padang Sekolah Kebangsaan Sungai Judah, di sini, hari ini.

14 maut serangan mortar di pasar Afghanistan

Posted: 06 Jul 2019 07:32 AM PDT

Kabul: Sekurang-kurangnya 14 orang terbunuh dan puluhan lain cedera apabila sebuah pasar padat dengan pengunjung yang terletak di utara Afghanistan ditembak dengan peluru mortar, kata pegawai hari ini.

Bank Dunia iktiraf usaha Malaysia tingkatkan telekomunikasi

Posted: 06 Jul 2019 07:21 AM PDT

PUTRAJAYA: Usaha progresif kerajaan Malaysia untuk meningkatkan sektor telekomunikasi negara diiktiraf Bank Dunia dalam laporan terkininya 'Malaysia Economic Monitor: Re-energising the Public Service,' yang diterbitkan pada 30 Jun lalu.

Piala Laksamana kumpul RM2.045 juta

Posted: 06 Jul 2019 07:14 AM PDT

KOTA TINGGI: Sejumlah RM2.045 juta dana berjaya dikumpul pada Kejohanan Golf Amal Piala Laksamana 2019 yang diadakan di The Els Club Desaru Coast - Ocean Course, Desaru, dekat sini, hari ini. 

Quartararo sambar barisan depan MotoGP Jerman

Posted: 06 Jul 2019 06:22 AM PDT

KUALA LUMPUR: Pelumba PETRONAS Yamaha Sepang Racing (PETRONAS Yamaha SRT), Fabio Quartararo menempah barisan depan untuk perlumbaan Grand Prix (GP) Jerman - 0.205 saat di belakang Marc Marquez (Repsol Honda) yang menyambar petak utama ketujuh berturut-turut di Litar Sachsenring, sebentar tadi.

Morata jadi milik Atletico Madrid

Posted: 06 Jul 2019 06:20 AM PDT

LONDON: Penyerang Chelsea Alvaro Morata akan terus kekal bersama Atletico Madrid selepas menamatkan perjanjian secara pinjaman selama 18 bulan, umum kedua-dua kelab berkenaan.

Sasaki raih petak utama Moto3 GP Jerman

Posted: 06 Jul 2019 05:29 AM PDT

KUALA LUMPUR: Pelumba PETRONAS Sprinta Racing, Ayumu Sasaki mengotakan komitmennya di litar kegemarannya, Sachsenring apabila meraih petak utama bagi perlumbaan Grand Prix (GP) Jerman dalam kelas Moto3, sebentar tadi.

Zon Pantai Timur juara Kem Bola Sepak Junior Allianz

Posted: 06 Jul 2019 04:29 AM PDT

KUALA LUMPUR: Pasukan Zon Pantai Timur menjuarai saingan Kem Bola Sepak Junior Allianz (AJFC) Liga Malaysia 2019 selepas menewaskan Zon Utara 2-1 pada aksi final di Arena Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), Subang Jaya, dekat sini, sebentar tadi.

Vida mohon maaf pada Aishah

Posted: 06 Jul 2019 04:22 AM PDT

IPOH: Usahawan kosmetik Datuk Seri Vida (DSV) hari ini memohon maaf secara terbuka kepada penyanyi Aishah atau nama penuhnya Wan Aishah Wan Ariffin, 54, sebagai satu daripada tiga syarat hasil proses mediasi antara kedua-dua pihak di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, Isnin lalu.

Ambil positif cadangan Dr Mahathir satukan Melayu

Posted: 06 Jul 2019 05:31 AM PDT

IPOH: Cadangan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mahu semua parti politik Melayu bersatu perlu dilihat dalam konteks positif dan bukannya dari perspektif sempit.

UMNO pelawa BERSATU bekerjasama

Posted: 06 Jul 2019 05:24 AM PDT

KUALA TERENGGANU: UMNO mengajak Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) bekerjasama dengan parti itu demi kepentingan Melayu kerana UMNO tidak akan sesekali bergabung dengan BERSATU selagi parti itu bersama menyokong DAP.

Polis akan panggil Lokman

Posted: 06 Jul 2019 05:11 AM PDT

KUALA LUMPUR: Polis akan memanggil Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam berhubung perhimpunan anjuran Sekretariat Suara Rakyat di sini, yang tidak mendapat kebenaran.

'Rileks and Chill' tarikan pelancongan kulinari terbaharu di Melaka

Posted: 06 Jul 2019 02:38 AM PDT

MELAKA: Melaka bakal memperkenalkan kawasan 'Rileks and Chill' iaitu tarikan baharu berkonsepkan pelancongan kulinari di perkarangan Menara Taming Sari, di sini.

10,000 pengunjung `serbu' Program Jom Makan Durian, Makan Sampai Pengsan

Posted: 06 Jul 2019 04:26 AM PDT

TAIPING: Lebih 10,000 pengunjung menyerbu Program Jom Makan Durian, Makan Sampai Pengsan di Kampung Sempeneh, Batu Kurau, di sini yang sememangnya terkenal sebagai lubuk durian terbaik dalam kalangan peminat `raja buah' itu.

Kedah, Melaka berentap final Piala Tun Sharifah Rodziah

Posted: 06 Jul 2019 03:37 AM PDT

KUALA LUMPUR: Final Piala Tun Sharifah Rodziah 2019 bakal menyaksikan ulangan final edisi musim lalu apabila juara bertahan, Kedah akan bertemu Melaka pada aksi penentuan di Stadium UiTM Shah Alam, pada 14 Julai ini.

Sajian 5 bintang di Umarill's Cafe

Posted: 06 Jul 2019 02:21 AM PDT

ROMPIN: Penduduk di sekitar FELDA Selancar 3, di sini, tidak lagi perlu ke bandar besar untuk menikmati sajian lazat seperti masakan ala-Barat, nasi Arab, sandwic dan pelbagai juadah lain.

20,000 pengunjung hadir Street Raya di Dataran Merdeka

Posted: 06 Jul 2019 02:10 AM PDT

KUALA LUMPUR: Kira-kira 20,000 warga kota termasuk pelancong menghadiri jamuan Street Raya anjuran Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) di Dataran Merdeka di sini, hari ini.

Putri pangkal nama anak kedua Hanez Suraya

Posted: 06 Jul 2019 04:31 AM PDT

KUALA LUMPUR: Pelakon, Hanez Suraya, 33, akan meneruskan tradisi mengekalkan pangkal nama Putri buat anak keduanya yang dilahirkan semalam.

Komander utama DAESH terkorban di Pakistan

Posted: 06 Jul 2019 04:25 AM PDT

ISLAMABAD: Tentera Pakistan pada Sabtu membunuh seorang komander penting DAESH dalam satu pertempuran di wilayah Balochistan yang bergolak, lapor agensi berita Turki Anadolu memetik laporan media rasmi.

Cikgu Rahim presiden baharu KAFA

Posted: 06 Jul 2019 02:33 AM PDT

KOTA BHARU: Teki-teki siapa pengganti Bibi Ramjani Ilias Khan akhirnya terjawab apabila Pengerusi Parti Amanah Negara (AMANAH) Kelantan, Wan Abdul Rahim Wan Abdullah diumumkan sebagai Presiden baharu Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) bagi penggal 2019-2023 pada Kongres Luar Biasa (EGM), hari ini.

Pentauliahan kemahiran khusus untuk Orang Asli diperkenal

Posted: 06 Jul 2019 12:51 AM PDT

GERIK: Kementerian Sumber Manusia akan melaksanakan sistem pentauliahan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) yang dapat disesuaikan dengan penempatan dan budaya masyarakat Orang Asli, sekali gus mengembangkan kemahiran mereka ke tahap lebih tinggi.

BERSATU tak akan jadi UMNO

Posted: 06 Jul 2019 04:05 AM PDT

TASEK GELUGOR: Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yakin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) tidak akan menjadi seperti UMNO, walaupun menerima kemasukan ahli daripada mana-mana parti Melayu lain.

Hidangan berasaskan tuna berpotensi jadi juadah popular

Posted: 06 Jul 2019 03:58 AM PDT

JOHOR BAHRU: Usahawan industri kecil dan sederhana (IKS) disarankan terbabit dalam pengeluaran produk makanan berasaskan tuna seiring dengan potensinya untuk menjadi hidangan popular di negara ini.

Cubaan seludup daun ketum guna kereta mewah gagal

Posted: 06 Jul 2019 03:35 AM PDT

PASIR PUTEH: Polis mengagalkan cubaan menyeludup 280 kilogram daun ketum bernilai RM8,300 menggunakan kereta mewah dalam serbuan di Kampung Telaga Papan, Semerak di Cherang Ruku, di sini kelmarin.

150 rumah di FELDA Soeharto rosak dibadai ribut

Posted: 06 Jul 2019 03:03 AM PDT

HULU SELANGOR: Kira-kira 150 keluarga di FELDA Soeharto, di sini, berdepan detik cemas apabila rumah didiami dilanda ribut termasuk menerbangkan bumbung sebahagian rumah berkenaan.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template