Sunday, July 7, 2019

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


Gempa bumi 6.9 di Indonesia cetus amaran tsunami

Posted: 07 Jul 2019 09:47 AM PDT

JAKARTA: Gempa bumi 6.9 magnitud melanda perairan Sulawesi dan Maluku, Indonesia hari ini, kata Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS), sehingga mencetuskan amaran tsunami dan menyebabkan penduduk keluar dari rumah.

Nepal batal sambutan kelahiran Dalai Lama

Posted: 07 Jul 2019 08:11 AM PDT

KATHMANDU: Sambutan kelahiran Dalai Lama ke-84 di Nepal terpaksa dibatalkan hari ini selepas kerajaan enggan membenarkan acara itu berlangsung, kata seorang pegawai.

Ajal dua sahabat

Posted: 07 Jul 2019 07:46 AM PDT

KAMPAR: Dua sahabat maut selepas motosikal berkuasa tinggi dinaiki mereka merempuh belakang Perodua Myvi sebelum terbabas melanggar pokok hiasan di tengah pembahagi jalan di Kilometer 5, Jalan Gopeng- Batu Gajah, di sini, hari ini.

Muhyiddin, Zahid nafi tandatangan SD sokong Anwar jadi PM ke-8

Posted: 07 Jul 2019 07:32 AM PDT

KUALA LUMPUR: Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Tan Sri Muhyiddin Yassin, menafikan dakwaan beliau pernah menandatangani sebarang dokumen akuan bersumpah (SD) menyokong peralihan kuasa Perdana Menteri.

Folger cari pasukan Moto2

Posted: 07 Jul 2019 07:25 AM PDT

KUALA LUMPUR: Jonas Folger yang kembali membuat kemunculan semula di litar Sachsenring sejak tahun 2017 tidak dapat menceriakan penyokong di laman sendiri apabila menamatkan perlumbaan GP Jerman di tempat ke-17. 

Mangsa banjir terus meningkat

Posted: 07 Jul 2019 07:22 AM PDT

MELAKA: Jumlah mangsa banjir yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di dua daerah negeri ini terus meningkat kepada 1,149 malam ini berbanding 745 orang petang tadi.

McPhee, Sasaki kempunan di Sachsenring

Posted: 07 Jul 2019 07:20 AM PDT

KUALA LUMPUR: John McPhee dan Ayumu Sasaki memberi saingan sengit dalam kelompok depan perlumbaan Moto3 Grand Prix (GP) Jerman sebelum akur dengan kemampuan dua pelumba Leopard Racing - Lorenzo Dalla Porta dan Marcos Ramirez - yang menamatkan saingan dengan keputusan 1-2. 

Marquez kuasai GP Jerman

Posted: 07 Jul 2019 07:15 AM PDT

SACHSENRING, Jerman: Pelumba Honda Marc Marquez melebarkan lagi penguasaan dalam kedudukan keseluruhan selepas mengungguli Grand Prix (GP) Jerman buat kali ketujuh berturut-turut, sebentar tadi.

Bantahan anti-ekstradisi HK berakhir dengan aman

Posted: 07 Jul 2019 07:11 AM PDT

HONG KONG: Satu perarakan bantahan anti-ekstradisi berakhir dengan aman di Stesen West Kowloon hari ini, selepas ribuan penunjuk perasaan berarak dari Salisbury Garden melalui kawasan sibuk Tsim Sha Tsui, menyampaikan mesej secara langsung kepada pelawat tanah besar China.

Pembangunan perlu disertakan kesedaran konservasi hutan

Posted: 07 Jul 2019 07:06 AM PDT

PUCHONG: Kemajuan sektor pembangunan negara perlu disertakan dengan kesedaran terhadap konservasi hutan dan air secara mampan bagi mengimbangi ekonomi dan pengurusan biodiversiti perhutanan.

Stevie Wonder umum bakal jalani transplan buah pinggang

Posted: 07 Jul 2019 06:40 AM PDT

LONDON: Penyanyi Stevie Wonder memberitahu ribuan peminat yang menyaksikan persembahan beliau di ibu kota ini malam semalam, dirinya dijangka menjalani pembedahan transplan buah pinggang pada September ini.

40 penduduk Palestin cedera dalam bantahan sempadan Gaza

Posted: 07 Jul 2019 06:21 AM PDT

BANDAR GAZA: Kira-kira 40 penduduk Palestin cedera, 22 daripadanya terkena tembakan peluru hidup kelmarin ketika bantahan di sepanjang sempadan Israel-Gaza, kata Kementerian Kesihatan Gaza.

Lelaki maut, anak patah kaki kereta terbabas

Posted: 07 Jul 2019 05:36 AM PDT

KUALA TERENGGANU: Seorang pembantu am Pejabat Perhutanan Cameron Highlands maut selepas kereta dipandunya terbabas dalam kejadian di Kilometer 93 Jalan Aring-Sungai Gawi, Kuala Berang, hari ini.

Rayu bantuan tampung kos pembedahan cucu kesayangan

Posted: 07 Jul 2019 05:41 AM PDT

BUKIT MERTAJAM: Seorang kanak-kanak lelaki memerlukan dana RM200,000 bagi membolehkannya menjalani pembedahan implan koklea buatan bagi menangani masalah pendengaran dihadapinya.

1 maut, tanah runtuh di kem pelarian Rohingya, Bangladesh

Posted: 07 Jul 2019 05:28 AM PDT

DHAKA: Tanah runtuh akibat hujan lebat musim monsun di kem pelarian Rohingya di Bangladesh mengorbankan seorang mangsa dan menyebabkan lebih 4,500 lain hilang tempat tinggal, kata pihak berkuasa bantuan hari ini.

Tun M ikhlas pelawa masuk BERSATU - Muhyiddin

Posted: 07 Jul 2019 05:20 AM PDT

KUALA LUMPUR: Pelawaan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mahu parti politik Melayu menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) adalah ikhlas, kata presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Sanggup naik lori polis untuk bersama 'kekasih'

Posted: 07 Jul 2019 05:14 AM PDT

KUALA LUMPUR: Terperangkap cinta kaum sejenis, seorang wanita cuba merayu polis melepaskan kekasihnya dipercayai seorang gadis pelayan pelanggan (GRO) yang ditahan dalam serbuan di sebuah premis hiburan di Jalan Klang Lama, di sini semalam.

Malaysia juara bola jaring remaja Asia

Posted: 07 Jul 2019 04:01 AM PDT

KUALA LUMPUR: Malaysia dimahkotakan juara remaja Asia selepas menewaskan Singapura 57-48 pada aksi final Kejohanan Bola Jaring Remaja Asia 2019 yang berlangsung di Kashima, Jepun, hari ini.

<img src="https://assets.bharian.com.my/sites/all/themes/custom/bh_v2/images/bhplus.png" srcset="https://assets.bharian.com.my/sites/all/themes/custom/bh_v2/images/bhplus.png 1x, https://assets.bharian.com.my/sites/all/themes/custom/bh_v2/images/bhplus%402x.png 2x" alt="BHPLUS"> EKSKLUSIF: Graduan, siswazah miskin, B40 sukar dapat kerja setimpal

Posted: 07 Jul 2019 05:00 AM PDT

BANGI: Peluang melanjutkan pelajaran di menara gading, kini bukan lagi jaminan bagi anak-anak daripada keluarga miskin serta kelompok kumpulan pendapatan isi rumah terendah, B40, untuk mengubah nasib keluarga dan diri.

Ada bas sekolah jalani ujian PUSPAKOM hingga 5 kali

Posted: 07 Jul 2019 05:00 AM PDT

KOTA BHARU: Walaupun sebahagian besar daripada lebih 100 bas sekolah berusia lebih 10 tahun masih beroperasi di negeri ini, pengangkutan awam itu tetap melakukan ujian di Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) setiap enam bulan sekali.

Kerajaan belum muktamad keputusan PSR

Posted: 07 Jul 2019 04:59 AM PDT

BAYAN LEPAS: Kerajaan belum memuktamadkan keputusan berhubung kelulusan bagi projek tambakan laut di perairan selatan Pulau Pinang (PSR).

Chef Wan dilantik Ikon Anak FELDA

Posted: 06 Jul 2019 09:32 PM PDT

ROMPIN: Selebriti terkenal, Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan sedia turun padang dan berkongsi pengalamannya sebagai inspirasi membantu generasi baharu anak peneroka FELDA.

Mangsa banjir di Alor Gajah meningkat kepada 1,096 orang

Posted: 06 Jul 2019 11:58 PM PDT

ALOR GAJAH: Jumlah mangsa banjir di dua daerah negeri ini meningkat kepada 1,096 orang berbanding 745 orang sebelum ini.

Graduan perlu lebih dinamik, kuasai bahasa Inggeris

Posted: 07 Jul 2019 04:49 AM PDT

KUALA TERENGGANU: Graduan perlu lebih dinamik dengan menjadi golongan yang menyediakan peluang pekerjaan dan bukan lagi hanya pencari kerja.

Wanita mati bukan disebabkan pencemaran

Posted: 07 Jul 2019 04:27 AM PDT

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan mengesahkan kematian seorang wanita di Johor Bahru semalam bukan disebabkan oleh pencemaran di Pasir Gudang tetapi kerana masalah jantung.

Teliti salah sendiri, bukan orang lain

Posted: 07 Jul 2019 04:26 AM PDT

PEPATAH Melayu 'kuman di seberang laut nampak, gajah di depan mata tak nampak' memberikan pengajaran, supaya kita lebih banyak meneliti kesalahan sendiri daripada membelek kesilapan orang lain.

3 cedera ditanduk lembu ketika pesta Pamplona

Posted: 07 Jul 2019 04:08 AM PDT

MADRID: Dua warga Amerika Syarikat (AS) dan seorang rakyat Sepanyol dikejarkan ke hospital selepas mengalami kecederaan ketika menyertai pesta larian lembu di Pamplona, Sepanyol, kata pihak berkuasa hari ini.

<img src="https://assets.bharian.com.my/sites/all/themes/custom/bh_v2/images/bhplus.png" srcset="https://assets.bharian.com.my/sites/all/themes/custom/bh_v2/images/bhplus.png 1x, https://assets.bharian.com.my/sites/all/themes/custom/bh_v2/images/bhplus%402x.png 2x" alt="BHPLUS"> EKSKLUSIF: Pakar belum temui bukti sisa toksik bawah tanah

Posted: 04 Jul 2019 10:04 AM PDT

PASIR GUDANG: Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim akan melihat bukti santifik, selain bacaan alat pengesan gas sebelum boleh merumuskan sisa toksik bawah tanah adalah punca pencemaran udara di sini.

Tunisia temui 14 mayat pendatang dari Libya

Posted: 07 Jul 2019 04:22 AM PDT

TUNIS: Pengawal Pantai Tunisia semalam menemui mayat 14 pendatang Afrika yang lemas apabila bot membawa lebih 80 orang karam sejurus berlepas ke Eropah dari Libya, kata Persatuan Bulan Sabit Merah Tunisia.

Prabudass pecah rekod separuh maraton negara

Posted: 07 Jul 2019 04:04 AM PDT

KUALA LUMPUR: Pelari jarak jauh negara K Prabudass mengatasi rekod separuh maraton kebangsaan selepas mencatat masa satu jam, tujuh minit dan 29 saat di Gold Coast Marathon ke-41, hari ini.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template