Saturday, August 17, 2019

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


Sorok kokain dalam pisang di Bulgaria

Posted: 17 Aug 2019 10:12 AM PDT

SOFIA: Seorang pekerja gudang menemui 75 kilogram kokain tersembunyi antara pisang yang dihantar dari Ecuador ke pelabuhan Burgas, Bulgaria, menurut pendakwa raya dan polis, semalam.

'Kesilapan bodoh' Adrian cemaskan Liverpool

Posted: 17 Aug 2019 09:25 AM PDT

SOUTHAMPTON: Kesilapan penjaga gol Liverpool, Adrian membuatkan pasukan itu cemas seketika sebelum menang 2-1 ke atas Southampton dalam aksi Liga Perdana Inggeris, sebentar tadi.

Keputusan Liga Perdana Inggeris

Posted: 17 Aug 2019 09:15 AM PDT

LONDON: Berikut keputusan aksi Liga Perdana Inggeris sebentar tadi:

100 cawan kopi percuma sehari di Costa Coffee

Posted: 17 Aug 2019 01:39 AM PDT

PETALING JAYA: Gapurna Permai Sdn Bhd, pemegang francais induk kedai kopi jenama Costa Coffee di Malaysia, melabur sekitar RM6 juta setakat ini bagi membuka enam cawangan Costa Coffee di sekitar Lembah Klang.

Lapor terus penyebaran kandungan 3R kepada SKMM

Posted: 17 Aug 2019 09:12 AM PDT

KUALA LUMPUR: Penyebaran sebarang kandungan berunsur 3R - Race (Kaum), Religion (Agama) dan Royalty (Institusi DiRaja) di media sosial boleh dilaporkan terus kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) melalui aplikasi WhatsApp di talian 016-220 6262 atau e-mel mediasosial@mcmc.gov.my

Pelakon difitnah buat laporan polis

Posted: 17 Aug 2019 08:33 AM PDT

LANGKAWI: Pelakon, Dwan Hamid membuat laporan polis selepas mendakwa seorang individu memfitnah dan memburukkan dirinya melalui satu hantaran (posting) yang dimuatnaik dalam Facebook pada 13 Ogos lalu.

Dron Houthi serang loji minyak Arab Saudi

Posted: 17 Aug 2019 08:15 AM PDT

DUBAI: Serangan dron dilancarkan pemberontak Houthi Yaman ke atas lapangan minyak di timur Arab Saudi hari ini menyebabkan kebakaran di sebuah loji gas namun tidak menjejaskan pengeluaran minyak, kata syarikat kerajaan Saudi Aramco.

Hatrik Tchetche julang TFC

Posted: 17 Aug 2019 08:19 AM PDT

KUALA TERENGGANU: Hatrik Kipre Tchetche memastikan skuad Terengganu FC (TFC) mengukuhkan cengkaman dalam Kumpulan A saingan Piala Malaysia selepas menumpaskan Negeri Sembilan 3-1 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, sebentar tadi.

Perak kempunan 3 mata di laman sendiri

Posted: 17 Aug 2019 08:15 AM PDT

IPOH: Pasukan Perak hanya mampu mengutip satu mata apabila diikat 1-1 oleh Pulau Pinang dalam perlawanan ketiga Kumpulan C saingan Piala Malaysia di Stadium Perak, sebentar tadi. 

Keputusan Piala Malaysia

Posted: 17 Aug 2019 08:14 AM PDT

KUALA LUMPUR: Berikut keputusan perlawanan bola sepak Piala Malaysia 2019 yang berlangsung di beberapa venue malam ini:

B-18 AFF: Malaysia, Australia berentap di final

Posted: 17 Aug 2019 08:12 AM PDT

KUALA LUMPUR: Australia berpeluang membalas dendam ke atas Malaysia apabila mara ke final Kejuaraan Bawah 18 tahun (B-18) Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) 2019 selepas menundukkan Myanmar 2-1 di Stadium Binh Duong, sebentar tadi.

PM lancar filem sempena Hari Kebangsaan

Posted: 17 Aug 2019 08:07 AM PDT

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad melancarkan filem web berjudul 'UNI' terbitan PETRONAS sempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia.

Pelatih praktikal bukan sekadar 'budak kopi dan tukang fotokopi'

Posted: 17 Aug 2019 08:05 AM PDT

KUALA LUMPUR: Dengan kadar elaun RM900 sebulan, anak muda yang menjalani latihan praktikal di kementerian, agensi atau jabatan kerajaan bukan lagi sekadar `budak kopi dan tukang fotokopi, sebaliknya perlu diberikan kerja bersesuaian setimpal dengan bayaran diterima mereka.

Hujan lebat cetus banjir di Istanbul

Posted: 17 Aug 2019 07:59 AM PDT

ISTANBUL: Hujan lebat di ibu kota Turki di sini membanjiri beberapa kejiranan serta menenggelamkan Grand Bazaar, sementara pihak berkuasa berkata seorang individu ditemukan maut.

MH17: Halang pendakwaan 'terencat' di Belanda

Posted: 17 Aug 2019 07:31 AM PDT

GOMBAK: Proses pendakwaan tragedi pesawat MH17 yang dijadualkan berlangsung pada 9 Mac tahun depan perlu dihalang daripada diteruskan kerana ia diselubungi pelbagai kepincangan.

Sabah gagal sekat Pahang

Posted: 17 Aug 2019 07:25 AM PDT

KOTA KINABALU: Pahang terus mengukuhkan kedudukan dalam Kumpulan C saingan Piala Malaysia apabila menewaskan Sabah 2-1 di Stadium Likas, di sini, sebentar tadi.

Wany menangis dapat pertolongan di Raudhah

Posted: 17 Aug 2019 07:08 AM PDT

KUALA LUMPUR: Bergelar Hajah pada usia muda, penyanyi, Wany Hasrita, sebak berkongsi pengalaman dipertemukan dengan wanita dari England ketika hendak menunaikan solat di Raudhah, Masjid Nabawi, Madinah.

7 maut feri terbakar di Indonesia

Posted: 17 Aug 2019 06:52 AM PDT

KENDARI: Tujuh orang termasuk dua kanak-kanak maut manakala empat lagi hilang selepas feri membawa puluhan penumpang terbakar di luar pantai pulau Sulawesi Indonesia awal hari ini, kata polis.

Arsenal kekal rentak kemenangan

Posted: 17 Aug 2019 06:42 AM PDT

London: Arsenal merakam kemenangan kedua berturut-turut dalam saingan Liga Perdana Inggeris musim ini selepas menewaskan Burnley 2-1 di Emirates, sebentar tadi.

B-18 AFF: Jangan 'goyang' di final

Posted: 17 Aug 2019 06:41 AM PDT

KUALA LUMPUR: Skuad negara tidak seharusnya 'goyang' dengan pasukan mana pun yang bakal mereka hadapi pada aksi final Kejuaraan Bawah 18 Tahun (B-18) Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) 2019, Isnin ini.

Syed Saddiq enggan tunduk dengan tekanan supaya letak jawatan

Posted: 17 Aug 2019 01:06 AM PDT

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman enggan tunduk kepada tekanan supaya meletak jawatan selaku Menteri Belia dan Sukan, berikutan tidak sependapat dengan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, berhubung desakannya supaya pendakwah bebas Dr Zakir Naik dihantar balik ke India.

KPKT sasar 3 tahun lagi laksana pilihan raya PBT

Posted: 17 Aug 2019 03:31 AM PDT

GEORGETOWN: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menyasarkan pilihan raya kerajaan tempatan akan dapat dilaksanakan dalam tempoh tiga tahun lagi.

'Saya pakai baju dalam lah...'

Posted: 16 Aug 2019 08:00 PM PDT

PETALING JAYA: "Saya sebenarnya memakai 'singlet'. Cuma, ada beberapa pos memperlihatkan saya menurunkan tali baju dalam, seperti berkemban," kata pelakon, Dayana Roza, ketika mengulas gambar seksinya untuk kempen sebuah produk penjagaan diri.

Mana mama?

Posted: 17 Aug 2019 01:55 AM PDT

KUALA KRAI: "Mana mama, adik nak jumpa mama," itulah luahan, Nur Damia Sofea Che Azmi, 7, anak bongsu daripada lima adik-beradik kepada pasangan suami isteri yang maut dalam kemalangan di Kilometer 15 Jalan Gua Musang-Kuala Lipis, berhampiran Kampung Lepan Jaya, Gua Musang.

India siasat lonjakan import minyak sawit dari Malaysia

Posted: 17 Aug 2019 05:53 AM PDT

MUMBAI: India memulakan satu siasatan sama ada lonjakan penghantaran minyak sawit dari Malaysia menjejaskan industri domestiknya, kata unit siasatan kementerian perdagangan negara itu.

DBKL ambil alih sementara 202 dewan orang ramai

Posted: 16 Aug 2019 10:09 PM PDT

KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sementara 202 dewan orang ramai di bandaraya ini, untuk diselia sebelum diserahkan semula kepada pihak pengurusan yang berwibawa.

<img src="https://assets.bharian.com.my/sites/all/themes/custom/bh_v2/images/bhplus.png" srcset="https://assets.bharian.com.my/sites/all/themes/custom/bh_v2/images/bhplus.png 1x, https://assets.bharian.com.my/sites/all/themes/custom/bh_v2/images/bhplus%402x.png 2x" alt="BHPLUS"> Eksklusif: AP dijual online

Posted: 17 Aug 2019 06:01 AM PDT

KUALA LUMPUR: Permit Kelulusan (AP) bagi mengimport pelbagai barangan makanan yang dikeluarkan kerajaan dalam usaha memenuhi keperluan rakyat, dikesan diiklankan untuk dijual secara meluas oleh penerima kemudahan itu atau ejen mereka, menerusi laman web dan media sosial.

Wanita hamil dan kanak-kanak mangsa serangan terbaru rejim Syria

Posted: 17 Aug 2019 05:50 AM PDT

BEIRUT: Serangan udara tentera rejim dan Russia telah mengorbankan 24 orang awam termasuk 11 kanak-kanak di barat daya Syria, kata Pemantau Hak Asasi Manusia Syria (SOHR) dan aktivis hari ini.

123 sukarelawan wanita hasilkan kolaj Jalur Gemilang terbesar

Posted: 17 Aug 2019 01:13 AM PDT

PANGKOR: Seramai 123 sukarelawan wanita Yayasan Dana Kebajikan Muslim Malaysia (YDKMM) mengambil masa empat jam untuk menghasilkan kolaj Jalur Gemilang terbesar menggunakan 21,000 gambar di Pantai Teluk Nipah, di sini hari ini.

Nelayan temui bangkai yu paus sesat

Posted: 17 Aug 2019 05:26 AM PDT

JOHOR BAHRU: Bangkai ikan besar ditemui di perairan Tanjung Tohor, Muar pagi tadi dikenal pasti daripada spesis Rhincodon Typus atau yu paus yang dipercayai sesat di Selat Melaka.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template