BH Online - Terkini |
- Wajar guna khidmat penunjuk arah
- Dr Zakir akan disekat ke sabah jika ada unsur ekstremis agama - Shafie
- Sayangi Malaysiaku: Berbalas tembak selama 45 minit dengan komunis
- ERC cadang perang poster dikurang, dimansuh
- 85 maut lori minyak terbakar di Tanzania
- Van Dijk, Messi, Ronaldo calon pilihan Pemain Terbaik Eropah
- Samsung lancar Galaxy Note10
- Rifdean ke final Muay Thai Asia Timur
- Perkembangan Hafizh diketahui di Silverstone
- Elaun latihan praktikal kerajaan naik kepada RM900 sebulan - Syed Saddiq
- Banjir kilat di sekitar Subang Jaya surut
- Untung bersih Dialog Group meningkat
- HSS Engineers bida projek air di Sabah, Sarawak
- Amnelife perkenal minuman tambahan Walid Supreme
- 14 maut, pertempuran di pusat latihan tentera
- Thailand haram import babi
- Tentera Pakistan, India maut di sempadan Kashmir
- Semua tiket aksi Harimau Malaya dijual dalam talian
- Hasutan perkauman: KDN akan bertindak tegas
- Azam Baki sambung tugas minggu depan - Latheefa
- Sasar tiada lagi susu segar import lima tahun akan datang
- Anak Jamaludin Jarjis tidak pernah urus syarikat
- 'Cara Remy buat saya rasa dihormati'
- Pelancong domestik meningkat - Mohamaddin
- PM tak perlu tunduk desakan hantar Zakir Naik ke India
- Pentas terakhir Khairul Hafiz ke Filipina
- Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS
- CTOS SME Score bantu memacu pertumbuhan PKS Malaysia
- Kerugian RM20.6 juta akibat jenayah siber di Pulau Pinang
- Pendakwa AS mohon jualan rumah mewah dikaitkan dengan anak tiri Najib
| Wajar guna khidmat penunjuk arah Posted: 15 Aug 2019 11:03 AM PDT bhnews@bh.com.my |
| Dr Zakir akan disekat ke sabah jika ada unsur ekstremis agama - Shafie Posted: 15 Aug 2019 09:41 AM PDT PAPAR: Kerajaan negeri Sabah tidak teragak-agak untuk menyekat pendakwah terkenal Dr Zakir Naik daripada memasuki Sabah sekiranya terdapat laporan pendakwah itu menggunakan unsur-unsur ekstremis dalam isu keagamaan. |
| Sayangi Malaysiaku: Berbalas tembak selama 45 minit dengan komunis Posted: 15 Aug 2019 08:49 AM PDT KUCHING: "Saya bersama-sama (Datuk Temenggong) Kanang anak Langkau serta pasukan pernah berbalas tembakan dengan komunis selama hampir 45 minit di kawasan Gunung Korbu, Perak," kata Panglima Divisyen Pertama Infantri Malaysia, Mej Jen Datuk Toh Choon Siang mengungkap kembali pengalaman getirnya dalam mempertahankan tanah air tercinta. |
| ERC cadang perang poster dikurang, dimansuh Posted: 15 Aug 2019 08:39 AM PDT IPOH: Jawatankuasa Pembaikan Sistem dan Undang-undang Pilihan Raya (ERC) mencadangkan perang poster yang diamalkan semua parti politik bertanding pada pilihan raya di negara ini sama ada dikurang atau dimansuhkan pada pilihan raya akan datang. |
| 85 maut lori minyak terbakar di Tanzania Posted: 15 Aug 2019 08:31 AM PDT DAR ES SALAAM: Angka terkini mangsa maut selepas sebuah lori tangki minyak meletup di timur Tanzania, meningkat kepada 85 orang, kata pegawai tempatan, hari ini. |
| Van Dijk, Messi, Ronaldo calon pilihan Pemain Terbaik Eropah Posted: 15 Aug 2019 08:12 AM PDT LONDON: Lionel Messi, Cristiano Ronaldo dan Virgil Van Dijk disenarai pendek untuk Anugerah Pemain Terbaik Tahunan UEFA, kata badan induk bola sepak Eropah itu, hari ini. |
| Posted: 15 Aug 2019 07:25 AM PDT KUALA LUMPUR: Samsung Malaysia Electronics melancarkan Galaxy Note10, rangkaian telefon pintar premiumnya yang baharu, menggabungkan reka bentuk elegan dengan prestasi berkuasa tinggi dan alat produktiviti. |
| Rifdean ke final Muay Thai Asia Timur Posted: 15 Aug 2019 07:17 AM PDT IPOH: Petinju Muay Thai Perak, Mohammad Rifdean Masdor melangkah ke perlawanan akhir Kejohanan Muay Thai Asia Timur 2019 di Hong Kong, sebentar tadi. |
| Perkembangan Hafizh diketahui di Silverstone Posted: 15 Aug 2019 07:15 AM PDT KUALA LUMPUR: Perubahan yang berlaku dalam Kejuaraan Motosikal Dunia ketika ini menyediakan ruang buat pelumba MotoGP negara, Hafizh Syahrin Abdullah untuk terus bersaing dalam perlumbaan berprestij itu. |
| Elaun latihan praktikal kerajaan naik kepada RM900 sebulan - Syed Saddiq Posted: 15 Aug 2019 06:10 AM PDT KUALA LUMPUR: Kadar elaun bagi anak muda yang menjalani latihan praktikal di kementerian, agensi atau jabatan kerajaan akan dinaikkan daripada RM300 sebulan kepada kira-kira RM900 sebulan. |
| Banjir kilat di sekitar Subang Jaya surut Posted: 15 Aug 2019 05:48 AM PDT SUBANG JAYA: Beberapa laluan utama di sekitar kawasan Persiaran Kewajipan, Persiaran Mulia USJ 8 dan Persiaran Tujuan USJ 11, dilaporkan sudah pulih selepas dinaiki banjir kilat sejak jam 4 petang tadi. |
| Untung bersih Dialog Group meningkat Posted: 15 Aug 2019 07:07 AM PDT KUALA LUMPUR: Keuntungan bersih Dialog Group Bhd meningkat kepada RM535.8 juta bagi tahun kewangan yang berakhir 30 Jun, 2019 daripada RM510.4 juta tahun lalu. |
| HSS Engineers bida projek air di Sabah, Sarawak Posted: 15 Aug 2019 07:05 AM PDT KUALA LUMPUR: Perunding pengurusan projek dan kejuruteraan HSS Engineers Bhd (HEB Group), menerusi anak syarikatnya SMHB Engineering, menyertai tender yang dikeluarkan baru-baru ini bagi projek prasarana air di Sabah dan Sarawak, meningkatkan nilai perolehan kontraknya melebihi RM500 juta setakat 30 Jun 2019. |
| Amnelife perkenal minuman tambahan Walid Supreme Posted: 15 Aug 2019 07:02 AM PDT KUALA LUMPUR: Amnelife Global Marketing Sdn Bhd, syarikat pemasaran produk usahawan Bumiputera, berhasrat memperkenalkan dua produk baharu menjelang akhir tahun ini bagi menampung permintaan pelanggannya terhadap produk kecantikan dan kesihatan. |
| 14 maut, pertempuran di pusat latihan tentera Posted: 15 Aug 2019 06:22 AM PDT PYIN OO LWIN (MYANMAR): Sekurang-kurangnya 14 orang terbunuh dalam pertempuran antara tentera Myanmar dan pemberontak etnik, selain insiden mogok di akademi tentera yang terletak di timur negara itu, hari ini. |
| Posted: 15 Aug 2019 05:55 AM PDT BANGKOK: Thailand bakal mengharamkan import babi dari Myanmar selama 90 hari, susulan pengesahan kes pertama demam selesema Afrika di negara jiran itu minggu ini. |
| Tentera Pakistan, India maut di sempadan Kashmir Posted: 15 Aug 2019 06:34 AM PDT ISLAMABAD: Pakistan mendakwa tiga anggota tentera negara itu dan lima anggota keselamatan India, terkorban dalam pertempuran di kawasan sempadan di wilayah Kashmir, hari ini. |
| Semua tiket aksi Harimau Malaya dijual dalam talian Posted: 15 Aug 2019 06:17 AM PDT BUKIT JALIL: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) sepakat untuk menghentikan penjualan tiket secara fizikal membabitkan aksi Harimau Malaya bagi merealisasikan sistem jualan dalam talian sepenuhnya. |
| Hasutan perkauman: KDN akan bertindak tegas Posted: 15 Aug 2019 06:10 AM PDT KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri memberi amaran untuk mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang mengeluarkan kenyataan yang boleh menggugat keharmonian dan ketenteraman negara termasuk di media sosial. |
| Azam Baki sambung tugas minggu depan - Latheefa Posted: 15 Aug 2019 06:00 AM PDT PUTRAJAYA: Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Azam Baki akan kembali menyambung tugasnya minggu depan. |
| Sasar tiada lagi susu segar import lima tahun akan datang Posted: 14 Aug 2019 10:16 PM PDT ROMPIN: Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani menyasarkan pengeluaran 100 peratus susu segar tempatan dalam tempoh lima tahun akan datang. |
| Anak Jamaludin Jarjis tidak pernah urus syarikat Posted: 15 Aug 2019 04:06 AM PDT KUALA LUMPUR: Keempat-empat anak Allahyarham Tan Sri Jamaludin Jarjis tidak pernah terbabit dalam urusan syarikat milik bekas Ahli Parlimen Rompin, Pahang itu, sehingga kematian beliau pada 2015. |
| 'Cara Remy buat saya rasa dihormati' Posted: 14 Aug 2019 10:00 PM PDT KUALA LUMPUR: Pelakon Nur Fazura Sharifuddin, memuji Remy Ishak yang terlebih dahulu meminta izin sebelum memulakan babak bersentuhan ketika penggambaran filem Dendam Pontianak, dua tahun lalu. |
| Pelancong domestik meningkat - Mohamaddin Posted: 15 Aug 2019 02:18 AM PDT PUTRAJAYA: Pelancong domestik menunjukkan peningkatan 10.9 peratus pada 2018 kepada 78.2 juta orang berbanding 70.5 juta tahun sebelumnya. |
| PM tak perlu tunduk desakan hantar Zakir Naik ke India Posted: 15 Aug 2019 05:32 AM PDT KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tidak perlu tunduk kepada desakan mana-mana pihak supaya menyerahkan Dr Zakir Naik kepada India. |
| Pentas terakhir Khairul Hafiz ke Filipina Posted: 15 Aug 2019 05:25 AM PDT KUALA LUMPUR: Kejohanan Olahraga Kebangsaan (KOM) bermula esok bakal menjadi pentas terakhir sama ada Raja Pecut Asia Tenggara, Khairul Hafiz Jantan dapat melayakkan diri ke Sukan SEA 2019 Filipina bagi mempertahankan gelaran dimenanginya di Kuala Lumpur. |
| Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS Posted: 15 Aug 2019 05:18 AM PDT KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini berikutan permintaan lemah terhadap unit tempatan itu dalam keadaan penurunan harga minyak dunia. |
| CTOS SME Score bantu memacu pertumbuhan PKS Malaysia Posted: 15 Aug 2019 04:56 AM PDT KUALA LUMPUR: CTOS Data Systems Sdn Bhd (CTOS) melancarkan 'CTOS SME Score' bagi memacu pertumbuhan segmen Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di Malaysia. |
| Kerugian RM20.6 juta akibat jenayah siber di Pulau Pinang Posted: 14 Aug 2019 11:37 PM PDT GEORGETOWN: Lebih 700 individu terperangkap dengan sindiket jenayah siber di Pulau Pinang dengan jumlah kerugian RM20.6 juta, sejak Januari hingga Julai lalu. |
| Pendakwa AS mohon jualan rumah mewah dikaitkan dengan anak tiri Najib Posted: 15 Aug 2019 02:07 AM PDT KUALA LUMPUR: Pendakwa Amerika Syarikat (AS) memohon untuk menjual tiga rumah mewah dikaitkan dengan Riza Aziz, yang juga anak tiri bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak. |
| You are subscribed to email updates from BH Online - Terkini. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google, 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States | |


















0 comments:
Post a Comment