BH Online - Terkini |
- Lebih ramai warga Britain sokong Brexit tanpa perjanjian
- EU kenakan duti terhadap biodiesel Indonesia
- Chelsea perlu teruskan hidup tanpa Hazard
- Henti keluar kenyataan pertikai peranan ATM
- Piala Sultan Selangor 2019 janji aksi menarik, epik
- Polis siasat rakaman video penunggang motosikal mencelah bawah treler
- Tentera China mula berkumpul di sempadan Hong Kong
- 12 penerbangan dibatalkan, lampu landasan tidak berfungsi
- Zaidatul Husniah perlu segera cari tiket ke Filipina
- Tehran percaya Britain akan bebaskan Grace 1
- Jemaah, petugas haji Malaysia di Mina, Madinah selamat
- Nora Anne: Keluarga sahkan identiti mayat - KP Negeri Sembilan
- Serba Dinamik dapat kontrak RM1.05 bilion
- RAM Rating unjur inflasi Julai tinggi sedikit
- Lelaki dibelasah selepas terlanggar kereta di Lebuhraya Linkedua
- Dagang Net, PIJ Holdings kerjasama pacu ekosistem bekalan halal
- TH nafi jemaah meninggal dunia akibat terowong sesak
- Pelajari teknik untung 100 peratus labur saham
- Oliveira beri motivasi buat Hafizh
- Peluang rebut Anugerah Peluncur Terbaik Asia
- Polis yakin mayat ditemui ialah Nora Anne Quoirin
- MIDF jangka jualan perdagangan beragihan positif
- Bursa Malaysian ditutup rendah
- Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS
- Skuad B-18 negara benam Australia
- Mahkamah Persekutuan tolak tangguh bicara 1MDB
- Madrasah rayu bantuan RM20,000 baiki kerosakan akibat ribut
- Kayak, barangan peribadi 2 warga Singapura hilang ditemui
- AIAC, CIETAC jalin kerjasama promosi peranan timbang tara dalam BRI
- Dua suspek ditahan kes tetak warga emas
| Lebih ramai warga Britain sokong Brexit tanpa perjanjian Posted: 13 Aug 2019 10:25 AM PDT LONDON: Lebih ramai warga Britain menyokong Perdana Menteri Boris Johnson menggunakan apa juga cara untuk mengeluarkan negara itu daripada Kesatuan Eropah (EU) berbanding menentang beliau. |
| EU kenakan duti terhadap biodiesel Indonesia Posted: 13 Aug 2019 09:49 AM PDT BRUSSELS: Kesatuan Eropah (EU) mengenakan duti import terhadap biodiesel bersubsidi dari Indonesia bagi mewujudkan persaingan lebih adil kepada pengeluar di EU, kata pihak berkuasa, semalam. |
| Chelsea perlu teruskan hidup tanpa Hazard Posted: 13 Aug 2019 09:44 AM PDT ISTANBUL: Pengurus Chelsea, Frank Lampard berkata tiada individu boleh menggantikan pemain sayap, Eden Hazard sambil menggesa kelab itu melupakan pemain terhebat mereka itu. |
| Henti keluar kenyataan pertikai peranan ATM Posted: 13 Aug 2019 09:32 AM PDT KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia perlu memahami peranan sebenar Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sepenuhnya dan berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan berhubung pasukan keselamatan negara itu. |
| Piala Sultan Selangor 2019 janji aksi menarik, epik Posted: 13 Aug 2019 06:23 AM PDT KUALA LUMPUR: Saingan Piala Sultan Selangor 2019 yang menyaksikan dua musuh tradisi, Selangor dan Singapura berentap pasti menjanjikan aksi menarik dan epik apabila kedua-dua pasukan akan menampilkan barisan terbaik masing-masing. |
| Polis siasat rakaman video penunggang motosikal mencelah bawah treler Posted: 13 Aug 2019 08:49 AM PDT KUALA LUMPUR: Polis sedang mengesan seorang penunggang motosikal yang mencelah masuk di bawah sebuah treler yang sedang bergerak, dengan rakaman video aksi berbahaya itu turut tular di media sosial baru-baru ini. |
| Tentera China mula berkumpul di sempadan Hong Kong Posted: 13 Aug 2019 08:25 AM PDT BEIJING: Sejumlah besar angkatan separa tentera China dirakamkan sudah berhimpun kira-kira 30 kilometer dari Hong Kong di bandar raya Shenzhen. |
| 12 penerbangan dibatalkan, lampu landasan tidak berfungsi Posted: 13 Aug 2019 08:30 AM PDT SIBU: Sebanyak 12 penerbangan keluar dan masuk di Lapangan Terbang Sibu, di sini terpaksa dibatalkan hari ini berikutan penutupan landasannya berpunca dari masalah teknikal. |
| Zaidatul Husniah perlu segera cari tiket ke Filipina Posted: 13 Aug 2019 06:18 AM PDT KUALA LUMPUR: Masa semakin mencemburui ratu pecut negara, Zaidatul Husniah Zulkifli yang masih tercari-cari rentak terbaik untuk menempah tiket beraksi di Sukan SEA Filipina 2019. |
| Tehran percaya Britain akan bebaskan Grace 1 Posted: 13 Aug 2019 07:23 AM PDT DUBAI: Iran memaklumkan Britain mungkin akan membebaskan kapal tangki milik mereka, Grace 1 tidak lama lagi dalam insiden maritim yang memburukkan ketegangan antara Tehran dan Barat. |
| Jemaah, petugas haji Malaysia di Mina, Madinah selamat Posted: 13 Aug 2019 07:02 AM PDT KUALA LUMPUR: Jemaah dan petugas haji Malaysia yang masih berada di Mina, Madinah berada dalam keadaan selamat, meskipun dilanda hujan lebat. |
| Nora Anne: Keluarga sahkan identiti mayat - KP Negeri Sembilan Posted: 13 Aug 2019 06:43 AM PDT SEREMBAN: Keluarga Nora Anne Quoirin mengesahkan mayat perempuan yang ditemui pada jam 1.57 tengah hari tadi adalah remaja Ireland yang dilaporkan hilang di sebuah pusat peranginan di Pantai, di sini sejak 4 Ogos lalu. |
| Serba Dinamik dapat kontrak RM1.05 bilion Posted: 13 Aug 2019 03:43 AM PDT KUALA LUMPUR: Serba Dinamik Holdings Bhd memperoleh kontrak AS$250 juta (RM1.05 bilion) untuk membina kemudahan memproses klorin dan loji tenaga turbin 26-megawatt sejam di Uzbekistan. |
| RAM Rating unjur inflasi Julai tinggi sedikit Posted: 13 Aug 2019 06:30 AM PDT KUALA LUMPUR: RAM Ratings menjangka keseluruhan kadar inflasi Malaysia bagi Julai tinggi sedikit pada 1.6 peratus, disokong oleh jangkaan peningkatan inflasi makanan. |
| Lelaki dibelasah selepas terlanggar kereta di Lebuhraya Linkedua Posted: 13 Aug 2019 06:27 AM PDT ISKANDAR PUTERI: Satu rakaman video memaparkan insiden pergaduhan membabitkan tiga lelaki yang tular di media sosial sejak semalam dipercayai berlaku di Laluan Kedua Malaysia - Singapura (Lebuhraya Linkedua), di sini. |
| Dagang Net, PIJ Holdings kerjasama pacu ekosistem bekalan halal Posted: 13 Aug 2019 05:14 AM PDT KUALA LUMPUR: Dagang Net Technologies Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh Dagang NeXchange Bhd (DNeX), menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Perbadanan Islam Johor Holdings Sdn Bhd (PIJ Holdings) untuk memanfaatkan maklumat dan komunikasi infrastruktur teknologi (ICT) dalam rantaian bekalan halal. |
| TH nafi jemaah meninggal dunia akibat terowong sesak Posted: 13 Aug 2019 06:01 AM PDT MAKKAH: Lembaga Tabung Haji (TH) menafikan dakwaan seorang jemaah haji Malaysia meninggal dunia kerana mengalami sesak nafas dalam kejadian terowong sesak akibat hujan lebat seperti yang tular di laman sosial. |
| Pelajari teknik untung 100 peratus labur saham Posted: 13 Aug 2019 05:49 AM PDT KUALA LUMPUR: "Jika mengikut teknik yang betul, pelabur boleh mengaut keuntungan antara 20 hingga 30 peratus dalam tempoh empat bulan manakala untuk tempoh setahun, mereka bakal menjana keuntungan antara 100 hingga 300 peratus." |
| Oliveira beri motivasi buat Hafizh Posted: 13 Aug 2019 05:47 AM PDT KUALA LUMPUR: Hafizh Syahrin Abdullah yang mengalami kemalangan di Grand Prix (GP) Austria hujung minggu lalu dilaporkan cergas untuk beraksi di Grand Prix (GP) British 23 hingga 25 Ogos ini. |
| Peluang rebut Anugerah Peluncur Terbaik Asia Posted: 13 Aug 2019 05:41 AM PDT KUALA LUMPUR: Peluncur ski air dari tujuh negara Asia berpeluang merebut Anugerah Peluncur Terbaik Asia yang julung kali diperkenalkan pada Kejohanan Dunia Ski Air sedang berlangsung sehingga Ahad ini di Pusat Sukan Air Putrajaya. |
| Polis yakin mayat ditemui ialah Nora Anne Quoirin Posted: 13 Aug 2019 05:26 AM PDT SEREMBAN: Polis yakin mayat perempuan yang ditemui pada tengah hari tadi adalah remaja warga Ireland berusia 15 tahun, Nora Anne Quoirin, walaupun identitinya belum disahkan oleh ahli keluarga. |
| MIDF jangka jualan perdagangan beragihan positif Posted: 13 Aug 2019 05:16 AM PDT KUALA LUMPUR: MIDF Research menjangkakan momentum positif dalam jualan perdagangan beragihan pada suku kedua 2019 yang meningkat sebanyak 6.1 peratus tahun ke tahun, berterusan hingga ke suku ketiga. |
| Bursa Malaysian ditutup rendah Posted: 13 Aug 2019 05:11 AM PDT KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia ditutup 1.37 peratus lebih rendah selepas ia menerima tekanan akibat kejatuhan dalam Indeks Perindustrian Dow Jones AS pada Jumaat lepas dan semalam, sehingga menyebabkan berlaku penjualan secara besar-besaran hari ini. |
| Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS Posted: 13 Aug 2019 05:10 AM PDT KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini apabila kebimbangan terhadap kelembapan ekonomi global meransang minat terhadap dolar AS, kata peniaga. |
| Skuad B-18 negara benam Australia Posted: 13 Aug 2019 03:57 AM PDT KUALA LUMPUR: Skuad muda negara mencetus sensasi apabila melakar kejutan menewaskan Australia 3-0 dalam aksi Kumpulan B Kejuaraan Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) B-18 di Stadium Thanh Long, sebentar tadi. |
| Mahkamah Persekutuan tolak tangguh bicara 1MDB Posted: 13 Aug 2019 04:21 AM PDT PUTRAJAYA: Perbicaraan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) berjumlah RM2.28 bilion yang dihadapi bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan bermula pada 19 Ogos seperti ditetapkan sebelum ini. |
| Madrasah rayu bantuan RM20,000 baiki kerosakan akibat ribut Posted: 13 Aug 2019 04:43 AM PDT BUTTERWORTH: Madrasah Tahfiz Hidayatul Ulum, di sini memohon sumbangan orang ramai bagi membaiki kerosakan bumbung yang akibat tempias Taufan Lekima, Jumaat lalu. |
| Kayak, barangan peribadi 2 warga Singapura hilang ditemui Posted: 13 Aug 2019 04:41 AM PDT JOHOR BAHRU: Sebuah kayak dan barangan peribadi yang dipercayai milik dua warga Singapura yang dilaporkan hilang sejak Khamis lalu, ditemui di Perairan Tanjung Gelang, Kuantan kira-kira jam 12.30 tengah hari tadi. |
| AIAC, CIETAC jalin kerjasama promosi peranan timbang tara dalam BRI Posted: 13 Aug 2019 04:35 AM PDT KUALA LUMPUR: Pusat Timbang Tara Asia Antarabangsa (Malaysia) (AIAC) hari ini menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) dengan Suruhanjaya Timbangtara Perdagangan dan Ekonomi Antarabangsa China (CIETAC) untuk bekerjasama dan mempromosikan penggunaan timbang tara dalam Inisiatif 'Belt and Road' (BRI). |
| Dua suspek ditahan kes tetak warga emas Posted: 13 Aug 2019 04:30 AM PDT SABAK BERNAM: Dua lelaki dipercayai suspek pembunuhan seorang warga emas di Batu 2 1/2, Kampung Tebuk Pulai, di sini kelmarin bagi membantu siasatan kes berkenaan. |
| You are subscribed to email updates from BH Online - Terkini. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google, 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States | |


















0 comments:
Post a Comment