Wednesday, August 14, 2019

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


Trauma kereta tersangkut depan lori simen

Posted: 14 Aug 2019 10:51 AM PDT

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki berdepan detik mencemaskan apabila kereta dipandunya tersangkut pada bahagian hadapan sebuah lori pembancuh simen sebelum diseret sejauh beberapa meter di Jalan Klang Lama, di sini petang semalam.

Perancis buka siasatan jenayah kematian Nora Quoirin

Posted: 14 Aug 2019 10:37 AM PDT

PARIS/SEREMBAN: Pejabat pendakwa raya Perancis membuka siasatan jenayah terhadap kematian remaja perempuan berketurunan Ireland dan Perancis, Nora Anne Quoirin, 15, yang ditemui maut di Malaysia.

Maritim Malaysia aturgerak aset bantu padam kebakaran belukar, tanah gambut

Posted: 14 Aug 2019 08:46 AM PDT

KUALA LUMPUR: Kebakaran kawasan belukar dan tanah gambut di Miri, Sarawak yang berlarutan sejak lebih seminggu lalu menyebabkan keadaan jerebu wilayah utara negeri berkenaan, dengan kualiti udaranya berada pada tahap bahaya.

Laporan bedah siasat Nora Anne dijangka siap esok

Posted: 14 Aug 2019 05:58 AM PDT

SEREMBAN: Polis dijangka mengumumkan hasil laporan bedah siasat mayat Nora Anne Quoirin, 15, esok, berikutan proses itu masih belum selesai sehingga kini.

TFC II, UKM FC terikat di Kuala Terengganu

Posted: 14 Aug 2019 08:35 AM PDT

KUALA TERENGGANU: Juara Piala Cabaran edisi pertama musim lalu, Terengganu FC II (TFC II) dan naib juara, UKM FC berkongsi mata selepas terikat 2-2 pada aksi yang berlangsung di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, sebentar tadi.

Kelantan gagal sekat JDT II

Posted: 14 Aug 2019 08:07 AM PDT

KOTA BHARU: Kelantan gagal memanfaatkan kelebihan beraksi di laman sendiri dalam kempen Kumpulan A Piala Cabaran selepas tewas tipis 0-1 di tangan Johor Darul Ta'zim II (JDT II) di Stadium Sultan Muhammad IV, sebentar tadi.

Keputusan PM dibuat secara konsensus, bukan bersendirian - Rina

Posted: 14 Aug 2019 07:32 AM PDT

PETALING JAYA: Semua keputusan diumumkan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, termasuk hasrat memperkenalkan seni khas dan tulisan Jawi bagi mata pelajar Bahasa Melayu Tahun 4, tidak seharusnya dipertikaikan.

Pembedahan kedua SuperKIP berjaya

Posted: 14 Aug 2019 07:22 AM PDT

KUALA LUMPUR: Khairul Idham Pawi selamat menjalani pembedahan kedua di bahagian jari kelingking kanannya di Institut Traumatologi dan Perubatan Sukan Catalan (ICATME), Barcelona semalam dan dijadual kembali ke tanah air untuk proses pemulihan. 

Gesa ahli perniagaan disiasat di bawah Akta ATM

Posted: 14 Aug 2019 07:11 AM PDT

KANGAR: Tindakan ahli perniagaan, Koon Yew Yin mengeluarkan kenyataan memperlekehkan pengorbanan anggota tentera di negara ini perlu disiasat mengikut Akta Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Proton Saga terima 500 tempahan sehari

Posted: 14 Aug 2019 07:08 AM PDT

IPOH: Versi terkini model Proton Saga yang baharu dilancarkan Selasa lalu menerima tempahan memberangsangkan sebanyak 500 unit sehari.

Import minyak sawit India melonjak

Posted: 14 Aug 2019 07:02 AM PDT

NEW DELHI: India mengimport 18.3 peratus lebih banyak minyak sawit pada Julai 2019 berbanding Jun 2019, demikian menurut data bulanan yang dikeluarkan oleh kumpulan industri, Solvent Extractors' Association of India (SEA) hari ini.

Inisiatif BRI bawa pembangunan inklusif kepada Asia

Posted: 14 Aug 2019 07:01 AM PDT

KUALA LUMPUR: Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) China akan membawa prospek baharu untuk pembangunan inklusif di Asia, kata Duta China ke Malaysia, Bai Tian.

Empayar Pro Right bantu jana pendapatan

Posted: 14 Aug 2019 06:53 AM PDT

BERPEGANG kepada prinsip berkongsi rezeki, anak muda dari Kuala Kangsar, Perak ini berjaya membangunkan empayar perniagaannya setanding pengeluar produk berjenama popular di pasaran.

Tiga kampung di Langkawi ditenggelami banjir kilat

Posted: 14 Aug 2019 06:55 AM PDT

LANGKAWI: Sekurang-kurangnya tiga kampung di pulau peranginan ini dilanda banjir kilat susulan hujan lebat sejak jam 5 petang tadi.

Ribut Krosa landa Jepun esok, 310,000 diarah berpindah

Posted: 14 Aug 2019 06:51 AM PDT

TOKYO: Pihak berkuasa Jepun hari ini, menasihatkan lebih 300,000 penduduk supaya berpindah dari kediaman masing-masing, manakala beberapa syarikat penerbangan membatalkan ratusan penerbangan menjelang ketibaan ribut tropika di kepulauan itu, esok.

Pengenalan Jawi kekal

Posted: 14 Aug 2019 06:49 AM PDT

KUALA LUMPUR: Kabinet hari ini mengekalkan keputusan pembelajaran tulisan Jawi dalam mata pelajaran Bahasa Melayu kepada murid sekolah rendah Tahun 4 di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan mulai 2020 diteruskan, namun ia perlu mendapat persetujuan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta ibu bapa.

Laporan bedah siasat Nora Anne dirujuk Peguam Negara

Posted: 13 Aug 2019 09:27 PM PDT

SEREMBAN: Laporan bedah siasat mayat remaja warga Ireland, Nora Anne Quoirin, 15, akan terus dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya.

Pakistan akan berjuang habis-habisan lindungi Kashmir

Posted: 14 Aug 2019 05:18 AM PDT

MUZAFFARABAD: Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan memaklumkan negara itu bersedia untuk bertindak balas terhadap sebarang tindakan India di wilayah Kashmir sambil menambah 'sudah tiba masanya untuk memberi (New) Delhi pengajaran'.

ISA perlu dikuatkuasa semula untuk tangani isu perkauman

Posted: 14 Aug 2019 05:15 AM PDT

KUALA LUMPUR: Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA) perlu dikuatkuasakan semula bagi membendung isu ketegangan kaum sehingga boleh menjejaskan keharmonian rakyat dan keselamatan negara.

UMNO, BN saman 3 Ahli Parlimen sertai BERSATU

Posted: 14 Aug 2019 04:21 AM PDT

KUALA LUMPUR: UMNO dan Barisan Nasional (BN) mengemukakan saman terhadap tiga bekas Ahli Parlimen parti itu yang menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).

MSN sentiasa pantau keadaan jerebu

Posted: 14 Aug 2019 05:56 AM PDT

KUALA LUMPUR: Majlis Sukan Negara (MSN) sudah siap siaga dengan alternatif lain buat atlet sekiranya masalah jerebu melanda negara ketika ini makin meruncing.

MDEC sasar pertumbuhan e-dagang 20 peratus

Posted: 14 Aug 2019 05:39 AM PDT

KUALA LUMPUR: Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) Sdn Bhd menyasarkan pertumbuhan 20 peratus dari tahun ke tahun dalam sektor e-dagang menjelang 2020 berbanding hanya 12.5 peratus pada 2017.

Gading Kencana bida projek LSS3

Posted: 14 Aug 2019 05:33 AM PDT

KUALA LUMPUR: Gading Kencana Sdn Bhd, penyedia perkhidmatan tenaga boleh diperbaharui berhasrat membida Projek Loji Jana Kuasa Solar Berskala Besar Pusingan Ketiga (LSS3) yang bakal menawarkan jumlah kapasiti pengeluaran tenaga sebanyak 500 megawatt (MW).

'Nora sentiasa di hati kami'

Posted: 13 Aug 2019 11:43 PM PDT

SEREMBAN: "Nora akan sentiasa ada di hati kami," kata keluarga Nora Anne Quoirin dalam satu kenyataan di laman sosial Facebook di sini, hari ini.

Luqman amalkan 3 Qul sebelum beraksi

Posted: 14 Aug 2019 05:25 AM PDT

KUALA LUMPUR: Penyerang skuad Bawah 18 Tahun (B-18) negara, Luqman Hakim Shamsuddin menikmati perlawanan terbaik selepas meledak dua gol menentang juara empat kali, Australia pada Kejohanan Persekutuan Bola Sepak ASEAN B-18 2019 di Vietnam, semalam.

10 ayat pertama, terakhir Al-Kahfi untuk Malaysia #QuranHour

Posted: 14 Aug 2019 12:38 AM PDT

SHAH ALAM: Sepuluh ayat pertama dan sepuluh ayat terakhir Surah Al-Kahfi menjadi surah pilihan bagi Malaysia #QuranHour 1440H/2019 sempena sambutan Hari Kebangsaan Ke-62 yang bakal berlangsung di Masjid Putra, Putrajaya, pada 30 Ogos ini.

Twitter perkenal ciri 'follower' hobi

Posted: 14 Aug 2019 05:16 AM PDT

SAN FRANCISCO: Pengguna Twitter akan berpeluang menjadi pengikut beberapa topik mengikut jenis hobi menjelang hujung tahun ini, sama seperti menjadi pengikut akaun individu tertentu, kata syarikat itu.

Malaysia bukan pasukan 'ayam-ayam' - Luqman Hakim

Posted: 14 Aug 2019 04:56 AM PDT

KUALA LUMPUR: Selepas meledak dua gol menentang Australia, penyerang licik negara Luqman Hakim Shamsuddin berazam membantu Malaysia melakar kemenangan berdepan Thailand pada aksi terakhir Kumpulan B Kejohanan Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) B-18 2019 esok.

Nelayan jumpa mayat wanita terapung

Posted: 14 Aug 2019 05:02 AM PDT

CHUKAI: Mayat seorang wanita lengkap memakai jaket keselamatan ditemui terapung kira-kira jam 5.4 batu nautika dari Kuala Kemaman, di sini pagi tadi oleh seorang nelayan tempatan.

Ringgit kukuh berbanding dolar AS

Posted: 14 Aug 2019 04:57 AM PDT

KUALA LUMPUR: Ringgit meningkat semula untuk ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini berikutan minat untuk mengambil risiko terhadap aset berisiko bertambah baik selepas Amerika Syarikat (AS) membuat konsesi perdagangan dengan China.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template