Sunday, August 18, 2019

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


Jordan panggil duta Israel, bantah cadangan cemari Al-Aqsa

Posted: 18 Aug 2019 09:35 AM PDT

AMMAN: Jordan memanggil duta Israel untuk membantah gesaan menteri negara Zionis itu yang mahu penduduk Yahudi dibenarkan beribadat dalam kawasan Masjid Al-Aqsa.

Jumpa dadah, senapang dalam rumah penganggur

Posted: 18 Aug 2019 09:05 AM PDT

KUCHING: Serbuan di sebuah rumah di Lorong Kapor, Jalan Sungai Maong, di sini kelmarin bukan saja menemui dadah, malah selaras senapang angin.

Pak Nasir berlari lagi raikan kemerdekaan negara

Posted: 18 Aug 2019 08:55 AM PDT

ALOR SETAR: Pelari solo, Nasir Abas akan melakukan Larian Merdeka selama 12 hari membabitkan jarak larian sejauh 540 kilometer dari Dataran Alor Setar, di sini menuju ke Shah Alam, Selangor pagi esok.

PJ City tambah sengsara UiTM FC

Posted: 18 Aug 2019 08:15 AM PDT

PETALING JAYA: PJ City FC terus menambah luka kepada UiTM FC selepas meraih kemenangan tipis 1-0 ke atas pasukan Liga Perdana itu pada aksi ketiga Kumpulan B saingan Piala Malaysia di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), sebentar tadi.

Selangor, PDRM kongsi mata

Posted: 18 Aug 2019 08:19 AM PDT

SHAH ALAM: Juara 33 kali, Selangor terlepas peluang untuk muncul selaku pendahulu Kumpulan D apabila terikat 1-1 dengan PDRM pada aksi Piala Malaysia di Stadium Shah Alam, sebentar tadi.

Peras Ugut: Dua anggota polis ditahan bantu siasatan

Posted: 18 Aug 2019 07:50 AM PDT

GEORGETOWN: Dua anggota polis, masing-masing berpangkat konstabel dan Lans Koperal ditahan kira-kira jam 6 petang tadi bagi membantu siasatan berhubung satu laporan dibuat seorang pemandu lori yang mendakwa diperas ugut oleh mereka dalam kejadian di Balai Polis Jelutong, di sini semalam.

Kesedaran pensijilan MSPO belum sampai ke akar umbi

Posted: 18 Aug 2019 07:48 AM PDT

KUALA BERANG: Ramai pekebun kecil sawit belum memohon Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) kerana tidak tahu kelebihannya.

PDRM gempur sarang PATI sekitar Kuala Lumpur

Posted: 18 Aug 2019 07:44 AM PDT

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) terus menggempur beberapa lokasi di sekitar bandar raya ini yang dikenal pasti sarang pendatang asing tanpa izin (PATI) melalui operasi khas yang diadakan sejak Khamis lalu.

Siasat jika wujud salah guna AP

Posted: 18 Aug 2019 07:43 AM PDT

PUTRAJAYA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan menyiasat jika terdapat laporan salah guna Permit Kelulusan (AP) bagi mengimport produk tepung dan gula, kata Timbalan Menterinya, Chong Chien Jen.

Guardiola nafi hubungan dengan Aguero retak

Posted: 18 Aug 2019 07:31 AM PDT

LONDON: Pep Guardiola mendedahkan situasi sebenar berhubung perselisihan faham antaranya dengan penyerang, Sergio Aguero ketika Manchester City seri 2-2 dengan Tottenham Hotspur dalam saingan Liga Perdana Inggeris, semalam.

Cole gantung but

Posted: 18 Aug 2019 07:36 AM PDT

LONDON: Bekas pemain pertahanan kiri England, Arsenal dan Chelsea, Ashley Cole mengumumkan persaraannya pada usia 38 tahun, hari ini dan merancang untuk meneruskan kerjaya sebagai jurulatih.

Singapura naikkan umur persaraan kepada 65 tahun

Posted: 18 Aug 2019 07:34 AM PDT

SINGAPURA: Singapura akan meningkatkan umur persaraan sebanyak tiga tahun kepada 65 tahun, menurut Perdana Menteri negara itu, hari ini.

Lynas bukan macam Chernobyl - PM

Posted: 18 Aug 2019 05:39 AM PDT

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menolak kritikan terhadap operasi loji pemprosesan loji nadir bumi Lynas di negara ini kerana ia bukan bencana Chernobyl.

Zakir sepatutnya tidak ceramah politik - Dr Mahathir

Posted: 18 Aug 2019 03:23 AM PDT

KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, penceramah bebas, Dr Zakir Naik, sepatutnya tidak berceramah berkaitan politik, sebaliknya menumpukan kepada agama.

Dokumen sulit Brexit kerajaan Britain bocor

Posted: 18 Aug 2019 07:00 AM PDT

LONDON: Britain bakal berdepan masalah kekurangan bahan bakar, makanan dan perubatan, jika ia keluar daripada Kesatuan Eropah (EU) tanpa perjanjian.

Terjatuh ke sungai selepas motosikal bertembung

Posted: 18 Aug 2019 06:56 AM PDT

KOTA BHARU: Tiga sekeluarga nyaris maut selepas terjatuh dari sebuah jambatan sejurus motosikal dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan di Jalan Pauh Lima, Kampung Teratak Pulau di Bachok, di sini tengah hari tadi.

KPPJSM sokong langkah pusingan kerja tiga tahun sekali

Posted: 18 Aug 2019 06:49 AM PDT

KUALA LUMPUR: Kesatuan Pegawai Pengangkutan Jalan Semenanjung Malaysia (KPPJSM) menyokong penuh pertukaran penempatan pegawai dan kakitangan bahagian kritikal di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk setiap tiga tahun.

Coutinho tiba di Munich

Posted: 18 Aug 2019 06:47 AM PDT

LONDON: Philippe Coutinho tiba di Munich bagi menjalani pemeriksaan kesihatan untuk membolehkannya menyertai juara Bundesliga, Bayern Munich secara pinjaman daripada Barcelona.

Menyamar jadi polis, samun penyambut tetamu hotel

Posted: 18 Aug 2019 06:33 AM PDT

BUKIT MERTAJAM: Kegiatan seorang lelaki menyamar sebagai anggota polis sebelum melakukan jenayah samun akhirnya terbongkar selepas ditahan di sebuah rumah di Jalan Bagan Lalang, Butterworth, di sini awal pagi tadi.

Guna kandang kambing sembunyi dadah

Posted: 18 Aug 2019 06:27 AM PDT

MARANG: penahanan seorang lelaki disyaki tokan dadah membawa kepada penemuan pelbagai jenis barang terlarang itu bernilai lebih RM60,000 yang disembunyikan dalam sebuah kandang kambing di Kampung Mak Kemas, Bukit Payung, di sini pada Rabu lalu.

Polis Indonesia tembak suspek militan guna sabit serang balai

Posted: 18 Aug 2019 06:27 AM PDT

JAKARTA: Pihak berkuasa Indonesia berkata hari ini, mereka menembak dan menahan seorang suspek militan yang menyerang pegawai polis di sebuah balai di bandar kedua terbesar republik itu di Surabaya.

Sungai Daing,Sungai Kopok pula berminyak dan berbuih

Posted: 18 Aug 2019 04:18 AM PDT

PASIR GUDANG: Dua lagi sungai di Kampung Perigi Acheh, di sini bertukar menjadi hitam dan berbau busuk sejak pertengahan bulan lalu, sekali gus mencetuskan kebimbangan terhadap pertambahan jumlah sungai tercemar di kawasan berkenaan.

Giliran Jepun 'ajar' skuad hoki negara

Posted: 18 Aug 2019 06:23 AM PDT

KUALA LUMPUR: Langkah sumbang skuad hoki negara pada Kejohanan Ujian Sukan Olimpik berterusan apabila tumbang kepada tuan rumah Jepun 3-1 dalam aksi di Stadium Oi, Tokyo, petang tadi.

6,000 ditahan di Kashmir sejak status autonomi dilucutkan - sumber

Posted: 18 Aug 2019 06:10 AM PDT

SRINAGAR: Ribuan orang ditahan di Kashmir, India berhubung kebimbangan rusuhan sejak New Delhi melucutkan status autonomi dua minggu lalu, kata sumber kerajaan.

<img src="https://assets.bharian.com.my/sites/all/themes/custom/bh_v2/images/bhplus.png" srcset="https://assets.bharian.com.my/sites/all/themes/custom/bh_v2/images/bhplus.png 1x, https://assets.bharian.com.my/sites/all/themes/custom/bh_v2/images/bhplus%402x.png 2x" alt="BHPLUS"> Penalti rendah, pemilik ambil mudah

Posted: 18 Aug 2019 05:34 AM PDT

KUALA LUMPUR: Penalti bagi kesalahan berkaitan operasi dan penyelenggaraan lif di negara ini, disifatkan tidak lagi relevan serta memerlukan kajian semula selepas 49 tahun tidak disemak.

Seorang maut, 2 cedera letupan bom kereta di Syria

Posted: 18 Aug 2019 05:24 AM PDT

QAMISHLI, Syria: Seorang terbunuh dan dua yang lain cedera apabila sebuah bom kereta meletup di bandar raya Qamishli di utara Syria, kata polis, serangan kedua dalam tempoh sebulan.

Diana Danielle bertarung lawan kebimbangan melampau

Posted: 18 Aug 2019 05:18 AM PDT

KUALA LUMPUR: Pengakuan Datin Diana Danielle, mengenai dirinya yang menderita gangguan kebimbangan melampau dalam rakaman video yang dimuat naik menerusi Instagram, beberapa jam lalu mengejutkan ramai.

Sempat baca Surah al-Imran sebelum rebah

Posted: 18 Aug 2019 05:18 AM PDT

MASJID TANAH: Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Ujong Padang, Ismail Jantan, 51, sempat membaca Surah al-Imran (ayat 21 hingga 23) ketika membentangkan pelan pembangunan kampung itu sebelum tiba-tiba rebah dan meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung pagi tadi.

PKR nyata pendirian mengenai Dr Zakir Rabu ini

Posted: 18 Aug 2019 03:38 AM PDT

SHAH ALAM: PKR akan menyatakan pendirian parti itu berhubung isu desakan supaya pendakwah kontroversi, Dr Zakir Naik, dihantar pulang ke negara asalnya, pada Rabu ini selepas mesyuarat Biro Politiknya.

Turki tahan 330 pendatang cuba masuk Pulau Lesbos

Posted: 18 Aug 2019 05:05 AM PDT

ISTANBUL: Pihak berkuasa Turki menahan 330 pendatang yang cuba merentas Pulau Lesbos, Greek, kata pihak berkuasa, hari ini.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template