BH Online - Terkini |
- Permaisuri Agong ucap takziah kepada keluarga Syed Muhammad Danial
- 'Orang Cina lebih faham jika guna contoh tidak serius'
- Jerebu: Miri terus catat IPU berbahaya malam ini
- Boleh dipecat jika sokong, sertai tunjuk perasaan - Cathay Pacific
- Keluarga tawar ganjaran RM50,000
- Kena tangkap selepas bakar permaidani masjid
- Keganasan di Hong Kong membimbangkan - Britain
- Jokowi mahu biodiesel B30 sawit digunakan menjelang 2020
- 5 kanak-kanak maut kebakaran di rumah pengasuh
- Polis buru individu panah anjing sampai mati
- Polis London, Ireland bantu cari Nora
- Bekas ADUN Kota meninggal dunia
- Skuad ski air idam kategori Asia
- Trafik di lebuh raya PLUS mula sesak
- Kartun 'hujan darah' kritik perang, keganasan di Syria
- Nenek mati ditetak pernah luah rasa bimbang tinggal seorang
- Khianat disyaki punca kebakaran ragut nyawa dua sekeluarga
- Objek seperti bom mortar ditemui di halaman rumah
- Perlu biasakan diri tanpa Shalin
- Remaja cedera dipukul, berebut kekasih
- Ahli Parlimen Kluang gunakan contoh tidak sensitif - Kok Seong
- Pemandu bas mini ditahan cabul pelancong Jepun
- Yiwei yakin layak ke Olimpik Tokyo
- Jenazah Amirul Ashraff dikebumi di Australia
- Teong Kim saran pemain muda sertai Akademi JDT
- Tindakan tegas pihak ceroboh PKKN - PM
- Korban banjir di India meningkat 184 orang
- Keturunan salasilah Ahmad bertaut kembali
- Hakimi sasar hatrik di Filipina
- Dong Zong rasis kerana terus bantah pembelajaran Jawi
| Permaisuri Agong ucap takziah kepada keluarga Syed Muhammad Danial Posted: 12 Aug 2019 09:57 AM PDT KUALA LUMPUR: Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga lelaki yang dilaporkan maut dalam perselisihan faham pada Sabtu di Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran susur Bandar Baru Bangi dekat sini, susulan satu kemalangan. |
| 'Orang Cina lebih faham jika guna contoh tidak serius' Posted: 12 Aug 2019 05:18 AM PDT KUALA LUMPUR: Penjelasan mengenai kekeliruan berhubung tulisan jawi lebih mudah difahami masyarakat Cina jika menggunakan konteks yang 'tidak serius'. |
| Jerebu: Miri terus catat IPU berbahaya malam ini Posted: 12 Aug 2019 08:20 AM PDT KUALA LUMPUR: Kualiti udara di Miri, Sarawak terus berada pada tahap berbahaya dengan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 300 setakat 10 malam ini. |
| Boleh dipecat jika sokong, sertai tunjuk perasaan - Cathay Pacific Posted: 12 Aug 2019 08:18 AM PDT HONG KONG: Syarikat penerbangan Hong Kong, Cathay Pacific, hari ini, mengeluarkan amaran kepada kakitangannya bahawa mereka boleh dipecat jika menyokong atau menyertai tunjuk perasaan, ketika syarikat itu berada di bawah tekanan Beijing. |
| Keluarga tawar ganjaran RM50,000 Posted: 12 Aug 2019 04:36 AM PDT SEREMBAN: Keluarga Nora Anne Quoirin, 15, hari ini menawarkan ganjaran RM50,000 kepada mana-mana pihak yang berjaya menemukan remaja Ireland itu dan membawanya kembali ke pangkuan keluarga. |
| Kena tangkap selepas bakar permaidani masjid Posted: 12 Aug 2019 07:02 AM PDT PENDANG: Perbuatan seorang lelaki membakar permaidani di dua masjid di daerah ini awal pagi tadi bukan kerja sia-sia tetapi membawa padah apabila ditahan polis, tengah hari tadi. |
| Keganasan di Hong Kong membimbangkan - Britain Posted: 12 Aug 2019 07:44 AM PDT LONDON: Kerajaan British bimbang dengan keganasan terbaharu di Hong Kong dan mahu semua pihak bertenang, menurut jurucakap Perdana Menteri Britain, Boris Johnson, hari ini. |
| Jokowi mahu biodiesel B30 sawit digunakan menjelang 2020 Posted: 12 Aug 2019 07:14 AM PDT JAKARTA: Presiden Indonesia, Joko 'Jokowi' Widodo mahu biodiesel dengan kandungan 30 peratus minyak bio atau B30 digunakan menjelang Januari 2020. |
| 5 kanak-kanak maut kebakaran di rumah pengasuh Posted: 12 Aug 2019 07:09 AM PDT WASHINGTON: Pihak berkuasa Amerika Syarikat, hari ini, memaklumkan pihaknya sedang menyiasat punca satu kebakaran di sebuah rumah pengasuh di Erie, Pennsylvania sehingga mengorbankan lima kanak-kanak. |
| Polis buru individu panah anjing sampai mati Posted: 12 Aug 2019 07:06 AM PDT LANGKAWI: Polis memburu individu yang bertindak kejam membunuh seekor anjing dengan memanah haiwan itu hingga mati berhampiran sebuah kedai serbaneka 24 jam di Dayang Bay, Kuah di sini. |
| Polis London, Ireland bantu cari Nora Posted: 12 Aug 2019 06:53 AM PDT SEREMBAN: Pasukan polis dari England, Ireland dan Perancis kini berada di Malaysia untuk membantu siasatan berhubung kes kehilangan Nora Anne Quoirin, 15, yang dilaporkan hilang sejak 4 Ogos lalu. |
| Bekas ADUN Kota meninggal dunia Posted: 12 Aug 2019 06:46 AM PDT SEREMBAN: Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota di Rembau, Datuk Zaharuddin Mohd Shariff, 62, meninggal dunia akibat jangkitan pada organ dalaman di Hospital Tampin, hari ini. |
| Skuad ski air idam kategori Asia Posted: 12 Aug 2019 06:14 AM PDT PUTRAJAYA: Turun selaku pasukan termuda, skuad ski air negara sekadar meletakkan harapan untuk mendahului pasukan Asia yang lain pada Kejohanan Dunia Ski Air IWWF 2019 bermula esok di Kompleks Sukan Air Putrajaya. |
| Trafik di lebuh raya PLUS mula sesak Posted: 12 Aug 2019 06:00 AM PDT KUALA LUMPUR: Keadaan trafik di beberapa lokasi sepanjang Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) menuju ke ibu negara dilaporkan mula sesak berikutan jumlah kenderaan yang tinggi. |
| Kartun 'hujan darah' kritik perang, keganasan di Syria Posted: 11 Aug 2019 09:00 PM PDT IDLIB, Syria: Berbekalkan komputer tablet di negara yang hancur akibat peperangan, kartunis, Amani al-Ali, bersenjatakan pen melukis lakaran kehidupan dalam kubu penentang. |
| Nenek mati ditetak pernah luah rasa bimbang tinggal seorang Posted: 12 Aug 2019 02:13 AM PDT SABAK BERNAM: P Runkanaikey, 78, yang maut ditetak dipercayai oleh sekumpulan lima lelaki di rumahnya di Kampung Tebuk Pulai, Jalan Parit 6 di sini semalam, pernah menyuarakan rasa bimbang kerana tinggal seorang diri di kediaman berkenaan. |
| Khianat disyaki punca kebakaran ragut nyawa dua sekeluarga Posted: 11 Aug 2019 09:07 PM PDT ISKANDAR PUTERI: perbuatan khianat disyaki punca kebakaran sebuah premis perniagaan di Taman Bukit Indah, di sini yang meragut nyawa seorang wanita warga emas dan anak saudaranya awal pagi tadi. |
| Objek seperti bom mortar ditemui di halaman rumah Posted: 12 Aug 2019 05:08 AM PDT KUALA LUMPUR: Objek menyerupai bom mortar ditemui di kawasan halaman sebuah rumah di Kampung Segambut Bahagia, Segambut di sini, pagi tadi. |
| Perlu biasakan diri tanpa Shalin Posted: 12 Aug 2019 04:54 AM PDT KUALA LUMPUR: Ketiadaan pemain boling berpengalaman negara, Shalin Zulkifli bersama skuad wanita negara ke Kejohanan Dunia di Las Vegas 22 hingga 30 Ogos ini sedikit sebanyak mengubah suasana dalam pasukan. |
| Remaja cedera dipukul, berebut kekasih Posted: 12 Aug 2019 04:50 AM PDT LAHAD DATU: Gara-gara berebut teman wanita, seorang remaja cedera selepas dibelasah sekumpulan lelaki dalam kejadian di lorong belakang sebuah kedai serbaneka di Sri Perdana, di sini semalam. |
| Ahli Parlimen Kluang gunakan contoh tidak sensitif - Kok Seong Posted: 12 Aug 2019 04:49 AM PDT KUALA LUMPUR: Tindakan Ahli Parlimen Kluang, Wong Shu Qi menunjukkan tulisan jawi digunakan dalam bahan bacaan lucah, disifatkan sebagai menghina tulisan berkenaan. |
| Pemandu bas mini ditahan cabul pelancong Jepun Posted: 12 Aug 2019 04:45 AM PDT KOTA KINABALU: Seorang pemandu bas mini berusia 30 tahun ditahan selepas disyaki mencabul pelancong wanita warga Jepun, di sini semalam. |
| Yiwei yakin layak ke Olimpik Tokyo Posted: 12 Aug 2019 04:13 AM PDT KUALA LUMPUR: Sepanjang 13 tahun aktif dalam sukan terjun, Chew Yiwei optimis akan menjejakkan kaki ke Sukan Olimpik tahun depan di Jepun. |
| Jenazah Amirul Ashraff dikebumi di Australia Posted: 12 Aug 2019 04:10 AM PDT TAIPING: Jenazah penuntut Malaysia, Amirul Ashraff Md Azhar, 22, yang maut di Sydney, Australia, pada 6 Ogos lalu, selepas tergelincir dari pangsapuri kediamannya, tidak dibawa pulang, sebaliknya akan dikebumikan di negara berkenaan. |
| Teong Kim saran pemain muda sertai Akademi JDT Posted: 12 Aug 2019 04:08 AM PDT JOHOR BAHRU: Pengarah Teknikal Akademi Mokhtar Dahari (AMD), Lim Teong Kim mengesyorkan pemain bola sepak remaja yang berhajat meneruskan karier profesional supaya menyertai Akademi Bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT). |
| Tindakan tegas pihak ceroboh PKKN - PM Posted: 12 Aug 2019 04:02 AM PDT LANGKAWI: Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, kerajaan akan mengambil tindakan tegas ke atas pihak yang didapati masih menceroboh tanah di kawasan Pusat Kawalan Kusta Negara (PKKN). |
| Korban banjir di India meningkat 184 orang Posted: 12 Aug 2019 03:57 AM PDT NEW DELHI: Angka korban banjir di India meningkat kepada 184 orang manakala hampir sejuta penduduk sudah dipindahkan ke kem kecemasan sejak beberapa hari lalu, kata pihak berkuasa India. |
| Keturunan salasilah Ahmad bertaut kembali Posted: 12 Aug 2019 03:44 AM PDT REMBAU: Lebih 200 keturunan dari salasilah Ahmad Lebai Daim dan Tomah Ja'ali mencipta sejarah tersendiri apabila berjaya berkumpul dalam satu majlis keluarga di Dewan Balai Raya Kampung Pilin, dekat sini, hari ini. |
| Hakimi sasar hatrik di Filipina Posted: 12 Aug 2019 03:47 AM PDT KUALA LUMPUR: Jaguh lompat kijang negara, Muhammad Hakimi Ismail kini dalam fasa memperbaiki prestasi diri dalam misinya mempertahankan pingat emas acara berkenaan di temasya Sukan SEA Filipina nanti. |
| Dong Zong rasis kerana terus bantah pembelajaran Jawi Posted: 12 Aug 2019 03:44 AM PDT LANGKAWI: Persekutuan Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) dianggap sebagai rasis kerana tidak pernah bersetuju dengan dasar pendidikan negara, termasuk dalam isu pembinaan Sekolah Wawasan sebelum ini, kata Tun Dr Mahathir Mohamad. |
| You are subscribed to email updates from BH Online - Terkini. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google, 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States | |


















0 comments:
Post a Comment